Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Tahun ini merupakan tahun yang paling bersejarah untuk umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya dalam menyambut Ramadhan & Syawal.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18/3, merentas negeri untuk balik beraya adalah tidak dibenarkan. Oleh sebab itu, ramailah yang beraya di rumah masing-masing dan menyambutnya secara sederhana. Haziq juga buat pertama kalinya beraya dirumahnya sendiri di Johor.
Walaupun begitu, atas komitmen semua ahli keluarga, satu projek raya 2020 dengan tema
#JarakMendekatkanKita telahpun dibuat. Projek ini dibuat khas sebagai satu cabaran kepada semua dengan satu persoalan yang besar -
Adakah projek ini akan berjaya?
Semua ahli keluarga sedia maklum yang bermula dari tahun 2002 - 2019, setiap kali malam raya, pastinya ada acara yang dibuat khas untuk ahli keluarga berkumpul sambil bermesra. Oleh kerana Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP, acara untuk malam raya 2020 tidak dapat diadakan.
Jadi, untuk memastikan adakah program yang dianjurkan selama ini untuk memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan tali silaturrahim dalam keluarga benar-benar berjaya! Atau ianya hanya sekadar rutin tahunan yang tidak memberi impak apa-apa dalam jiwa setiap ahli keluarga. Haaa, seram kan! He he he.
Alhamdulillah..., semuanya memberikan kerjasama dan komitmen yang meletup. Walaupun terpisah dengan jarak - Melaka - Johor - Pahang - Perak - Selangor - Kuala Lumpur, tetapi semangat kekeluargaan tetap dekat di hati.
Maka, dengan menggunakan medium whatsapp, setelah membuat perbincangan konsep yang hendak dibuat, maka bermulalah sessi menghantar klip masing masing. Tempoh masa yang diberi ialah dari 9/5/2020 sehinggalah sebelum atau pada 16/5/2020 .
Hasilnya....dari 57 orang anggota keluarga, 53 telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Hanya 4 orang (dari 1 keluarga) sahaja yang tidak dapat memberikan komitmn atas sebab-sebab yang tertentu. Kira oklah tu. Lebih kurang 93%. Kirakan A++ punya komitmen.
Walaupun begitu, ada juga yang hantar klip salah konsep. mereka tetap kool untuk hantar semula klip mengikut konsep yang diminta. Akhirnya pada 22/5/2020 pada jam 6.46 pagi, setelah beberapa kesilapan teknikal berlaku, tayangan perdana
#JarakMendekatkanKita telah dilancarkan di FB ibunya si Haziq.
Tahniah untuk semua. Jom kita nengok....