Friday, September 25, 2009

My raya!!!

Wah, dah lama neglecting this blog. I'm super duper busy. Nak connect computer ngan laptop pun macam satu perkara yang sangat berat. How's your raya??? Mine, superb!!!! Minus the journey to Besut.

Nak tau our journey? Rawang-Gombak-PLUS-Ipoh-Kuala Kangsar-Grik-Jeli-Machang-Pasir Puteh-Besut. 1 am sampai 2pm the next day. Jalan jam cam haram!!!!

3rd day we went back to Pagoh via Setiu-Kuala Berang-Jerangau-Jabor-Kuantan-Segamat-Labis-Yong Peng-Pagoh. 9am -7pm.

4rd day balik Rawang tapi mengular ke Melaka dulu.

After all my raya super duper marvellous. All my siblings were around. I can see happy faces of my parents. all in-laws pun ada, we berombongan beraya bersama. Memang best lah.. Anak aku menang duit raya tahun ni. Wohooo..... nearly 1k dua beradik itu. Wink!!!!

I malas nak upload gambar-gambar raya. Nih pun tengah kuliah kat UPSI. I boring!! Hehehehe!! Esok ada lagi plan nak gi beraya. Heheheh.... Best lah raya tahun ni.

Tuesday, September 15, 2009

Cerita basi!!!

Kalau ikut bulan Islam, esok ulang tahun Aus yang pertama, 27 Ramadhan. Hehehe... makin melasak panjat sana sini. Haku penat weih jaga anak jantan. Anak pompuan sorang lagi pun kemain lasak.

Wohoho, laki aku cedera kena kejar sekumpulan anjing. Aku cam kesian but at the same time tak menahan duk tergelak-gelak. Hahaha.... Lawak betul. Bak kata dia, dah lama tak exercise tapi secara tiba-tiba kena lari pecut. Bukan sekor tapi lima ekor ala-ala anjing rotweiler. Mau tak kecut perut. Nasib baik aku tak join sekali. Kalau idak, ngan aku sekali lari ngalahkan Caster Semenya. Hehehe.... Hahaha, yang dia tercedera tu sebab jatuh tersembam. doktor pun tibai gelak gak.

Oooppssss, tadi jumpa Nik Ema kat One Utama. Terkantoi lak time aku meng'mc'kan diri. Bukannya apa, rasa penat sangat bulan Ramadhan ni, tak cukup tidur, kerja banyak, jaga anak dan macam-macam lagi. sehari sebelum tu, we all gi jalan TAR midnight. Orang cam ulat. So nak reward diri sendiri, pergi lah jalan-jalan ke One Utama. Preparation raya non ado. Baju bebudak ni pun aku timbang kati kat Bandung dulu. Tadi cari balang kuih raya kat Jusco. Fad yang belikan sebab mak dia dapat bonus 3 bulan, dia pun dapat allocation sekali. Aku, bonus tarak. Aku cikgu cabuk je. Patut kasi le bonus banyak sikit. Aku bukan ketua jabatan. Hehehe... apa da!!!! Ketua jabatan pun kena tanggung bini tak kerja. Cikgu-cikgu bukan berijazah (dg32) gaji lagi banyak tau dari cikgu ijazah(dg41). Betul tak, Ayeen??? Aku tak tau lah rakyat mana didahulukan? Pencapaian tang mana yang diutamakan???

wohoho, bahaya ni cerita bab politik. Kena saman kang!!!! Fad sibuk suh aku susun kuih raya dalam balang. Masalahnya, kuih raya dia beli satu jenis aje. Korang dah ready nak raya?

Monday, September 7, 2009

Kisah kami!!!

Both kids menggunting rambut hari ni. Aus rambut adalah panjang. Tihani pulak berjangkit kutu di rumah pengasuh, so kena potong pendek.


Heh, terpaksa diriba!


Susahnya nak duk diam!!!


Rambut ditrim oleh macha!!!


Tihani di salun. Rambut ibu ko nih pun wa yang potong tau!!!


Buat fesyen stylo cam amoi tukang gunting.

***************************************************

Hari nih, kami bukak puasa di luar. Second time! Kalau tak kat umah in laws, kat rumah sendiri aje. So, nak cuci-cuci mata kat shopping mall sebab dah lama tak berkesempatan semenjak further study. Last week kami pi Sogo, tapi orang ramai cam ulat. Nak jenguk barang pun tak nampak. Korang bayang, kan!!! Heh, H1N1, belakang kira. Memasing penuh je kat Jln Tar.

Today, sama cam last week, bukak puasa kat Old Town. Memang favourite kopitiam laki aku nih. And, kami dah boring asyik secret recipe je. So, at the moment, asyik Old Town je. This time kami ke One Utama. Heh, nampak Hafiz AF7 just in front of me. sempoi je sorang-sorang. Itu pun Fadzli yang tunjuk. Kalau idak haruslah tak perasan.

Dalam pada nak berjimat-jimat, haku telah terjebak membeli wallet Liz Claiborne and Crocs Sandal. Cadangnya nak beli air tight canister Luminarc buat isi kuih raya. Oleh kerana dah habis stok telah bertukar jadi sandal crocs. Ceh, tetiba jer, kan!!!!

So, adakah aku akan berhenti berbelanja? Haku pun tak pasti sempat ke idak nak ngumpul duit ke Indon Nov ni???

Wednesday, September 2, 2009

Cerita hari ini!!!!

Akibat daripada badan yang tak tertanggung kepenatan, i called in sick today. MC ke-4 tahun ini. Aus getting naughtier by day, and i really couldn't cope with it. Muka penuh cop mohor. Lebam sana sini. Sekali tengok, mesti orang ingat aku dera anak. His, favourite spot; tiny spaces behind the tv rack. Sama level ngan ketinggian diredahnya jugak. Tersangkut pipi, lebam. Tertonggeng kat tangga, dahi jadi habuan. Heh, mesti korang ingat aku tak pandai jaga anak. Nak buat cemana, in a blink of eyes, he was somewhere doing something.... Semalam, stand fan digayutnya, patah dua. Haaa, maya! pikir2 kalau nak anak lelaki. Penat!!!

Ohhh, entry my SIL menu nak masak bukak puasa. Memang pening!!! Pasar Ramadhan is a NO-NO. Semua tak menjadi! Last week masa kat UPSI, aku beli nasi kerabu. RM4.50. Korang nak tau, daging bakar dia adalah 3 ketul besar ibu jari tangan. Dah ler nipis dagingnya, masin purap, mahal. So, nak tak nak, terpaksalah masak. Hari nih aku nak masak kue tiau goreng and buat roti jala... Tata..........