Friday, May 30, 2008






Monday, May 26, 2008

A Nite to Remember~!!

Agak memenatkan selepas pulang bekerja hari itu. Mata bagai diasak-asak minta pelepasan untuk lelap sebarang sejam dua. Walaupun janji dipateri untuk makan malam bersama Acap, aku benar-benar letih. Dalam perkiraan sejam terlena, aku terus bingkas bangun untuk bersiap-siap. Baju dan celana dah dikenakan, tapi tempat untuk bersantap malam itu masih lagi belum dimeterai. Kepala agak kusut, makan malam yang indah untuk dikenang, pendapat Nyonya Ainon menjadi rujukan. Rekomendasi Nyonya tua ini selalunya tidak pernah mengecewakan.

Tepat 8.30 malam, bersyukur juga cuaca malam itu benar-benar indah. Aku dan Acap di turunkan oleh Nyonya Ainon betul-betul di hadapan Basil Leaf Restaurant di Jalan Damai. Mata agak tertancap dengan suasana sekitar restoran yang begitu mempesonakan dan mengghairahkan. Dengan persekitaran indo-chine, dengan lighting seminima mungkin, malam itu benar-benar romantika di Chiang Rai. Selera santap makin besar marginnya.

Selepas mengambil posisi, santapan dipesan dan mata mula melilau memerhati suasana persekitaran. Agak bersopan dan bersyukur kerana tidak berperangai jakun di khalayak umum kerana kagum dengan dekorasi minimalis dan impaknya penuh godaan.

Setelah hidangan-hidangan penuh di meja, masing-masing dengan lahap (hilang adab sopan santun) dan seberapa pantas menghabiskan appetizer dan juga 5 main course yang ada menewaskan tahap kelahapan para perlaria
n Rwanda. Badan aku dengan tidak semena-mena 'out-of-shape' dan kepala mula lalok mengalahkan mabuk wiski kerana terlalu kekenyangan.

Aku cuba sedaya upaya memberi penghargaan penuh kepada Acap kerana sudi beramal jariah malam itu dengan melicinkan segala sisa-sisa makanan di setiap pinggan mangkok di meja itu. Terima Kasih sekali lagi. Kalau boleh beramal jariah selalu. Tidak sempat suapan terakhir main course sampai ke esofagus, aku bagai dihinjak kesedakan bila dessert sampai tepat pada waktunya. *Pengsan*~! Bila dah tersandar, mulut tak mampu nak bercakap, kepala otak dah mula mereng dek kenyang sampai nak terbelahak. Bila bil sampai....*Pengsan*~!! BIL MAKAN MALAM BERSAMA ACAP = PERBELANJAAN MAKANAN SELAMA SEBULAN. Nanges~!! Sememangnya 'A Nite to Remember'.


Suasana romantik Basil Leaf Restaurant


Appetizer; ulam-ulam dari Siam yang ntahapaapantahnamanye.


5 main course yang buat air liur berjejer. Ada itik, ada udang, ada siakap, ada asparagus dan tom yam. Sebelah gambar tu pulak, dessert. Hagen-Dazs Rum n Raisin dan mangga dengan pulut melekit.

[T] is Tamarind Spring

Thursday, May 22, 2008

Mari menjawab soalan-soalan senang~!!

Terima kasih Loiue kerana sudi tag I dengan soalan-soalan yang mudah seperti dibawah ini:-

1 minit yang lalu, apa anda buat?
Upload gambar-gambar fashion show kat birthday party Mahathir Lokman.

1 jam yang lalu, apa anda buat?
Edit and upload gambar-gambar cupcakes Kak Shashue.

1 hari yang lalu, apa anda buat?
Keje, jalan-jalan kat Bukit Bintang macam orang giler, gi Federal Hotel, gi Downtown, gi Wangsamaju cari DVD, gi Mali untuk supper.

1 jam lagi, apa anda akan buat?
Gi makan dengan AJ dan juga seperti biasa melakukan aktiviti bebas, window shopping.

1 hari lagi, apa akan anda buat?
Gi dinner dengan Acap dan makbee kat Basil Leaf atau Concorde. Abis la Acap.

1 orang yang terakhir SMS kamu?
Dari Acap: U nak makan apa... u ckp je dgn I. Nak mkn kat Yi Qi ke?

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
Lee dari Thailand. On his way balik Malaysia.

1 makanan yang baru dibeli?
Mc Donald's Cornetto Sundae Strawberry.

1 barang yang baru hilang?
Cd Julio Iglesias aku. Actually aku ingat betul-betul hilang, tapi my sis yang amik tak bagitau. Hampeh~!!

1 cerita yang baru ditonton?
Edward Scissorshand. Sebab ada Winona Ryder & Johnny Depp.

1 hal terakhir digosipkan?
Gosip yang berbunyi, "Betul ke u pakai susuk?". Macam kesial~!

1 kata yang ingin diluahkan?
Whatever people say I am, that's what I'm not... Omong sama tangan~!!

1 buku yang sudah dibaca?
Grooming Essentials for Men.

1 penyakit yang sering datang?
My asthmatic.

1 keinginan?
1 keinginan untuk memiliki sejuta keinginan

And, I hereby tag these people below:
1. Kast
2. Isis Natasha
3. AJ
Sekian, terima kasih.
[T] is Tengku Teddie

Monday, May 19, 2008

Eyes Like Yours VS Devdas~!!

Aku sememangnya gilerkan lagu Shakira, 'Ojos Asi' versi latin sejak dulu lagi, berbanding versi Inggeris 'Eyes Like Yours' sebab selain ada arabian touch, versi latin sememangnya lebih berperisa dan seksi berbanding versi Inggeris itu. Walaupun lagu ni agak berkurun, tapi kehebatan lagu ni tak pernah pupus kat halwa telinga aku.

Baru-baru ni, kelik (colleague) aku yang sememangnya tahu yang aku memang giler kan 'Ojos Asi' telah membuat kejutan, dengan menemukan satu video clip yang begitu fantastic dan superb gabungan lagu 'Ojos Asi' dan film clip daripada filem Devdas. Dynamic duo ni benar-benar buat mata kita tertancap tak bergerak-gerak depan skrin dan menghela kan nafas kekaguman. Enjoy the video....



[T] is Telur Masak Kicap

Tuesday, May 13, 2008

Dalam Hati Ada Jordan Hill~!!

Semalam aku sempat punggah gerobok bawah katil, selongkar segala kotak-kotak yang ada dan menyepahkan balik bilik aku. Sesambil aku tengok gambar-gambar lama (KLMJ - kenangan lalu mengusik jiwa...AWAS~!!), aku terjumpa album 'PERTAMA' yang aku beli hasil duit poket sekolah aku dulu. Sangat-sangat teruja~! (sambil menitiskan air mata). Aku masih lagi simpan album ni walaupun dalam bentuk kaset dan masih lagi dalam keadaan yang baik.

Album Jordan Hill ni aku beli sekitar tahun 90-an, di mana ketika tu aku dalam lingkungan 12 tahun bersamaan dengan darjah enam. Sudah berbelas tahun usia album ni. Ishh... tua betul. Setua umur aku kot. Hehehehe.... Aku menolak tepi Mariah Carey (masa tu dengan album Music Box dan Daydream) dan Whitney Houston (Soundtrack The Bodyguard - album ni aku hilangkan - nangis~!) semata-mata tertarik amat dengan minah sorang ni. Dengan harapan aku ingin benar melihat Si Jordan Hill ni menjadi superstar seperti Mariah Carey mahupun Celine Dion, namun dengan satu album sahaja dia terus lenyap.

Aku tak tahu mana silapnya produk David Foster (yang pernah terbitkan album Celine, Whitney, Natalie Cole, Air Supply etc) ni. Senarai lagu-lagu di dalam album Jordan Hill ni, begitu gah dan hebat untuk halwa telinga aku. Masakan tidak, artis baru sepertinya ketika tu mampu berduet dengan Bee Gees dan All for One. Sementelah itu, lagu 'Remember Me This Way' menjadi lagu soundtrack rasmi filem 'Casper' (lakonan Christina Ricci dan Bill Pullman) ketika tu. Pendek kata album ini tidak pernah menjemukan halwa telinga aku dengan hidangan lagu-lagu nan menyentuh sanubari. Cukup bintang satu semesta aku nak bagi untuk album ni. Duuuhhhhh~!!!


Ni la satu-satunya album yang paling aku sayang yang still ada dalam simpanan aku. Sigh~!!


Ni adalah 'single' pertama Jordan Hill - For The Love of You


Ni pulak lagu soundtrack untuk filem 'Casper' - Remember Me This Way
(Lagu ni nak dedicate kat my ayam masak merah)


Ni lagu yang Jordan Hill Duet dgn Bee Gees - Too Much Heaven

[T] is Too Much Heaven

Monday, May 12, 2008

Makan Tengah Hari di Little Penang Cafe KLCC bersama Acap~!!


Menu untuk lunchy weekend ini; Nasi putih, Kari Udang, Kerabu Pucuk Paku, Ayam Panggang (kiri), Penang Assam Laksa (kanan)



Strike the pose~!! (kiri), Mee Megi, Cepat diMasak, Sedap diMamam..slurrppp..ahhh (kanan)


Sedap sangat makan ni sampai tak sedar orang keliling




Mahal air coke ni ye, rasa tetap tak bleh nak blah, walaupun~!

Ihsan foto: Pencuci pinggan, Little Penang Cafe, KLCC ; terima kasih En. Ayop. Motif gambar aku takde??
Model: Acap

Wednesday, May 07, 2008

Delicious Delicacies~!!

Nasi kerabu (tapau from Kg Baru), Kuih Bakar Jalan TAR dgn pucuk paku (kanan)& mee celur dgn sambal udang petai desa pandan (kiri).

Lunch time~!! Me dan my lovely client, Lyana

Lyana & Azhari (manager Nitrus) (kiri) & Amir & Azhari (kanan)

Dessert; susu cekelat dgn rambutan burma (kiri) & Azhari dengan cempedak gorengnya (kanan).

Goodness~!! never know how beautiful I am.. wakakaka. Aiyakk.. takutnye~!!

[T] is Turqoise

Thursday, May 01, 2008

Heart-Throb List~!!

Dibawah adalah senarai yang mampu buat jantung aku nak terkeluar. Ini adalah entry membuang masa. Enjoy~!!

Exchange Glances with Good-Looking People

Ini adalah sangat common bagi aku dan bila kita bercakap tentang exchanging glances and bump into a very good-looking people, jantung kita secara tidak sengaja berdebar-debar kerana daripada sini kemungkinan ianya adalah titik tolak ‘our love at first sight’ dan 99% diantara kita akan menoleh untuk kali kedua sekurang-kurangnya untuk memastikan pihak kedua memberi respon dengan senyuman ataupun sebaliknya.



Black and Red Combination

I came across during my 25th birthday, bertemakan merah hitam and I found it was tremendously sexy, lusty, and alluring combo. Sejak tu, aku mula obsess mengaplikasi warna merah dan hitam dalam segala medium. Baik pakaian harian mahupun bantal diatas katil aku. Red is so lusty, black is so mysterious though. Red Hot Chili Benggala rulezz~!!

Cavalli Range

My fave designer’s label selain D&G. Setiap motive pada koleksi pakaian Cavalli, buat aku nak bakar baju2 dia sebab sakit hati sangat oleh kerana koleksinya terlalu ‘grandeur’. Fire! Fire! Help!


Tanned and Bronze Smooth Skin

‘Best Tanned and Bronze Smooth Skin Award’ masih lagi dipegang oleh J.Lo. Kalau letak ice-cream and chocolate atas kulit dia yang tanned tu, yum yum tasty!!



D&G Studded Jeans Range

Sumpah, aku rasa rangkaian jeans terbaik dan ter’cool’ masih lagi dipegang oleh pasangan suami & suami, Dolce & Gabbana. Tahap ke’heart-throb’annya sampai aku berniat nak terbang sendiri ke Milan dan rompak butik orang2 tua ni kat sana. Banzai~!!

Melly Goeslow

Suara husky minah ni sangat berhantu. Masakan tidak, dengar je dia menyanyi, terus meremang semua bulu yang ada. Bila lah agaknya suara aku boleh mencapai tahap husky macam tu. Let’s Dance Together~!!


Punto Blanco Undies

Jenama undies ni adalah jenama idaman aku sejak dulu lagi. Dengan variety yang sangat gorgeous, chic and sexy membuatkan kita seperti mahu berjalan2 di KLCC hanya memakai jockstrap sahaja. Bubbly butt u hav~!! Miow~!!


Scandinavian Accents

Meremang bulu roma bila orang-orang Scandinavian ni converse dengan aku. Aku pun pelik kenapa accent diorang sangat sexy and charming sampai aku boleh goosebumps. ‘Loaf-ly stuff u haf h-eer’. Eww~~

Cute Butt

Cute butts, drive me nuts!! Pengsan~!




Latinos

Kegilaan wajah2 Latin yang menjadi-menjadi sejak penayangan soap opera negara2 Latin suatu ketika dulu seperti La Usurpadora, Rosalinda, Mis Tres Hermanas dan sebagainya. Masing-masing memasang angan2 untuk menikahi Carlos Daniel la, Paulina Martinez la, Fernando Jose la, Lisa Estrada dan sebagainya. Tak dinafikan, ini termasuklah aku sendiri. Hehehe. Memandang wajah mereka terus jatuh Horny~!! Tequeiro, mia amor~!!

50’s – 60’s Era

Kalau diberi pilihan, semestinya aku memilih era 2020, 50-an dan 60-an berlatarkan kota New York, London ataupun Paris untuk aku menghabiskan hayat aku. Era-era sebegini begitu sexy, classy, dan mempesonakan dengan lagenda Sinatra, Hepburn, James Dean, Presley, Marlon brando dan Monroe. Hidangan filem-filem dari era tersebut begitu mendebarkan jantung. And the way you look tonight~!!

Solid Voice; Sinatra, Andy Williams, Buble, Iglesias

Hati ini pasti akan jatuh tatkala mendengar suara sexy Sinatra menyanyikan lagu-lagu indah. Hati berderap kencang dengan solid voice nya yang begitu menusuk sanubari. Ewww .. karat la pulak~!!



Whiskey

My ‘All-Time-Fave’ brand semestinya Chivas Regal. No komen~!!




Beach Bods

‘Anugerah Badan Pantai yang Menggiurkan’ dalam senarai aku adalah semestinya Hugh Jackman, Enrique Iglesias, David Beckham (definitely~!) Jennifer Lopez semestinya dan Gisele Bundchen. Figura Iglesias, sangat inspiring untuk aku terus gigih pumping seratus kali sehari dan cita-cita di hati untuk menayang ‘beach bods’ aku di keramaian Pavilion. Am awfully buff~!!

Rachel Leigh Cook

Cute tahap cipan~!! Aku nak girlfriend aku sebijik macam dia ni, Kalau tak, aku rela membujang sampai tua. ‘She’s All That~!!




Winona Ryder

Sorang lagi cute babe yang sentiasa menambat sanubari sejak zaman-berzaman. Dengan potongan rambut pendek ala tomboy, hati telah jatuh pandang pertama dengan Ryder dalam ‘Edward the Scissors Hands’. Adik Manis~!!


J.Lo

‘Sexy woman alive!’. Nak pengsan tengok keseksian J.Lo dalam klip video ‘Love Don’t Cost a Thing’ sampai nak terkeluar jantung dek berdebar menahan degup. Aummm~!!

Tom Ford


He’s sexy, cheeky and captivating. Dia adalah salah seorang bekas Creative Director untuk Gucci sebelum memulakan label miliknya sendiri. He’s kinda old yet still hot. Way to go, Hon~!!

Marcus Schenkenburg

Antara model tetap Calvin Klein selain Kate Moss dan Antonio Sabato Jr. He’s got a perfect height, body, hair and everything. Melihat kempen-kempennya seperti melihat gambar-gambar porno dalam Playgirl. Berjejer air mata~!!


Richard Gere

Richarad Gere dalam ‘American Gigolo’, sungguh menggiurkan. Manakala dalam ‘Pretty woman’, sungguh charming dan gorgeous. Tak terkira banyak kalinya aku mengulang tonton filem2 tersebut semata-mata untuk memasang angan-angan agar dapat mimpi yang indah2 sebelum tidur. Mimpi Basah~!!