Thursday, July 29, 2010

On my day off..

Aku ambik cuti 2 hari, semalam dengan hari ni. Ada beberapa benda nak kena buat and kena pergi check-up and all. Best jugak dapat cuti, boleh rehat lebih sikit :)

Pagi semalam lepas settle hal kat clinic sementara nak tunggu my sister-in-law (Anum) habis check-up, my parents-in-law bawak aku balik dulu. Roughly around 11 something baru kitorang keluar balik ambik Anum, then pergi makan..

We had lunch at Delifrance in Great Eastern Mall..



Plan hari ni boleh dikatakan agak pack jugak. Hopefully aku tak penat la kan.. Kalau ada something yan interesting ke apa, nanti aku cerita la OK?

Have a nice day people!

Tuesday, July 27, 2010

@ 35 weeks..

Well oh well.. Lagi seminggu genap 9 bulan. Nervous? Definitely.. Takut? Jangan cakap la.. Tapi kena relax la kan, I have to take it positively. Lagi dekat nak bersalin ni, lagi la macam-macam aku fikir. Tu yang kadang-kadang aku dok diam aje tu, paling bising pun aku cerita kat Ben aje gelodak yang kat dalam hati aku ni :D

My next check-up is on this coming Thursday, and I hope everything will be OK. Dah sampai masa dah aku kena jumpa doctor every 2 weeks. Entah berapa kg la agaknya anak aku sekarang ni :) And nak jugak aku tau berat aku dah berapa. Masa last check-up hari tu doctor kata kencing aku kotor. Harap-harap bila aku jumpa dia Khamis ni dah clear la kan. Tak hengat punya banyak air kosong aku minum for the last couple of weeks..

Dalam masa terdekat ni seriously I need to go for waxing and pedicure session, tapi tak tau lagi bila. Kena tunggu masa yang sesuai, and kalau aku tak penat la kan. Sekarang ni cepat penat OK, tak campur lagi dengan asyik nak ke toilet aje. Kang tengah elok kena scrub kaki, kang time tu la nak terkencing. Tu takpe lagi, dibuatnya rasa nak terkucil masa tengah waxing kang? Haih.. Oh ye, korang ada suggestion tak kat mana tempat waxing and pedicure yang best?

Eh lupa.. Threading pun kena buat. Dah teruk sangat dah rupanya..

Monday, July 26, 2010

Rindu punya pasal..

Lepas kitorang dinner kat Istana Bambu malam tadi, rasa macam nak singgah kejap kat Keramat sebab nak jengok Ahmad si budak baik :D Masa tu dah pukul 10 lebih, Ahmad mesti dah tidur. Tapi kitorang gamble aje. Even if dia dah tidur pun, dapat cium pun jadi la..

Bila kitorang sampai, dia ada dalam bilik dengan mak dia. Yes!! Dia tak tidur lagi rupa-rupanya. Aku tengok dia tengah meniarap.. Minum susu.. Mak ai budak ni, meniarap pun jadi. Haha! Apa pesen la menetek sambil meniarap Ahmad oi..

Macam biasa la kan, bila dia nampak aje muka kitorang bukan main sengih lagi..

Istana Bambu

Last night kitorang berdua macam dah blur tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir, Ben suggest kitorang dinner kat Istana Bambu, restoran tepi highway MRR2 yang nak menghala ke Ampang Point tu. Saja la nak try, sedap ke tak makanan kat situ. Masa nak masuk parking pun punya la banyak kereta..



Aku tak dapat nak ambik gambar the entrance dengan keadaan sekeliling and all sebab orang terlalu ramai, aku segan :D Padahal boleh aje sebenarnya. Tapi sebab kena tunggu seat la, dengan hari hujannya, dengan laparnya, so mood nak snap sana-sini agak kurang..

Anyway.. Basically apa yang aku boleh cakap about that place, I love the environment. Sangat cosy. Cuma aku rasa, diorang tak cukup waitress kot. Service boleh dikatakan agak lambat. According to one of the waitresses, jumlah orang yang datang malam tadi di luar jangkaan. In my opinion, the owner of the restaurant can afford to hire more waitresses sebab harga makanan kat situ a bit expensive :D So boleh cover la kot..

Cakap pasal harga makanan, memang mahal. Tak setanding dengan rasa. Tu pada pendapat aku la, I don't know about other people. I thought tekak aku yang tak betul, tapi Ben pun kata kurang sedap. We ordered Fried Asparagus, Beancurd with Crab Meat, Deep Fried Squid, Lemon Chicken and Plain Telur Dadar yang harganya RM8 sepinggan. Haha! So semua sekali we paid RM99.60, makan untuk 2 orang..



Kiranya kitorang pernah rasa yang lagi sedap la kat tempat lain. But it's OK, kalau tak try we never know kan? I think that will be our first and last la kot makan kat situ..

Saturday, July 24, 2010

Insurance

Dulu masa arwah mak aku dok keluar masuk and terlantar kat hospital due to cervix cancer, aku macam kurang kesedaran aje tentang pentingnya insurance untuk membantu sikit sebanyak settlekan bil hospital tu semua. At that time I was like, "Ha OK. Bil hospital tak payah nak risau sebab company tempat ayah kerja dah cover so takde hal la.." Memang nasib baik la kitorang masa tu kan..

Tapi semenjak dah pregnant ni aku terfikir jugak kadang-kadang, we don't know what will happen to us in the future kan. Takkan nak mintak belas ikhsan orang, menambahkan beban aje. Even family members pun they have their own commitments, banyak mana pun yang diorang boleh bagi. Worst come to worst, terpaksa la kita tebalkan muka masuk suratkhabar asking for donations from people yang prihatin..

Yang buat aku lagi terdesak nak ambik insurance ni sebab sekarang ni kat keliling aku ada family members yang tengah sakit. My cousin.. My uncle.. Banyak betul belanja, aku pun ngeri. Nak tak nak aku memang kena bertindak cepat la. Tu yang I was thinking, once anak aku lahir aje memang we (Ben and me) are going to put aside some money untuk insurance kitorang anak-beranak..

Friday, July 23, 2010

Selera macam besar..

I had lunch with 2 of my colleagues yesterday at PappaRich. I had the char kuey teow, boleh tahan jugak sedap. Tapi masa nak menghabiskan sepinggan tu pun mencungap-cungap aku dibuatnya..

Boleh order lagi la lepas ni..


And I had their ABC as well :D



At first I was a bit reluctant, nak ke tak nak.. Sekali salah sorang dari my colleagues tu boleh pulak dia sound aku, "Liza, lebih baik ko order aje. Kang bila dah sampai office tetiba ko mengidam lak kang, aku takde nak patah balik datang sini." Hahahaha! Selamba aje dia sound setepek kat ibu mengandung ni tau.. So mean!

So aku order aje la, lagipun gambar kat dalam menu nampak menarik. Tapi aku tertipu, sebab tak sedap la pulak :(

More updates on barang-barang baby

My sister-in-law told me that kalau nak beli nappy cream for babies, better beli Angel Baby Bottom Balm..



Anak buah aku, Ahmad si budak baik pakai tu la. Elok aje aku tengok sampai sekarang. Hari tu masa dia kena cirit-birit pun Alhamdulillah tak melecet punggung dia. I already bought one, saja la nak try kan. Kalau sesuai, boleh terus guna..

Bila aku baca all the reviews about this product, rata-rata semuanya bagi positive feedback. Yang paling best tu boleh heal minor cuts and irritations some more.. Not bad :)

So basically barang-barang baby dah almost complete especially toiletries, baju and seluar semua..



Lapik untuk tilam dengan bantal yang hantar jahit hari tu pun dah siap. Tapi aku rasa kain tu aku kena beli lagi 1 atau 2 set la, at least boleh buat tukar-tukar..



Kain bedung pun dah settle. Baru aku perasan yang kain bedung tu punya la banyak aku dapat bila dah siap potong. Mana taknya, 1 color beli 3 meter. Potong semeter, semeter. So 1 color dapat 3 kain bedung.. Mewah dengan kain bedung anak aku nanti :D



Lepas ni aku rasa boleh la aku concentrate nak carik barang-barang aku pulak..

Wednesday, July 21, 2010

Bawak la banyak bersabar..

Hujan lebat betul pagi tadi, and I didn't expect pulak jalan akan jam gila sampai macam tu sekali. Sepanjang-panjang jalan dari Ukay Perdana kereta semua bergerak macam siput aje. Stress betul aku! Almost 1 hour dalam kereta, baru aku sampai kat office. Haih! Bila dah dekat dengan office aku, traffic light pulak rosak. Then ada orang bergaduh tengah-tengah jalan, buat bertambah lagi jam. Siapa langgar siapa tak kuasa aku nak ambik tau. Macam-macam..

Aku ingatkan lepas clock-in nak keluar kejap sebab nak beli breakfast, tapi fikir 2-3 kali jugak la. Kang nak merempuh jam lagi, tak larat aku. Naib baik la ada bawak bekal nugget 5 ketul, tapi dah habis la aku makan tadi dalam kereta. Now terpaksa la duduk terkebil-kebil, hopefully tahan la sampai lunch time kang..

OK la. Nak sambung buat kerja.. Have a nice day people!

Tuesday, July 20, 2010

Breakfast @ La Bodega

Lama jugak aku teringin nak breakfast kat La Bodega sejak aku pregnant ni, last Sunday baru dapat. Hati sangat riang, dah dok terbayang-bayang the Big Breakfast dengan American Breakfast kat situ :D In the end Ben ambik Big Breakfast, aku ambik American Breakfast..

Yum!


Hmmmmm..


Tapi aku lupa.. Sekarang ni aku dah kurang selera makan sama macam masa awal-awal pregnant dulu, cuma aku tak muntah-muntah aje..

Aku baru jamah roti dengan scrambled egg sikit dengan 1 hash brown, terus tertutup selera aku. Haih! Ben pun dah pandang aku one kind aje, sebab dia tengok cara aku kunyah dah lain macam katanya. Haha! So terpaksa la tapau makanan aku tu semua..

ps. Ke sebab aku tengok Ben punya makanan nampak lagi best dari aku punya?? Hahahahahaha!

Kena buat spec

Since cermin mata aku asyik pecah few years ago, aku dah malas dah nak buat yang baru. All this while aku pakai lens aje, bila sampai rumah (kalau tak lupa) or bila nak tidur malam baru aku bukak..

Dah dekat nak bersalin ni memang aku perlukan spec sangat-sangat la kan. Kang jadi kerja pulak anak bangun malam nak susu, ha time tu la baru aku kelam-kabut nak pakai lens and all..

Kebetulan kitorang pergi AEON Setiawangsa lepas kerja on last Friday, so singgah la kat kedai cermin mata yang ada kat situ. Pilih punya pilih, aku jumpa frame yang aku berkenan. Aku memang dah ready la nak test mata untuk update berapa power aku sekarang the next day tu sebab kalau kita pakai lens, kita kena bukak lens for at least 20 minutes baru boleh check power. Aku fikir better datang keesokan hari, aku boleh prepare awal-awal dari rumah. Boleh kalau nak buat on Friday tu jugak tapi kang aku kejap-kejap nak pergi toilet la apa la, lagipun dah malam. Aku penat.. Bestnya alasan eh? :D

Anyway.. The sales assistant pun OK aje tak kisah bila-bila aku nak datang. Before balik tu aku borak-borak la kejap dengan sales assistant tu kan, entah macam mana terkeluar cerita yang aku pregnant. He was like, "Oh, you tengah pregnant meh?" (Boleh dia tak perasan perut aku yang buncit ke depan ni) "Itu macam kan, I suggest you datang untuk test power lepas you give birth". Haaaaa?? I asked him why.. "Hormone changes mar. Kalau you buat sekarang, nanti lepas bersalin you pelik kalau suddenly you tak nampak clear. Mesti you ingat power you naik lagi. Then you kena keluar duit lagi, buat cermin baru lagi.." Alahai..

What to do, apa-apa pun aku kena jugak survive. Nasib baik la selama ni aku still boleh nampak lagi even without my lenses. In the end, we paid for the booking aje la. Lepas bersalin nanti baru aku datang balik kat kedai tu untuk test power..

Berkobar-kobar semangat aku nak pakai spec baru tau..

Monday, July 19, 2010

Latest check-up

I went for my check-up last Friday, so far so good. Tapi yang tak bestnya the doctor told me that my urine agak kotor sikit. Nak tak nak kena jaga la kan, have to drink lots of plain water. Aku kan pernah kena kencing kotor ni dulu before pregnant sampai sakit-sakit pinggang tak boleh nak jalan tegak. Tak sanggup la nak lalui lagi, sakit betul..

On the other hand, dalam masa 3 minggu from my last check-up berat aku naik 0.5kg aje. Dulu bila timbang berat aku 82kg, sekarang dah 82.5kg. I was expecting naik 1kg atau 2kg ke, sebab sebelum ni berat aku memang akan naik 2kg in 1 month. Tak kisah la, kang kalau berat sangat pun tak terbawak badan aku ni kang..

Oh, ye. Baby pulak dah 2.1kg :)

ps. Sekarang ni kaki aku cepat sangat lenguh. Jalan sikit, kena carik tempat duduk. Bila tengah kat dalam kedai nak tengok barang-barang baby, kalau kedai tu ada kerusi aku OK la kan. Kedai yang takde kerusi tu yang aku dok berpaut-paut kat railing baju. Hahaha! Ikutkan hati nak aje aku bersila kat atas lantai tu. Kronik betul!

Friday, July 16, 2010

Yours truly..

@ 33 weeks


That's my latest picture, baru ambik semalam :) Ada kawan-kawan aku yang cakap perut aku kecik (tak cukup besar ke tu?), and ada yang cakap besar (dah 8 months pregnant kalau perut tak besar memang aku risau la kan)..

Tapi yang paling best, ada beberapa orang siap dah bagi statement yang lebih kurang sama - "I rasa u beranak awal la Liza sebab I tengok perut you dah jatuh. Kat atas perut you tu pun dah macam kosong.." Ada pulak tukang ramal :D

Dah start mengemas sikit-sikit..

I already put one side all the things that I bought for the baby so that takde la menggagau bila nak carik. Baju-baju aku belum start cuci lagi, tunggu bila dah beli almari nanti kot. Toiletries pulak aku dah siap-siap masukkan dalam toiletries box..



Lega aku tengok. At least now I have a clearer picture on what else I need to get and all. Takde la membazir asyik beli, beli, beli sampai tak tau apa benda yang aku beli..

@ The Curve

Last Tuesday lepas kerja we went to The Curve, kebetulan pulak Ben balik awal kan. So I was thinking boleh la tengok-tengok baju kat butik 9 Months tu :D And boleh singgah kat Mothercare sekali..

It was a big mistake la I tell you. Not the shopping part la obviously, tapi part yang aku ingat aku ni superwoman keluar berjalan dengan hati yang berbunga-bunga on weekdays. As if aku tak tau yang malam karang confirm kaki aku cramp. Macam la tak boleh tunggu weekend, dah la satu hari aku kat office..

So anyway.. Kitorang pun masuk la dari satu kedai ke satu kedai - beli a few t-shirts from Giordano, my baju kat butik 9 months (teringin nak beli jeans, tapi takde saiz la pulak..) and last sekali pergi Mothercare.. Lenguhnya kakiiiiiiiiii!!



Before nak balik tu Ben ajak dinner dulu kat Dome. Masa tu memang kepala lutut aku dah menggeletar tahap maksimum dah. Tapi lega la sikit bila dah dapat duduk kan.. I had their Grilled Beef Steak, tapi tak habis la pulak. Ke sebab aku dah penat ke or tekak aku rasa tak sedap ke, aku tak tau la..



Lepas dah settle semua, kitorang tak terus balik rumah. Singgah kejap kat Keramat sebab nak tengok anak buah aku Ahmad si budak baik tu, then ke Bukit Antarabangsa pulak sebab nak collect cookies :D 1 pagi baru sampai rumah. Ha ambek ko, pukul 4 aku terjaga sebab urat aku sakit. Bukan cramp biasa yang kat betis tu tau, ni urat kat pergelangan kaki aku rasa macam kena tarik. Haih! Tu lagi sakit, lama pulak tu aku dok pusing-pusing terjerit-jerit pagi-pagi buta. Haha! At least kalau cramp yang kat betis tu kejap aje hilang once you flex your foot. Si Ben dah panic tak tau nak buat apa sebab aku dok "Aduiiii sakit.. Sakit.." Yang dia pulak dok "Jangan la nangis.. Jalan la nangis.." Hahahahaha! Kelakar betul kalau ingat balik..

Kiranya on Wednesday aku kat office tu, the whole day badan dengan sendi aku sakit-sakit. Ye la, dengan tak cukup tidurnya the night before.. Tak cukup rehat lagi.. Alhamdulillah sekarang dah OK sikit. Moral of the story, kalau aku nak keluar berjalan time tengah sarat ni elok la pegi on weekend aje :)

Wednesday, July 14, 2010

List of things to buy for the Mummy..

Basically barang-barang untuk aku memang tak banyak la. Whatever I have in my collection macam socks dengan kain batik tu aku just tambahkan bilangannya aje. List yang aku dapat ni pun hasil dari tanya-tanya kat kawan-kawan yang pernah bersalin before..

* Set Bersalin (Terpulang pada individu nak pakai brand apa ataupun yang buat sendiri..)
* Kain batik
* Nursing bra / panties / breast pads
* Maternity pads
* Breast pump
* Nipple shield
* Socks
* Nursing pillow
* Room slipper
* Bengkung

Aku tak sure la kalau ada apa-apa lagi yang perlu ditambah ke tak, sebab aku memang refer kat apa yang aku ada ni aje..

List of things to buy for new born baby..

Ramai jugak yang dah tanya, barang-barang baby dah habis beli ke? To tell you the truth, memang tak habis lagi la kan. List yang aku buat tu pun kiranya memang basic needs la, aku tolak tepi dulu nafsu nak beli benda yang bukan-bukan :D

Aku share la sikit especially dengan semua mummy-to-be (for the first time) kalau-kalau list aku ni dapat membantu sikit sebanyak..

* Toiletries - (Powder, lotion, oil, nail clipper, hair brush, shower gel, etc..)
* Bath tub + alas dalam bath tub
* Towel / hooded towel
* Pampers
* Minyak Yuyi
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Barut perut
* Baju & seluar for new born (not too many sebab baby akan membesar)
* Mitten& booties
* Baby wipes
* Kain bedung
* Botol susu
* Puting botol susu
* Storage bottle
* Brush for bottle (for cleaning purposes)
* Small handkerchief
* Drawer for clothes
* Gripe Water
* Syringe (picagari)

Other things macam stroller ke, car seat ke, baby cot ke, boleh la korang tambah sendiri ikut keselesaan masing-masing..

Yang mana aku dok slash tu, barang-barang yang aku dah beli la. List of things to buy for the Mummy pulak, nanti aku buat ye?

Monday, July 12, 2010

Masuk hospital..

On Saturday and Sunday masa aku banyak habis kat hospital aje. Mula-mula on Saturday aku pergi melawat my cousin kat Ampang Puteri, he's on antibiotic for 3 weeks already sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru. The latest news yang aku dapat, my uncle refer dia kat IJN terus. Kesian aku tengok my cousin tu, sampai lembik badan dia..



On Sunday aku ke Prince Court pulak. Anak buah aku, Ahmad si budak baik tu kena admitted sebab demam panas. Dia tu biasa la kan, sakit ke tak sakit ke asyik senyum aje memanjang. Masa aku sampai muka dia dah ala-ala excited nak ajak bergurau..



According to my sister-in-law, doctor ada ambik darah Ahmad sebab nak buat test. Ala, yang cucuk sikit kat ibu jari tu la. Tapi yang kelakarnya, dia tak henti-henti sua ibu jari dia yang sakit tu kat semua orang yang datang. Every time we asked, "Mana la jari yang sakit tu??" Automatically dia kembangkan jari-jari dia :D

Drama betul!

Currently reading: Diary of a Wimpy Kid




Note :
Not bad la buku ni sebagai bahan bacaan ringan :)

Friday, July 9, 2010

Set Bersalin

Hari tu aku borak-borak la dengan sorang kakak kat office aku ni, dia cerita about Set Bersalin from Nona Roguy. Dalam satu set tu ada 6 barang..

1) Tablet Phyto Natal
Berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Ia juga bertindak menguatkan tubuh disamping melawaskan pembuangan air besar.


2) Akar Herbanika

Bertindak menambah khasiat pemakanan dan
menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.
1 pek Akar Herbanika direndam di dalam 1 teko air panas yang mendidih
dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.
Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman,
rasa dan khasiatnya.


3) Herbanika Lulur

Menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.
Anggaran penggunaannya antara 1-2 sudu besar penuh.
Lulur ini digunakan sekali seminggu dah boleh digunakan selama sebulan.


4) Herbanika Barut

Sapu di sekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut
yang menggeleber selepas bersalin.
Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur
ketika menampung bayi di dalam kandungan.
Gunakan 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.


5) Minyak Herbanika

Membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan
atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
Melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin
sentiasa hangat.


6) Uncang Cuci

Mencuci luka jahitan.
Bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman
yang boleh menyebabkan jangkitan.
Boleh dibuat mandian yang berfungsi menyegar dah menghilangkan bau badan
semasa berpantang.


Source: www.mysetbersalin.com

Harga untuk basic set ni RM310, and untuk Pakej Eksklusif Mom's Special is RM375. Kalau beli melalui website tu ada la dapat free gifts and all..

Do I really need one actually?

Thursday, July 8, 2010

@ 32 weeks..

I'm getting more and more nervous day by day but at the same time so excited to meet the little one :) Dah 8 bulan dah, seriously aku rasa kejap betul masa berlalu. Tapi Annasuejie dari dulu dok tanya bila aku nak bersalin ni, lambat katanya. Haha!

Basically at 32 weeks badan aku dah bertambah berat untuk aku bawak. Seriously bila jalan pun dah macam siput. Tapi apa kes la pulak aku nak jalan laju-laju pun kan? :D Bahaya..

Buang air kecik pun makin kerap..

Kaki memang cepat sangat rasa lenguh, and tumit kaki aku dah start pecah-pecah dengan hebatnya. I don't know about other people la kan, ke aku sorang aje ke yang tumit kaki pecah-pecah..

Ada masa-masa aku boleh makan dalam portion yang kecik, tapi kena makan dengan kerap. Kalau dulu nasi kena penuh satu pinggan, tapi sekarang separuh pun OK. Unless kalau lauk yang my mother-in-law masak, ha tu aku akan makan bertambah :D

Apa lagi eh? Oh, ye.. Aku tak tunjuk lagi kan my latest photo yang tengah berdiri nampak perut. Masa awal-awal pregnant tu aje.. Nanti la, bila aku rajin nanti aku letak la kat sini..

List of things to bring to the hospital..

Especially to all mummy-to-be (for the first time) out there..

Mummy
* Pyjamas
* Undergarments
* Panties
* Breast pads
* Sanitary pads
* Room slipper
* Socks* Toiletries - toothbrush, toothpaste, moisturizer, comb, soap, shampoo..
* Face and bath towels
* Clean clothes for going home
* Books/magazines (Entah ada masa nak baca ke tak..)
* Cardigan

Baby
* Baby cloth
* Mittens & booties
* Receiving blanket
* Disposable diapers
* Baby wipes

That's all I think. Aku dapat list ni pun from somewhere. So kalau ada apa-apa yang aku tertinggal ke, feel free to add in..

Mamil Mama Gold Club

I was on medical leave last Tuesday actually, and bila aku sampai office semalam I saw ada package on my table from Mamil Mama Gold Club..



At first aku macam, "Eh bila pulak aku jadi member Mamil Mama Gold Club ni.." Belum bersalin lagi dah jadi pelupa. Haih! Then baru aku ingat.. Last month aku ada masuk website Danone Dumex and I was thinking what the heck, register aje la. I have nothing to lose anyway. Bukannya kena bayar pun kan..

By joining the club, aku dapat blanket for the baby :)



And a copy of Nurture & You magazine..



Cool.. Bertambah la lagi bahan bacaan on pregnancy.. Macam-macam info yang ada dalam magazine tu - children health & nutrition, pet allergies, recipe, etc..

Do check out their website at www.dumex.com.my where we can connect with other mums, boleh bertukar-tukar tips, share our experiences and all..

To register as a member, please click here..

Wednesday, July 7, 2010

SK-II Facial Treatment Cleanser

Sejak aku pregnant ni kan, aku perasan yang kulit muka aku jadi dull. Kadang-kadang kering sangat sampai menggelupas. Tapi tu biasa la kan, orang pregnant hormonnya lain macam sikit..

There's a friend of mine suggested that I give SK-II Facial Treatment Cleanser a try since kulit aku bukan jenis yang sensitif and boleh belasah apa-apa pun jenis product in the market. Frankly speaking, semua product SK-II kan mahal-mahal. Jauh mahalnya dengan cleanser yang aku guna sekarang ni tapi aku rasa kalau pakai jimat-jimat it shouldn't be any problem la kot..



So far aku pakai SK-II Facial Treatment Cleanser tu baru 4 hari.. Yang aku nampak, ada sikit kulit hitam sebab kering kat bawah bibir aku ni semakin hilang. Tapi yang tak bestnya, kulit aku jadi cepat berminyak pulak. Maybe tu kesan sampingan ke aku tak tau la. Kalau sesuai and kalau ada more positive changes kat kulit aku ni, maybe I will continue using it. InsyaAllah boleh tambah sekali dengan Facial Treatment Clear Lotion (toner) dengan Facial Treatment Essence yang diorang panggil "miracle water" tu..

It's still early to tell anyway. Tengok la nanti in 1 month macam mana..

Tuesday, July 6, 2010

Operasi mencari kain

Dah puas berjalan on Saturday, kitorang sambung lagi berjalan on Sunday. Kali ni operasi nak beli kain ela pulak untuk buat kain bedung dengan lapik tilam and bantal baby, so kena bawak my mother-in-law sekali sebab dia yang tau jenis kain yang elok and all. Buat sendiri senang, kalau beli yang dah siap takut kecik ke apa kan. Murah pun murah..

Mula-mula plan nak pergi One Utama sebab nak singgah dulu kat Mothercare tapi nak masuk parking aje punya la lama, terus tak jadi. Ramai betul orang.. So kitorang decide lain kali la pergi Mothercare, pergi carik kain dulu..

Our 1st stop, Kamdar kat Mid Valley..



We bought plain flannel, RM4.50 semeter. 1 color mintak 3 meter, so nanti jahit tepi aje. 3 meter tu boleh dapat 3 kain bedung..

Kitorang beli jugak kain cotton untuk buat lapik tilam and bantal. 5 meter untuk 1 set (tilam, 2 bantal, 1 bantal peluk). Tapi kat Kamdar tak banyak pilihan la, kitorang dapat 1 color aje yang kitorang berkenan..



Since kat Kamdar kain flannel tu ada yang plain aje, kitorang gerak ke Nagoya in Carrefour Wangsa Maju pulak. Mak cakap kat situ ada yang corak-corak..



Dapat la 2 jenis.. So kain bedung dah settle, tinggal nak carik lagi kain untuk lapik tilam and bantal. Takde la nak beli banyak, at least boleh la buat tukar-tukar kan. Yang tu nanti mak nak tengok kat Binwani's sebab dia boleh dapat murah..

Monday, July 5, 2010

The whole day kat KLCC

Last Saturday I got a call from my auntie, nak belanja makan kat Chili's katanya. Ha elok la tu, aku pun dah 2-3 hari ni asyik dok teringat-ingat kat Monterey Chicken aje :D Especially the mashed potato.. Yum!

Ben tak dapat join sama sebab dia ada kerja nak kena settle, later in the evening baru dia datang jumpa aku. Lagipun kitorang nak tengok barang-barang baby kat Mothercare..

Anyway.. Masa kat Chili's tu kan, ada something happened yang buat selera makan aku tertutup terus. Kan selalunya kalau kita order banyak untuk 1 table, bila makanan sampai sekaligus diorang akan letak dulang makanan tu kat atas meja lipat kan. Tapi entah la kenapa waitress yang serve kitorang hari tu nak tunjuk pandai ke, nak tunjuk terer ke atau nak tunjuk yang dia boleh jadi superhero ke aku tak tau la, dok balance dulang makanan yang besar tu kat penyandar kerusi tempat aku duduk tu. Bukannya lebar pun kayu penyandar tu. Memang berat la kan dulang tu penuh dengan 4 pinggan yang penuh dengan makanan. Tiba-tiba terbalik dulang tu korang tau tak! Nasib baik terbalik kat belah sana, kalau tak confirm kena cousin aku si Sabrina tu sebab dia duduk tepi. I was like, *sigh*.. Aku sampai tak terucap dengan kata-kata OK. My uncle dah dok "Liza, senyum.. Liza senyum.. Sabar.. Sabar.." Si waitress tu pulak boleh dok tersengih-sengih macam kerang busuk. Nak aje aku bagi penampar kat muka dia..

Aku memang dah panas hati before masuk Chili's lagi sebenarnya sebab my auntie keep calling tanya kitorang (aku naik kereta dengan Makcu and her kids) kat mana sebab orang Chili's dah marah-marah. Apsal marah?? Sebab table kitorang tak penuh lagi. In the 1st place, yang diorang allow auntie aku and the rest of my families tu duduk kenapa? Lepas tu nak bising-bising. Haih!

Dah la, malas aku nak cerita banyak lagi. Menyakitkan hati aku aje..

Ni la keadaan and rupa aku sekarang :D
Badan yang semakin mengembang.. Muka pun dah kembang sembab..


Lepas dah habis makan semua, family aku proceed la dengan agenda diorang. Aku pulak kena jumpa Ben. Survey barang kat Mothercare.. Isetan.. Adidas (yang ni takde kena-mengena dengan barang-barang baby)..



ps. Perfume Dolce & Gabbana - Light Blue, sangat fresh bau dia! :D Aku suka..

Friday, July 2, 2010

PappaRich

Normally during lunch time aku lebih rela ke food court kat area office aku tu walaupun terpaksa jalan kaki dalam keadaan cuaca panas ke mendung ke, walaupun kadang-kadang tekak dah tak boleh terima balik-balik makanan yang tu jugak dijual.. Tapi disebabkan murah and ada certain gerai yang lauk-pauk kat situ macam masakan rumah, aku gigihkan jugak la..

Sekarang ni aku lunch berdua aje dengan Aida, since Ajeet dah transfer ke Sales Department ni dia selalu keluar jumpa client. Tapi semalam we were joined by one of our colleagues from oil and gas division, OK la kan - the more the merrier.. And he suggested that we went to PappaRich.. I was like, "Alahai.. Nak makan apa kat PappaRich?" Dah la dulu aku ada kenangan kat PappaRich tu. Seriously aku dah takde idea nak makan apa dah..

Come to think of it, takpe la. Sekali-sekala, bukannya selalu. Bila tengok menu pun memang banyak pilihan kan. So I had asam laksa, fries (sebagai back-up sebab aku tau confirm aku tak kenyang kalau setakat makan laksa aje) and iced white coffee. Nasib baik tak mengecewakan :D

Thursday, July 1, 2010

Currently reading: Marshmallows for Breakfast


KENDRA TAMALE HAS FOUND TWO REASONS
TO FACE UP TO HER PAST


When Kendra Tamale returns to England from Australia she
rents a room from Kyle, a separated father of two, and begins a new job.
She's looking forward to a fresh start and a simple life.

Kyle's six-year-old twins, Summer and Jaxon, have other ideas and quickly
adopt Kendra as their new mother - mainly because she lets them eat
marshmallows for breakfast. Kendra eventually becomes a part of their lives,
even though she's hiding a painful secret that makes her keep everyone
- especially children - at arm's length.

Then Kendra bumps into the man who shares her awful secret,
and everything falls apart: she can't sleep, she can't eat, she's suspended from
work, and the kids are taken away by their mother. The only way to fix
things is to confess to the terrible mistake she made all those years ago.
But that's something she swore never to do.....

Note :
The first time aku baca buku by Dorothy Koomson - My Best Friend's Girl, aku dah tertarik dah dengan jalan cerita dia. Same goes to Marshmallows for Breakfast, start dari muka surat pertama rasa macam nak terus baca sampai habis..