assalamualaikum,
alhamdulillah berkat doa antum, ana berasa bisa bernafas sekarang. alhamdulillah syukur. tinggal beberapa jam lagi akan bertolak ke kay el. doakan ana, doakan segalanya lancar. moga tinta ana di sini lebih menusuk hati kita semua selepas terdidik di darul quran.
sungguh,
ana tak tahu apa-apa untuk ke sana. cuma niat suci menemani dan mengharap redho Allah beserta. insyaAllah ameen.
doakan ana, antum juga sentiasa disebut dalam doa hamba ini. insyaAllah, kita sama-sama cemerlang di pandangan Allah..mencari berkah dan taqwa yg kian menghilang.
alahai, terasa panas dah mata ni. tunggu masa melimpah je. huhu. takpelah, kita bertemu berpisah kerana Allah.
*to all viewers, syukrn kathiiran support n doa untuk ana. syukrn sgt2. mga antum juga broleh kejayaan dunia akhirat. lepas ni, blog ni akan lama menyepi. ana akan sibuk di sana. insyaAllah bulan 7 ana pulang. mga pulang dgn jiwa yg baru :)
*to Ppah aliff aziz..hehe. thanx call nisah, support nisah, nasihat nisah. thanx sgt2 pah. insyaAllah ada rezki pah kat mesir sana, moga kita sama2 dijaga Allah dn beroleh kejayaan sebenar dunia akhirat. pah nak jd doktor, jd doktor yg solehah yea. hehe. xpe, lps ni kita tebuk-menebuk hafazan masing2.hee. i'll miss u pah, i'll miss ur advice. nisah igt nasihat pah. jgn la doa psl jodoh nisah lg, jauh lg bab jodoh. yg penting, kita nak baiki diri kan? teruknye rasa diri ni, tp nk mujahid agama..ish3. pah, doakan nisah. always nasihat n tegur nisah. luvv ppah aliff aziz :) hee
Wednesday, April 29, 2009
hajat doa dan nasihat
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 2:45 PM 1 comments
Labels: mawar mujahidah
Monday, April 27, 2009
ubreakable
Assalamualaikum w.b.t
bahang darul quran kian terasa. rasa mcm taknak pergi!
yaAllah, tak taulah kenapa ni. rasa mcm tak confident je dgn diri. mungkin ana menulis dlm keadaan letih..mumkin.
insyaAllah, takda apa-apa(try pujuk hati :))
dgn izin Allah, dq akan memulakan segalanya kembali. ana fikir, ana bagai bayi yg tak tahu apa-apa ke sana dan menuntut ilmu lillahi taala. starts new life there-pesan kwn ana.
mgkn lantaran bermacam-macam yg berlaku pd ana. tak habis-habis. hehe. insyaAllah, 'bayi' ini akan dewasa di bumi barokah dq. mOga ia tetap suci seperti mana baru dilahirkan dulu.
focus on what u want-my besties
ittaqullah haqqa tuqatih-k.ha
*insyaAllah,doakan ana agar kuat dan terdidik dgn biah solehah di sana. walaupun hati ni gundah gulana..huuuuuuuuuuu. nanges je tau!
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:35 PM 6 comments
Labels: mawar mujahidah
Monday, April 20, 2009
salam sebelum ke DQ
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:00 PM 6 comments
Labels: mawar mujahidah
Friday, April 17, 2009
can or nOt II
assalamualaikum
apa khabar antum semua? rindunya pd antum, walau tak bersua muka tapi rindu itu tetap ada! rindu itu adalah anugerah dr Allah. indahnya rindu krn Allah, manisnya ukhuwah krn Allah(ukhwh yg halal) hehe. sempat lagi ana ni nak tulis in bracket.
sedih!
sejak akhir2 ni, kuat makan. betul! ana xtipu. badan pun dah macam monster je :). ana pun xtau knp kuat makan, mgkn tension. ana akn sendirinya kuat makan bila tertekan. dulu, gaduh dgn kawan..maaakn je tau. ish3.
lupakan kuat makan.
ayah suruh check result darul quran(DQ). ana keberatan, tp check demi ayah. seram sejuk seluruh badan. apelah result nnti.
Alhamdulillah, dapat! cuma surat belum sampai. ada kawan ana yg nak sangat tak dapat.
ni yg ana nak bincangkan..Allah amat menyukai seseorang yg remuk hatinya!
dlm keadaan kita sgt kecewa terduduk dgn taqdir Allah, akhirnya kita buat apa? berdoa dlm keadaan yg amat hina, penuh harap, dan lemah hnya pd Allah. kita harap pd Allah sahaja. siang malam doa dn mohon pd Allah. terasakah kita saat itu yg paling kita dekat dgn Allah. sungguh, Allah aaaamat menyukai keadaan itu. So,
jika kita diuji dan keadaan itu membuatkan kita terduduk, gembiralah! krn Allah terlalu rindu akan kita waktu itu. jadi, jangan berhenti berdoa dan berdoa serta berharap hanya pd Allah. mana yang kita nak, dirindu oleh ALLAH atau dirindu oleh manusia? tanya iman,
kita pasti nak dirindu oleh ALLAH sentiasa bukan? Allah tidak zalim mebiarkan kita terduduk selamanya, dgn ingat Allah semangat kita pulih semula. janganlah terduduk baru ingat Allah, bila berlari tinggal Allah..naudzubillah.
tidak kira kita 'berlari, berjalan atau terduduk' kita harus ingat ALLAH AZZA WAJALLA sentiasa. dalam susah senang, Dia maha melihat dan maha mengetahui. ana kongsikan beberapa mutiara kata khas utk antum tersayang :)
"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yg mencipta segalanya,
yg menimpakn ujian,
yg menjadikan sakit hatimu,
yg membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkn hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
krn masakn ALLAH sengaja mentaqdirkn segalanya utk sesuatu yg sia2,
bkn ALLAH tak tahu derita hidupmu,
tp itulah yg DIA mahu krn hati yg sebeginilah lebih cepat akrab dan lunak dgnNYA"
moga peroleh ibrah dr pembacaan! dOakn ana jd hafizah solehah :)
ws
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:10 PM 0 comments
Labels: mencari erti hidup, menggali taqwa
Sunday, April 12, 2009
can or nOt
sama ada sesutu tu kita nak atau tak, terpulang pada kita! setelah usaha, let Allah decide for us. kan?
tapi ana ni..
truely tengah takde mud. bukan nak marah orang, tapi rasa macam hampeh je sekarang ni. back to istighfar! betul menenangkan hati..astaghfirullahalaziim
takde mud tetap ada! ana takde mud dgn diri sendiri. ana tak suka bila ingat balik perkara yg dah lepas, yg takde kaitan lagi. yg meng'hampeh'kan diri.
one message received:
bykkn istighfar. semakin kuat kita mujahadh,semakin byk tipu daya syaitan-k.ha
msa trima msg tu, dgr pulak lagu 'padaMu ku bersujud-afgan'. ouh, betul-betul menginsafkan diri. astaghfirullah, apa aku dah buat ni?
ble taknak ingat pun, ia menerjah fikiran ni. mcm segmen terjah! main terjah sesuka hati je
now I can't stOp crying! all I knOw, just cry! cry! n cry!
pssst:ni lah tulisan ble ikut perasaan. antum jgn ikut. bila gni, byk istighfar! Allah ade brsama. benar2 tenang. "Allah menyukai keadaan seseorang yg mana hancur remuk hatinya"
know why? tggu post terbaru! huhu
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:41 PM 2 comments
Labels: mencari erti hidup
Friday, April 10, 2009
:)
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:59 PM 0 comments
Labels: mencari erti hidup, muhasabah diri
Tuesday, April 7, 2009
malu lah pulak
sedih gaban bila hari-hari bukak blog ni takde sape nak komen post "halaqoh?"..semua main call je lepas baca post tu.
"nisah,apa yang ko tulis kt post tu?maksud ko pandangan siapa?"..em,banyak lagi lah soalan-soalan yg ana perlu jawab. sampai rasa letih nak angkat phone..huhu. suruh komen, malu pulak. korang niee,malu-malu kerbau pulak
antara Allah dan manusia, yg mana satu kita pilih?
haa,ni baru jelas soalan.
dalam kita melakukan ibadah seharian, kita selalu terfikir tentang siapa? "eh, kalau aku pakai camni..kang semah cakap apa pulak kat aku","eh, baju ni terang sangat kaler kang orang cakap malampau pulak","ish,aku pegi pub ni kang kalau jiran nampak jatuh maruah 'alim aku","ambik duit ni, harap-harap mak ngan ayah tak perasan","alah, aku curi sikit je..bukan ade orang nampak"...dan macam-macam lagi!
SO
kalau selalu duk fikir manusia ni cakap itu, manusia ni cakap ini..boleh jadi penuh jugak tanjung rambutan. kenapa ya kita selalu fikirkan pandangan manusia? adakah kerana manusia itu nyata dan kita nampak depan mata?
adakah kerana Allah itu Maha Ghaib, dan kita tidak nampak Dia secara mata kasar...ask your iman!
Allah itu Maha Ghaib tetapi Maha Nyata..bukankah penglihatanNya dan juga pendengaranNya amat tajam? ayat-ayat cintaNya sduah cukup memberi gambaran jelas pada kita yang mana apabila dibangkitkan kelak, semua itu pasti dipertontonkan. sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Teliti.
saudaraku sekalian...
tidakkah kita terasa seolah Allah berbicara dengan kita tatkala kita membaca kalam cintaNya...tidakkah kita terasa berteman saat kita keseorangan...terasakah oleh kita kasih Allah yang tiada tandingnya
kita berbuat mungkar, Dia ampunkan. sedangkan manusia? belum tentu! saat kita terkontang-kanting dalam mencari arah hidup, Dia pimpin kita menuju jalan yg benar. tak pernah sekalipun Dia mengecewakn harapan kita padaNya. Dia hapuskan air mata kita tanpa sedar, Dia memujuk kita dgn cara amat halus sekali. Dia menghindarkan segala bencana dgn doa kudus kita pdNya. sungguh, janji Allah itu Maha Benar. sesiapa yg memohon pdNya, nescaya akn ditunaikan. tidak didunia, ia tersimpan di akhirat.
adakah nikmat rasa bertuhan apabila kita dalam kesusahan sahaja? naudzubillah! Allah tidak pernah lupa kita, menunggu doa cinta kita padaNya..masyaAllah hebatnya bila kita disayangi Tuhan
tapi kita..selalu memikirkan makhlukNya. betulkan?
yaa ayyuhal muzzammil. qumillaila illa qoliila................buangkan 'selimut' yg membalut, ayuh sujud pd Allah. bina kekuatan di sepertiga malam,itulah waktu yg terhebat dan terdekat kita dgnNya. kita mahu kn tergolong dlm muqorrobiin,insyaAllah
*masihkah kita mahu memikirkan dan mengharap pada makhluk lagi? utk ana terutama!
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:07 AM 0 comments
Labels: mawar mujahidah, muhasabah diri
Saturday, April 4, 2009
halaqoh?
tengah-tengah hilang mood dan terasa nak marah kat seseorang, ana rasa lebih baik ana tidur. ngantuk sangat. mood pun tak berapa nak stabil sejak akhir-akhir ni. ade je tak kena. ishh
baru nak lelap, ade plak yg gatal nak mesej. eiiii. tapi dikuatkan jugak bukak mate bace sape la yg hantar tengah-tengah malam ni. "slm syg nisah, esk free x? ade crmh kt pustaka dar nur esk. hrp jmp awk kt sn, insyaA"-a'isyah azalan. em, ceramah apa agaknye. ana pun tanya dlm keadaan ngantuk ya amat. rupanya kelas tafsir. ana pun setuju dalam mata yg terpejam.
ana ada satu cerita yg ana dapat dr kelas tafsir ni:
"one day, ada sorang hamba Allah ni naik kapal yg bsr. ala-ala titanic kot. cme tak sempat nyanyi lagu je kOt.hehe.
then tiba2 kapal tu karam ke pecah, lebih kurang lah. then si hamba Allah ni terselamat dan dihanyutkan ke satu pulau. dekat pulau ni, semua orang hanya ada satu tangan je. si hamba Allah ni macam kita lah, ada 2. then dia pun pelik jiddan. kenapa diorang ni cacat eh? sume cacat.
penduduk pulau ni pun felik la tengok si hamba Allah ni 2 tangan. diorang pun ramai-ramai ketawa,"hahaha, korang tengok ni ade orang cacat la. ade 2 tangan lak tu. tetibe je. hahahaha. cacat..cacat,"
si hamba Allah ni bertambah hairan, eh..aku cacat ke diorang cacat. tak sedar diri betul. bisik dia dalam hati. okeh, disini kita dapat konklusinya tau. so ana nak tanya, pandangan siapa yg betul? pandangan siapa yg perlu kita fikirkan? pandangan siapa yg perlu kita ikut?
ana taknak jawab, tepuk iman tanya taqwa...jawab yea!
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:20 PM 0 comments
Labels: mencari erti hidup, muhasabah diri
Thursday, April 2, 2009
makhluk terindah
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:29 PM 0 comments
Labels: mawar mujahidah