Dalam blog Ameno World ditemui analisis mengenai 5 orang menteri kabinet Kerajaan Barisan Nasional sekarang yang PALING TIDAK CERDIK 2011:
1. Hishamuddin Husein 2. Ismail Sob 3. Jamil Khir.
Inilah menteri yang sangat2 memalukan umat islam di malaysia. Engkauuu tibaaa bilaa politik bien di ancam.. ko blahh bilaa akidah umat islam jadi taruhan. Benda yang dia patut focus dan atasi dia boh layan. Jakim takde kuasa. Had kuasa jakim terhad. Kalau dah tahu kuasa ko terhad, pergi tambah. Pergi cari jalan, usaha untuk tambah kuasa ko.
Tak dapat dengan tangan, lawan dengan mulut. Hentikan penerbitan majalah lucah malaysia seperti mangga dan dll yang sama seumpamanya. Ia diterbitkan oleh orang islam dan dibeli pula oleh orang islam dan ko sebagai ketua yang menjaga akidah umat islam mesti tentang benda neh habis-habisan. Takde kompromi.
Pelbagai filem yang melampaui batas, pelbagai drama yang menyeleweng, ko patut banteras. Ko patut tahu bila dan di mana peranan ko perlu dimainkan. Bukan guna wang zakat. Bukan pergi sound umat islam jangan suka meminta. Bukan bina rumah besar2. Bukan beli buku kutuk pas. Bukan hina pr dalam ceramah dan khutbah jumaat. Bukan, bukan, bukan.
Ini bukan kerja ko. Kerja ko jaga akidah kami. Halal haram bukan dalam bab pemakanan je. Itu pun ko tak pass. Syarikat besar2 yang sah2 jual dna babi disembunyikan. Macam mana orang islam nak tahu benda apa yang halal dan apa yang tidak? Nama baik syarikat lebih penting dari pemakanan umat islam. Adakah umat islam ialah testimoni kepada pemangkinan kekayaan yang boleh jamil khir raih di dunia neh?
Jadi orang jangan kejam sangat jamil, jangan. Bukan bermaksud kejam sikit2 boleh. Jangan salah faham. Tapi fikirlah. Bila ia melibatkan akidah umat islam, utamakanlah kami neh. Kami neh amanah buat ko. Setiap satu langkah salah yang kami buat yang mana ia didorong oleh pentadbiran yang salah oleh ko, bukan kami je kena di akhirat, ko pun kena. Malahan lebih teruk. Ini melibatkan dari generasi kepada generasi. Kalaupun generasi sekarang neh dah rosak, janganlah bawa ia kepada generasi akan datang jamil. Jangan. Kita mampu mengubahnya.
TPM: Setiap Muslim adalah pemimpin kerana tiga sebab:
Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita
·Namun, setiap muslim hari ini juga mesti berusaha untuk memimpin dan mengajak masyarakat / ummah agar mentauhidkan Allah dan menegakkan syariah-Nya. Tatkala tiadanya khilafah Islamiah, tugas dakwah dan kepemimpinan ini adalah tugas bersama di kalangan ummah. ...
9 Disember 2011 lalu - 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas AJK Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.
Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.... ( Baca di Harakahdaily...)
Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.
TPM: Alhamdulillah dah ada kesedaran. Patutnya dah lama sedar dan memilih yang betul. Apapun syukur kerana terdorong meninggalkan Umno-BN yang kata Tun M ' Umno sudah busuk hingga usus'. Syukur juga kerana memilih PAS sebagai wadah berpolitik. Kerelaan sendiri + keikhlasan itu lebih utama! namun siapalah PAS untuk memaksa orang menyokongnya. Tada paksaan dalam berpolitik di Malaysia, hatta kepada anak dan keluarga sendiri.
HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantarkek hadiah "tahi manusia" kepada staf Kerajaan Negeri P Pinang di bangunan Komtar. Nampak sangat kebodohannya. Itulah akhlak biadab puak-puak UMNO ni? Dah 50 tahun Pakatan Rakyat jadi pembangkang di Malaysia, tak pernah sekali pun buat hal macam ni. Tapi UMNO baru 3 tahun jadi pembangkang di Penang dah tunjuk sikap hina dan celaka. Macam ni mahu dipilih jadi pemimpin, nak jaga rakyat?
Dasatnya, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.
Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka! Hancus!
SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".
Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.
Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.
Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".
“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri
Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.
DS Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). TS Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga DS Shahrizat Abdul Jalil, perlu memberi penjelasan tentang isudan masalah besar itu. Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.
Naib Presiden Umno, DS Hishammuddin Hussin menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak. Sebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, bela Khairy.
TPM: :( Rakyat dan negara tetap berdukacita dengan telatah pemimpin begini.
Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong boleh jadi menteri. Orang mengantuk memasang kelambu untuk tido; Juta-juta diuntukkan projek lembu tapi hilang duit wat beli kondo.. (?)
Oleh kerana penawar, ubatan dan pantang larang yang dinyatakan doktor, seorang pesakit yang kritikal mencadangkan supaya doktor yang merawatnya meletak jawatan. Kroniknya selama ini doktor itulah yang telah berjasa mengubati banyak pesakit. Doktor itu juga telah menyumbangkan sebahagian besar usia dan tenaganya demi menyelamatkan masyarakat dari wabak penyakit masyakat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau berkata, desakan Affandi juga menunjukkan betapa Umno Kelantan gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
TPM: Ketika ucapan beliau di Persidangan Agung Umno baru-baru ini, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Mohd Afandi 'mencabar' MB Kelantan berdebat dengannya (Pemuda Umno) terlebih dahulu sebagai pra-kelayakan sebelum diadakan perdebatan dengan DS Najib. Dengan nada angkuh, Mohd Afandi menyatakan:
"Jika beliau (TGNA) berjaya melepasi debat pra-kelayakan ini, maka Nik Abdul Aziz layak berdebat dengan Dato Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda Umno pun tidak berjaya, tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO.."(rujuk Sinar Harian Edisi Kelantan, Selasa 30 Jun 2009) Yang jelasnya 'budak hingusan' UMNO ni sengaja nak cari publisiti (selepas tewas dalam PRU-12 kepada Ustazah Siti Zailah di Parlimen Rantau Panjang).
Bagi menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, DS Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.
Menggelar PAS sebagai kedalui - bermaksud 'bangang' - dan mendakwa PAS diperkudakan DAP, Najib ikut mencabar parti Islam itu agar meninggalkan DAP.
Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".
"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib disambut gelak ketawa perwakilan.
TPM: Datuk Seri Hj Mohd Najib usahlah menyebok pasal PR hingga mem'bangang' PAS dan menghina Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim begitu sekali...Sepatutnya Tuan Haji perbaiki kapal Barisan Nasional dan Umno yang bakal karam tidak lama lagi tu...
Datuk Seri melaung-laung kata-kata kesat dan tuduhan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan batang tubuh Datuk Seri banyak terpalit tuduhan dan kekejian yang masih belum terjawab. DS meminta benar-benar agar rang-orang Melayu dan menyeru mereka perkukuh umno?
DS merayu supaya rakyat Melayu beriya-iya sokong Umno...Tetapi pemimpin-pemimpin Umno makin sombong, makin rakus songlap, makin kuat berasuah, makin kaya raya, makin kuat rasuah dan berkepentingan.
Pada pandangan rakyat marhein biarlah Umno semakin luntur, lemah dan rebah bersama-sama kebobrokan Presiden Umno dan gerombolannya !!! Biarkan.Biarkan...Tn Hj Transformasi Expres ambil medan PAU untuk mengutuk lawan. Sendiri busuk tutup hidung, menuduh orang lain yang berak. Umno kuat berlantai fitnah... !
Harus diingat , demam PRU12 masih belum kebah, memucatkan mereka hingga wabak 'gerunkan' Pakatan Rakyat. Fe'el 'cah keting' sesama sendiri akibat dengki cemburu berebut 'rampasan perang' masih belum habis-habis, pentingkan diri dan kroni!
Tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran tambahan 20 peratus terhadap hartanah di Pulau Melaka mengundang bantahan dari lebih 80 pemilik bangunan di pulau buatan manusia itu. .
Bangunan rumah kedai dan apartmen di pulau berkenaan telah terbengkalai lebih 17 tahun sebelum kerajaan negeri mengambil alih projek berkenaan dan membangunkannya semula menerusi anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI).
Bagaimanapun, tindakan mengenakan bayaran tambahan 20 peratus di atas harga asal bangunan berkenaan, yang bertujuan meliputi kos membaik pulih serta mengganti pelbagai bahagian bangunan yang dicuri, tidak mendapat sokongan pembeli.
Bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka, sekumpulan 80 pembeli telah mengadakan satu protes aman serentak dengan majlis perasmian jualan bangunan baru yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin semalam.
Sementara itu, ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, yang turut hadir bersama mereka, berkata, protes berkenaan adalah bagi mendesak kerajaan negeri supaya tidak mengenakan bayaran tambahan berkenaan. ( baca lagi....)
TPM: Terkezut monkey kawan bila membaca berita ini di Malaysiakini. Kawan ingat hal ini berkaitan dengan tanah di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Kampung Pulau Melaka adalah kampung Menteri Besar Kelantan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rumah beliau terletak berhampir masjid dan Maahad Darul-Anuar di Kampung Pulau Melaka. Kawan sesekali datang bertamu, berjemaah dan mengikuti kuliah di masjid ini.
Kuliah wajib Ayah Zi' (panggilan mesra anak buah kepada TGNA) ialah pada malam khamis, malam jumaat dan pagi jumaat selepas solat subuh. Peminat dan tetamu berjemaah dan mengikuti kuliah beliau datang dari dekat dan jauh berpuluh Km. Kawan adalah Tamu Pulau Melaka Kelantan, bukan Pulau Melaka buatan manusia di Negeri Melaka DS Mohd Ali Rustam yang bermasalah itu. Maaf, selebihnya tak ada komen lah.
AHLI UMNO PERLU ABAI KEPENTINGAN DIRI : MAHATHIR – berita hairan ~ Tukar Tiub.
Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Mahathir Mohamad.
Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti.
“Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. “Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri.
“Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya.
Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan.