Sunday, May 30, 2010

TuRbO mIrA kInI mILik oRaNG....

Sajak ini ditujukan khas kepada MIRA TURBO selaku gadis bermulu mata lebat dan panjang dihari persandingan beliau..
Lautan di waktu subuh
Ianya seorang gadis yang baru merasai
Nikmat keriaan hidup dimalam pernikahan
M
elimpah keriangan membanjiri jasadnya
Nikmat meliputi mempersonakan



tidak faham dengan maksud disebalik puitis sajak tersebut.. aku mengkongkludkan yang mira kini sudah perona a.k.a merasa...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN MERPATI DUA SEJOLI
MIRA & RIZAL
semoga nafas terakhir sahaja yang menjadi pemisah antara kalian berdua dan ikatan cinta yang terbina berkekalan sehingga ke akhir hayat


P/S: agak sukar untuk mengedit gambar kali ini kerna teknik pencahayaah harus terlalu teliti..opss

sabda RAsullullah S.W.A yang bermaksud:
"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh cinta dan kasih ) maka Allah S.W.T akan menatap mereka dengan kasih mesra"
Dan jika suami membelai tangn isterinya.
Maka dosa mereka akan jatuh berguguran,
Di celah-celah jari tangan mereka.
(riwayat Maisarah Bin Ali dari S.W.T Al Hudri)

Sunday, May 23, 2010

pOrT BaRu Di JaLAn PakU BidOr.......

memandangkan blog ini kepunyaan tetap Dato' Dr Ir Ismail Bin Salleh... Makanya dengan penuh rasa terbuka dan tidak sedikitpun perasaan segan dan pilu... beliau ingin mempertontonkan susuk tubuh beliau yang mampan ini....

akan tetapi hanya satu yang beliau pinta..please...ohhh..please janganlah pembaca -pembaca terpekek telonong serta mengalami hesteria yang teruk takkala melihat kekacakan dan ketegapan beliau...jadilah seorang peminat yang bersopan..sekian...


Mungkin kerana darah remaja didalam jiwa ini masih lagi mengelodak deras... aku terpengaruh melihatkan kepermaian air terjun yang digembar-gemburkan oleh cik hafizani dan cik suhaila melalui laman sosialnya FaceBook. Lantaran dengan itu satu perkelahan dipagi Ahad yang permai dilakukan ke Air TerJun port baru di Jalan Paku, Bidor...

sebelum tibanya ke Air Terjun yang seriusli i pun tak pasT namanye nie..perbagai usaha dan jerih perih dilalui serta digembeling bagi mendapatkn lesen Hijau untuk ke sini.. We all nie meskipun dan nak beruban pubis tu kalu nak jalan mesT jugak mintak restu dari mak ngan apak dulu.. Al-maklum lah Anak Soleh/Solehah la katakan..



Perbagai muslihat dan idea yang aku dan abg jale buat bagi rancangan ke Air terjun port baru nie success.. Muslihat yang kadang-kala tidak terfikir oleh Siti Muslihah sendiri.. Antaranya Membeli petai untuk Mak di Bidor serta anak dalam kandungungan nie mengidam buah jambu Bidor..



Meskipun pada awalnya segala godaan dan pujuk rayu ditepis tenang oleh wanita cantik ini...akan tetapi akhirnya mak tewas juga dengan ketampanan ini... lantaran satu persiapan cukup sederhana tetapi sempurna dibuat pada pagi Ahad yang hening itu tepat pukul 8:00 pagi...sebaik sahaja lepas makan pagi.... ini memungkinkan aku kelihatan begitu gorgeous sekali ketika makan..


Seperti pendatang-pendatang pakistan yang mendapat permit ke Malaysia... dengan tidak lagi memandang ke belakang aku membuat satu penggilan bagi mendapatkan directory ke Air Terjun Port Baru di Jalan Paku ini... directory dari seorang gadis Kuala Lumpur yang masih enak dibuai mimpi dikala matahari setinggi rumpunan buluh... dasar beliau sudah menjadi gadis Kuala Lumpur...



Setelah tahu dimana arahnya angin berhembus....setelah readynya segala santapan dan persiapan we all pun bertolak dng hati yang bergitu girang sekali.... dady pun kali nie tidak lupa membawa swimming suitnye...mungkin baginya cukuplah kiranya pisang berbuah sekali..huhuhuhu...



setelah 30 minit menyusili jalan yang berbitumen 20 km jarak yang dilalui...finally we all ketemu jugak dengan tempat yang digembar-gemburkan... Fuhh sesungguhnye tiada penyesalan berkelah disini.... Airnya berasa begitu sejuk dan jernih sekali... hinggakan sekilas ikan di air dapat ku bezakan jantan betinanya....



Setelah hampir 2 jam melompat-lompat kegirangan seperti ungka...akhirnya we all mula berkemas untuk berangkat pulang... lagipun baim nak balik ke Johor terus... Hilang sudah kegembiraan pada ketika itu.. yang tinggal hanya keletihan dan pening skit-skit..



Gaya mak lansung tak tumpah seakan Latifah Omar ketika menyanyikan lagi "Bondaku Si Ikan Kaloi" dalam chite Bawang putih Bawang Merah ketika itu.. Begitu ayu dan sexy sekali... jangan betukar jadi pohon beringin sudah kesian apak yang kacak tu..beliau dah la cinta habis kat mak..hahahaha

dan dengan ini aku menamakan tempat kup kita orang yang baru nie:

-:AIR TERJUN JALAN PAKU:-

Monday, May 17, 2010

AiR tErJuN HuTaN LePoR LinTAng....




dalam perjalanan pulang dari sebuah perjalanan yang mengenyangkan.... menuju ke satu destinasi :

AIR TERJUN HUTAN LIPUR LINTANG

setelah kenyang menikmati nasik minyak kenduri kawen seorang saudara.... saudara yang jika dianalogikan dengan pepatah ibarat bau-bau taik telinga..tak begitu kuat baunya tetapi perona..


perjalanan yang mengambil masa sekitar 30 minit dari pintu masuk lebuh raya karak (Kuala Lumpur - Bentung).

Dan ditengah hari itu dan di bawah terik mentari yang membakar, kami mencari pepohon untuk berteduh..lantas ketemu dengan port yang very conducive.. berada redup dibawah pohon nan rindang serta bertemankan airnya yang dingin dan menyamankan disamping kedalam tahap pelior bagi seorang kanak-kanak lelaki dan bibub bagi kanak-kanak perempuan.. fenomena port yang begitu sepadan sekali untuk berkelah bersama anak-anak yang masih tidak memahami dan mengerti ape yang maksud bulu pubis...



daripada liut lentuk tubuh dan raut wajah beliau.... Apak kelihatan teperingin merendam dri serta menikmati kedinginan AIR TERJUN HUTAN LIPUR LINTANG... tetapi apakan daya apak terlupa nak bawak swimming suit beliau.... jadiknya apak hanye mampu menjadi seperti David Hassehoff dalam chite baywatch "memerhati dari kejauhan dengan mata kechik"....



Friday, May 14, 2010

pLeAsE-plEaSe KaMu jNgn NakAL.....


sungguh kucing berhati binatang... sungguh anjing juga berhati binatang lantaran babi juga berhati binatang... dan hati ayam sungguh enak jika dimasak kicap....

sungguh dare masyarakat zaman skarang.... main kutip je.. main kait je buat sawit perusahaan bapak kesayangan i nie.... kalu report kat polis kesian plak nanT kene tembak..sbb skarang nie polis suke main tembak-tembak... nanT kalu dia mati sape plak la nak bagi anak dia makan hasil haram lagi..huhuhuh

emosional plak sbb aku sedih tngk bapak aku sedih....

actually ade gak masyrakat yang menyampaikan khabar yang kononnye beliau nie yang amek... tapik kita orang sebagai orang islam budiman tak blh la nak tuduh melulu xde bukti..lainla mcm saiful buhari boleh simpan bukti dalam bontot seminggu....

syaitan tengah suke la tuuuuu....

Saturday, May 8, 2010

SeLaMaT HaR! IbU KePaDa InSaN TeRmuLiA diHatI I...

.YA ALLAH.

Ya Allah sesungguhnya gadis yang ayu menawan dan seksi dimata seorang suami dan 12 orang anak ini merupakan seorang Ibu yang paling bersabar dan tabah dalam membesarkan we all semua..

tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, Kau rahmatilah setiap langkah dan kehidupan beliau dalam menempuh liku-liku kehidupan ... Kau kuatkanlah iman dan kesabarannya dalam mendidik serta mematangkan kami... Kau peliharalah dirinya dari fitnah dan kesusahan yang membuatkan dia berduka dan menitiskan air mata.... serta kau panjangkanlah hidup wanita jelita ini....biar ia bisa menjadi menguat dan memberi semangat kepada kami menempuh dunia ini..... amin amin Ya Allah..

:SELAMAT HARI IBU:
berdirinya seorang lelaki dengan dibelakangnya seorang wanita

Tuesday, May 4, 2010

24 TaHuN TeLaH BeRnAfas....


-SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KEPADA INSAN BUDIMAN ISMAIL SALLEH-


--03:05:2010 baru 24 tahun--

terima kasih yang teramat sangat diucapkan kedapa sesiapa yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan aku ya...

cukuplah sekiranya anda mengetahui bahawa tanggal 03:05:2010 itu merupakan hari jadi yang ke 24 aku... cerita dan test dibawah yang seterusnya adalah tidak digalakkan untuk dibaca kerana berunsur kegatalan dan tanda-tanda otak aku tiada idea untuk menceritakan detik gembira dan terharu aku ditarikh 03:05:2010 yang tersebut... i cakap sebab i serius nie.....



berikut merupakan beberapa ucapan dan tingkah laku yang benar-benar membuat aku tersentuh "very touch my heart and soul"

02:05:2010(11:56) atas faktor ingin menjadi insan paling special disisi i... beliau menghantar sms ucapan selamat hari jadi sebelum waktu nye... tapik serius i terharu...
"Hepi Besday Syg!!.. harap-harap aku orang 1st yg wish..dan beberapa kata-kata yang jika ditaip kelihatan sedikit gay oleh seorg sahabat yang bertelur"..

03:05:2010 (12:40) Mak tak sleep lagi... sebab nak wish Happy Besday kat anak kacak dia nie..huhuhuh tersentuh n terharu sungguh.... doa dan kata semangat yang bisa membuat aku menganis yo.... apak pun wish gak.... adik pun ngan baya pun wish gak.... 1 telepon share ramai-ramai.... 1 Malaysia sungguh... Ohh Akak pun wish jugak tapik dia call i tak layan sebab tengah cakap ngan mak... thanks Nora..

03:05:2010 (03:28am) "Hepy Bday" serius je bunyi wish mamat nie.. tapik serius terharu... sebab sebelum kejadian "Hepy Bday serius" nie aku baru mengadu kat Fahmie yang Bee tak wish kat aku... kechik hati aku cakap kat fahmie, cadang nak jalan laju-laju.... Bee nie bile menjelang Final je mmg serius.... tanye 1 jawap separuh kengkadang suku je..huhuhuhu tapi thank ya BestFriend.i faham datang bulan tu normal....

03:05:2010 (05:30pm) "Selamat Hari Jadi Dato'.... meh datin belanja Makan sempena besday boy nie" itu lah serba sedikit inti pati kata-kata sahabat bernama Giha yang meraikan besday i dengan makan makanan Thai.... waaa tersentuh lagi... yela time sibuk-sibuk nak final nie kita orang siap berpoya-poya makan lagi...thank Giha..no wonder la jawap soalan c++ esoknye mcm nak botak kepala..opss botak is sensetip

03:05:2010 (08:42pm) kak yo telepon, abang telepon, dan abang jale telepon mengucapkan selamat hari jadi kepada adik kesayang tercute dia orang nie... cuma kak jah yang kebiasaannya mengewish setiap kali hari jadi aku mungkin terlupa dek kerna terlalu asyik mempolish kabinet dapur baru beliau..baim ngan kak ju pun sama...cisss

03:05:2010 (12:00am - 11:59pm ) selain tu i turut mengucapkan jutaan terima kasih yang terhingga kepada sahabat-handai, kenalan dan insan-insan yang mengucapkan SELAMAT HARI JADI/ HEPI BIRTHDAY kepada i nie... terima kasih atas sistem pasanan ringkas, video, comment, kek paslu samada melalui FB,YM,handpone mahupun Gtalk.. sungguh terasa diri ini sudah semakin berusia dan gorgeous... sumpah tak tipu

terima kasih juga diucapkan kepada Bank Islam atas ucap selamat hari jadi beliau...sungguh terasa seperti jutawan ketika menerima wish tersebut dari sebuah bank..Donald trump pun x penah dapat....
mesT si bibir kecut tu jeles kalu dapat tahu..huhuuhuh

THANKS KEPADA ANDA ANDA DAN ANDA SEMUA
sob..sob...sobb i terharu