ORANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID
Secara asasnya, larangan terhadap orang bukan islam masuk ke masjid, hanya dikhususkan kepada masjidil haram. Perkara ini, disandarkan kepada firman Allah SWT;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا
Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang Musyrik itu adalah najis. Justeru, mereka tidak boleh menghampiri masjidil haram selepas dari tahun mereka ini"
(At-taubah : 28)
Adapun selain dari masjid Al-haram, tidak ada nas yang melarang dari non muslim masuk ke masjid. Malahan, jika diteliti kepada nas-nas hadis, didapati wujud keizinan bagi non Muslim untuk masuk ke masjid.
Antaranya adalah, seorang lelaki bernama samamah bin Asal. Dia pernah melakukan satu kesalahan, menyebabkan dia ditangkap dan diikat di tiang yang berada dalam masjid nabi. Ketika itu, dia belum lagi beragama Islam. Semasa diikat, dia melihat segala pergerakan dan gerak geri orang islam [para sahabat] dalam masjid, menyebabkan hatinya terlunak untuk memeluk Islam.
Setelah dia dibebaskan, dia telah pergi ke sebuah lembah yang dikenali wadi Al-'Aqiq, lalu dia mandi disitu. Selesai dari mandi, dia terus ke masjid nabi, dan memeluk Islam.
Dari ini, terbukti bahawa non Muslim tidak terlarang untuk masuk ke masjid. Adapun larangan dari firman Allah SWT dari surah At-taubah, ayat 28, adalah dikhususkan larangan di Masjidil Haram sahaja.
Ada pihak berhujjah larangan orang bukan islam tidak boleh masuk ke masjid dengan alasan bahawa mereka berjunub. Perlu diingat, hadis yang melarang orang berjunub ke dalam masjid adalah hadis Doif, ini kerana pada hadis tersebut terdapat seorang perawi yang bernama Al-Aflat bin Khalifah. Perawi ini, dinilai lemah oleh ulama-ulama hadis.
Apabila hadis tersebut lemah, maka perlu kembali kepada hukum asal, iaitu kaedah yang berbunyi;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
"Asal sesuatu perkara adalah harus"
Dengan maksud, orang yang berjunub dibenarkan masuk ke dalam masjid. Lalu, jika dikiaskan juga orang berjunub itu dengan orang bukan islam, maka sudah pasti kias itu adalah sesuatu perkara yang salah.
Sekian. Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
28 Ogos 2010 * 1:59 pagi
Soal orang bukan Islam masuk berucap atau berbuat baik di surau kini geger, digegerkan oleh puak gerombolan dengan macam-macam kata nista + kejahilan, maka media masa masuk main perana besar2an. Memang menangguk di air kerus, tapi kita rasa benda ini akan terperecik ke muka sendiri seperti sebelumnya..((sila baca sini...)).
Allah Maha Esa. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang. Nama-Nya 'lafdzul-jalalah' itu telah dipertikai hebat oleh gerombolan tertentu baru-baru ini barangkali manifestasi dari sifat kasih sayang mereka kepada Allah. Mereka melarang dan tidak suka orang lain ( bacaan: bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam apa jua perkara.
Mereka mahu monopoli menyebut "Allah". Kita tidak tahu mengapa; adakah itu tanda kasih sayang mereka kepada Tuhan atau kenapa. Kita heran mengapa pulak kita 'tidak apa' menyebut nama 'tuhan-tuhan' mereka: Buddha, Brahma, Krishna, Vesnu dan lain-lain milik Hinduisma atau 'Jesus' konon 'anak tuhan', 'tuhan bapa' dan sebagainya dalam konsep ketuhanan kristianiti.
Bagaimana pula dengan konsep 'nama tuhan' di dalam ajaran Confucisma atau Taoisma. Orang Islam sering menyebut, menganalisis dan membanding-banding dengan menyebut nama-nama tuhan orang bukan Islam itu baik di dalam ucapan atau tulisan. Kita juga rasa tidak bersalah. Pihak mereka tidak pula marah dengan tindakan kita.
Banyak orang telah pertikai dan cuba mempertahankan hingga berbalah sama sendiri. Berbalah atas perkara 'mahu memiliki' a.k.a memonopoli nama Allah 'azzawajalla, hingga mahu mengheret percanggahan itu ke mahkamah. Yang ketaranya ialah sifat keegoan, emosional dan kejahilan (dan sifat mazmumah lain) tercetak di atas dahi orang yang terlibat. Pertelingkahan itu telah membabitkan akidah dan telah menjadi isu bagi golongan politik yang mudah sengal,
Kita heran juga pihak majlis fatwa, para mufti, ulama dan para professor / intelektual Islam di pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Malaysia tidak memberi kata putus berupa ijma' bagi menyelamatkan keadaan geger ini, apatah lagi bila yang banyak perkatakan hal ini ialah para wartawan, blogger atau ahli politik yang 'jahil' ilmu-Islam, tetapi alim 'jom heboh'.
Hal ini berlaku juga kepada isu HUDUD. Isu ini bukan perkara besar bagi orang yang taat kepada Allah dengan bersolat, berpuasa, berzakat, berhaji dan seterusnya ber'amar ma'ruf dan nahi munkar mengikut 'bacaan' kitab suci dan hadith Nabi s.a.w. Jalankan hukum hudud juga adalah perintah Allah yang 'jangan' dibantah-ingkarkan. Itu tanda kita ini hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya selaku solihiin (Hamba yang baik). Lainlah jika jenis sukakan amalan derhaka (menderhaka).
Undang-undang Allah
Undang-undang HUDUD merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.
Salah faham
Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain.
Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Kelantan ini ( sila baca selanjutnya......).
a
TPM: Mantan bakal Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan 1Malaysia telah berjasa besar terhadap industri maksiat judi 2010. Allah Maha Mengetahui hasrat hamba-Nya. Alangkah parahnya masyarakat Islam 1Malaysia jika para pemimpin Melayu/Islam tidak mengecam dosa dan pahala. Masih ada pemimpin yang jahil teropong.
Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh SPRM dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat itut.
.
Idris juga menyatakan, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar TS Khalid Ibrahim kepada TS Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.
"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas MB BN) DS Khir Toyo.(baca sini lagi......)
TPM: Negeri terkaya di Malaysia yang UBN sangat2 excited untuk merampas semula dari Pakatan Rakyat ialah Selangor DE. Punya kunun nak selamatkan Selangor, 2 orang kuat Umnonya berebut pengaruh. Malah menggunakan Senator Ezam Mohd Noor buat membantai dan menonjolkan kelemahan masing2. Geger pasir dicuri, Selangor hampir jadi negeri Pasir Dua Butir. Geger punya geger, terselaklah history dan story lain hingga boleh menjemput SPRM menengok apake bende. Last2 kini senyap bila ada counter attack dari MB kerajaan Selangor kini. Syabbas TS Khalid!.
Ada orang kata: " Kalau kita cerdik jangan anggap orang lain cerdik macam kita; sebaliknya jika kita bodoh jangan menganggap orang lain juga bodoh macam diri kita ".
.
BUKAN SAHAJA BODOH - MENGEJA PUN TAK TAHU
nota:
nak tunjuk alim pandai cakap arab
minta lah bantuan - bukan ahlan wah sah lam
ahlan wa sah lan - bangang
bukan bukan rama dahan - tapi bulan ramadan
nak senang lagi guna bahasa melayu
orang melayu panggil bulan ini bulan puasa
senang saje
itulah pasal jangan ambil banyak eee
nanti jadi parti ketuanan eee
eeeejaan pun selalu salah
jangan tunjukkan bangang pada orang ramai
kalau bangang simpan baik baik jadikan
harta pusaka sendiri kah kah kah...
apa la korang ni..pemuda umnok tak salah tulis....itu singkatan bahasa arab umnok la....
ah lan wasah lam .. maksudnya....ah lan kata ..wa sah lan..kapal takleh selam...
ramadahan..
maksudnya...ramai ahli umnok dah tak dapat berpaut pada dahan.....
kah kah kah kah kah kah ..
~~ catatan mosabit pada tukar tiub....maaf.
TPM: Kesalahan BESAR pada pemidang yang besar...bukan typing error.....fikiran n emosi error daaa.... besar kemaluan gerombolan.
KETAWA LAH SEBELUM KETAWA DI ANGGAP TIDAK PATRIOTIK
nota:
abeeh eko den
abeeen kono saman
katak tak ado eko
tak kono saman kah kah kah..
TPM: ~~~ maaf bang hisham a.k.a tukar tiub
Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, August 19, 2010
~ Sambutan dieja Sabutan
~ Ramadhan dieja Ramadzan
~ Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik tak dieja Murtabak)
Mungkin juga bagi menjimatkan kos atau bagi menyapu untung yang lebih banyak mereka telah membayar seorang Bangla untuk menyiapkan banner untuk mereka.. disebabkan ketika sedang berkerja si Bangla itu terfikir untuk berbuka dengan Murtabak jadi Mubarak pun bertukar menjadi Murabak..
Hangpa buat lawak la.. UMNO Jelutong.. kah.. kah.. kah.. Bodo macam kayu!!
Sumber: Wakala Induk Nusantara
Abdalghany A - Muamalah Council
Sesudah dinanti beberapa bulan Dinar emas dan Dirham Kelantan yang baru telah hadir. Peluncuran resminya bulan Juli mendatang.
Selasa pagi hari, 8 Juni 2010, adalah pagi yang istimewa bagi warga Kesultanan Negeri Kelantan, Malaysia. Pada pukul 11:00, sebuah kotak berisi set koin Dinar emas pertama dan Dirham perak Negara Bagian Kelantan, tiba di Kuala Lumpur, dikirim dari World Islamic Mint (WIM), Dubai. Mengirimkan koin sampel adalah prosedur standar dalam industri pencetakan koin, sedang kirim koin berikutnya akan mengikuti hanya dalam hitungan hari.
- Ini adalah pertama kalinya ketika tidak hanya Dinar emas tapi juga Dirham perak telah dicetak;
- Ini adalah untuk pertama kalinya Dinar emas dan Dirham Kelantan yang dicetak sesuai dengan standar internasional yang ditetapkan oleh Organisasi Perdagangan Dunia Islam (WITO) dan diawasi oleh World Islamic Mint ( WIM). Sekitar 99% dari semua Dinar dan Dirham yang dicetak di seluruh dunia dalam 20 tahun terakhir adalah produksi WIM. Dalam koin Kelantan yang baru ini pada bagian belakang koin tercantum logo WIM, sementara di bagian depan adalah lambang dan nama Kesultanan Kelantan.
- Ini juga merupakan kali pertama ketika koin-koin tersebut dicetak di semua denominasi, yaitu: untu Dinar dalam satuan: 1/2, 1, 2, 5, 8 Dinar; sedang untuk Dirham dalam satuan: 1, 2, 5, 10, 20 Dirham;
- Ini juga untuk pertama kalinya Dinar dan Dirham Kelantan didistribusikan kepada masyarakat dengan standar nilai yang proporsional antardenominasi koin, dan dalam nilai tukar yang seragam di seluruh negeri.
Gejala penyakit dalam diri Umno semakin parah. Umno sudah tidak tenang. Ia tergugat segnap tampang. Di negeri-negeri yang mereka pegang pun, demam PRU12 dulu belum kebah-kebah. Di negeri Terengganu bomohnya impot dari KL, Pengerusi Perhubungannya adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein. ( baca selanjutnya...)
"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya semalam, lapor Bernama. Kenyataan mutakhir ini menunjukkan satu pengakuan 'sesak nafas / sempit dada' dan menanggung banyak cabaran. Perangai puak-puak mantan MB DS Idris Jusoh dan puak-puak MB la DS Ahmad Mat Said dikatakan membosankan rakyat Tranung kite. Sakit kepala DS Hishamuddin menekan-nekan. Kita harap dia jangan mengamuk berkeris sudahlah...
Naib Presiden Umno itu juga kini berdepan dengan karenah orang No 1 MCA DS Chua Soi Lek soal perjuangan Barisan Nasional. Kenyataannya semalam yang mengingatkan MCA supaya usah menyimpang dan lupa perjuangan BN, menunjukkan ada pemimpin BN belum belajar dari tsunami politik 2008, kata Presiden MCA itu. Soi Lek berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan. ( baca sini...)
Berbelahlah kerana mereka selalu melihat orang lain berbalah. Apa salahnya sesekali ada perbalahan sesama sendiri. Sedangkan lidah lagi tergigit.
1Malaysia: Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. Jangan jadi retorik semata.
Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo
Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya. Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri. Negeri terkaya Selangor, menjadi rebutan utama BN dan Umno. Umno telah melancarkan serang hendap dengan tema " Selamatkan Selangor" yang dirampas Pakatan Rakyat pada PRU12. PR telah menyelamatkan negeri Selangor dari 'Buaya' Barisan Nasional! Selangor di bawah tadbiran DS Khir Toyo selaku Menteri Besar telah diselamatkan oleh Pakatan Rakyat. Hingga kini kekuncu BN -Umno mati-mati mahu merampas balik barang mahal yang hilang itu. DS Khir dan Datuk Noh Omar berlumba mahu ke depan dalam acara merebut button popularitinya. Senator Ezam Mohd Noor dijadikan tukang salak baru terhadap Pakatan Rakyat, PKR dan khususnya MB Tan Seri Abd Khalid Ibrahim. Tan Seri Muhammad Mat Taib rasanya tidak akan bersenyap diri. Kita tunggu dan lihat permainan DS Khir Toyo selaku bekas MB Selangor dan Ketua Pembangkang di DUN dengan Datuk Noh Omar selaku Ahli Parlimen dan Timb Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Biarkan 'buku dan ruas' Umno Selangor bergocah pengaruh dan 'power'. Kita tunggu buah hasilnya. |
Hal ini berlaku akibat beliau telah membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya. Inilah juga akibat gambaran Islam yang juling dan punya virus oleh Syed Akbar Ali. Chua tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.
Sangat keterlaluan apabila Chua Soi Lek telah membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Di manakah Chua mendapat kayu ukur demikian? Ini sudah tentu kesan beliau berada di dalam BN bersekongkol dengan Umno yang gagal memeperkenalkan Islam di samping Umno bertungkus-lumus berasuah/politik wang dsbnya bukan bertungkus-lumus menghapuskan rasuah. Di kalangan UBN gejala itu berleluasa secara nyata tanpa segan silu, hanya melintas dari celah paha mereka.
Kenyataan Chua Soi Lek ini adalah publisiti murahan yang mahu menarik pandangan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepada wajah beliau selaku pemimpin MCA mengalami penyakit kronik yang memecah belahkan parti dan menerima penghinaan bera
TPM: Nampaknya Soi Lek sudah tidak yakin kepada Umno kerana dia pun tahu sememangnya Umno hanya menggunakan Islam semata-mata hendak mengimbangi pengaruhnya dengan PAS. Dia perlu sedar bahawa Umno seperti MCA juga yang mengamalkan dasar perjuangan sempit iaitu perjuangan bangsa. Berbeza dengan perjuangan PAS yang bersifat universal kerana dasar Islam itu sendiri yang bersifat demikian.
t.
Click on people's faces in the photo to tag them. |
Dalam sebuah Hadits Qudsi, Rosulullah s.a.w bersabda,
Allah SWT Berfirman: " wahai Ahmad mengertikah engkau hasil dari ibadah soum(berpuasa)?
"Tidak" jawab Nabi s.a.w.
Allah SWT Menjawab, " Hasil dari ibadah soum (berpuasa) adalah sedikit berbicara dan sedikit makan…
Hasil dari diam adalah kebijaksanaan;
Hasil dari kebijaksanaan adalah pencerahan;
Hasil dari pencerahan adalah keyakinan."
Pelakon Blue Cuba Hina Islam~~ Oleh Mohd Nor Posted on Sunday, August 08 @ 17:58:06 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Tranungkite Online. |
Kita tidak pernah menyentuh bangsa mereka, tetapi pengamal seks bebas ini sanggup mengeluarkan kata-kata provokasi yang boleh mencetuskan hura-hara. Jika mereka sekadar mengkitrik PAS, ini bukanlah masalah besar tetapi bila pelakon blue ini menyentuh tentang Islam ia masalah besar kepada seluruh umat Islam negara ini.
Demi mencari sokongan dan undi, MCA dan Umno sanggup menggunakan idea APCO dengan mengamalkan dasar pecah dan perintah serta isu perkauman yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat majmuk.
Mungkin MCA telah melihat keberkesanan kaedah ini bila Umno/Apco/Yahudi telah berjaya menarik kembali sokongan Melayu kepada mereka dengan menimbulkan isu perkauman dan kemelayuan. Kini kaedah yang sama cuba digunakan oleh MCA demi menarik sokongan masyarakat Cina kepada mereka.
Sebagai umat Islam yang menyakini bahawa Islam adalah cara hidup, kita sama sekali tidak boleh menerima penghinaan seperti ini oleh pemimpin blue. Jika dilihat negara Islam yang terlibat dengan rasuah, mundur, autikratik dan sebagainya, adakah pemimpin mereka mengamalkan cara hidup Islam atau menganuti fahaman nasionalis sebagaimana diamalkan oleh UMNO.
Senaraikan negara Islam yang mundur dan autikratik, semua mereka mempunyai fahaman lain seperti, umno (nasionalis), sosialis, secular dan lain-lain. Tiada satu pun antara mereka melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar.
Kepada pelakon seks ini, usahlah mencari sokongan dengan menimbulkan sentiment perkauman dan agama yang boleh mencetuskan perpecahan dalam negara. Adakah rakyat tidak bimbang, jika pelakon jijik ini mungkin menghalalkan seks bebas bila diberi sokongan kepada partinya. Malah akan menjadikan seks sebagai industri utama negara.
Jika judi pun boleh dihalalkan untuk menjana pendapatan Negara, seks juga boleh memberi keuntungan jika dihalalkan oleh pelakon blue ini. Lebih hebat dari itu, mungkin jika bekas pelakon blue ini mendapat sokongan lagi dai akan menjadikan industri filem blue pula memperkenalakan negara di mata dunia.
Ingatan kepada aktor blue ini, jika kamu menyentuh Islam cerminlah batang tubuh kamu yang pernah berlakon dalam filem blue.
TPM: Mengapa pemimpin Umno senyap seribu bahasa. Orang tua itu bukan saja menghina Pas, tetapi menghina Islam dan penganut Islam dalam Umno juga. Adakah akal dan hati orang-orang Umno telah beku dan mati?
Orang tua MCA yang pernah berjahat dan tersingkir itu mahu menonjolkan kembali dirinya dengan publisiti murahan, provokasi untuk menyakitkan hati umat Islam seluruh dunia. Beliau mahu masyarakat Cina utama memandang serong terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Para pemimpin MCA, parti yang ditolak pengundi-pengundi Cina pada PRU12 (2008) mahu menjual ubat 'sakit'nya agar kembali kuat, namun penjualnya adalah aktor filem biru. Masyarakat Malaysia termasuk orang-orang Cina yang ada akal dan perasaan kemanusiaan, tetap mengenali wajah celika ahli politik merangkap pelakon segmen lucah yang mengaku melakukan kerja sumbang itu.
Ketua umum PKR, DS Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi. Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. (baca lagi...)
Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen, lapangan terbang itu yang kini digunakan oleh TLDM akan dipindahkan. Tapak asal diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB). Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.
"Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," kata DS Anwar Ibrahim dalam Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan.
TPM: Berbeza benar sukarnya membina dan mendapatkan sesuatu yang bermanfaat. Tetapi amat mudah untuk membelanja dan memusnahnya, apatah lagi kalau bukan milik seindiri. Diberi amanah dia khianati, bila bercakap banyak berbohong dan bila berjanji selalu mungkiri.