Wednesday, November 11, 2009

sHy ShY caT.....dAmmm

hari ini selaku insan yang berkemaluan aku mengalami perasaan malu sebanyak dua kali....

ketermaluan pertama:

pengawas peperiksaan dari indon:
sblm menjawap soalan diminta semua calon memastikan tiada barang yang berbentuk nota dibawa masuk... sila lengkapkan muka hadapan dan sesiapa ingin ke tandas saya beri masa 10 minit sebelum ujian dimulakan...

lelaki budiman:
selaku insan yang mengikut kata aku pun membuat check terhadap semua poket yang ade kat seluar nie...

tetibe...........

ehhh kenape ade underware dalam poket ni.....oh dammm ni semua sbb poket seluar ni banyak sangat.... nasib baik tengok dia sipi-sipi je, kalu keluarkan mesT kene bahan satu tahun...

ketermaluan kedua:

disebabkan sepanjang aku menuntut di sini, ini kali ke 2 aku masuk library.... dengan penuh konfident aku membawa masuk bersama beg yang mengandungi underware ke dalam library...

tetibe habib tego: "mael mane blh bawak masuk beg ba..kau mau kena marah ka"...

dengan penuh perasaan kaget dan malu aku membawa beg keluar....dan aku tidak tahu mane mau simpan beg aku nie....kalu letak sebarangan nanT orang manpak plak sotong aku.....mane plak la dia org sorok rak beg nie.....

nampak sangat tak penah masuk library....

hipotesis yang dapat dibuat:
semakin anda kurang tidur semakin banyak perkara memalukan akan berlaku...

Sunday, November 8, 2009

wHAt im DoinG yEsTErDAy......

semalam yang sudah semalam berlalu...... dengan perasaan sedikit bosan dan tiada mood untuk study aku telah menyakitkan kembali pinggang yang hampir 90% sembuh ini dengan hanya berbaring seperti insan lumpuh diatas katil semata-mata untuk menonton 10 buah cerita cinta....lagi satu chite takde gambar "the love of siam"
................
......
dan kelihatannya aku masih bosan pada pagi ini...kenara telah mengepostkan entry yang entah hapa-hapa...... wahai sahabat sahabatku yang lain mengapakah anda semua tidak mahu bangun awal dihujung minggu........

Friday, November 6, 2009

tErApi JiWa yaNG mEroNtA epIsoDe 2....

stress menjawap final.... penat tak tido malam tapik kechiwa tak dapat jawap jugak..baca karangan budak nie.... gerenti trhibur hati yang lara:

wakakaka:

Jokes : Karangan Terbaik UPSR 2007

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit $B!H(BAdoi! $B!I(B. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting

Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit $B!H(BAdoi. .!$B!I( B dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, November 1, 2009

hOmE siCk + pEsSure baNGaT...

-hatiku kau robek menjadi kepingan-kepingan yang bisa beterbangan-

melihat lekukan tanah digigi atap akibat dimamah hujan dan pepohon kuyup dibasahi hujan begitu mengentuh hati dah sanubari seorang insan yang bergelar lelaki kacak.. sesungguhnya terimalah kenyataan bahawasanya aku sememangnya lelaki kacak.... meskipun ia agak pahit untuk ditelan oleh insan yang kurang kacak seperti kamu..hahahahaha

perasaan begitu sayup dan begitu home sick sekali ketika melihat fenomena alam yang seolah memahami perasaan ini dari dijendela kamar bilikku....

ohhh hujan renyai yang kadang kala lebat menambahkan kesuyupan dan kerinduaan yang teramat sangat kepada kampung halaman.... keadaan dan kesayupan itu ditambahkan lagi dengan keletihan membuat persiapan disaat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan...

perasaan ini semungkinnya seperti perasaan ketika budak baru memasuki asrama diminggu orentasi... mendung di langit nampak di mata, mendung di hati sapa kan tahu... cehh ayat macam babun..

waaaaaaaaaaaaaaaaa... nak balik.....

okay nak g berak dulu....tengah stress pun blh sakit perut..kacau stim betoi...