Thanks Rafizi.... Dalam banyak bangsa kita yang terlalu mementingkan
perkauman, masih ada lagi insan seperti anda yang sanggup menyedarkan kami
betapa pentingnya rakyat dinegara ini bersatu tanpa perlu merasa takut dan tergugat dengan bangsa lain...hakikat mereka lahir dan membesar di sini sama seperti kita..
Aku sendiri dah bosan dengan sentimen perkauman yg sengaja dibangkitkan oleh UMNO dan BN...
Bukalah mata wahai teman-teman...
Kita semua BANGSA MALAYSIA.
Monday, May 6, 2013
Demokrasi yang Hanya Pada Nama
Assalammualaikum....
Setelah lebih dari 4 bulan lamanya berdiam diri tanpa sebarang posting terbaru, kini tepat jam 1:59 minit pagi 06/05/2013 ku terjemahkannya dengan segala kesedihan yang bersarang di dalam benak perasaan yang sedang merintih hiba. Sayu dengan "kemenangan" yang akhirnya dipersembahkan dalam bentuk "kekalahan" dalam apa yang digelar sebagai demokrasi negara Malaysia yang tercinta ini. Tiada kata yang mampu terlafaz mudah saat pancaindera ini mendengar pengumuman dari pengerusi SPR yang dengan riak wajah yang tersenyum sinis mengumumkan kemenangan Barisan Nasional yang berjaya "memenangi" 112 daripada 222 kerusi parlimen yang melayakkan mereka untuk mendapat mandat bagi memerintah Malaysia dalam tempoh 5 tahun yang mendatang. Ntah apa yang ada dalam fikirannya ketika itu? Mungkinkah beliau seronok melihat majoriti rakyat merasa gundah gulana dengan berita buruk yang baru disampaikan olehnya seketika tadi?
Sungguh mudah mengungkapkan perkataan sabar dan redha, namun untuk mengamalkannya dalam situasi yang sebegini membuatkan hatiku membantah secara senyap. Ada bisikan syaitan yang menghasut pendirianku. Mujur ada rakan-rakan dan guru yang sudi memberi nasihat yang berguna. Kupujuk jua hati yang terluka dengan hasil demokrasi versi Barisan Nasional yang sangat menghimpit Pakatan Rakyat selama ini. Sebagai rakyat marhaen yang cuma memberikan sokongan dari belakang sahaja sudah begini peritnya kepedihan yang aku rasakan, ntah bagaimana pula insan-insan pejuang yang selama ini tidak pernah mengenal erti jemu mendidik dan memberikan harapan kepada rakyat untuk memperjuangkan apa yang sepatutnya menjadi hak bersama di dalam negara inI rasakan.
Fikiran ini buntu mencari jawapan yang tak pasti. Namun di sebalik semua itu keyakinan ku kuat mengatakan akan ada sesuatu hadiah yang lebih baik telah disediakan oleh maha pencipta. Cuma bila masanya aku sendiri tidak pasti. Hanya dia yang maha mengetahui. Mereka boleh merancang 1001 penipuan tetapi ketahuilah Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin kelihatannya seperti kamu menang, namun tiada siapa yang pasti apa yang Allah telah persiapkan untuk kamu di masa hadapan. Terselamatnya salah seorang pemimpin utama Barisan Nasional dalam nahas udara semalam mungkin juga satu petanda atau peringatan dari Allah untuk hambanya. Beringatlah, kesempatan yang diberi untuk menghirup udara dibumi Allah yang indah ini jangan dipersia-siakan dengan mengabaikan amanah terhadap rakyat. Kalau pun benar tiada undang-undang di negara ini yang tidak boleh mempertikaikan kemenangan kamu, Ingatlah ada undang-undang yang perlu kamu hadapi di alam barzakh kelak. Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.
Untuk rakan-rakan yang di kala ini berkongsi duka dengan aku setelah menyaksikan episod demokrasi yang hanya pada nama ini mungkin kalam indah dari Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man ini dapat menenangkan perasaan kalian yang sedang bergejolak,
Kadangkala kita nak rama-rama,
Allah bagi ulat bulu satu,
Allah bagi kita terima,
Mungkin nak suruh faham sesuatu.
Allah bagi ulat bulu satu,
Allah bagi kita terima,
Mungkin nak suruh faham sesuatu.
Bersangka baik lah dengan Allah... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)