Ini sambung cerita dari
part I.
Hari kedua kami ialah..buat rakit. Bukan rakit sesaje yer..tapi kene ambil bendera yang dah di pacakkan di tengah laut..errr...takder la tengah sangat...tapi..bagi aku yang tak pandai berenang ni..aku rasa bendera tu ada di tengah2 laut..scary kau...
sempat possing, senyum yer..tapi hati di dalam tak siapa yang tahu...
suka korang kan...
aku dok sms laki aku..'minta maaf banyak-banyak..., halalkan makan minum bagai....'
sesi taklimat dan demo..tengok cara-cara buat rakit sendiri.., kusyuk tau..takut mak kalau rakit terburai kat tengah laut..huhuhuhu
>mari bersenam<
sudah mulakan operasi mencari buluh untuk dibuat lemang..eh bukan,..untuk dibuat rakit.., time ni memang huru-hara sikit la.., ada yang ambil buluh, ambil jacket, ambil tong, ambil tali. Dah tak fikir badan ko kecik ke,..badan ko besar ke..., kalo siapa yang badan kecik..bawak pulak tong besar...umpama kite nampak tong berjalan...hahahha
dalam pembikinan.., sahabat sorang ni dah tanggal baju..walaupun hari dah mendung..sejuk pun dia rasa panas...
group 2 : hampir siap...
group 1: tidak dapat dikesan..
ha, ni group aku..senyum lebar kan..siap possing..suka sungguh.., komando tu suruh kami test tempat duduk masing-masing..seat aku kat belakang skali..duduk pulak dekat atas tong biru..port baekkk..
mari test power..pegang tangan member sebelah..jalan slow2..smpai air kat paras leher tu..angakt kaki..dan baring...fuhhhhh..kene pulak ombak besar,...hamek kauuu
ok, pertandingan sudah bermula..., group sebelah dah belayar..group kami masih terkedek-kedek nak naik rakit..maklumlah..peha masing-masing berat..., makan masa sikit la encik...
tengok group 1 ni..kurus-kurus je kan...tak aci sungguh...
gambar semasa kayuhan tidak diambil disebabkan cameraman asyik gelak terbahak-bahak dekat botlaju. suka betul dia tengok bot kami nak pergi ke Melaka.
korang tengok ni..bendera merah ni adalah group 1. Group 2 masih lagi tidak dapat dikesan. Mungkin dah beli belacan dekat negeri Melaka nun...
dan akhirnya group kami tewas tanpa berputus asa. Bendera tetap kami ambil cuma masa balik tu..semua dah tak larat nak kayuh. berserah je la..kalau ombak ni bawak kami ke timur..ke timur la kami tuju.., kalau ombak ni bawak kami ke thailand..ke thailand la kami pergi....hahahaha
sampai jugak walaupun tewas....
possing la jugak..tak kisah la kalah pun...janji rock!!
balik-balik...., kalo dah basah macam ni.., dalam bas pun kene berdiri..kang habis seat bas kan..
tengahari adalah masa untuk rehat..., lepas lunch..semua merebahkan diri kat tilam. kaum adam ke masjid solat jumaat..., kaum hawa merapatkan saf di katil..., stamina harus dikumpul sebab petang ni ada war game.
Ini adalah gambar semasa war game. Gambar ni tak banyak pun sebab semua team sibuk berperang dengan lumpur. Badan busuk..., muka comot...tapi yang bestnya..team aku menang...hihihi
Malam terakhir...
sesi karaoke..., aku tak minat sangat karaoke ni sebab suara aku sedap *tipu sangat..., setiap team dikehendaki sumbangkan 2 buah lagu. melayu dan english version..hentam sajalah..., anggap je la suara tu sedap kan...
ni ialah bos HR merangkap bos aku...serius aku cakap..suara bos aku x sedap...hahaha
kak aziah dok pening2 cari lagu yang best.., lagu best dah jumpa..tapi suara kite yang tak best..macam mana tu??
ni adalah team aku.., nyanyi lagu dangdut amelina dan lagu uptown girl...
ok,sesi karaoke dan bbq habis jam 12malam., kami semua dah masuk bilik sebab esok pagi ada qiamullail, tapi bos-bos kami pulak dok sumbangkan suara lagi..tak tau la diorang tidur pukul berapa...
Dan, ini adalah hari terakhir kami..., ada kelas dan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang. Group aku dapat no. 2..
ini hadiah untuk team aku...
Ini hadiah untuk group pertama...
sesi bergambar beramai-ramai...
dan, selepas lunch..kemas beg..kami pun pulang.., dalam bas senyap sunyi sebab semua orang penat..., semua pakat tidur....siapa yang berani nak karaoke dalam bas..memang sia-sia la kene baling botol... :)