Saturday, April 21, 2012

RTM atau KTM..choose to act~

bismillah..
subhanallah, sudah lama rupanya tidak menitip sesuatu di sini.. semoga kata-kata yang diukir di ruang ini menjadi tazkir terbaik buat diri hakima yang sering alpa..semoga kata-kata ini menjadi penguat buat diri untuk terus istiqamah menunaikan tugas sebagai hamba-Nya dgn amal terbaik...ameen, insyaAllah..

RTM atau KTM
Rehat Tunggu Mati ..atau.. Kerja Tunggu Mati..now we choose~!!

MasyaAllah.. saya mahu terus bekerja dan beramal sementara menanti sebuah kematian yg pasti.. beramal dan bekerja untuk meninggikan Islam..untuk menjulang Islam di Malaysia khususnya, dan di muka bumi ini amnya.. ya Allah, jangan Kau hilangkan semangat dan keinginan ini, jangan Kau biarkan diri ini mengalah pada tugas2 lain yang merencatkan perjalananku mendaulatkan agama-Mu..astaghfirullah..

ya Allah, cekapkanku pada urusan duniaku sehingga banyak masa yang mampu kuberikan untuk kerja-kerja Islami directly.. permudahkan urusan duniaku agar hanya ujian perjuangan dijalan-Mu yang menjadi rintihanku saban masa... Allahu akbar~!

Wednesday, April 4, 2012

mendewasai kehidupan..redha-Nya yg di tagih..

bismillah..

hingga ke saat ini, sungguh diri ini telah begitu banyak mempelajari pelbagai perkara.. maha suci Allah yang di setiap penciptaan-Nya itu terkandung 1001 hikmah.. segala puji Allah yg setiap penciptaan-Nya itu adalah yg terbaik.. Allah yg Maha Besar lah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, yang kita sebagai hamba ini hanya mampu menjalani kehidupan yg diatur-Nya ini dengan penuh rasa kehambaan...

~ do play this beautiful music before u proceed to these contengan ^_^ ~

maha suci Allah, kerana saat jejari ini menaip mencoretkan kisah ini, DIA menjadikan hati ini sebak dengan apa yg berlaku..dan semua yg terjadi ini telahpun hakima hadapi suatu waktu lalu.. saat diri ini benar2 di titik terendah dalam pusingan roda kehidupan ini.. ia siaran ulangan buat diri ini, bezanya adalah pelakonnya. andai dulu diri ini, namun kini ia adalah adik kesayanganku.. dan boleh jadi insan-insan lainnya..

saat itu,, umpama titik gelap kehidupan.. detik itu, umpama lorong mati buatku.. ia berlaku hanya kerana DIA menghadirkan keputus-asaan dalam diri,, dan ianya terjadi hanya kerana DIA menghilangkan rasa dalam diri ini bahawa DIA tiada bersamaku mendepani ujian hidup ini... semua makhluk yang ada di alam ini juga telah Dia campakkan rasa 'membenciku'..keluarga yg bahagia ini juga umpama akan bergembira dan lebih bahagia apabila diri ini tiada dalam kehidupan mereka.. lalu jadilah kehidupan ini suatu yang sangat menyiksakan.. subhanallah.. sehingga terbit di minda bahawa 'mati @ membunuh diri' itu lebih baik.. astaghfirullah~

dan di saat diri hampir punah harapan pada yang menciptakannya, Dia hadirkan kasih sayang-Nya lewat kekandaku tercinta satu-satunya, juga ayahanda tersayang dengan kata-kata yg sungguh indah.. bahawa "kita akan hadapi sama-sama".. maha suci Allah.. terima kasih ya Rabb...

maka adikku,,

walau apa yang kamu rasa, kamu lalui, kamu fikirkan, kamu alami... yakinlah ia datang dari Allah.. ia adalah ujian yang sesiapa juga pasti merasainya.. ujian ini adalah tapisan juga saringan untuk Dia menilai siapa yg terbaik amalannya.. terbaik amalannya bukanlah ukuran manusia.. ia ada dalam pengetahuanNya.. mungkin sahaja pengaduanmu itu yg Dia nilai,, mungkin sahaja rintihan kelemahan kamu itu yg Dia pandang,, mungkin sahaja permohonan2 kamu pada-Nya itu yang menatijahkan rahmat-Nya yg luas buat kamu.. pelbagai kemungkinan yang tiada makhluk mengetahui kehebatannya..

adik kak syg,

peganglah kata-kata ini, bahawa "saat hubunganmu dengan manusia itu musnah dan bagai tiada jalan keluar,, perhatikan dan koreksilah hubunganmu dengan Allah.. temukan kepincanganmu pd-Nya untuk diperbaiki, insyaAllah Dia akan memperbaiki kepincanganmu dengan manusia lainnya".. di setiap masa, rasakan bahawa kamu bukan manusia terbaik, kamu jauh lagi untuk menjadi manusia sempurna.. kamu tidak tahu bagaimana darjat manusia lainnya itu disisi Allah, maka kamu sekali-kali tidak boleh menyatakan kamu lebih baik daripadanya...kerana mungkin sahaja kamu lebih banyak amalan berbandingnya, namun tiada satupun yg Allah nilai sbg amal yg baik..sedang si dia, walau hanya sedikit amal, namun itulah yg Allah terima... renungkanlah ini, wahai adikku...

dan adikku,

sejak dulu, saat kakakmu ini harus tinggal dirumah bersama pelbagai tanggungjawab dalam usia mahu menyertai rakan-rakan sebaya menjalani "campus life",, diriku terus memberontak.. sungguh telah pelbagai tindakan, kata-kata malah fikiran yang keterlaluan yg diriku perbuat, yang natijahnya menyakitkan ayah bonda tercinta.. telah banyak hasrat hati yang terpaksa diketepikan.. namun alhamdulillah DIA telah meyakinkan diriku bahawa ada redha dan barakah-Nya sentiasa ada dalam ketaatan ini... semoga dirimu juga bisa merasainya...

ketahuilah bahawa "Ilmu yg banyak bukanlah tiket ke syurga, namun kemurkaan ibu bapa adalah tiket percuma ke neraka"..belajarlah untuk mentaati mereka pada urusan yang tidak menyalahi syarak, walau hak diri dan perasaan kita diketepikan.. sungguh, ia amat amat sukar.. namun yakinlah insyaAllah Dia akan menghadiahkan ketenangan kedamaian juga keberkatan yang sukar dicari ganti.. insyaAllah Allah akan menjadikan kamu benar-benar menikmati ketaatan kamu itu apabila keikhlasan telah hadir di jiwamu..sungguh,, saat Dia hadir di setiap penjuru kehidupan kita, tiada yang lebih indah daripadanya...
dan,, andai saat kedamaian dan ketenangan itu belum kunjung tiba, bersabarlah.. bersabarlah, kerana Dia sedang menghitungnya.. andai terasa sungguh menyesakkan dalam kesabaran itu, adukanlah ia pada-Nya..kerana ketaatan ini adalah manifestasi ketaatan kita kepada-Nya, yakinlah Dia tidak akan pernah meninggalkan kita... andai kesabaran itu sungguh menyakitkan, perbanyakkanlah istighfar kerana istighfar itu jalan keluar segala sesuatu.. dan andai kesabaran itu memedihkan, teruslah berjuang dengan kesabaran itu, kerana terkorban dalam perjuangan adalah syahid...

adikku, perdengarkanlah nasihat ini baik-baik.. ia bukan omongan kosong, namun ia lahir dari hatiku yg tulus mencintaimu.. diriku benar-benar mencintaimu, sayang.. cinta kerana-Nya.. cinta yang tidak terbatas di dunia yg fana ini.. adikku, abang kita sedang menunggu di syurga yg abadi.. bukankah kita telah berjanji untuk berkumpul bersama-samanya di sana? maka usah terlalu membesarkan urusan dunia yg hanya picisan.. tumpukan fikiran kata-kata juga perbuatan untuk kehidupan akhirat kita...

semoga Allah hadir dalam setiap penjuru hidupmu dan merasakan kasih sayang-Nya melebihi apapun.. semoga Allah menyenangkan hatimu dalam urusan ketaatan kepada kedua ayah bonda juga kepada-Nya.. semoga Allah membasahkan hatimu dengan hidayah-Nya yg tidak ternilai itu... semoga Allah menjadi ganjaran termahal buatmu setelah segala pengorbanan yg telah kau lakukan, tanpa perlu kamu memikirkan balasan manusia buat kamu...semoga Allah meredhaimu, sayang....

inni uhibbuki hubban jamma...