RSS

..kagum hokey..

aku kagum dengan orang 
yang asingkan telur ikut gred..
sebab..
aku tgk telur sume macam sama jek..

aku kagum dengan orang
yang bila makan nasi kosong boleh tau rasa sedap
sebab
aku rasa sume nasi kosong biasa je *kalo lauk,aku tau la..hehe

aku kagum dengan orang
yang boleh tau brand perfume dengan bau je..
sebab
aku dah berbotol2 pakai perfume pun tak cam lagi bau sendiri..

aku kagum dengan orang
yang boleh menjahit baju
sebab
aku belajar potong baju ngan mama pun tak lepas2 lagi *tak minat kot..

aku kagum dengan orang
yang rajin wat kraftangan..
sebab
tangan aku keras so jadi 'keras tangan'..

aku paling kagum dengan orang..
yang dah kawen beranak pinak pun body maintain jek..
sebab
aku yg blom beranak pun dah berisi lepas kawen...huhu



see! dah gain few kilos tu...huhuhu


p/s: aku ni slalu kagum pd benda bukan2..
tapi
semua ciptaan Allah sungguh mengagumkan..
subhanallah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..idiots!!!...


aku nak tgk cite ni ngan hubby...
tapi..
petang dah kna balik Mersing..
huhuhu...




p/s: aku suke sgt2 kat cite ni walaupun dah banyak kali tgk..
very inspired!haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..kasihan suamiku..ihik

hubby menderita sakit belakang..
almost a week..
ptg td gi klinik..
ingat nak scan
tapi..
hampeh..
bukan nak kutuk..
tapi doktor dia cam bengong je..
muda sgt lg..
tapi..
ya Rabbi..
tak terkata...
tengok eh dia bagi ubat ape...

mula-mula..
dia bg ubat ni..
ok la kan..
ada kaitan kan...

pastu
ubat ni plak...
.
.
.
.
.


ok..ni pun first time gak tgk
urat pun ada vitamin ghupenye..
tak mustahil kalo ngko skt otot..
tiba2 ada plak ubat
vitamin otot *ahaks..

yang paling ktorang takbleyblah
ubat ni ha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.



ngan ubat ni skali
.
..
.

hahahahaha...takbleyblah btol
hubby aku tu SAKIT BELAKANG kan?!
kejadah buku medic mana yg dia pakai..
sampai dapat ubat demam + sakit kepala..
ke sbnrnya hubby aku tu demam + sakit kepala sampai dapat sakit belakang???!!!!

p/s: kalau cmni gayanye la doktor Melesia ni ha....
so moral value utk student ISKANDAR yg nak jadi doktor..
jadilah doktor yg merawat dgn ikhlas..
bukan sbb nak jual ubat n amek untung..
aniaya orang tu..berdosa..
doktor bengong, bertaubatla..ahaks..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..Dia..

bila aku makan Maggi...
aku teringat dia..

bila aku minum Nescafe..
aku teringat dia..

bila aku pegi Jusco..
aku teringat dia..

bila aku makan kek Secret Recipe..
aku teringat dia..

bila aku dengar lagu Westlife..
aku teringat dia..

bila aku dengar lagu Maher Zain..
aku teringat dia..

sekarang..
bila aku teringat dia..
doa dan Al-Fatihah jadi penyampai..
semoga dia tenang di sana..amin ya rob..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..Ini Serius Hokey!!

hubby aku..sgt bz orgnya..
dah menjadi cara kami..
kalau nak berbincang..
mesti time dah nak tido..

aku: abg,abg ada penah kecik ati tak ngan ayg sepanjang kita kawen?

hubby: hmmm...ada gak kot

aku: (dah agak pun..hehe) masa bila?

hubby: contohnya...bla bla bla
bla bla bla...
(*takkan la aku nak cite details kan..ni rahsia umah banglo tangga kami..hehe)

aku: oh..sori...lagi?

hubby: hmmm....
(sambil bergolek2 ke kanan dan ke kiri..kononnya nak menjana otak kanan ngan kiri la tu..)
tak ingat la syg..

aku: mcm banyak je (=_='')

hubby: hehehehe..(smbil gelakkan aku)
tak la..syg kena ingat..jadi istri ni...bla bla bla bla
(*dah masuk mood nasihat yg serius...)
syg kena dengar cakap abg..
cuba syg tengok tapak kaki abg..
SYURGA AYG ADA KAT BAWAH TAPAK KAKI ABG TAU!!!
(sambil wat muka Shin Chan tu...)

aku: (serius mengangguk2..paham la konon..tiba2...)
abg,camne status istri tu kalau suami dia kudung eh?
dia takde syurga ke?
(sambil tersengih2...)

hubby:hmmm (sambil berpikir...) agaknya syurga dia kat mana yg paling bwh suami dia kot..

kami gelak sama2...

hubby:ooooo...main2 eh..tak baik tau!!!hehehe.. (sambung gelak lagi)

beberapa minit kemudian:

aku: abg..ayg mnta maaf ye..(sambil peluk hubby)

hubby: (dlm pelukan..) abg pun sama....

lepas tu?

kami tidola...tak paham2 lagi?!


p/s: aku bukan niat nak main2 pasal syurga tu or psl kudung tu..
no offense k..
aku cuma nak tunjukkan mcm mana gurauan dlm umah banglo tangga kami...hehehehe
laughter is the best medicine...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..result KISSM...


yay...aku lulus induksi..
tadi masa kak fiza kol
siap aku ckp..
"ala..takkan la tak lulus kan..."haha
*dah dpt result bley la ko berlagak..
mesti ramai yang pelik
nape aku bru induksi kan?
dah almost 3 years aku posting..
jangan salahkan aku..
*salah siapa ek?haha


p/s: aku tak sabar nak confirm..
bley aku sambung blaja..
aku nak PINDAH!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..Perkahwinan Jarak Jauh...

PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab.
Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay).
 Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja memang susah. Yang penting jangan mengalah!


credit :sis lynda

p/s: nape la orang yg konon2 nye rasa berpangkat besar ni tak memahami...hmmm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..ingatanBuatDirikuDanSemuaWanitaMuslim..

aku bukan bertudung kerana ikhlas..
tapi
aku bertudung
kerana kewajipanku dan kepatuhanku pada arahan Allah..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.





p/s: suka tgk wanita berhijab labuh sambil terfikir..bila nak jd camtu eh *bersediakah aku...hmmm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..marriage quote..


The goal in marriage is not to think alike, but to think together
Robert C. Dodds

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..tak faham..

bole tak
sape2 explain pasal SBPA ni..
tanpa ada unsur politik..
aku tak paham *sigh..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..blog walking..

aku suke blog walking..
bc blog org len *yg lg best dr blog sendiri...
tapi..
aku benci..
kalau blog tu berat
and
lambat loading
*ckp je la laptop aku ni ketinggalan zaman..huhu..
tapi..
ghupe- ghupenye..
blog aku pun same *sigh



p/s: aku benci ngan blog sendiri kah? *hmmm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..wordless wednesday..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..family gathering..

i'll be away..
just for a few days jek *cam gampang gempak je kn..hihi
to
.
.
.
.
.
.
.
.
.


yeah..
langkawi je pun..
sort of hornymoon  honeymoon..
kira mengimbau kenangan honeymoon taon lepas kot..
but 
this time lg best..
sbb..
ramai2..
both family will join..
the more the merrier kn?
hehe..
and..
nak tgk..
.
.
.
.
.
.

yes..
LIMA 2011..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..huge family..

1 tahun 2 hari nan indah..
seriously...
walaupun aku slalu merungut
hubby selalu bz..
takde masa sgt nak layan aku *ngada2..ihik..
tapi..
frankly speaking.. he's complete me..*ecececeh..
i have a wonderful family..
plus..
a tremendous family in law..
mama yang very the mama la..
tak penah pun wat aku rs asing..
dia treat aku macam anak sendiri..
tak berkira..
abah pun sama..
adik2 ipar yg super duper baik..
macam adik2 sendiri..
easy going..
gila-gila..hihi
kakak ipar yg kecoh tp caring..
seriously..they are wonderful ..
aku dapat jalan-jalan sampai Utara..
ada sedara mara yang bertambah
kenal Sg Petani
Bidong
Kg Benggali..
Teluk Intan..
*so gooood!!!
dulu..
aku takut2 gak..
yela..
orang Melayu ni slalu dimomok dgn cite ntah ape2..
tapi..
apa salahnya..kalau kita ditunjukkan dgn cite yg baik2..
yang boleh diamek pedoman..
bukan di momok kan dgn cite yg bukan2..*oh..aku dah start mengarut..
ape2 pun..
aku b'syukur..dia jodoh yang Allah pilih untukku..
kerana
dia adalah jalan untuk aku menemui cinta pada yang Esa..

paan :me:kak cik:kak jan

suami kak jan:abg ipar aku eh..

kak nisa :mama

menantu+ cucu pak lang

abg din: kak jan: cucu2 pak lang





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..teka teki islamik..

aku baca daripada 1 blog..
and
aku teringat pd teka teki students aku..

student: tecer,ape yg paling berat dlm dunia ni?
aku: bumi
student: bukan
aku: ni logik ke tak?
student: logik sgt..
aku: ntah..tecer lupa mkn vitamin pg td *kih3
student: amanah tecer..amanah adalah yg plg berat skali..
aku: ouh..*sungguh insaf..

mentang2 la dok sekolah agama..
teka teki pun islamik..hik3..

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: ‘Tanda- tanda orang munafik itu ada 3: Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia mengkhianatinya’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..love quote..


“Will you love me in December as you do in May,
Will you love me in the good old fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May?”


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..aku dan dia..

aku dan dia
suka tgk tv
tapi
aku suka tgk AXN..
dia suka tgk Discovery Channel

aku dan dia..
suka gi jalan2..
tapi
aku suka gi mall
dia suka gi taman

aku dan dia..
suka kaler merah
tapi
aku suka merah jambu
dia suka merah darah

aku dan dia..
suka haiwan belaan..
tapi
aku nak bela kucing
dia nak bela ikan

aku dan dia..
suka membaca..
tapi
aku suka baca novel
dia suka bahan ilmiah

aku dan dia..
suka surf intenet
tapi
aku update blog & facebook
dia bukak youtube

aku dan dia
suka baby
tapi
aku suka baby girl
dia suka baby boy

aku dan dia..
suka kemas rumah
tapi
aku suka menyapu
dia suka mengemop

aku dan dia..
suka pantai
tapi
aku suka snorkeling
dia suka kuak lentang..

aku dan dia
saling bercinta..
tapi
aku cuma cintakan dia
dia cuma cintakan aku jek *hihi

aku dan dia..
kami berbeza
tapi
saling menyayangi
saling mencintai
saling melengkapi..

dia..
yang ku panggil sayang
abang..
baby..
yang ku harapkan
dan ku doakan
menjadi daddy kepada anak2 kami..
dia..
suamiku tercinta..
yang ku harapkan mencintaiku
sehingga ke syurga..

"happy 1st anniversary dearest hubby.."
semoga Allah merahmati hubungan kita sentiasa..
mengurniakan zuriat yg soleh dan solehah..
dan
semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga..
amin ya rob..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


I changed my font at thecutestblogontheblock.com