Sekali lagi doa aku to have a smooth and easy delivery dimakbulkan, Alhamdulillah. Lebih kurang sama situasinya dengan Umar dulu, aku bersalin on the day of my check-up. Tapi tak sempat nak check-up pun, awal-awal pagi aku dah rasa sakit perut. Mula-mula aku ingatkan false alarm (2 weeks before I gave birth I straightaway went to the emergency sebab sakit perut, tapi rupa-rupanya sakit perut due to angin. Haha! Menggelabah gila..), tapi sakit perut kali ni lain macam pulak. Memulas every 5 minutes..
It started around 5 o'clock in the morning. Fikir hanya sakit perut biasa I went to the toilet, siap membuang semua bagai. But around 6, aku sakit perut balik. Then sakit tu lega.. Dalam 5 minit, sakit balik. Macam tu la, sakit lega sakit lega. Aku terus kejut Ben. Dia tengok aje muka aku terus cergas dia bangun, suruh aku mandi and siap. Dalam hati dah terdetik, kalau false alarm lagi macam mana? Malu la :D Dalam pada berbelah-bagi tu aku bersiap jugak la, and sempat hantar Umar kat rumah Makcu in Bukit Antarabangsa, just in case kalau aku betul-betul nak beranak kan. Takde la Ben kelam-kabut nak tengok Umar lagi, nak jadi tukang sorak untuk aku lagi. Haha!
On the way to the hospital tu kan.. Nasib baik la cuti sekolah I tell you. Jalan agak clear.. Dalam kereta aku memang dah tak boleh nak bercakap dah. Contraction every 5 - 7 minutes. Ben nak pegang tangan pun aku tepis :D
Sampai aje hospital, aku terus dibawa ke Labor Room (in a wheel chair. Tak kuasa aku nak jalan dah sakit-sakit tu kan). The Nurse Manager yang sambut aku masa dah sampai kat reception area Labor Room tu, terus tolak aku masuk bilik untuk check aku. Masa tu memang jalan pun pegang dinding OK. Dah siap salin baju and all, mula la aktiviti seluk segala. The Nurse Manager said to Ben, "Luckily you came on time you know. If you wait for another minute she will deliver at home!" Aku pulak dok sibuk nak tau dah bukak berapa cm? "8cm already!" Hambek ko! Hahahahaha! So dengan sepantas kilat dia arrange everything, call Dr. Seri, a few nurses came in - masing-masing ada tugas masing-masing. They even offered me untuk ambik gas (yang akhirnya aku campak terus ke tepi sebab takde effect apa-apa pun!? Haha) and epidural (which I said nanti dulu, selagi aku boleh tahan insyaAllah, aku memang tak nak ambik epidural)..
Tak lama lepas tu Dr. Seri pun sampai with her cheerful remark, something like "Lizaaaaa.. Dah bukak 8cm.. You're so lucky now is the school holiday.. Ada tanda-tanda ke tadi? Darah? Air? Etc, etc" :D Hilang rasa sakit kejap bila tengok dia ceria macam tu :)
I told her memang takde tanda apa-apa pun. So dia terus pecahkan air ketuban sambil bagitau yang tak lama lagi ni aku bersalin la. Then dia pun keluar kejap with all the nurses..
Tak sampai 1 minit dia keluar dari pintu tu, aku terus cakap kat Ben "I nak kencing la! I nak berak jugakkkkk!!" Haha! Kelam-kabut si Ben panggil nurse. Aku nampak aje nurse masuk, terus aku cakap kat dia "I nak push!!" Sambil aku push betul-betul. Dia pun kelam-kabut la panggil Dr. Seri, siap suruh aku tahan kejap. Haha! Seriously aku tak boleh tahan. You know, bayangkan something nak keluar from your perut yang korang tak payah nak buat apa pun dia rasa nak terkeluar jugak. Macam your body yang automatically push kan untuk korang tanpa korang perlu buat apa-apa. Haha!
So Dr. Seri muncul tepat pada masanya.. My baby was born at 8.35am.. 2 pushes.. 2 stitches.. Alhamdulillah :)
A few minutes after she was born :)
(3.19kg, 51cm)
Kasih Camelia Majid binti Halmy Zahari nama diberi..
Tu la dia pengalaman bersalin aku kali ni. Masa aku tengah taip this entry, anak aku dah 16 hari dah. Kejap aje..
A million thanks to all the nurses yang menjaga aku from Day 1,
and to Dr. Seri and Dr. Anthony (KCM's Paediatrician) - you guys are the best!