Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, June 17, 2011

KaD SeLaMaT HaRi BaPa

Semalam tak berblog......tak sempat.......wahh....sibuk betul bunyinya........

Hari ni baru nak cerita pasal hal semalam...
...hari Khamis minggu ni kami buat art....kebetulan hari bapa jatuh pada hari ahad ni jadi semalam kami buat kad hari bapa....buat kad je la.....saya tak sempat nak beli bahan lain untuk buat benda lain.....sebelum cuti hari tu cadang art untuk hari bapa saya nak suruh budak-budak buat 'star' besar lepas tu tebuk pada star tu letak reben kecik......bila dah siap boleh gantung dekat dalam kereta.....gantung pada cermin pandang belakang tu.....bila si ayah tengok benda tu dia akan ingat benda tu anak dia bagi sempena hari bapa.......tapi cuti 2 minggu punya pasal lupa nak beli bahan......tak pe kita tangguh buat tahun depan......jangan tahun depan pun lupa juga sudah.....


Kelas 6 Ilmu buat waktu pagi.....teacher siti tengah explain pada murid-murid macamana nak buat......budak-budak ni kalau buat kraf memang suka......


Ketua kumpulan tengah edar kertas pada kawan-kawan......

Di sini walaupun mereka masih di tadika tapi kami sudah latih setiap kumpulan ada ketua dan apabila ada buku atau apa-apa kerja yang teacher bagi untuk murid-murid dalam kelas ketua kumpulan yang akan keluar.......bila hantar kerja yang dah siap pun ketua kumpulan yang akan kutip.....tujuannya adalah untuk mengajar mereka jadi sedikit matang dan tak kekok bila masuk darjah 1 nanti......ini adalah untuk persediaan awal.....pergi tadika bukan untuk pandai belajar berpandukan buku je.....kematangan dan hidup berdikari pun perlu diterapkan dalam setiap pelajar......



Masing-masing sibuk menulis ucapan.......


Ada yang warna dulu.......


Hasil kerja Sofea Qistina.......ni tahun ke 3 dia belajar di sini.....dari usia 4 tahun lagi Sofea sekolah di tadika ni.......tahun depan dah tak de di sini lagi......dah masuk darjah 1......3 tahun saya tengok dia membesar.....dari pakai baju saiz S....sekarang pakai baju saiz L........


Kurus-kurus LOVE si Izzun Aliya.......


Lepas rehat kelas atas pulak buat kraf........pegi jengok kelas 5 Taqwa.......nampak tak budak yang duduk kat hujung meja tu.......Si Qash la tu....ntah kemaruk apa ntah pakai tudung lepas tu pakai cekak kat luar tudung........ingat Yuna je ke boleh buat stail tudung baru.......nasib baik Qash bukan artis kalau tak mesti dah ada yang ikut gaya dia......


Pandai Saidatul Aisyah tulis ucapan untuk ayah dia......tulis je...idea dari teacher rubi tu.......


Anak-anak saya dah mula sibuk dari diorang balik sekolah tengah hari tadi....nak bagi hadiah untuk ayah......mama la yang keluar modal tu nanti....diorang cuma keluar idea je......tapi tak pe bukannya selalu....setahun sekali.....dengan cara ni juga la kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sebenarnya.....ingat nak belanja makan.....tapi nanti yang lebih makan mama juga bukannya orang yang dirai......tak pe malam ni meeting dengan princess saya......

Anda macamana......ada kejutan tak untuk bapa sendiri atau bapa kepada anak-anak anda?......






*

No comments:

Post a Comment