Monday, 14 July 2008
Alang2 menyeluk pekasam...Biar sampai ke pangkal lengan..
Jadi bila hari tu aku datang..aku betul2 jadi bekeng bila aku diperlakukan seperti bola yang senang disepak sesuka hati oleh si polis bahagian bahagian visa tersebut...kes aku nih berlainan sikit dengan pelajar malaysia lain sebab visa aku dicuri arab semasa aku bersembahyang solat asar dimasjid..visa aku tu aku letak didalam beg buku ku yang aku letak hanya bersebelahanku sahaja yang aku kira sukar la jugak orang nak curik..tapi aku silap, tgh2 aku solat masih sempat jugak beg aku dicurik..so apalagi hilanglah visa iqamah aku yang aku letak skali dalam beg tuh..
Jadi bila aku datang balai polis ni untuk buat kad iqamah baru,polis yang dekat Karak tu suruh aku pergi buat report terlebih dahulu dibalai polis Mazar dan kepilan keterangan tadi diperlukan untuk aku menuntut iqamah baru..(kalau duk kat Jordan takde iqamah kena tangkap beb)..so kena return balikla aku ke balai polis Mazar yang bukannya dekat 10 langkah tapi dekat 45minit perjalanan dengan bas...lepas aku kembali ke balai polis Mazar,aku buat report n bawak skali kepilan keterangan2 yang dimahukan oleh pihak polis Karak...setel di balai polis Mazar,aku dengan derasnya mengejar masa dan bas untuk kembali semula ke balai polis Karak..sampai je kat balai polis Karak,aku dengan hampeh dan panasnya dikhabarkan bahawa muamalah aku tak boleh diproses kerana tidak mengisi borang namuzaj (A) dan borang itu hanya ada dibalai polis Mazar! pulak...!! so kenalah sekali lagi aku patah balik ke balai polis Mazar untuk mengambil dan mengisi borang tersebut seterusnya membawanya ke balai polis Karak sebagaimana yang dituntut tetapi malangnya borang namuzaj (A) yang diisi oleh aku setelah disuruh oleh pegawai berpangkat sarjan tu dikoyak oleh Boss pegawai polis atau ketua polis seksyen warganegara asing...ketua polis tu suruh pegawainya isi borang untuk aku dengan menggunakan borang namuzaj (B)...bila aku bagitau yang pihak pegawai polis Karak mahukan borang namuzaj A, dia berkeras mengatakan bahawa dia betul dan yang perlu diisi ialah borang namuzaj (B)...so aku fikir mungkin dia yang betul sebab dia orang besar dan dah tentu banyak pengalaman...
Then aku patah smula dengan semangat baru ke balai polis Karak untuk menyetelkan kerja aku..tetapi dengan hot dan panasnya hatiku bahawa borang yang diisi oleh pegawai polis di Mazar tu adalah salah! bukannya borang B tapi A! walaupun kedua2nya untuk visa iqamah tetapi tetap tak boleh diterima! memang nak kena sekeh semua polis2 di Karak n Mazar nih sebab buat kerja entah hapa2!...aku mula merungut apa kena dengan korang nih?? lalu dengan buat2 sabar aku keluar melangkah dengan longlai dan seterusnya aku kembali ke balai polis Mazar untuk mendapatkan dan mengisi semula borang namuzaj A sebagaimana yang asalnya yang dikoyak oleh ketua polis yang tak pandai kerja tapi buat2 pandaiiii...bila aku berjaya dapatkan balik borang namuzaj A tersebut,terus aku bagitau kat diorang semua2 tuh...terima kasih banyak2 diatas kerja2 anda yang tersangat bagus dan cemerlang....beginilah kerja pegawai2 berwawasan dan berketrampilan...lepas aku mengomel terus aku belah sebab aku tahu yang orang yang akan sakit hati mendengar luahan dan ngomelan aku tadi...bila aku sampai smula di balai polis Karak,barulah diorang mula membuat urusan muamalah tersebut setelah aku benar2 kepenatan setelah 4 kali aku berulang-alik antara kedua2 balai polis nih...bila dah setel semua urusan...dan tinggallah masa untuk aku meninggalkan kaunter pegawai polis tuh,skali lagi aku mengomel dan berleter...kali nih aku lepaskan tension aku bermuamalah dengan polis jordan nih...aku hamburkan kata2 aku tanpa berlapik2 lagi dengan mengatakan korang nih buat kerja takde nizom (peraturan) ker? lalu sepantas kilat dibalas seorang pegawai polis yang aku kira besar jugakla pangkatnya.."Ya kami memang xde nizom (peraturan).." hohhh..aku jugak dengan selamba membalas balik "patutla buat kerja bathi'ah! (lembab!!)...takut hapa akuu..peduli hapa akuu..
walaupun korang ada pistol tapi aku ada penyekeh!!...bila aku balas balik camtu diorang semua diam...dan aku sambung lagi..korang nih kalau camni korang kerja kat Malaysia dah tentu kena buang...reject!!! "camni ke kerja korang yang selalu duk laung2 'urdun awwalan' tuh?? leter aku semakin berani walaupun aku perasan muka sorang2 dah merah padam...mungkin merah padam kerana malu dan mungkin jugak merah padam kerana marah kat aku....ahhhh aku lantak hapa!padan muka diorang tuh selepas memadankan muka aku!...bila aku nak berangkat meninggalkan kaunter yang panas tu,tiba2 sorang pegawai lagi berbunyi mulutnya "tapi kau malizi kena bersyukur sebab negara kami aman.." aman la tu konon! setiap hari sesama korang pon ada2 je bergaduh...acap kali ada2 je kes2 kecurian lebih2 lagi dirumah budak melayu!...sekali lagi aku mengomel dihadapan polis yang ramai2 tuh, "aku pernah pergi ke Damsyik,aku pernah pergi ke Beirut,aku pernah pergi ke Qaherah(walaupun kaherah ni aku tak pernah pergi pun)...aku tengok syria,lubnan dan mesir jauh lebih bagus,lebih afdhol dan ahsan dari jordan..." Dan kalau korang nak bekerja buatla kerja betul2 bukan kerja sambil berbual2 dan makan minum! hahaha...pedulik hapa aku...baru diorang betul2 senyap dan aku terus memulakan langkahku untuk balik dan menyambungkan lagi urusan2 dan kerja2 aku yang lain...
Hahaha..tak sangka jugak tiba2 aku buleh jadi bekeng...bila aku diatas bas dalam perjalanan pulang..aku tersenyum keseorangan...bukan tersenyum puashati menyembur kerja2 polis tapi aku tersenyum kerana aku sendiri tak sangka aku boleh menjadi seorang penyembur yang dahsyat didepan pegawai2 polis camtu...hahaha..
~alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...
Thursday, 10 July 2008
Hukum Wanita Hamil...
Hukum Solat bagi yang hamil :
- Wajib menunaikannya setiap waktu sepertimana wanita yang tidak hamil.
- Sekiranya sebelum bersalin lima atau tiga hari pada bulan Ramadhan,ada tanda-tanda sakit maka darah itu dihukum 'darah nifas'. Tetapi jika tiada tanda-tanda,ia dihukum 'darah istihadhah'.
*Darah istihadhah ialah: Darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada didalam farj (hampir dengan rahim) perempuan,dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga keluarnya darah nifas. Darah istihadhah ini menyebabkan terbatalnya wuduk (air sembahyang) tetapi tidak mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar) dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat,puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah tadi mengerjakan segala amalan yang difardhukan itu seperti biasa. Cuma sebelum berwuduk maka hendaklah ia membasuh farjnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.
Hukum Puasa bagi wanita hamil:
- Wajib mengqada' sekiranya takut mudharat pada dirinya sendiri,tetapi jika khuatir pada dirinya dan anak yang dikandungkan,wajib qada' serta beri makan kepada fakir miskin setiap hari dengan jumlah yang telah ditentukan.
- Perempuan yang bersalin pada bulan ramadhan dan tidak sempat qada',kemudian menyusukan anaknya kemudian hamil lagi,maka wajib puasa tanpa fidyah kerana ada keuzuran.
- Wajib keatas wanita yang bersalin berpuasa apabila suci daripada darah sebelum cukup 40 hari. Begitu juga dengan solat dan jimak.
- Wanita yang ditalaq ketika hamil,iddahnya sehingga dia melahirkan anak. Bagi yang tidak hamil,maka iddahnya 3 quru' iaitu 3 kali suci.
- Bagi wanita yang suaminya meninggal dunia ketika dia sedang hamil,maka iddahnya juga dikira sehingga dia melahirkan anak.
- Jika darah yang keluar adalah berwarna kuning keruh ketika nifas sepanjang 40 hari,maka hukumnya adalah darah nifas. Dan sekiranya darah biasa berlarutan selepas itu dan tidak putus-putus,maka ia tetap dikira darah nifas. Tetapi jika sebaliknya,maka ia adalah darah istihadhah.
- Jika wanita yang bernifas suci pada waktu asar,maka dia wajib qada' solat asarnya sahaja kerana tiada dalil yang mewajibkan dia perlu qada' solat zohor.
- Hukum orang yang bernifas sama sahaja dengan orang yang dalam keadaan haid. Hanya ada beberapa perbezaan tertentu di antara kedua-duanya.
- Perempuan yang tidak keluar darah ketika bersalin sehingga selepas 15 hari atau lebih,kemudian keluar darah,maka darah tersebut dikira darah haid.
*Pendapat 2: (Pendapat masyhur dan qat'ie) Kedua-dua darah itu adalah darah nifas. Maka fatrah 15hari itu adalah fitrah.
- Keguguran anak atau janin samada bayi yang dilahirkan itu mati atau seketul daging,maka yang keluar itu dihukum darah nifas.
- Hukum pembedahan bagi wanita yang mengandung,jika ia tidak melihat sebarang darah sebaik sahaja bersalin,maka dikira sebagai suci.
- Jika anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan kering,maka ibunya wajib mandi kerana bersalin membayangkan adanya nifas yang mewajibkan dia mandi.
- Iaitu sekurang-kurangnya 6 bulan. Tetapi kebiasannya 9 bulan.
- Darah yang keluar ketika hamil mengikut Imam Syafei dan Maliki adalah dikira darah haid. Manakala mengikut Imam Hanafi dan Hambali ianya dikira darah istihadhah.
- Darah yang keluar ketika sakit dan hamil sekiranya cukup fatrah haid sehari semalam ataupun 15hari 15malam,adalah dikira darah haid. Dan sekiranya tidak cukup fatrah itu,maka ia dikira darah istihadhah.
Tuesday, 8 July 2008
Perbezaan/Perbandingan antara Al-Quran dengan Bible...


Al-Quran ialah wahyu daripada Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw..Allah mencabar mereka yang meragui wahyuNya dengan firmanNya didalam surah Al-Baqarah 2:23
Didalam Britannica Encyslopedia Intermediate, didalam bab 'Koran' telah disebutkan: "Yang berkata-kata (didalam Al-quran) ialah Allah dan yang menerima weahyu itu ialah Muhammad, Rasul pilihan Allah. Umat islam menyakini Al-quran diturunkan oleh Allah dengan perantaraan malaikat Jibril kepada rasulNya untuk disampaikan kepada bangsa Arab (ketika itu)." Definisi ini selari dengan apa yang dipegangi oleh orang-orang islam selama ini bahawa Al-quran bukan ciptaan makhluk tetapi wahyu Allah sepenuhnya. Ketika ia diturunkan kepada Rasul, Baginda telah mengarahkan sahabat-sahabat Baginda untuk menulisnya tanpa sebarang tokok tambah dan tulisan itu kemudiannya dibukukan dizaman khlifah Uthman ibn Affan r.a hinggalah ke hari ini.
Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-quran sebenarnya Kalam Allah (sila baca di: http://www.islamic-paths.org/Home/English/Discover/Pillars/Shahada/Convert_Story/Miller.htm
Diantara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-quran diturunkan kepada mereka yang hidup dipadang pasir,isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran? "Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku. Sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!"
Ini membuktikan Al-quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah..
Sebaliknya, Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.
Salah satu organisasi kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab soalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang didalam penulisan Bible. Sebenarnya Bible ialah himpunan karangan/tulisan dari lebih 40 orang penyumbang, 30 bagi kitab Perjanjian Lama dan 10 bagi kitab Perjanjian baru. Sebagai contoh, bab 'Psalms' mempunyai ramai pengarang, yang terkenal dikalangan mereka ialah Nabi Daud. Pengarang-pengarang lain ialah Nabi Musa, Asaph, seorang yang dikenali sebagai Ethan dan anak-anak lelaki Korah."

Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan:
“(Penulis-penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber
itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka
telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri.”
(Bruce Metzger 'The Text Of The N. Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration,' Oxford Univ. Press; hal. 195)

Berasa Amat Bersalah Dengan Perbuatannya Itu
Kesalahan-kesalahan dan kelemahan Bible ciptaan manusia...
Adrian Brockett didalam 'Approaches to the history of the Interpretation of the Quran' pada halaman 44 telah berkata: " Al-quran hanya mempunyai satu teks sahaja dan isinya tidak pernah diubah sejak dari zaman pemerintahan khalifah islam dahulu. Al-quran berkemban secara statik (kerana isinya tidak berubah)."
Arhur J, Arberry didalam Pendahuluan Terjemahan Al-qurannya telah berkata: "Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian kedalam Al-quran untuk memudahkan bacaan, Al-quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu."



Sebaliknya Bible sentiasa berubah dan semakan semula sering dilakukan ke atasnya. Terry Watkins telah mendakwa 64,576 kalimat-kalimat Bible telah dibuang dari New International Version berbanding dengan Bible yang sebelumnya!

(http://www.av1611.org/niv.html)
Majalah Time telah melaporkan tentang kekeliruan yang sedang melanda penganut-penganut Kristian berhubung dengan pelbagaian versi Bible yang sedang berada didalam pasaran pada hari ini.

(http://www.av1611.org/niv.html)

(http://www.av1611.org/nkjv.html)

(http://www.newadvent.org/cathen/03274a.htm)
Tokoh-tokoh kristian semakin berani mempersoalkan tentang kesucian Bible selepas versi demi versi memenuhi pasaran! Diantara mereka ialah David B. Loughran, Pengasas Stewarton Bible School, Stewarton, Scotland.

(http://atschool.eduweb.co.uk/sbs777/vital/kjv/)

Berdepan dengan semua ini yang mana satukah yang akan anda pilih, Al-quran yang tidak pernah berubah isinya atau Bible yang pelbagai versinya?
~Sudah terang lagi bersuluh..tepuk dada tanya iman...
Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...