Showing posts with label awek. Show all posts
Awek Melayu..
Posted by ZuLaiShah in awek, awek melayu, girls, women on Friday, January 22, 2010
Cerita tentang awek, atau apapun pasal 'awek'..
Tadi masa breakfast I terdengar orang meja belakang certita pasal 'awek'. Tak tahu la awek dia atau awek orang. Itu yang terfikir nak tulis this blog post.
Difinisi/istilah 'awek' melayu / awek cina /awek india dah lama digunakan kat Malaysia. Tapi dari mana datang ya perkataan ini? Adakah satu evolusi Bahasa Melayu atau Malaysia? Yang pastinya hanya golongan muda yang menggunakan perkataan ini. Sangat! jarang kita lihat golongan senior/emas guna perkataan/istilah ini. Dari situ kita dapat belajar/lihat time-frame kewujudan perkataan ini. Tidaklah selama mana usia 'awek' ni.
I ada cuba google perkataan ini, tapi yang keluar lain, ada macam-macam la.. gambar-gambar jangan cakap la, tak cukup dengan itu 3gp XXX pun ada. Lepas tu I try website dewan bahasa, finally ada juga maskud yang rasmi.
Agak up-to-date jugak la Dewan Bahasa ni. Maksud istilah 'awek' ini adalah panggilan yang 'biasa' untuk seorang gadis? Tapi adakah ianya sesuatu yang umum/biasa gunakan? Kebanyakan yang guna adalah lelaki, pada my personal opinion, jarang sangat perempuan guna istilah ini. Tambahan, istilah 'awek' ni diassociate dengan perkataan tak elok lain, which is 'bohsia' dan 'maksiat'. Tak percaya tengok kat atas tu.
So, kesimpulannya perkataan/istilah 'awek' ini pada pendapat peribadi tidaklah sesuai atau elok untuk digunakan secara umum untuk bercerita tentang seseorang. Lebih manis menggunakan 'gadis' atau 'nama'. Mungkin hanya sesuai digunakan untuk sembang-sembang kosong sahaja. Tapi terpulanglah kepada empunya badan sendiri untuk membuat kesimpulan.
Harap saya tak menyingung sesiapa. thanks
-hubby-