Assalammualaikum,
Sekarang ni xtau nape la malas sangat nak update sal tempahan. Kadang tu memang bz sesangat tapi kekadang free memanjang tapi mood tarak. Jangan marah ye ... Nak update sebulan sekali leh ke? Tapi xke cam banyak sangat kang berjelar2 citernya. Xpe, ty cuba ringkaskan seringkas2nya boleh ka itu macam? Namun utk info terkini tentang tempahan yang t buat boleh ikuti dari FB ye. Just search ...
TY Homemade Kuih Muih
Kalau dah singgah ... pe lagi jangan lupa tau "LIKE" kat butang tu.
Jom layan oder sepanjang bulan Oktober nak ... suka ke idak layan je cuci mata k!
1 Oktober, tempahan dari Eina TTDI, Shah Alam.
Eina menempah Roti Jala ... thanks ye.
3 Oktober, Ila dari Mydin USJ menempah Roti Jala utk kawannya tapi Ila pun tumpang gak tempah. Utk pengetahuan semua, Ila merupakan orang pertama yang membuat permintaan roti jala. Dari xmahir alhamdullilah ty dah mahir sesangat ye.
6 Oktober , tempahan dari Kak Niza - Gombak. 2loyang Talam Sago Banjar untuk kakak iparnya.
Thanks!
7 Oktober, tempahan diterima darii jiran ty Che Idah n Fiza yang duk kat Jalan Istana KL. Tempahan mereka adalah AP!
Hari yang sama lagi namun orang yang berbeza. Tempahan ty terima dari Ekin (ank jiran sebelah yg juga merangkap adik ty la hehehe) Tempahannya AP buat kawannya n Karipap Frozen tuk makan2 sendiri.
Last delivery ... untuk Zu Bank Rakyat KL. Actually Zu tempah Cistat Blueberi sebanyak 30biji 2set ... tapi pe punye biul agaknya ty ni lain ditempah lain dibuat dah tu 2keja lak kena buat hahahaha, Xpe la yang pasti customer puas hati kan?
8 Oktober ... tempahan ty terima dari Kak Kamsiah yg dok kat Bukit Prima Pelangi -Segambut. Tempahannya Koleh Kacang, Talam Suji n Serimuka Gula Merah serta Karipap. Ni pun de lagi kekeliruan ... kak Kamsiah oder dgn ty 100biji karipap ty lak g buat 50biji je ade ke patut. Ya allah dh 2kali kesilapan berlaku ni. Pe yang ty ingat ye? Namun cabaran semasa membuat penghantaran hujan turun selebatnya nasibla ty n hubby sempat berteduh hingga agk2 hujan rintik so kami pun gerak ke rumah kak Kamsiah. Thank ye kak! Ty minta maaf atas kesilapan teknikal .
12 Oktober, tempahan ty terima dr 2orang yang berbeza. Tenghari Zyla dari Impian Baiduri membuat tempahan Cucur Badak, Talam Cendol n Bingka Arbianca tempahan ni dihantar ke ofisnya di USJ. Kali ni ty menggunakan khidmat penghantaran Safe D Multi Enterprise. Terima kasih bebanyak pada tuan Mohd Syuib atas kelancaran urusan penghantaran tersebut. Manakala sebelah petang Siti Juliana ank jiran tetangga ty yang juga merupakan ustazah sekolah agama telah membuat tempahan muffin vanila sebanyak 100biji. Thank ye!
14 Oktober, tempahan dari Syikin Bingka Arbianca. Mmm ... bingka ni memang lain dr yang lain. Adunannya pun agak unik. Sape2 yang belum cuba meh la try. Ty hantar ke Seksyen 13, PJ .
Sesat gak le hahaha confuse pun ye.
15 Oktober, Lynn Desa Pandan berkenan dengan Apam Ladybird vs Bees. Sempena majlis harijadi anaknya. Thank lynn!
17 Oktober - 21 Oktober tempahan ty terima dari student Uitm Shah Alam namanya Bieha. Sepanjang minggu ni memang tiap2 pg ty ke Shah Alam membuat penghantaran ke sana. Thanks Bieha, rindu kat korang semua.
17 Oktober, Kak Ani dari Impian Baiduri minta ty buatkan Marble Kek.
Isyhhh hentam saja la janji sedap ye. Thanks kak!
18 Oktober, ank sedara tokei hubby membuat tempahan Serimuka n Popia Comel sempena meeting di ofisnya. Thanks ye!
26 Oktober, tempahan dari Niza -Gommbak seperti biasa Talam Sago Banjar.
Thanks kak!
Setelah membuat penghantaran ke Gombak ty pun merempit ke TTDI. Mieza kakak kepada Sha membuat tempahan AP n Bingka Ubikayu loyang besar. First time ty buat tempahan loyang besar ni. Thanks ye!
27 Oktober Nurul dari Putrajaya membuat tempahan AP n Muffin. Ni semua untuk dijadikan buah tangan buat para tetamu sempena majlis pernikahannya pada 29 Oktober.
Selamat Pengantin Baru Nurul n Pasangannya.
Maaf ye kak ty xdapat nak join sibuk didapur.
28 Oktober, sekali lagi Syikin dr Section 13 P membuat tempahan. Pilihannya kali ni agak banyak ye Bingka Arbianca, Karipap Frozen, Lapis Ubikayu n Kek Karamel. Sekali lagi ty menggunakan perkhidmatan penghantaran dengan Safe D Multi Enterprise.
Selepas selesai solat jumaat, penghantaran berikutnya dibuat ke Danau Desa iaitu kepada Norlela Lazim. Tempahannya adalah Roti Jala, Risole n Lapis Pelangi. Thanks Lela!
29 Oktober, tempahan dari kawan sekolah ty Pn Siti Haslinda sempena majlis harijadi anaknya, Apam ANGRY BIRD n Talam Ubikayu. Thanks Lynda!
Tempahan terakhir tuk bulan ni penutupnya dari Bulan Impian Baiduri. Apam DOREMON n ANGRY BIRD.
Thanks Bulan.
So, ini saja la tempahan yang ty terima sepanjang bulan Oktober ni. Thanks banyak2 pada yg sudi membuat tempahan. Yang belum cuba.... xkan pandang aje jom la tempahan bersama TY Homemade Kuih Muih.
Sekian, wasalam!