Sejak ditimpa kecederaan parah akibat pertembungan dalam PRU12 8 April 2008 UMNO-BN cukup meroyan. Berlaku tuduh menuduh sesama sendiri tentang punca kekalahan teruk UBN itu, negeri2 Kedah-Pulau Pinang-Perak-Selangor-W Persekutuan menjadi milik Pakatan Rakyat sedang negeri Kelantan kekal ditadbir PAS. Manakala mantan PM Tun Dr Mahathir bertegas keluar dari Umno, berlaku desakan hebat supaya PM DS Abdullah letak jawatan serta suasana parti itu makin kucar kacir.

Pergolakan semakin merebak kepada perpecahan di kalangan Umno kerana berdepan dengan tarikh Persidangan Agung Umno dan peralihan kuasa PM kepada DS Najib. Wabak politik wang dan bahananya merebak hingga memaksa badan disiplin parti itu bertindak. Imej UBN semakin merobek minda rakyat. Pilihan raya kecil berlangsung di 5 kawasan memberi kemenangan kepada PKR dan PAS dari Pakatan Rakyat. Selain kehilangan kerusi di Kuala Terengganu, Barisan Nasional yang dikendalikan Timbalan PM, DS Najib mengepalai bala tentera UBN pada PRK2 itu gagal merampas kerusi di kawasan terbabit.

Kudeta di negeri Perak dan pengambil-alihan kuasa oleh Dr Zambery Abd Kadir dari UBN menyingkir MB DS Ir Nizar Jamaluddin (baca surat Husam kepada Zambery disini...)dan kuasa PR menjadikan UBN semakin galak mahu merampas negeri2 PR lain pula.

DS Najib mendapat kuasa menjadi Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir kembali masuk Umno. Dikatakan bahawa Dr M mendalangi beberapa tindakan dan suara Najib. Penubuhan 'Kabinet Rakyat', perlantikan Ketua2 Perhubungan Umno negeri dan MT baru memperlihatkan nawaitu dan tekad memikat rakyat supaya menyokong UBN. M

Mereka malah menyebut lantang mahu menawan/merampas negeri2 di bawah PR 'by hook or by crook'. Mereka dibantu oleh media perdana elektronik dan surat2 kabar sengaja mahu mengharu-birukan negeri2 PR itu dengan pelbagai cara. Mereka menghasut golongan2 tertentu NGO agar ikut bangun mencari kelemahan PR dan bertindak mengancam perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

DS Najib ternyata mahu benar menguasai negeri Selangor sebab itulah beliau sendiri mengepalai Umno negeri tersebut. Datuk Shafi'i Afdal dilantik mengetuai Umno di Kedah lalu bersuara mahu membawa pengalaman dari Sabah untuk menawan Kedah dari Pas.

Fenomena politik di Pulau Pinang yang dimain oleh media dan institusi tertentu telah membawa kepada PRK bagi DUN Penanti menjelang 31 Mei 2009. Muhammad Fairus Khairuddin (PKR) Timbalan KM 1 kerajaan Negeri P Pinang terdesak melepaskan jawatan dan kerusi kawasan tersebut. Angin panas masih melanda negeri Terengganu; hero Kemaman YAB Menteri Besar Ahmad Said semacam tidak dipercayai lagi oleh YB2 dari UBN Terengganu yang dikatakan berherokan DS Idris Jusoh. Kemelut politik Terengganu masih berombak dan dijangka sukar reda dalam masa terdekat.

Rakyat terbanyak masih menunggu apakah akan terjadi setelah DS Najib Tun Razak berada di kerusi PM. Bagaimanakah nanti iklim politik tanah air berada dalam jengkalan kuasa Umno-BN seterusnya; adakah Malaysia berupaya menjadi negara yang bersih, makmur, terlepas dari kekusutan atau sebaliknya.


Bulan empat ni hawa agak panas. Panas awal bulan di kawasan bukit negeri Perak dan Kedah dah menurun ke tahap amat melegakan. Kawasan Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah sahih menerima angin semula pakatan. YB DS Ir Nizar-Pas menang di Bukit Gantang, kini beliau sedang menunggu masa untuk mengangkat sumpah selaku ahli parlimen; manakala YB S Manikumar-PKR telah pun mengangkat sumpah selaku Adun Bukit Selambau dan selaku ahli exco DUN Negeri Kedah Darul-Aman.

Memang iklim bulan April makin hangat. Kisah di Perak belum selesai, timbul cerita panas di Pulau Mutiara dengan kes perletakan jawatan Adun Penanti merangkap KM 1 sdr Mohd Fairus yang disergah SPRM sebelum ini, isu perlantikan menteri2 'kabinet rakyat' DS Najib PM baru dan penglibatan Tun Dr Mahathir menghulur tangan mencampuri urusan politik semula.

Negeri Terengganu Darul-Iman pula dilanda ribut SMS hingga membabitkan kerusi MB Datuk Seri Ahmad Said berkocak. Karenah ADUN2 Umno/BN sendiri menggetus hati peminat2 politik tanah air. Muncul semula geng ' Kami Nak Derih **tang!' yang mulanya mahu menggesa Tok Mat Kemamang pilih antara dua: letak jawatan atau berdepan dengan undi tidak percaya di DUN. Mulanya 8-10 orang YB mahu pulau dewan sidan DUN dengan tak hadir sehari, namun setelah dihubungi bos di Putra jaya masing2 YB masuk dewan pada hari ketiga. Namun begitu iklim pentadbiran Umno bulan April di Terengganu akan berterusan panas hingga ke bulan Mei dan seterusnya menghangat punggung Tok Mat Kemamang! Malah ada gesaan agar MB itu berdamai dengan mantan MB dari Jertih demi maruah Umno Terengganu selaku parti tulang belakang BN itu.

Orang2 Pas tidak masuk campur sebab ribut berlaku di dalam gelas Umno-BN sahaja, walaupun fenomena angin timur laut yang kencang belum lagi tiba... biarlah isu itu menjadi bualan penggemar politik negeri di kedai2 kopi /restoran di negeri Terengganu sambil menyedut kopi panas bersama memamah nasi dagang gulai ikang aye.






Tukang Kempen PRK-PRK BN/UMNO merangkap Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor kini dalam delima. Apa tidaknya musuh ketatnya dulu mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Mohammad rujuk menyertai semula UMNO. Mereka masing-masing mahu berjasa kepada UMNO/BN ...lihat di sini. Agaknya apa pula tindakan Ezam selepas ini?

Ezam menyertai UMNO semula semasa DS (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi masih sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ke 5. Ezam masuk Umno bila Mahathir keluar Umno setahun lalu. Konon zaman Mahathir zaman gelap, zaman Pak lah zaman 'reformasi'.

Tun Dr Mahathir pula pernah ditanya media tentang kisah pahlawan muda yang kini berpencak dalam gelanggang lama. Respon pertama Tun - "Takpa la...saya keluar, dia masuk."

Kemudian Tun sambung lagi dalam majlis lain. Tun kata Ezam macam katak. Lompat masuk, lompat keluar... but the pot now is calling the kettle black, isn't it? Sekarang bagaimana cerita? Mahathir yang masuk, Ezam tak keluar ke?

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ezam sebagai seorang yang tidak berprinsip, ada benarnya.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kisah katak-katak di dalan UMNO ini apa kesudahannya nanti. Ramai beranggapan, rumah UMNO kini lintang-pukang. UMNO akan hancur di tangan ahli-ahlinya sendiri.







Bukan Arumugam Saja Jadi Exco 11 Bulan Tapi Ramai Lagi Menteri BN~~DetikDaily

Komentarwarismegat writes "Arumugam tak keseorangan jadi bekas Exco kerana meletak jawatan disebabkan ugutan dan mainan kotor UMENO/BN tapi lebih ramai juga menteri UMENO/BN yang digugurkan oleh bos baru mereka yang memang tak berkenan nak lantik semula mereka untuk jadi menteri. Letak jawatan kerana maruah tapi kena gugur memang jatuh maruah. fikir-fikirkan lah...

kesiannyer mereka...



by: http://dppnkedah.blogspot.com/

TPM: Selepas setahun PRU12, mereka dilantik oleh Perdana Menteri ke 5 DS Abdullah selaku menteri2. Sesudah PAU, DS Najib menerajui parti @ Presiden Umno serta pemimpin negara sebagai Perdana Menteri kedudukan telah berubah; menteri2 bertukar ganti dan digugurkan sebahagiannya. Jadi hanya setahun menjawat menteri, mereka tersingkir dari Barisan Kabinet Malaysia. Ape2 aje lah Labi. Sekali air bah sekali pantai berubah!
"

Ir Nizar, Bergelar ‘ Mr Nice ‘ Pemimpin Masa Depan Rakyat Malaysia

Oleh kelulut@telokbakong.com

 Ir Nizar adalah seorang produk istimewa PAS. Keperibadiannya yang unik, berkarisma, seorang ahli pidato, terpelajar, soleh dan dikatakan mirip Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tetapi didalam ‘ versi’ baru .

Seorang teman pernah mengambarkan bahawa Nizar akan mengantikan Anwar Ibrahim. Dimana namanya akan digeruni lawan dan disegani kawan.

Kelebihan beliau boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Cina dalam beberapa dialek Tamil dan Arab merupakan suatu bonus . Di dalam masa yang singkat namanya sudah terpahat didalam ingatan rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak. Walaupun label “penderhaka“, boneka cina dan sebagainya beliau masih sentiasa senyum.

Beliau bukan sahaja berjaya popular dalam masa yang singkat. Keyakinan oleh masyarakat majmuk amat ketara. Saksikanlah setiap perhimpunan yang diadakan ketiga-tiga kaum utama pasti akan hadir. Sejurus kemenangan di Bukit Gantang seorang teman berbangsa India berkata kepada saya ; ini Nizar very nice la! ” lagi educated katanya bangga.




Saya yakin Nizar kini didalam proses pembikinan sebagai pemimpin yang ulung bagi Malaysia. Generasi akan datang InshaAllah akan melihat kelibat ‘ klon Anwar atau TGNA ‘ akan menyatukan seluruh rakyat yang berbilang bangsa ini. Beliau juga bukan sahaja hebat dipentas politik malah dipelusuk kampung, surau dan masjid beliau akan dijemput untuk menyampaikan ilmu akhirat.

Kini namanya bukan sahaja bergema di bandar-bandar malah diceruk kampung. Inilah contoh pemimpin yang kita mahukan. Pemimpin dunia dan akhirat.

Rakyat Malaysia dan khususnya ahli parti PAS mahu melihat Nizar akan diberi peluang didalam saf kepimpinan PAS,terutama diperingkat saf pimpinan PAS pusat .

www.telokbakong.com



Dalam gegak gempita rakyat negara ini meraikan perlantikan menteri2 Kabinet Rakyatnya: 'Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' Perdana Menteri ke 6 DS Mohd Najib Tun Razak, sedang mereka saling beranalisis; mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati buat 'dua ekor kambing hitam' yang bertanggungjawab membunuh wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah. Setelah mereka dibicarakan selama 160 hari, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin pada pukul 9.35 pagi 9 April 2009 dalam penghakiman lisannya mendapati keterangan pembelaan Azilah dan Sirul secara keseluruhannya adalah bertentangan dengan keterangan pihak pendakwaan.

Kisah pembunuhan penuh tragik itu menempa sejarah apabila menjadi isu hangat sejak 2-3 tahun kebelakangan yang dikatakan ianya jenayah berprofil tinggi kerana melibatkan orang yang berkedudukan tinggi. Beberapa akhbar antarabangsa mengisukan peristiwa kematian dahsyat dan perbicaraan yang penuh misteri itu yang dikaitkan dengan pembesar negara. Dalam hari-hari kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, isu pembunuhan Altantuya diletakkan sebagai perkara larangan untuk bahan kempen. Mari kita lihat di sini..di sini...dan di sini....

Rakyat masih tertanya2 kenapa wanita Mongolia itu dikejami begitu sekali?
Betulkah isu pembunuhan Altantuya Sharibuu ada kaitan dengan rancangan pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan Malaysia, seks dan ancaman oleh ugutannya?
Atas kes apakah wanita malang itu dikaitkan dengan penganisis politik terkenal Abdul Razak Baginda (telah pun dibebaskan oleh mahkamah)?
Atas kes apa pula dua anggota polis UTK Malaysia itu berpakat melakukan jenayah tersebut sehingga menggunakan bahan peletup C4 selepas menembak mati terlebih dahulu?
Kenapa anggota polis itu mengatakan dia hanyalah 'kambing hitam' (bertopeng hitam ketika di bawa ke mahkamah) dalam kejadian jenayah itu? Siapa pula yang dapat melepaskan dirinya membawa niat dan kejahatan sebenar?...baca di sini..
Bagaimana sudahnya dengan laporan bersumpah Raja Petra Kamaruddin, laporan bersumpah penyiasat peribadi Abd Razak Baginda, K Balasubramaniam (masih hilang) dan orang2 lain lagi yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan yang mencemarkan imej negara itu?
Bagaimana pula hubungan negara kita dengan Kerajaan Mongolia kini?
Tidak adakah rasa simpati serta tanggungjawab peri kemanusiaan kita terhadap bapa mangsa, Sharibuu Shetev dan keluarganya?

Pihak peguam kedua2 tertuduh dari UTK itu masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah, sudah tentulah rayuan itu untuk membebaskan tertuduh atau sekurang2nya mengurangkan hukum ke atas mereka. Jadi siapa yang sepatutnya dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan jenayah berat itu. Kita menjadi tertanya2 benarkah kejadian ini serupa pepatah Melayu yang sering dikecorkan, 'orang lain makan nangka orang lain yang kena getah'; orang lain membuat bala orang orang lain pula beroleh gerah.



Bermula jam 3.00 petang hari ini, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan panjang lebar menjelaskan harapan beliau terhadap barisan kabinet yang bakal menjalankan tugas untuk rakyat dan negara. Beliau membaca senarai nama penjawat2 menteri dan timbalannya di samping kementerian mereka. Selain daripada mereka yang digugurkan, ada menteri2 yang bertukar portfolio dan ada pula yang baru dilantik...seperti ternyata di sini.

Sebahagian yang terlantik adalah mereka yang berjaya dalam pemilihan pada Persidangan Agong Umno tempohari. Sebahagian lagi ialah mereka yang kalah dalam PRU12 seperti DS Koh Tsu Koon (Presiden Parti Gerakan), DS Sharizat Jalil (Ketua Wanita Umno yang baru), Datuk Awang Adek Husein (menang MT) dan ada juga yang kalah dalam pemilihan PAU seperti Datuk Mukhriz Mahathir (tewas pemilihan Ketua Pemuda Umno). Sudah tentu mereka itu akan dilantik senator terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah selaku menteri.

Semua ketua sayap kepimpinan Umno yang terpilih pada PAU baru2 ini telah dilantik menyertai kabinet baru kecuali Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno. Ketua Wanita DS Shahrizat Jalil dilantik sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shilin dilantik Timbalan Menteri Kesihatan malah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Persoalan timbul: Mengapa nama Khairy Jamaluddin dicicirkan tetapi nama Datuk Mukhriz yang gagal dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda terpilih selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Mungkinkah kerana KJ dihukum 'amaran' oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum PAU baru2 ini? Atau adakah 'tangan dalang' yang memainkan peranan penting di belakang kelir wayang perlantikan jemaah menteri kali ini?

Kita tunggu apa pula reaksi KJ sendiri serta pengikut2nya (termasuk anti-mahathirisme) dan reaksi dari penganalisis2 politik profesional /amatur kita. Kita tuggu dan lihat nanti, akan berkurang atau akan selesaikah kemelut politik, ekonomi dan sosial yang memugar negara?

Semoga kita dapat pula menilai sejauh mana pula harapan Perdana Menteri baru kita itu akan terlaksana memacu Malaysia ke arah yang lebih makmur.

Keputusan PRK P59 Bukit Gantang, N25 Bukit Selambau dan N29 Batang Ai telah menghilangkan debar dan gobar semua orang. Pakatan Rakyat berhak bersyukur dan bergembira dengan jumlah undi yang meningkat selain kemenangan calon PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau. Calon PKR di Batang Ai, walaupun kalah, beliau dapat mengumpul undi yang agak banyak selaku calon mewakili PKR sebuah parti yang baru di Bumi Kenyalang itu.

Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Menteri Besar Pakatan rakyat bagi negeri Perak kini sudah menjadi Ahli Parlimen selain ADUN Pasir Panjang. S. Manikumar dari PKR pula diisytiharkan sebagai YB baru DUN Bukit Selambau mengalahkan Dr Ganesan dari BN. Cuma di DUN Batang Ai, calon BN Malcom Mussen Lamoh berjaya mengalahkan calon PKR. Semua pemenang memperolehi undi yang bertambah dari sebelumnya.

Mengikuti rancangan fokus dan analisis di kaca TV malam tadi baik di TV 1 atau Astro, pengulas2 nampak malas mengatakan kelebihan dan kekuatan ada pada Pakatan Rakyat. Mengapa? Mereka rata2 mengatakan kemenangan PR di semenanjung itu adalah kerana undi sentimen simpati dan emosi pengundi sepertimana PRU12 setahun lalu. Mereka bukan mengundi atas dasar mereka benar2 menyokong PR. Sampai bila penganalisis2 yang bertaraf profesional dan professor itu tidak mahu memberi kredit kepada parti2 pembangkang dan mahu selamanya berselindung dan menggosok mesra UMNO BN?

Dilihat juga kepada bahana tsunami PRU12 / 7Mac 2008 sebagai 'mercu tanda bala' buat BN selaku barisan pemerintah sejak lama, fenomena terbaru ini pula sebenarnya tetap menjadi gerah yang akan menghantui kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri baru seminggu DS Najib Tun Razak. Media massa arus perdana semacam malas mengulas kemenangan PR, masih dan tetap lena memesrai pimpinan dan memuji keutuhan kerajaan pimpinan Najib.

Tanpa mahu berkompromi, media2 itu tetap mengecam pembangkang sambil tanpa sedar mereka menghina selera rakyat dan kewarasan pengundi2. UMNO BN bagi mereka tetap putih, manakala pembangkang tetap hitam atau kelabu. UMNO BN serba betul dan PR serba tidak kena. Seperti pimpinan2 UMNO BN, hati pedal media massa khususnya TV3 tegar sakit dan sukar diubati. Kita tabik kepada 2 orang blogger yang dijemput menganalisis keputusan PRK malam tadi di Bernama TV Astro. Mereka berbicara dengan telus dan menjurus menurut etika kewartawanan, tanpa memihak. Wartawan senior, Datuk A Kadir Jassin lebih membuka mata dan membangun minda penonton dengan hujah2 yang relevan dan masuk akal. Terima kasih Datuk AKJ.

Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK 7 April 2009 menandakan UMNO BN gagal memenangi hati pengundi2 dengan slogan, projek dan janji2 yang memuakan rakyat. Sebahagian besar rakyat (terutama di negeri Perak) masih belum memaafkan UMNO BN walaupun Tun Pak Lah sudah berundur dan DS Najib menjadi PM baru.



Kempen pilihan raya kecil bagi P59 Bukit Gantang Perak, N25 Bukit Selambau Kedah dan N29 Batang Ai Sarawak akan tamat malam ini. Di Bukit Gantang calon2 PAS/PR, Umno/BN dan Bebas akan bertarung berebut kerusi parlimen. Di Bukit Selambau calon2 PKR/PR, MIC/BN akan dihimpit oleh 13 lagi calon Bebas. Manakala di Batang Ai BN dilawan satu sama satu oleh PKR/PR.

PRK itu akan berlangsung selepas 1 tahun sebulan PRU12 pada 7 Mac 2008. Ia juga berlangsung setelah 4 hari DS Mohd Najib mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6. Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan PM sehari sebelumnya iaitu 2 Mac 2009. Persidangan Agong Umno (PAU) dengan berlangsungnya pemilihan pemimpin hampir seminggu sebelum itu di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Banyak peristiwa bersejarah tercatat dalam seminggu dua ini menyambung peristiwa hampir 'terbunuhnya' demokrasi di negeri Perak. Pertukaran kerajaan negeri dan penyingkiran dari Menteri Besar DS Ir Nizar Jamaluddun dari PAS/PR kepada Datuk Zambry Abd Kadir Adun Umno/BN Pangkor masih belum reda.

Sebahagian rakyat Perak masih terkesima dengan situasi peralihan kuasa cara baru itu. Dikatakan BN/Umno kelolaan DS Najib menggunakan Istana Iskandariah sebagai dahan berpaut; mengakibatkan sidang DUN kelolaan Speaker dari Pakatan Rakyat mencatat sejarah negara dengan 'Sidang DUN di bawah pokok' kerana pintu besar bangunan DUN diselak-mangga oleh SUK anjuran BN/ istana.

PRK akan berlangsung esok. Ia akan berlaku serentak di tiga kawasan yang berbeza dan agak berjarak jauh. Kempen2 melalui penampalan poster, ceramah, konsert, projek 'mee segera', pembahagian basikal dan 'politik wang' telah menggeger suasana kawasan itu selama 9 hari bersama bujuk rayu, mohon restu dan senyum mesra pemimpin dengan rakyat untuk memilih wakil rakyat baru. Pihak terbabit kempen dilarang pihak polis dari menyentuh soal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan perihal istana dan kesultanan Perak. Mengapa? entahlah.

Najib selaku PM baru juga telah menarik-balik sekatan 3 bulan akbar Harakah dan Suara Keadilan yang diarah oleh KDN anjuran DS Syed Hamid Albar yang berjalan selama seminggu. Dengan menonjolkan 'baiknya', Najib juga telah 'membebaskan' 13 orang tahanan ISA (beberapa anggota Darul Islam, Jamaah Islam, Hindraf, 2 rakyat Burma dan seorang rakyat India dari tahanan 'Guantanamo' Kamunting.

Mantan PM ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed yang 'berbuka puasanya (setelah menahan diri)' hampir setahun di luar Umno didapati hadir pada majlis akhir PAU; juga ikut berkempen untuk calon Umno-BN di Bukit Gantang 11,00 pagi tadi kemudian akan ke Bukit Selambau membantu calon MIC/BN sambil menghabiskan sisa2 usianya berbakti untuk Umno (Baru) yang beliau tubuhkan dulu. TDM keluar Umno dari keahlian seumur hidupnya dikatakan kerana benci yang amat sangat dengan karenah PM Tun Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin (mengalahkan Mukhriz bin Mahathir bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada PAU lalu).

Sebahagian besar isi kempen BN Umno ialah ceramah menyerang dan menghina watak dan peribadi DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, AP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, mantan Timbalan PM zaman Tun Dr Mahathir. Malah TV3 memetik kembali ucapan2 DSAI dalam tahun 1995 yang menyerang PAS dan DAP sekutu PKR kini dalam Pakatan Rakyat.

Fe'el pelik TV3 itu nampaknya mempamirkan perseteruan yang amat sangat BN Umno terhadap DSAI. Kita harap cara TV3 ini memberi bola tanggung bagi PR untuk melipat ke muka BN semula sambil memperolehi mata kemenangan seterusnya selepas PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Ahli Umno 'katak' yang dulunya Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Ezam Mohd Nor juga turun padang membantu calon2 BN dan sudah tentu melontar peluru dari kotak-kotak misterinya ke arah bekas bossnya DSAI. Tidak serik2 beliau ingin memanfaatkan jasanya buat Umno yang pernah diludahnya semasa dalam gok PKR.

Hari memangkah esok diharapkan berjalan lancar dalam iklim baik sejahtera dan terkawal. Seperti biasa sama ada berdebar atau tidak, kita tunggu malamnya hingga dapat kita tahu keputusannya; pihak mana akan menang dan pihak mana kalah. Sesetengah peramal politik juga membuat spekulasi bahawa Tun Dr Mahathir yang 'kununnya' 'hidup semula' dalam UMNO itu akan berputih mata kali kedua dalam jangka masa terdekat. Harap-harap begitulah.


Sehari selepas Najib angkat sumpah jadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 , mantan PM ke 4 pun serah borang menjadi ahli Umno (Baru) balik. Mahathir didapati hadir PAU minggu lepas, mengejutkan. Beliau merujuk semula parti kebangsaan itu setelah isytihar menyingkir diri sendiri 19 Mei 2008 di Alor Setar, sepuluh bulan lalu. Sebenarnya waktu itu dia terkesima dengan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan sudah tentu menuduh Pak Lah adalah sebab musababnya!

Rupanya dia sangat tidak menyukai Pak lah. Dia banyak kali menjatuhkan air muka Pak Lah, menyesali dirinya memilih Pak Lah dahulu dan tetap mahukan Pak Lah berundur segera dari jawatan PM. Dia juga amat tidak sukakan Khary Jamaluddin Ketua Pemuda Umno, menantu Pak lah. KJ pula telah mengalahkan Mukhriz dalam pemilihan Ketua Pemuda semasa PAU lalu. Pak Lah berundur dari jawatan Presiden Umno, Najib menang tanpa bertanding; Mahathir belum mengetuk pintu Umno. Bila Pak Lah menyerah surat perletakan jawatan PM dua hari lepas dan Najib mengangkat sumpah jadi PM ke 6 pada 3 April 2009 semalam. Mahathir pun masuk kembali Umno Baru, parti yang dia sendiri tubuhkan hampir tiga dekad lalu.

Najib dah jadi PM, Mahathir sudah masuk Umno. Pak Lah masih ahli parlimen dan masih tetap mertua KJ Ketua Pemuda Umno Malaysia. Mungkinkah Pak Lah dan KJ akan berdiam diri? Adakah Najib akan melantik KJ menjadi salah seorang menteri kabinetnya? Akan cerah atau gelapkan masa depan KJ dalam karier politiknya setelah Najib berpenasihatkan Mahathir?

Mahathir dikatakan sudah pun menjadi penasihat sulit Najib dalam banyak kelibat. Mahathir juga dikatakan akan mula turun padang berkempen untuk Barisan Nasional dalam PRK Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan Batang Ai Sarawak. Mahathir mahu menduga usia dan pengaruhnya, masihkah sekuat dulu bersilat di arena politik.

Kita tunggu beliau turun padang semula kerana 'kunun'nya dia masih diperlukan oleh Umno Bn untuk menang dengan bergaya merampas kerusi2 PRK tersebut. Namun apakah motif sebenarnya yang tersirat dengan kembalinya Mahathir ke pangkuan Umno?


  • By Republika Newsroom Jumat, 20 Maret 2009

DOHA -- Sehelai karpet yang dibuat di India 150 tahun lalu untuk menghias makam Nabi Muhammad di Madinah terjual hampir 5,5 juta dollar AS dalam lelang di Doha. Penawaran sedianya dimulai dari 5 milyar dollar namun kemudian diturunkan menjadi 4,5 juta akibat sepinya peminat. Permadani ini, dikenal sebagai karpet mutiara Baroda, dibuat dengan menggunakan mutiara asli yang diperkirakan berjumlah dua juta butir. Benda itu juga dihiasi dengan ratusan potong batu mulia, termasuk berlian, safir, rubi dan emeral.

Sebuah hadiah

"Kami harus menurunkan harga penawaran awal menjadi 4,5 juta dollar dan karpet mutiara ini akhirnya terjual seharga 5,458 juta," termasuk komisi dan biaya, tulis kantor berita AFP yang mengutip juru bicara rumah lelang Sotheby's Habib Basha. Identitas sang pembeli tidak disebutkan karena yang bersangkutan minta supaya dirahasiakan, kata Basha.

Diyakini karpet mutiara Baroda ini dibuat oleh Maharaja Baroda di India yang kaya raya, Gaekwar Khande Rao, sebagai hadiah untuk diletakkan di makam Nabi Muhammad. Karena sang maharaja kemudian mangkat, maka karpet itu tidak pernah dikirim dan tetap berada di India, dan telah dipamerkan sebagai karya utama dalam Pameran Delhi sejak lebih dari 100 tahun lalu.

Belakangan, benda ini dibawa seorang anggota keluarga ke Monaco. Mutiara-mutiara asli, disebut Basra, yang menjadi hiasannya diambil dari perairan Teluk. Karpet ini dibuat akhir tahun 1860an, sebagian besar berwarna merah dan biru, dengan juluran ranting bunga dan tiga rangkaian mawar besar pada bagian tengahnya. - bbc/ahi

http://zanikhan.multiply.com/profile