Friday, January 29, 2010

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA??!!

Cakap sahaje tentang keajaiban dunia sudah kita akan membayangkan bangunan2 atau pun menara2 yang hebat2 dan tinggi2 belaka itu.
Ramai mereka yang beranggapan TUJUH KEAJAIBAN DUNIA ADALAH :

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Tetapi tidakkah kita terfikir mungkin terdapat keajaiban lain yang terdapat di sekeliling kita yang begitu hampir sekali dengan diri kita iaitu :

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai


Marilah kita renungkan bersama dan hayati dan cuba untuk mensyukuri setiap nikmat keajaiban yang ALLAH kurniakan kepada hamba2NYA ini...
ALHAMDULILLAH...


Rahsia Tarian Poco-poco??




Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

Tuesday, January 19, 2010

malaysia akan dikenakan SEKATAN EKONOMI??

SHAH ALAM: The United States may slap economic sanctions if the Umno-led Barisan Nasional government fails to resolve two key issues considered crucial by the international community, according to diplomatic sources.

The latest edition of the Pakatan Rakyat weekly, Suara Keadilan, quoting the sources as saying that the administration of President Barrack Obama is demanding a detailed explanation from Prime Minister Najib Abdul Razak’s government on the two missing F-5E jet engines and the series of arson attacks on churches and other places of worship over the last two weeks.

It also quoted Wisma Putra sources as saying if Najib viewed these issues lightly then Washington could slap economic sanctions on Malaysia.

The United States is Malaysia’s number one trading partner and in recent years has been ranked among the top three foreign investors. In 2008, it was the second largest investor, with investments totalling RM8.7 billion.

Any economic sanction will have a painful effect on the country, which is already suffering from a large deficit.

Wisma Putra sources said Washington’s diplomatic note reflects the seriousness of the Obama administration, which until now had only voiced their objections with statements.

“After this, if the government still dilly-dallies and takes no serious move to resolve the issues, heavier pressure will be instituted, including economic sanctions,” said one source.

In an SMS revert to Suara Keadilan, the US embassy’s media officer, Tina Malone, said Washington took a serious view of media reports of the missing jet engines, which were manufactured in the US.

“The US Government views seriously reports of the missing F-5E jet engines supplied to Malaysia,” said the SMS.

“The US Government has asked the Malaysian Government to provide a comprehensive report in relation to investigations into the matter.”

One of the Wisma Putra sources also confirmed that Waashington had sent a diplomatic note to the Malaysian Government over the petrol bomb attacks and vandalism on Christian churches.

America’s fear was underscored by its Commissioner for International Religious Freedom, Leonard Leo, who said: “How the Malaysian leadership deals with this issue will determine the political and economic future of the country.”

Wallahullalam...

Monday, January 4, 2010

Bermalam Di Katil Seorang Lelaki

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa... lengang, sepi!



Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra... menjerit sekuat hati, cemas gila panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pergi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kasihan, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia saja sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain saja dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia dengan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar gila maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ... ... ..... ... ... ... ... ... ... .. ... .

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya Kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah.

Motif cerita : Cerita ini cuba menggambarkan seorang lelaki yang telah cuba dikuasi nafsunya oleh para syaitan dan iblis untuk memperkosa perempuan tersebut.Untuk mengelakkan imannya daripada terus tergugat dia telah bertindak dengan membakar jarinya dengan menggunakan pelita untuk menggambarkan betapa pedihnya azab dibakar di dalam neraka kelak sekiranya dia mengikut keninginan nafsunya tersebut.Cube kita bayangkan sekiranya dibakar menggunakan pelita pun kita sudah tidak tahan azabnya bagaimana pula sekiranya dibakar di dalam api neraka yang beratus kali ganda lebih panas??!!

Wallahullam..
sumber : ukhwah.com

Bangau oh bangau!

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

sumber:ukhwah.com

Monday, December 28, 2009

Warkah Buat Ibu.....

isan ini dihantar oleh seorang sahabat........bagi mereka yang mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka...

renungilah luahan hati seorang anak yang ditinggalkan ibu

WARKAH BUAT IBU.………

Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...kita
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup,
mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar kelinn naik motor.....

Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang apa! rjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
begitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak
ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kita berikan.....

Mak....
cukup lah sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat kenangan..

kita cuma tau alamat ni aje...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu.
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil

Pesanan:

· Hargailah kewujudan mak kita

· Hargailah segala pengorbananan mak

· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik

· Merendahkan suara ketika berbicara

· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.

· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.



Thanks & Reqards,
Naifazriwadi Bin Mohamed Khaidi
MMI Industries Sdn.Bhd
RMT Dept

sumber : ukhwah.com

Saturday, December 26, 2009

Kisah kasih sayang.....

Saya cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada saya. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, saya ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta saya dan adik berdiri di tepi dinding. Saya menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Saya langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang saya.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Saya gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan saya tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu. saya meraung sekuat hati, kesal dengan sikap saya yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Saya mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan saya bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan saya pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Saya terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" saya terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu saya lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," saya memujuk adik
tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. saya cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. saya kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak. saya bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Saya kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, saya pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Saya menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" saya bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...saya menangis seperti selalu.

Saya berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, saya meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

sumber:ukhwah.com