Gerhana Bulan
Tarikh : Malam 14 Rejab 1431 H bersamaan 26 Jun 2010 M
Detik-detik Gergana Bulan :
Bulan telah melalui 50 % kadar gerhana pada jam : 7.45 malam
Bulan telah melalui 40 % kadar gerhana pada jam : 8.00 malam
Bulan telah melalui 30 % kadar gerhana pada jam : 8.15 malam
Bulan telah melalui 20 % kadar gerhana pada jam : 8.30 malam
Bulan telah keluar dari bayang gelap bumi pada jam : 8.50 malam dengan ketinggian bulan 30 darjah.
Berdasarkan perkiraan yang dibuat di Baitul Hilal, Bandar Pontian
طول البلد (garis bujur) : 103 darjah 23 minit (timur)
عرض البلد (garis melintang) : 1 darjah 29 minit (utara)
GERHANA BULAN
Baginda Nabi SAW bersabda :
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ءآيـَـتـاَنِ مِنْ ءآيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَ إِنـــَّـهُـمـاَ لاَ يَنــْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنَ الـنـــَّاسِ فَإِذا رَأَيْتـــُمْ مِنــْهَا شَيْـئاً فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتــَّى يُكْشــَفَ مَا بِكُمْ - رواه مـسـلـم عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الأَنـــْصَارِيِّ
Ertinya : Bahawasanya matahari dan bulan itu kedua-duanya menjadi tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Allah swt memberi peringatan kepada hamba-hambanya dengan perubahan matahari dan bulan. Sesunggahnya gerhana matahari dan bulan itu tidak berlaku di sebabkan oleh kematian seseorang dari kalangan kamu, maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), sembahyanglah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula pada penglihatan kamu.
AMARAN DARI ALLAH SWT
Gerhana bulan merupakan amaran dari Allah SWT kepada seluruh manusia agar patuh dan setia di atas segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.
Gerhana Bulan adalah suatu perubahan yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qiamah ayat 7-9 :
Ertinya :Apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahaya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (matahari dan bulan menjadi gerhana)
Gerhana Bulan adalah suatu perubahan yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qiamah ayat 7-9 :
Ertinya :Apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahaya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (matahari dan bulan menjadi gerhana)
PERALIHAN CUACA
Imam Zakaria bin Muhammad bin Mahmud al-Qazawaini berkata di dalam kitab:
عجائب المخلوقات والحيوانات وغرائب الموجودات : فَـإِذاَ كـاَنَ الْـقَـمَـرُ قَـرِيْـبـاً مِـنْـهُ عِـنْـدَ اْلاِسْـتِـقْـبـاَلِ تـتـوَسُّـطُ اْلاَرْضُ بَـيْــنـهُ وَ بَـيْـنَ الـشَّـمْـسِ فَـيَـقَـعُ فِـى ظِـلِّ اْلاَرْضِ وَ يَـبْــقَـى سَـواَدُهُ اْلاَصْـلِـىُّ فَـيُـرَى مُـنـخَـسِـفـاً
Ertinya : Maka apabila bulan berada hampir dengan bumi ketika bulan berada pada kedudukan ”اِسْتِقْباَل“ (bulan penuh purnama) yang mana bumi berada ditengah-tengah di antara bulan dan matahari. Maka bulan berada di dalam bayang bumi dan kekallah hitam bulan yang asal dan dilihat bulan itu dalam keadaan hilang warna cahayanya iaitu berlaku gerhana.
Ahli Falak Islam zaman silam berpendapat :
“Apabila setiap dua (2) jisim yang berdekatan antara satu sama lain, berlaku tarik menarik di antara satu sama lain, samada kuat atau lemah tarikan tersebut. Oleh kerana ketika berlakunya gerhana bulan, bulan berada hampir dengan bumi, maka berlakunya tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan angin yang memberi kesan kepada cuaca dan musim. Hal ini juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman serta benda-benda hidup di dunia".
Amalan sunat ketika berlakunya Gerhana :
Di antara amalan sunat yang dituntut melakukannya ketika berlakunya gerhana matahari atau bulan adalah :
- Solat sunat gerhana (matahari / bulan)
- Mendengar dua khutbah
- Bertaubat dari segala dosa besar dan kecil
- Bersedekah
- Berdoa dan beristighfar
* Berdoa : Semoga selepas berlakunya gerhana bulan, aliran angin, air, perubahan cuaca, dan peralihan musim akan menjadi lebih baik.
Baginda Nabi saw bersabda :
لوحبس الله تعالى الريح ثلاثا لأنتن ما بين السماء والأرض - أخرجه عبد الله بن أحمد بن حنبا في زوائد الزهد
Ertinya : Jikalau Allah swt menahan pergerakan angin selama 3 hari, nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi.
Cara Menunaikan Solat Gerhana (matahari / bulan)
1. Dua rakaat dengan empat kali rukuk
Tertib rakaat pertama :
- Niat solat sunat gerhana
- Membaca surah al-Fatihah
- Rukuk
- Bangun semula berdiri membaca surah al-Fatihah
- Rukuk - Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud
(maka sempurnalah rakaat pertama dan teruskan dengan rakaat kedua seperti rakaat pertama)
Tambahan : Nota ini disediakan oleh Tuan Guru al-Fadhil Ustaz Hj Hanafiah bin Abd Razak. (Ketua Unit Falak Syarie, Jabatan Mufti Johor)
No comments:
Post a Comment