search..

Follower@cinta

Rabu, 29 April 2009

Oh BUNGA.....

Bunga... Ada apa dgn Bunga?? kenapa bunga yg sentiasa dipuja dan disanjung?? Kenapa mesti bunga sebagai pengindah puitis-puitis cinta... Kenapa bunga masih dikaitkan dengan cinta?? Cinta?? Bunga?? Wanita?? Kenapa wanita sering dikaitkan dengan bunga?? adakah raut wajah bak kelopak bunga yang sentiasa menarik minat kumbang2 mendekatinya?? mungkin juga haruman fizikal yang memukau setiap kumbang??

Bunga.... pelbagai warna dan pelbagai bentuk serta perbagai spesis...ada yang wangi dan ada yang busuk..dan ada juga yang tidak berbau tetapi fizikal dan warna yang cantik.. begitu lah wanita diibaratkan.. ada yang cantik, ada yang pelbagai bangsa, warna kulit tetapi masih "bunga" terutama sekali di hati sikumbang.. Bunga yang cantik dan wangi lebih mendapat tarikan si kumbang...begitu lah sinonimnya fizikal dan sifat seorang wanita untuk ditabal sebagai permaisuri dihati si "kumbang".. Bunga yang cantik dan harum mewakili dirinya yang cantik fizikal dan sifatnya... sifatnya yang lemah lembut, bersopan, baik dan sebagainya menjadi pilihan utama si kumbang...

Bunga yang cantik tapi bau yang kurang enak,sama lah seperti mempunyai pancaindera yang menawan tapi sifat yang "kurang enak"... sikumbang mungkin tertipu dengan raut wajahnya yang menawan sehinga terpukau mata yang memandang, jiwa ternoda, jantung berdegup laju bagai pukulan rebana...hanya 1 yang diingat, cinta tanpa batasan tanpa menilai sifat seorang wanita... Sangat rugi wanita golongan ini yang mempunyai raut wajah seperti cenderella tetapi sifat seperti ibu tirinya(Cenderella)....

Bunga yang tidak cantik tetapi harum mewangi samalah seperti, mereka yang kurang dari segi raut wajah tetapi kaya dengan sikapnya yang menjadi idaman setiap kumbang... Lebih baik golongan sebegini daripada memiliki raut wajah yang cantik tetapi sifat yang sangat menghampakan...

Jadilah bunga yang sentiasa harum mewangi... harum lah buat selamanya....

TeratakIndah
(29/04/19' Rabu)
11.30pm
Create your own banner at mybannermaker.com!