Wednesday, September 30, 2009

Plan untuk buat open house for the department..

The open house for my department will be held tomorrow after work at my place. Dah diorang insist.. Ben pun agree.. Aku nak cakap apa lagi, walaupun dalam hati aku segan la jugak kan. Dah la rumah aku tu simple aje..

Plan asal nak buat on Friday tapi disebabkan Aida will be on leave start dari hari Jumaat tu, so kitorang awalkan la sehari. She'll be going to Istanbul for 10 days with her family.. Cuti sakan! Aida oh Aida, Liza nak mug Istanbul satu!! :D

So anyway.. Kitorang akan buat pot luck.. Ada yang nak sponsor drinks, sate, nasi impit and rendang ayam, roti jala, mee goreng..

Nampaknya lepas kerja hari ni aku kena prepare la apa-apa yang patut. Keluarkan segala bekas-bekas untuk isi makanan tu semua. Esok takde la aku kelam-kabut.. Sebenarnya aku excited jugak ni :D Rumah simple tu belakang kira la kan, aku fikir tetamu datang rumah ni bawak rezeki aje :)

Tuesday, September 29, 2009

Weekend in JB -Part 2-

Nasib baik la sekarang ni my Uncle Bujang and Auntie Baby are now staying in Johor.. At least ada la tempat nak singgah. Kalau nak terus drive balik right after the engagement ceremony tu memang penat la kan. Ewah aku ni, cakap macam aku aje yang drive :D

They are staying in a very nice place :) Aku fikir sebab tidur satu malam aje, kalau tak confirm aku bawak swimming suit.. Hahahahahahaha! Swimming pool dia besar ko!



Rumah tu fully furnished, so basically barang-barang and segala perabot yang ada semuanya dah macam kat hotel pulak aku rasa.. Tapi OK la :)

Kitorang dapat la rehat kejap sementara nak tunggu malam.. Diorang plan nak bawak we all pergi Danga Bay.. Saja la nak tengok apa yang ada..



Kitorang balik KL on Sunday morning after breakfast..



I wish we can stay a little bit longer.. Tapi takpe la, maybe next time :)

Monday, September 28, 2009

Weekend in JB -Part 1-

Ramai yang dah start kerja hari ni kan.. Amacam korang punya cuti raya? Aku ni dari tadi dok baca cerita-cerita orang kat blog about their Hari Raya :) Leka la sekejap.. Sampai tak sedar yang blog sendiri tak update lagi..

Anyway.. I was in JB last weekend with Ben and my parents-in-law. Kitorang pergi berempat aje.. On Saturday tu cousin Ben bertunang, anak Pak Lang. So alang-alang dah sampai JB, kitorang tidur la satu malam kat rumah my Uncle Bujang and Auntie Baby after the engagement ceremony tu..

Kitorang bertolak Sabtu pagi, roughly around 7.00am. Kepala aku dah start ting tong dah masa tu sebenarnya sebab tak tidur the night before. Sibuk mengemas rumah, and nak packing some more.. Lepas tu by the time aku nak masuk tidur, mata tak boleh lelap la pulak..

Masa on the way to JB from KL, Abah yang drive dulu..



Then kitorang semua berkumpul kat R&R Seremban sebab nak konvoi sekali dengan rombongan yang lain-lain.. Sempat la we had our breakfast..

Tu aku mintak separuh meehoon goreng tu,
pun dah banyak giler..


Boleh la, untuk lapik perut..


We arrived kat rumah pihak perempuan roughly around 2.30pm.. It was a brief and simple ceremony, but yet it was lovely :)

Sesi sarung cincin..


Lepas dah selesai semua, obviously ada makan-makan la kan..

They served laksa Johor yang super sedap..
Nasi goreng dengan ayam masak apa entah, aku tak sure
sebab aku tak ambik..
& rojak buah yang pedas lagi marvelous!
Then we all dapat chocolate muffin sorang satu..


At the end of the ceremony, tak sah la kan kalau tak ambik gambar dengan those two lovebirtds :)

Sama cantik sama padan..
Suka aku tengok tunang Men ni,
senyum tak lekang dari muka dia..

Friday, September 25, 2009

Healthy eating katanya..

Aku la yang beria sangat nak ke Johnny's sebenarnya.. Sampai aje makanan yang kitorang order tu terus tak menyempat aku nak masak :D

Aku macam dah suka la pulak kan makan kat Johnny's ni..


Aida pulak ambik alih tugas-tugas memasak..


Honey Dew Special
Manis sangat la..


Aida oh Aida..
Muncung tu tak boleh panjang lagi ke? Hahahahahaha!


Sangat la tempting!


*drooling*


Ajeet ordered this water chesnut for dessert..
Puas la kitorang fikir what is water chesnut in Malay..
We were like, "Sengkuang kan?".. "Sengkuang la kan??"
Yang si Aida tetiba "Google!!"
"Oh google keeeee??"
Hahahahahahaha! Datang pulak lurus dia si Ajeet ni..
"Google dot com dot my laaaaa!! Nak carik apa maksud water chesnut!"
Hahahahahahahaha!


Sedap la Ajeet punya "google".. Hahahahahahahahaha!

Dinner at my place ;)

Sharp pukul 5 semalam memang aku terus bergegas balik rumah la kan sebab Mak, Abah and semua adik-adik Ben nak datang to have dinner at our place. Nak kena kemas sikit-sikit and prepare apa-apa yang patut.. Oh ye, Anum dengan Roy aje yang takde sebab sekarang ni diorang still kat Sarawak..



Kitorang beli aje makanan, aku tak sempat nak masak. Ben pergi beli nasi goreng, mee goreng, kuey teow goreng, lemang and rendang dengan yong tow foo. Air buat sendiri, bancuh dalam periuk. Tinggal nak letak ais masukkan dalam jug aje..

That's our new dining table :D
Letak makanan dah penuh satu meja,
so kena la utamakan yang lebih tua.
Yang lain-lain semua duduk kat bawah..


Korang nampak frame yang kat dinding tu kan..
I wish aku sempat snap gambar Abah masa dia tengah tengok frame tu
sambil tersenyum-senyum :D
Suka aku tengok his proud face,
hasil tulisan dia aku pampang sebesar-besar alam :)




Tujuan kitorang buat makan-makan ni sebab untuk Halim sebenarnya. Dia tengah cuti raya sekarang, hari ni dah nak kena balik Riyadh dah. Flight pukul 7.. Before this pun dia dah dok tanya-tanya, "Bila nak pergi rumah Along?".. "Bila nak pergi rumah Along?"

Tu ha Halim yang pakai t-shirt biru..




Seronok bila ramai-ramai ni.. Walaupun rumah kitorang tu takde sofa segala bagai, tapi bila tengok diorang selesa and relax lapang rasa hati..

Plannya lepas ni, kitorang nak buat open house lagi satu untuk family members yang lain and kawan-kawan rapat pulak. InsyaAllah :)

Thursday, September 24, 2009

Terkedek-kedek la kami ke PappaRich

Hari ni sama aje macam semalam.. Sebab banyak masa terluang, dari pagi we all dah plan nak makan kat mana :D So we went to PappaRich yang kat Sri Rampai tu. Lagipun dekat sangat dengan office..



Biasa la, aku kalau keluar makan balik-balik dengan muka-muka tu jugak..

Aida dengan Ajeet ni..
Dah habis cute dah tu korang oi!


Teruja tak tau nak pilih apa..
Nampak semuanya sedap..
Yang aku ni kejap-kejap dok "Ya Allahhhhh!!" Kejap-kejap dok "Ya Allahhhhh!!"
Macam tak pernah makan pulak..


Pappa Energy Detox Tea with Honey
Nak detox la sangat kan..
"Aida rasa kalau Liza minum air ni, sampai office kang Liza jadi kurus tak?"
Hahahahahahaha! Gilo..
Aida bila dengar aku tanya macam tu, nak tersembur air dalam mulut dia..


Dry Curry Mee with Foo Chok & Fish Cake
Ya Allah Ya Allah tengok gambar makanan,
hambek ko MasyaAllah tak sedap!

Orang ramai masih bercuti..

Kat office ni 6 orang aje yang kerja this week. Sangat la bosan tahap maksima! Tapi bos aku dah siap-siap hantar e-mail regarding tasks yang aku kena siapkan within this week. At least ada la something untuk dibuat kan..

Semalam kitorang yang ada ni had lunch kat rumah one of my colleagues, Kak Ita. Dah puas makan ketupat and rendang during Hari Raya, kitorang dijamu makan nasi campur pulak.. Heaven!



Cucur udang pun ada.. Cicah dengan sambal.. Ya Allah sedapnyaaaaaaaaaa!

Normally aku tak berapa gemar makan udang..
Tapi ye la, balik-balik makan ketupat dengan rendang aje kan.
Sampai sakit-sakit perut aku..
Sambal udang pun sambal udang la..


Antara kuih-kuih raya yang ada..
Kak Ita buat biskut nescafe, tu yang ada macam chocolate rice warna-warni tu
sebelah biskut bunga..

Sedap :)


Kusyuk betul si Aida ni makan
sampai senget badan aku nak ambik gambar pun dia buat dek aje..
Selalunya dia memang pantang nampak camera :D


Ajeet tengah nak makan sempat lagi baca magazine..


Aida and yours truly


That's the scarf yang aku dapat from Sis Mel :)
Baru aku perasan betapa retronya sarung cushion Kak Ita tu :D