Friday, November 26, 2010

I wish I have more than 24 hours!

Aku kalau balik rumah jer mesti blog ni akan jadi macam anak terbiar tau...bila dah sentiasa busy dengan anak sendiri, memang kurang sikit masa untuk diri sendiri (eh macam rhyme pulak)...Most of my time at home will be occupied dengan aktiviti di rumah with my family..Bukan tak nak meng'update' tapi setiap kali mood nak update datang dah duduk depan laptop then suddenly mesti hati ni selalu rasa tak senang and nak check balik tengok apa yang anak aku tengah buat..selalu tau macam tu..end up blog ni memang tak ber'update'..

Mesti ada yang cakap, eleh ko anak baru sorang dah kecoh..tu ade blogger anak 2-3-4 still jer boleh update blog tetiap hari..weh aku memang salute la dekat dieorang yang anak dah 2-3 ni boleh update blog hari²..some of them tu dah la berkerja..tapi never fail to update blog with new entry almost everyday..for instant kak merah kita..the infamous blogger..okay maybe anak dia dah besar² kan tapi still la they need her attention..I memang adore you kak red!!..sometimes I wonder how on earth they could do such things..or maybe I'm the one who is lazy?

Tapi dalam masa aku sibuk² tu, semalam aku sempat pergi buat facial..itu pon after my husband bising² tengok muka isteri dia dah macam ladang penternakan jerawat...hahaha..noo lah....of course la dia tak cakap straight to the point yang muka aku banyak jerawat but suddenly he came up with this line " Sayang..you dah lama tak pergi facial kan?..ni adik² ada dekat rumah boleh dieorang tengok² kan Emir while you go do your facial" Masa tu aku pon rasa pelik, dia tiba-tiba concern sangat pasal facial appointment aku..Pastu terus pergi tengok muka sendiri dekat cermin, lantas hatiku berkata "I really do need a facial treatment"..terus call Asterspring set appointment semalam..

Memang dah lama sangat tak pergi buat facial, since my last facial appointment was..wait I forgot..I think it was 4 months ago kot..sampaikan..last time aku balik, I was so busy with packing and unpacking (we were moving to our new house)...furthermore, it was Raya when I was at home last time..super duper busy!! So after awhile not pampering myself, yesterday facial session was such a blast!! rasa sangat relax and aku memang enjoy la..terus set another appointment next week..hehe..

I personally think as a women, no matter how busy you are, you guys really need to find sometimes to ease yourself..especially for those yang dah ada anak tu..jangan jadikan "sibuk dengan anak" sebagai alasan untuk tiada masa for yourself (peringatan untuk diri sendiri jugak)..biarlah hanya untuk beberapa jam..you guys really need it! Buat lah anything yang boleh buat you all feel relax and happy..do massage or facial..watch your favorite movie or read book...barulah diri tu nampak sentiasa muda and ceria!!

Saturday, November 13, 2010

Happy mode

Hati saya sangat gembira..~la..~la..~la..

Besok balik Malaysia.

Mestilah saya suka!!

Friday, November 12, 2010

Life is Like a Cup of Coffee

Just wanna share with you guys a spiritual story. The writer's name is not clearly stated but his/her story did give some impact to me.

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... And then you began eyeing each other's cups.

Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.

This story was taken from here
Manusia memang tak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. We always look for something more even we know what's in our hand is more than enough than we could handle. Sometimes we should learn how to appreciate things we already have and try to make use of them at the very best as we could.

Keep It Simple & Straightforward = KISS.

Sunday, November 7, 2010

"Peerenting"

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, kami adik beradik memang takut dengan mama. Mama sangat tegas garang dengan anak². Abah selalunya cool jer dengan kami. Tapi bila abah marah memang kami adik beradik sangat gerun. Tu sebab almost anything that I want from my mom or anything that I want to tell her I will go through my abah. Kira abah filter dulu la. Kalau abah kata 'Yes', mama maybe says 'Yes' or 'No' la. If abah kata 'No' tak payah la buang masa tanya dekat mama sebab jawapannya adalah sama.

After I got married, everything seems to change. Me and my mom started become closer. Especially after I have my own kid.We share story about pregnancy, motherhood, cooking..or would I say about everything? Now baru aku faham sebenarnya kenapa my mom begitu tegas dengan kami. Bukan senang rupanya nak membesarkan anak² ni. Anak amanah Allah to all parents. So kena jaga dengan betul². Aku pon pelik kenapa ada manusia sanggup buang anak. Dahlah baby baru lahir adalah sangat comel. Macam mana lah dieorang boleh tergamak letak baby comel dalam tong sampah, tepi jalan, dalam toilet. Stupid tau mereka² ini.

Seingat aku lah, aku memang tak pernah kot cerita pasal kekasih² aku ni dekat mama aku. Kalau nak rasa kena pukul dengan hanger or telinga berdesing dengar bebelan mama, try la cerita pasal boyfriend² ni dekat dia. Even abah aku seorang yang agak cool, dengan dia pon aku tak pernah nak cerita pasal kekasih² gelap aku. Serious weh sampai aku masuk university pon parents aku tak tau aku ada kekasih kecuali kekasih aku yang last sekali tu. *Ehem* you know who you are. Ada certain kawan² aku masa aku primary and secondary siap boleh cerita² pasal boyfriend dieorang dekat mak ayah dieorang. Siap tu mak ayah jemput datang rumah makan tengahari sama². Aku tengok parents zaman sekarang ni pon more open la pasal boyfriend-girlfriend ni. Ooh tapi lepas aku jumpa last boyfriend aku (now my husband), tiba² aku jadi berani nak bagitau my parents. Aku siap bawak jumpa mama abah lagi. Masa tu risau giler kalau mama halau dia balik kan. Up to my suprise, mama beramas beramah mesra lagi dengan dia. Jodoh tu ketentuan Allah. Manusia pon boleh berubah kalau dah ditakdirkan oleh-Nya.

Recently, I watched an American television series called 'Modern Family'. It's about a big family which portrays husband, wife, kids, gay couple raising an adopted daughter, mixed raced couples..which somehow exemplifies today's family. So in one of the episode, one of the character mentioned about 'Peerenting'. He was actually trying to understand the problem faced by his daughter and her boyfriend. The father is trying to berlakon jadi kawan kepada daughter dia instead of being a father so that his daughter lebih rasa selesa untuk share masalah boyfriend dia.
Apa yang menarik perhatian aku, is perkataan 'Peerenting' tu sendiri and it's simplified from 'Peer' and 'Parenting'. Peerenting is when you act like a parent but you talk like a peer. Dalam bahasa yang lebih mudah di fahami, korang treat anak² korang like a friend so that anak² lebih selesa nak share apa saja dengan parents tanpa rasa takut. Parents act 'friend' role instead of 'parent' role.

I call it "Peerenting"
For me, aku suka konsep macam ni but not for all the time. As a mom, aku suka bila anak² refer pada aku kalau dieorang ada any problem. Even aku pada masa tu aku takde solutions for their problem but at that time I can still comfort them and calm them down. Kenapa aku cakap 'not for all the time' because for sure la at times, we also need to be strict to our kids at certain things especially anything yang bercanggah dengan tuntutan agama. Kalau tak sure kids, pijak kepala act beyond our limit kan? In the same time, we as a parents, also need to learn to listen to our kids first before make any judgment. On the other hand, kids need to understand there's must be a reason why that parents, sometimes say 'NO' to things that you desire or request from them.

Dalam mendidik anak² ni masing² ada cara tersendiri. My parents pon is typical 'parent'...strict and always wanted us to listen to what they said. But I guess they did a good job because Alhamdulillah we are all turned out okay. As a daughter to them tak semestinya aku kena ikut cara my parents didik anak². But most of the time I will try to seek advice from them and also my in-laws.

You all pon sure ada pendapat masing² pasal issue 'Peerenting' ni. I believe this concept has pros and cons. I would like to hear from your point of view. Care to share guys?

Thursday, November 4, 2010

Masa berlalu ibarat siput sedut yang sedang mengesot

Tick..Tock..Tick..Tock..

Lagi 12 hari nak balik. Makin dekat hari nak balik makin aku rasa time goes very² slow. Macam siput sedut. Mungkin siput sedut lebih laju kot. Encik Masa kau naik lah bullet train nanti cepat la sikit sampai waktunya aku balik.

My life on the rig pretty much stagnant for the past 3 days. We are still on preparation mode. Operation belum start lagi. Tu sebab korang boleh tengok aku update blog tiap² hari. Tak berapa nak busy sangat sebab most of the things dah settle. Lepas tu pulak shift aku 12 jam jer. Lepas shift memang free la. Aku pon bukan la bayi yang memerlukan tidur selama 12 jam. Supervisor aku pon sempoi jer orangnya. Bukan macam supervisor² aku yang lepas² asyik nak serius jer all the time. Tak boleh la tengok we all chill² sikit.

For now, tak semua crew boarded on the rig, the rest of the crew members will join us on this Saturday. Reason kenapa semua crew tak datang sekali sebab, preparation yang we all kena buat ni just minor jer because all set of equipments are permanent installed since 2 years ago. So we all yang dah sedia ada dekat rig ni just datang untuk buat function check before the job started. Berita yang paling buat mood aku ceria sikit today is because my supervisor mentioned one of the crew yang datang nanti is from Malaysia. Best giler!! Dapat aku gossip dalam bahasa ibundaku..Jarang sangat² dapat jumpa orang Malaysia dekat rig selama aku kerja ni. Hopefully mamat yang datang ni tak poyo sangat. Kalau poyo aku campak kat dalam laut. Hahaha.

Husband and Emir pulak malam ni (Malaysia time) bertolak ke Sungai Petani. Husband is going to attend his ex-school reunion organized by his batch. Rugi pulak rasa tak dapat join. Aku selalu jugak join meeting organizer reunion ni sebab my husband is one of the committee. Secara tak langsung aku tau la aktiviti² nya. Niat sebenar nak jumpa geng² gossip aku (Geng JSA). Tapi husband aku informed tadi ramai pulak geng² JSA tak dapat join sebab ada yang tengah berpantang and what not. Kiranya ramai datang sorang (read: bujang) la. My husband pon will drop Emir dekat my in-law's house in Sungai Petani. Suka la tu para² suami. Jangan nak ber'party' buih sudah lah. Aku memang pantang kalau buat party buih tanpa kehadiranku ini. Hahaha. Takpe lah aku kasik dia enjoy dengan kawan² dulu. Nanti aku balik Malaysia, you are all mine. Roarrrrr...=P

Okay guys. Will keep you guys updated.

Tata.

Anakku persis gaya seorang artis

Tahniah diucapkan kepada mama saya sebab berjaya meng'transformasi'kan anak saya persis seorang artis. Dah macam Vidal Sassoon la mama ni.

Ibu ni tak boleh simpan rahsia la.. Emir segan lah dengan Mya eh silap kawan-kawan nanti. Emir nak low-profile jer..Emir tak nak mem'capub' macam Dafi "Baik Punyerrrrr!"

*
*
*
*


Memang hampir serupa dengan artis ini...

Abu Bakar Ellah..dia artis bukan?

Baru aku tau Abu Bakar Ellah inspired by Fantaghiro si cantik ni. Kalau begitu Ibu tak kisah lah kalau Emir nak kekalkan gaya rambut macam tu.

Wednesday, November 3, 2010

Mari belajar bahasa melayu dengan Ben bukan bendi..

I've stumbled into this video from facebook..Mamat ni kelakar giler. Dah la *cough* cute dan comel jer gaya percakapan bahasa melayu beliau. Beliau belajar bahasa melayu within 1 1/2 year jer. Tanpa intensive class or what so ever. Just by talking to our local guys and reading. *thumbs up*.

Mat Saleh pon beriya nak belajar bahasa melayu tapi kenapa orang melayu sendiri tak nak agungkan bahasa sendiri *pelik*. Haa, termasuklah aku sekali.

Korang tau tak mostly anak² menteri kita pon cakap bahasa melayu bersepah macam mana lah nak tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Korang tengok anak President Jepun siap bawak translator kalau pergi mana². Bukanlah nak tunjuk beliau kaya, beliau boleh bayar translator. Bukan². Bukan jugak sebab beliau tak tau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tapi sebab beliau nak orang² lain tau yang beliau memartabatkan bahasa ibunda beliau even kat mana pon beliau berada.

Don't get me wrong. Aku tak bermaksud yang korang tak payah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris langsung. Bahasa Inggeris kan International language. Even aku pon communicate dalam bahasa Inggeris time kerja. Tapi jangan la sampai jadi poyo sangat sambil berkata "Ooh, I forgot to speak Malay la" atau "Sorry, speak in English please, I don't understand you (dalam loghat Kelantan)", padahal makan budu lebih hebat dari aku. Memang nak kena pelempang.





Ooh..you all boleh kelik dekat sini untuk jadi kipas-susah-mati (die hard fan) beliau. Sabar dik² non. Akak tau korang tak sabar nak kelik link tersebut sebab nak tatap wajah cute beliau mengenali beliau dengan lebih rapat.

Beliau akan ke KL bulan December ni kot. So siapa² nak buat temujanji panas (hot date) dengan beliau boleh la hantarkan email ye. Oh aku tak boleh. Aku ada temujanji terpanas dengan encik suami *tak nampak ke encik suami dah jeling² tu*..=P

Tuesday, November 2, 2010

Gaya penulisan yang agak kurang matang

HyE K0wAnG!!! HaWau u GuYZz?? hOpE kOwAnG seE-hEaRt dAn SeNtIasA cHanTeqEu sElALu.. kItEw sEe-HeArT jEwW. HaRiE nIeW kItEw MaKaN eSkRem ceKLat yAng SaNgaT seDAp..(Hi korang!!! How are you, guys?? Hope korang sihat dan sentiasa cantik selalu.. Kita sihat jer. Hari ni kita makan aiskrim chocolate yang sangat sedap).

Okay. Stop it. Annoying, bukan?

Aku nak type pon lenguh. Asyik nak kena tekan shift jer.

Korang yang baca pon mesti rasa nak tekan butang 'X' kat sebelah atas kanan tu.

Umur dah 25 tahun tapi gaya penulisan serupa budak umur bawah 5 tahun. Grow up please.

Kalau Puan Rozana (cikgu BM (bahasa melayu) sekolah rendah masa aku darjah 6) tengok ni sure aku kena cubit sambil berkata "Amirah..coba (cuba/try tapi cikgu selalu pronounce coba) kamu ubah sikit tulisan kamu ni. Nak dapat BM penulisan E ke?"

Aku tengok budak² sekarang ni gemar betul type macam tu. Bukan budak² jer la. Golongan umur pertengahan pon masih nak type camtu. Kononnya ayat manja berbaur comel la type macam tu? Tak comel langsung okay. Tak kira la dalam blog, hantar SMS atau type status dalam facebook. Orang nak baca pon pening. Macam mana la you all ni gigih type macam tu. Especially yang rajin hantar SMS tu. Serius sangat gigih. Kalau aku one word nak type huruf besar huruf kecil tu mungkin ambil masa 1 minute. Imagine kalau nak type sepuluh perkataan. Jap nak ambik kain lap peluh jap. Berpeluh akak dik non!

Aku ambil contoh abah kesayangan aku la kan. Memang aku respect, kalau dia hantar SMS dekat aku mesti ayat lengkap, siap di setiap hujung SMS mesti ada perkataan "Terima Kasih/Thank You". Aku ada jugak la campur aduk perkataan ringkas kan sebab nak cepat contohnya 'yang' kepada 'yg'. Tapi tak kuasa nak type huruf besar huruf kecil tu. Lagi2 nak ubah perkataan seperti 'sihat' kepada 'see-heart' (tengok hati?), 'how are you' kepada 'hawau u' (dah macam mencarut pon ada aku rasa). Kalau abah aku dapat SMS macam tu dari aku, sure dia terus delete. Bukan sebab dia benci dekat aku. Tapi besar kemungkinan dia beranggapan handphone anak dia kena curi lepas tu ada orang gile hantar SMS yang sukar di fahami. =P

Adik-adik jangan contohi gaya penulisan di atas. Nak dapat BM penulisan A tak?

Monday, November 1, 2010

How well can you accept criticism?

"Eh, apesal make-up ko ni tebal sangat?"

"Tulisan kau ni dah la besar² pastu macam cakar ayam pulak tu"

"Report macam ni kau kata terbaik, adik aku dekat tadika pon boleh buat"

"Keciknya rumah kau, macam rumah kucing!"

"Baju kau ni aku pernah nampak la dekat uptown Danau Kota, kau kata kau tempah dekat Rizalman eh?"

Sakit hati tak kalau dapat kritikan macam ni? Rasa macam nak terjun bangunan 14 tingkat. Okay fine, melampau sangat tu. Bila kau dapat kritikan macam ni, kau rasa self-esteem kau terus merundum, say from 100% terus decline 0.01%. Tu pon mujur ada balance 0.01%.

Tak melampau sangat kalau aku cakap, dalam hidup ni kalau takde kritikan memang kita tak boleh maju. The thing is, how you face that criticism. Tapi kenapa sometimes (or should I say most of the time) susah sangat kita nak terima kritikan ni? Is it because we expect our self too high then we can't accept our weaknesses? or sebab sejak kecik mak bapak tak pernah tegur kesalahan kau, so kau ingat semua benda yang kau buat tu bagus²? So bila now orang tegur, itu salah ini salah, kau susah sangat nak terima?

Orang yang bagi kritik pon ada macam² jenis jugak, ada yang positive and ada yang negative.

Golongan I
Jenis suka nak condemn orang lain, supaya dia nampak lebih bagus dari orang yang dia kritik.
Orang² macam ni sangat keji tau. Orang macam ni, memang jenis tak boleh nampak orang lain lebih sikit dari dia. Memang dia pantang, kalau orang lain lagi bagus dari dia. Contoh ayat² kritikan dia:

Si Jenab baru beli sofa baru color merah, lalu ditegur Sepiah,

Sepiah: "Jenab, aku tengok kerusi baru warna merah kau tu dah sama macam color kain buruk alas kaki rumah si Jenah. Kalau aku, aku tak beli color cenggitu"

Tengok keji tak keji si Sepiah ni. Biarlah si Jenab nak feeling² dengan kerusi baru dia, kau tetiba nak dengki apesal?

Orang² yang tergolong dalam golongan ni memang akan sentiasa bagi kritik tak kira la if kau dah buat yang terbaik pon dia kritik, kau buat tak terbaik, memang of course lagi teruk kau kena kritik..

Harap korang boleh relate contoh yang aku bagi untuk golongan pertama ni. Boleh kan? kan?

Golongan II
Jenis yang suka kritik tapi kritik belakang², tak cakap straight to the face.
*Ehem*.
It's been our culture kot suka bitching2 belakang orang. Kalau kau tak puas hati cakap la depan² kan. Ker kau takut dan tak boleh nak menerima kenyataan?

Jenab: "Si Sepiah tu kalau pakai lipstick baru dia yang kaler merah dah macam bibir Missy Elliot dah aku tengok"

Apa kena mengena bibir Missy Elliot dengan warne lipstick si Sepiah? Memang dasar pendengki tau kau Jenab.

Golongan III
Jenis yang suka bagi constructive criticism.
Golongan ni memang harus dicontohi. Bagi dia, do right at the first place. Orang2 macam ni memang takde hasad dengki. Kalau dia kritik or tegur memang ikhlas sebab nak orang yang ditegur berubah ke arah kebaikan. Contoh ayat² kritikan yang very constructive:

Si suami melihat isterinya memakai tudung dengan blouse color kuning striking, lepas tu pakai seluar color merah mak ngah dipadankan dengan lipstik color merah jugak. Lalu si suami berkata kepada isteri:

Suami: "Yang..yang..abang tengok kalau yang pakai seluar color hitam dengan lipstik color beige/natural nampak lagi sexy stylo la yang..lepas tu yang pakai handbeg color brown yang abang bagi present masa birthday yang aritu tu..pergh memang kalau abang tengok pon abang rasa nak tengok yang jer tak nak tengok perempuan lain dah..oppsss..jangan marah yang..abang gurau jer.."

Isteri: "Yeker bang..alar abang ni pandai la fesyen² ni..okay la yang tukar sekarang tapi abang janji jangan pandang perempuan lain tau.."

Kan elok kalau cakap macam tu..kritikan yang di campur dengan cadangan yang membina. Bukan sahaja boleh membawa kepada perubahan yang lebih baik, malah hubungan antara kedua belah pihak pon menjadi lebih baik..

Aku rasa cara nak mengatasi criticism bagi golongan yang pertama dan kedua tu, you always need to know in your heart that what you do is right. Don't think too much about apa yang akan di kritik sebab benda ni boleh menjadi kan kau stress. Kalau boleh, instead of waiting your enemies to criticize you, become your own severe critics of your failure. Think that no one but only you can blame yourself for your fall. Be positive.

Pergi lah mana2 pon dalam dunia ni, memang tak boleh lari dengan 3 jenis golongan pengkritik di atas. Sepanjang aku kerja ni pon, aku dah di kritik oleh pelbagai jenis bangsa. Ada yang aku boleh boleh perbaiki, aku cuba perbaiki. Yang mana aku rasa macam tak patut jer aku kena kritik aku dengar jer. Paling tak pon aku discuss dengan colleague aku yang lain. Mat saleh ni kalau kritik orang memang dahsyat. Takde nyer dia nak pikir perasaan orang lain.

Bagi aku selagi kritikan yang aku terima tak invades my personal life and my family, I will always look at it on the bright side. Sometimes, aku pon degil jugak and suka melawan tapi seboleh² nya aku cuba dengar dulu kritikan tu, fikir then baru jawab. Bak kata three wise man, 'Diam adalah pintar'...Apa? tak tau three wise man tu apa? KRU lah. Dalam lagu 'Fanatik' tu.

I heart you Yusry KRU. Tiba-tiba. ("-_-)
 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails