Friday, January 31, 2025

Tuhan Memanggil

TUHAN MEMANGGIL

Tuhan sentiasa memanggil mu untuk dekat kepadaNya. Tuhan sentiasa menunggu tetapi kau yang tidak datang. Dia hampir kau yang meminggir. 

Allah sayang hambaNya yang taat. Allah juga sayang  kepada pendosa yang masih punya hati untuk bertaubat. Pintu kembali sentiasa terbuka, hanya kau yang tidak peduli. 

Allah memanggil tanpa suara. Allah memanggil melalui rasa. Dengarlah panggilan itu dengan hati mu nescaya ia begitu kuat getarannya. 

Apabila hidup terasa hampa, kosong makna, terasa hilang arah dan mati rasa, semua dibuat serba tidak kena, rasa jemu dengan segala yang ada...itu tandanya Allah sedang memanggil mu. 

Apabila berlaku satu peristiwa pahit dan pedih menghunjam ke dalam jiwa hingga kau rebah ke titik terbawah, sama ada oleh kematian, kesakitan dan perpisahan dengan orang tersayang... itu tanda Allah sedang memanggil mu.  

Apabila makanan, kenderaan, kediaman dan segala kemewahan  material yang kau miliki sudah tidak lagi terasa nikmat seperti dulu, itu juga tanda Allah sedang memanggil mu. 

Ketika kau semakin lelah oleh kerenah, ulah dan tingkah manusia yang sering berbalah, fitnah memfitnah, datang rasa rindu akan kedamaian.... itu juga tanda Allah sedang memanggil mu. 

Ketika secara tidak  diduga dan dipinta, kau melihat alam dengan rasa  yang berbeza. Ranah bumi yang hijau, langit membiru, hujan yang turun, menimbulkan rasa kagum yang sangat dalam  kepada Penciptanya... itu juga tanda Allah sedang memanggil mu. 

Ketika solat, berdoa, berzikir dan berselawat,  tanpa kau sedari air mata  mengalir. Rasa cinta, takut dan harap sangat menusuk dan memujuk jiwa. Tenang dan menyegarkan. Itu tanda Allah sedang memanggil kita. 

Ketika datang satu bisikan yang kuat dalam nurani untuk kembali kepada jalan agama. Bisikan itu datang bertalu-talu merobek kealpaan dan ego mu...itu petanda Allah sedang memanggil mu. 

Ketika kau melihat insan yang melarat dan perlukan bantuan, hati mu menjadi lembut, penuh kasih sayang dan empati lalu kau membantunya..., itu juga tanda Allah sedang memanggil mu.

Dengarlah panggilan-panggilan itu. Kembalilah ke jalan Allah berpandukan 'peta' rasa yang telah dikurniakan kepada mu!

Kau dalam tulisan ini bermakna 'kita'.


copypaste - fb Ust Pahrol

Thursday, January 23, 2025

SEKUFU

Lagi awal kita tahu tentang bagaimamana “sekufu” memberi kesan kepada sesuatu perhubungan, lagi baik dan sihat untuk rumahtangga kita. 

Orang Barat sebut ianya MATING VALUE.

Kita sebut ianya SEKUFU.

You might be sekufu and COMPATIBLE at ONE PARTICULAR TIME, but it turns out to be two different persons 10 years later.

Why? 

DIRECTION.

You start at the SAME point with your partner. So this is where sekufu and mating values met and made you attracted to one another. Then you both get married. 

Apabila VALUE anda align dengan value pasangan - probably anda menuju ke DIRECTION yang sama secara BERSAMA-SAMA. Less conflict here. 

But over time—as time passes—you start to realise that you both actually are heading in different directions at different speeds. This is where conflict starts and finally tears a marriage apart.

VALUES are something that you uphold at a particular time. 

But what determines your direction is that—THE CONSISTENCY—of you upholding the SAME or SUPPORTING value with your partner. You dont have to be the same person as your partner. No way. But, the values that we uphold - must be supporting to one another. 

'Does my value support my partner well being and growth, provides him/her safety or what he/she needs from me in this marriage?" --- Ini kita kena faham. 


The question is....

Does value change?

Yes. Sometimes, it changes.

Sometimes, it becomes stronger.

Sometimes, it fades just like that. 

VALUES change as time changes, EXPERIENCE changes, ENVIRONMENT changes. Your knowledge, experience, wisdom, skills, etc. - are those factors that will change or maintain your values. 

..... But, does your partner's values change too? Thats the question. 

So, to stay in marriage—you need to WORK ON YOUR SHARED and MATING VALUES consistently. Don't take it for granted. This is where TAARUF NEEDS TO TAKE PLACE IN MARRIAGE AS OFTEN.

So, having the same value and SEKUFU at a time from the past—DOESN’T GUARANTEE IT WILL make both of you stay in marriage forever. Once mating value changes—there are many things in marriage that will be affected too. 

A value that you uphold when you are 23, might not be suitable or significant anymore by the time you turn 30. Life changes. So, your values need some adjustment too. TALK about this, with your partner. Have a DEEP conversation on this. 

Once a value is adjusted, it must come from both parties to keep you consistent in sharing the same value -- because maintaining the mating score or sekufu significant is IMPORTANT in making the marriage work.

Thats why you need to understand the “CUACA rumahtangga” and what VALUES need to be ADJUSTED, CHANGED or REINFORCED over the time. 


So yeah.. 

You both start at the same point, and this is where sekufu and mating values meet, making you attracted to one another. 

However.... 

This wont guarantee anything UNLESS both parties are ACTIVELY involved in ensuring their values support each other. 

So.... 

Inconsistency or collision in mating values is what tears a marriage apart, even if when you first met, you truly believed you were compatible and sekufu. 

Sekufu is something that you have to work on throughout the marriage. You dont stop making yourself sekufu with your partner. 

And.... this is where the beautiful part in marriage comes -- 

Where marriage serves like a teamwork for you -- A FIELD FOR A 2 FRAGILE AND FLAWED PEOPLE TO GROW INTO BETTER INDIVIDUALS EVERY DAY... 


Sharifah Zahidah 

17 Januari 2025 

#sebelumsenja

Saturday, January 18, 2025

10 Pelajaran drp Prof MKI

 Kehilangan yang menghidupkan jiwa...


10 perkara yg saya pelajari dari Almarhum Prof Muhd Kamil Ibrahim yg baru saja meninggal dunia sebentar tadi.. Innalillahiwainnailaihirojiun


. =======

1- CARI ALLAH DALAM KERJA KITA 

Semasa saya belajar Master in Accounting, beliau adalah salah seorang post graduate lecturer yg hanya muncul pada waktu tertentu. Masa tu, dari kejauhan saya melihat beliau sebagai orang yg paling sukses dalam dunia education. MasyaAllah impress kerana beliau dapat title full professor ketika usia 39 tahun. Kerana sebagai golfer, beliau memang ada pelbagai strategi.

Sesuatu yg amat buatkan saya tertarik adalah proses hijrah beliau. Melepaskan kecintaan pada golf untuk memahami alquran dan sebarkan alquran. Saya terpesona dengan kata kata beliau di dalam satu ceramah ketika saya masih lagi pelajar.

"CARI ALLAH DALAM APA PUN YANG KITA BUAT"

Kalau buat research susah. Cari Allah dulu. Bukan cari supervisor.

Beliau tidak sebarkan alquran seperti agamawan dengan menyatakan pelbagai dalil. Tapi beliau sebarkan message alquran. ada dalil. Tapi tidak dinyatakan. Bagi kami, ia adalah pesan indah.

Yg buatkan saya rasa it is do-able

. =======

2) BUAT HAL KECIL YG BERIKAN IMPAK BESAR

Nasihat nya ringkas. Cari dalam kehidupan dan kerja kita. Apa yg perlu diubah. Walaupun perubahan itu KECIL, TAPI SIGNIFIKAN.

Perkataan significant adalah terma yg sangat banyak digunakan dalam quantitative research. Tapi Beliau banyak tekankan hal ini dalam setiap aspek kehidupan. Yg buatkan kita berfikir dan ubah.

Apa yg yg kecil tapi significant?

Saya fikir, tutup radio ketika memandu itu kecil.

Saya fikir, buka CD alquran ketika memandu itu kecil. Kecil dari segi USAHA DAN MASA utk tekan button. Tapi amat significant perubahan dalam hidup yg menolak kita masuk ke dalam dunia alquran. Ketenangan. Kebahagiaan cintakan Allah.

Saya fikir luang masa 10 minit untuk dengar anak bercerita adalah perubahan kecil. Dan ternyata 10 minit itulah yg anak anak amat hargai hingga kini. Walaupun hanya memori suap makan, masak bersama dan ternyata ia amat significant dalam membentuk respect anak kepada kita. MasyaAllah

Apa yg kecil tapi significant untuk anda?

. =======

3) LIHAT DARI ATAS

Selepas habis belajar master, saya bekerja di UITM Segamat. Saya menerima dengan sangat berat hati. Kerana saya tiada sesiapa di situ. Hanya satu orang yang saya kenal. Iaitu Pengarah nya. Ya. Prof Kamil juga berkhidmat di sana.

Banyak ceramah beliau untuk staff, lecturers and students yg saya hadiri. Terserlah, beliau amat strategist dalam apa pun perkara.

Bagaimana nak naik pangkat dengan cepat? Penuhi segala tabung requirement nya. LIHAT DARI ATAS. tanya orang yg dah melalui nya. Usah buat kerja ikut fikiran kita. Tapi ikut lah laluan, template dan salurannya.

Lihat dari atas ini juga di praktis kan dalam kefahaman alquran. Kita boleh lihat Prof gigih menulis buku. Berkongsi ilmu. Persiapkan kematian. "Design kehidupan sebelum kematian tiba".

Surah al waqiah mendidik kita utk pilih mahu dibangkitkan sebagai golongan yg mana.

. =======

4) SENYUM

Satu ketika, di Giant Segamat, saya beratur untuk bayar. Dan Prof Kamil, berada di hadapan saya selang 3 orang. Saya nampak. Tapi saya buat tak tahu saja.

"Dia kenal ke aku? Student nya kan ramai? Staff nya kan ramai? Aku kan baru kat sini? Ahh abaikan saja lah..." 

Faham faham lah. Dah habis waktu kerja. Dia suami orang. Saya isteri orang. So saya "malas" nak bertegur sapa. Beliau pusing ke belakang beberapa kali sambil tersenyum. Tapi saya buat tak nampak. Senyuman genuine dari seorang boss yg baik hati. Bukan senyuman mengorat. 

Esoknya..

Di dalam Meeting bersama staff.

Beliau bercerita. Ya, beliau suka bercerita. Dan sering bercerita..

"saya dulu serious orang nya. Banyak benda nak fikir. Sampai orang ajak bergambar pun, muka saya serious." Sambil tunjuk wajah serious nya.

Beliau sambung lagi

"Bila saya tengok gambar gambar saya. Saya terkejut tengok wajah serious saya. Dan Nabi ajar Senyuman itu sedekah. Kecil tapi significant. Senyum tu kan mudah saja. Tapi significant pada orang yg melihat. Significant pada hubungan kerja. Significant pada rasa "welcome". Sejak itu, bila orang panggil nama saya, saya senyum.

Orang nak bergambar, saya senyum.

Senyum dan senyum.

Orang nampak kita friendly, mudah berurusan, dan buatkan orang gembira."

Saat itu..

Saya tak fikir pun beliau perli saya.

Tapi saya mengiyakan. Ya.. Betul juga ya. Muka aku ni kalau tak senyum, mesti orang fikir sombong...dan saya mula sering ukirkan senyuman kepada setiap orang.. 

. =======

5) RUMAH TIDAK BERKUNCI

Satu ketika ada insiden yg berlaku. Dan prof minta seseorang pergi ke rumah nya utk ambil barang. Dan rumah beliau tidak berkunci. Sering kali tak berkunci walaupun tiada sesiapa di rumah. Beliau tanya kami "tak pelik ke? Saya tak kunci rumah?"

Ya semua pelik lah. Kata beliau.

"kalau kita buat apa yg Allah suruh, Allah jaga apa yg kita miliki. Kalau ada kecurian? Pasti ada yg tidak berkat dalam harta kita. Ambil lah..."

Bila saya dah masuk dalam dunia faham AlQuran, baru saya faham sesuatu di situ. Bukanlah mahu galakkan setiap orang untuk tidak kunci rumah. Bukan. Tapi fahamilah ilmu alquran sehingga segala aspek kehidupan kita ikuti alquran. Sehingga TIADA KEMELEKATAN PADA APA PUN. Melainkan kemelekatan pada Allah.

anda? Kita? 

Melekat pada apa ya? 

Subhanallah..

. =======

6) MATI DALAM KEADAAN.....

Dalam satu ceramah utk staff, ketika itu prof berbicara tentang satu hadith nabi.

"Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya” – Hadis Riwayat al-Muslim

Ketika itu, prof berkata..

"Saya nak mati dalam keadaan menyebarkan ilmu. Sebab tu setiap ceramah saya, bukan tentang Accounting, pekerjaan saja. Saya nak selit juga tentang agama"

Tak dinafikan, he walked the talks.

Dan hingga saat akhir hidup nya, kita boleh nampak beliau tetap gigih menulis buku.. Fight to its end. MasyaAllah..

Pasti anda tertanya tanya kan..

Kenapa saya ingat semua kata katanya?

Barangkali itulah hidayah yg Allah nak sampai kan kepada saya melalui dakwah Prof Kamil..

Saya tinggal di Segamat dalam keadaan tiada sesiapa pun. Hidup saya, siang mengajar, malam bersama baby. Pjj dengan suami. Saya tiada apa yg nak difikirkan. Jadi segala "tips yg best" saya fikir dengan mendalam..

Kalau anda follow saya lama.. Anda boleh nampak apa yg saya lakukan. Adalah jejak hasil didikan prof. Seminar, FormulaMasa.com, Cashflow Life Coaching.. Semuanya tentang mencari Allah dalam setiap aspek kehidupan..

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Prof adalah posmen kepada hidayah Allah. MasyaAllah Tabarakallah 

. =======

7) UMRAH / HAJI

Setelah selesai urusan di UiTM Segamat, saya bertukar lokasi kerja. Pindah di Shah Alam. Tinggal bersama suami dan anak. Masa ini, kami sekeluarga mahu menunaikan Umrah.

Ketika itu, umrah kali ke dua. Dan saya mahu sesuatu yg berbeza. Umrah kali pertama adalah hadiah PMR. Yg Abah sponsor untuk pergi bersama arwah atuk dan nenek. Saya tunaikan umrah dalam mod seronok nak travel, nak ambil gambar.. Spiritual journey? Tiada.

Saya tercari cari buku yg bagus. Sekali lagi ketemu Prof Kamil melalui buku beliau..  Travelog Haji. Saya ingat pesan beliau seperti Point no 3 di atas... "Lihat Dari Atas"

Buku beliau tidak seperti buku umrah haji yg lain. Tidak berbicara tentang maqasid, hukum hakam atau cara tunaikan umrah /haji.

Buku beliau banyak berbicara tentang UPGRADE IMAN KEPADA ALLAH melalui pelbagai moment peribadi beliau dan mahram yg beliau jaga. Ia ada sesuatu yg saya rasakan "PENTING"

TRAVELOG HAJI ; MENGUBAH SEMPADAN IMAN..

Buku ini saya baca dengan banyak. Sampai lunyai. Kerana umrah beberapa kali dan cubaan untuk pergi haji, tahun ke 4 baru dijemput.

Hingga kan MasyaAllah..

Difahami bahawa Essensi Haji adalah satu Lifestyle. Yg praktikal nya adalah dalam kehidupan harian kita. Haji di Mekah tetap rukun yg kita perlu usahakan.

Masya-Allah Tabarakallah, perjalanan yg amat indah. Hingga saya dijemput oleh TV alhijrah untuk berkongsi tentang perjalanan haji saya.

MasyaAllah.

Thank u Prof atas tulisan yg amat luarbiasa. Allah menghidupkan usaha prof walaupun jasad sudah tiada nyawa...

. =======

8) MENULIS BUKU..

Melihat dari atas, kita akan nampak usaha yg perlu dilakukan untuk persiapkan kematian. Dalam dunia research, Prof banyak memberikan nasihat kepada pensyarah untuk KERJASAMA menulis article. Kolaborasi dengan orang lain, akan besarkan lagi sumbangan. #samasamanaik.

Praktis yg sama, prof lakukan bila menulis buku sebagai free lancer. Ketika tidak lagi attach dengan mana mana universiti, Prof menulis buku bersama ramai penulis lain.

Mendidik penulis lain. Yg mempunyai pelbagai lensa kehidupan yg berbeza.

Apakah persiapan kematian anda?

Apakah legasi yg anda akan tinggalkan?

. =======

9) LEGASI

Satu ketika, saya berseminar seluruh Malaysia untuk berkongsi tentang Auditlife. Bagaimana mahu melihat kisah diri dalam AlQuran. Bagaimana mahu ubah kewangan agar ikuti panduan Tuhan. Saya sudah tinggalkan dunia lecturer. 

Namun masih tetap mengajar. Pada satu waktu itu, saya berjalan di Airport Kota Kinabalu. Tiba tiba ternampak Prof Kamil dan Isteri, Kak Roza. Dari kejauhan melambai lambai tangan. Bersapa.

Prof tanya dari mana? Nak ke mana? Tanya perkembangan selepas lama tak berjumpa secara fizikal. Saya ceritakan apa yg saya lakukan. Dan satu soalan dari prof yg buatkan saya berfikir lama dalam kapal terbang 2 jam..

saya chartered accountant bedah cashflow banyak company besar. Setiap minggu. Bertahun tahun. Bila saya jadi lecturer, saya banyak ajar subject Audit, Costing dan corporate Taxation. Jadi pengalaman industri + ajar teori di University + research pasal financial destress detection tools.

Bila masuk dunia alquran, saya nampak banyak yg tak kena dengan cara kewangan diuruskan. Dari peringkat individu, keluarga dan perniagaan.

Saya sekarang share pasal Quranic Cashflow. Transformasi kewangan. 

Soalan dari prof? 

"kalau u mati nanti, siapa yg akan ajarkan tentang Quranic Cashflow tu?"

Saya tergamam.

berfikir lama dalam kapal terbang 2 jam..extended berhari hari, berbulan bulan hingga bertahun tahun.. 

Sesuai dengan persiapan mati, ia memerlukan kita untuk berhenti sejenak. berfikir. fikirkan apakah yg kita lakukan sekarang, menyumbang kepada kematian yg indah? Prof meninggalkan kita dengan pelbagai buku, video ceramah, malahan Facebook beliau penuh dengan ilmu. 

Bagaimana dengan kita?

Fast forward, saya happy kerana soalan prof itu telah pun meninggalkan gerak kerja yg berbeza untuk saya dan team. Ada 600 rakaman video. Ada pelbagai ebook yg boleh dibukukan. Slowly. Step by step susun gerak kerja..

MasyaAllah Tabarakallah! 

======

10) DIDIK ISTERI

Dalam satu live, Prof ada nyatakan bahawa kecintaan nya pada Allah telah melepaskan kecintaan nya pada dunia. Hingga satu ketika, beliau menyatakan. Announce kepada public.

"kepada isterinya, (kak roza), tak perlu lah untuk jaga badan, make up tu semua" . Beliau bukan lagi mahu ke arah itu. Bukan bermaksud kita tak perlu jaga. Kak roza tetap lah jaga badan. Tapi don't spend too much time for that Hingga perhatian utk kerja dakwah dan mendekatkan diri pada Allah tercantas. We are talking about priority.

Dan kak Raudzah Roslan, terima kasih di atas segala perkongsian. Hatta jual kek gaya orang pencen sekali pun, tetap ada sesuatu yg menjentik jiwa.. KAK, hanya jasad Prof yg tinggalkan kita semua. Tapi pesannya, ilmunya, dakwahnya tetap segar dalam ingatan. Allah yg kurniakan hidayahNya.

Moga Allah permudahkan segala urusan kak Roza sekeluarga. Al-Fatihah (dibaca)

=============

Message utama.

Kerja dakwah adalah tanggungjawab utama setiap muslim. Pelajari dan sebarkan. Ikut kelebihan dan kemampuan masing masing..


Surah An-Nahl 16:125

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلْهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ 

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Masya-Allah..

Anda? Baca sampai sini?

Terima kasih...

apa yg baik tentang Almarhum Prof Kamil yg anda tahu? Jom tuliskan moga ia menjadi sedekah ilmu 


#HusnaHaron


-copypaste-

Prinsip 90/10: Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang


Bayangkan ni: Kau tengah breakfast dengan family. Anak kau tak sengaja tertumpahkan kopi kat baju kerja kau. 

Kau terus marah dia, dia menangis. Lepas tu, kau salahkan isteri kau sebab letak cawan dekat tepi meja. 

Bergaduh sikit, kau naik atas tukar baju, dah lambat. Anak kau tak sempat siapkan diri, terlepas plak bas sekolah. 

Kau kena hantar dia, kau bawak laju-laju, kena saman. 

Sampai kerja lewat, briefcase lupa bawak. Hari kau terus barai sampai malam.

Kenapa hari kau teruk? Sebab kopi? Anak kau? Polis trafik? 

Salah kau sendiri.

Prinsip 90/10 ni simple: 10% hidup kau benda yang kau tak boleh kawal. 90% lagi bergantung pada cara kau react.

Kalau tadi kau chill, cakap “Takpe, lain kali hati-hati ok,” tukar baju, settle cepat-cepat, anak kau pun sempat naik bas. 

Hari kau pun akan okay je.


Macam Mana Nak Guna Prinsip Ni:

Orang kutuk kau? 

Biarkan, jangan ambil hati. Move on, jangan bagi negativity rosakkan hari kau.

Orang potong line masa drive? 

Relax, tak perlu marah-marah. 10 saat lambat takkan ubah hidup kau. Baik kau lambat 10 saat dari kalut nak potong balik, last-last eksiden patu lambat 4 jam terus. 

Berita buruk? 

Jangan stress, fokus cari jalan penyelesaian.


Ingat, kau tak boleh kawal semua benda. Tapi kau boleh kawal reaksi kau. 

Tukar mindset, dan kau akan nampak hidup kau berubah jadi lebih baik. 

Cuba apply, kau mesti happy dengan hasil dia.


-copypaste-