assalamualaikum..
asif dah lama ana tinggalka blog ini kesepian. sebenarnya ana ingin publishedkan artikel ayah ana, tapi ayah janji nak bagi artikel yg lain. sampai sekarangana masih tunggu. ayah walau dah pencen, tetap busy mengalahkan PM kita. abang2 ana tau lah ayah macamane..sibuk sangat. tapi jadual tetap ayah, mesti baca akhbar di internet setiap hari. semua news ayah akan baca, even mawi dn ekin pun ayah tau. huhu. ayah..ayah. ayah cakap"dah ada sekali, ayah bace je.tapi rumah tangga yg hebat adalah Rasulullah s.a.w,". terkesiama ana mendengar. ana saje nak lawak dengan ayah, ana pun insaf bila ayh ingatkan. ana kagum bila diorang naik heli, ayah cakap "bia kita naik heli kat akhirat, dalam syurga lebih heli pun naiklah. ingat, akhir hidup kita, kita taktahu..nak care hal orang anis..tak sudah. kita ni Allah pandang macamana taktahu,". ya Allah, ana betul2 tak terfikir. fikiran budak lagi rupanya ana...masih jauh tertinggal.
jadi, ana biarkan blog ini. ana terfikir-fikir..bagaimana pandangan Allah yg Maha Mulia pada ana? sedangkan hambaNya pun bukan semua yg puas hati dgn ana..Allah? astaghfirullah
ayah dah cakap, tak perlu blog. ana diam. ayah tak halang, ikutlah. ana diam. memikirkan kebenaran. ya! banyak kali ana tewas dgn pemikiran ayah. bila kami ber"hujah"..pastiakhirnya ayah akan menang. ayah cakap, "kene pandang jauh, fikir jauh". ana diam.
ayah tak tanya azam tahun baru, sebab ayah tahu yg anak perempuan dia ni malas berazam. memang ana malas azam tahun baru ni..kalau azam tapi tak buat. kawan ana cakap, "hampeh je buat azam mu ni,". sengih je la. ana suka pahatkan azam setiap hari. jadi akan berubah-ubah azam ana. namun perkara pokok tetap sama, tujuan tetap sama..cuma azam ape je yg lain.
bangun pagi, ana akan fikir2kn ape aim hari ni..nak buat apa. lebih kurang macam tu lah. sebab ana akan boring dengan azam yg sama dalam satu tahun. jadi ana akan ubahkan azam setiap hari tanpa mengubah asal azam tu. apapun, azam kita biar mencapai mardhotillah.
azam ana?
lebih baik dari yg sebelum ini..
~melupakan yg tak patut..berbakti pd yg patut..buat yg patut..teguhkn yg patut..semua yg patut2 lah :)..ngee
ceria dr semalam..masalah ada pun still boleh senyum sampai nak koyak mulut,even ana cepat nangis :). lebih ikhlas dan sabar dalam hidup. moga iman dan taqwa makinmeningkat..insyaAllah,ameen. dan dalam naungan Allah Rabbul 'Izzati selamanya..
sama2 kita doakan..
dah masuk 4 muharam..bagaimana hidup kita, lebih baik atau buruk?
hablumminallah wa hablumminannas..bagaimana? biarlah lebih baik..ana pun masih perbaiki
wallahu'alam
Wednesday, December 31, 2008
salam maal hijrah 1430hijrie
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:53 PM 1 comments
Labels: althafunnisa'
Tuesday, December 30, 2008
calling..calling
asif semua ana terpaksa membiarkan blog ini kosong tanpa apa-apa catatan cinta di sini. sebenarnya ana sedang berjuang untuk kawan2 dan diri sendiri. jadi dalam teori ekonomi akan ada kos lepas..kos lepas ana waktu itu ialan blog!
ana tak berfikir ingin menulis tentang hijrah, jika ana tulis sekalipun kalau itu semua ibarat angin lalu,antum semua mesti fahamkn? insyaAllah artikel tentang hijrah akan menyusul, tetapi ia adalah tinta dr ayahanda ana sendiri. fikrahnya lebih jelas berbanding ana, hati lbh bersih.
suatu petang..taklah petang sangat. ana sedang nyenyak tidur, terrlalu penat. tiba2 pintu diketuk bagai nak pecah, sah abang ana yg ketuk! dengan sedikit geram ana bangun membuka pintu, "apa?" soal kepadanya. "kawan hang tipon,". dalam hati terdetik, sape pulak tipon waktu2 gini.
*kawan ana menghadapi masalah yg ibu dia ade konflik dgn ayahnya. jadi dia selalu burukkan ayah kawan ana ni depan dia. dia tension. tersepit antara dua. kadang2 mereka bergaduh depan2. kawan ana taktahan. siap keluarkan kata2 kesat. jadi, anamengharapkan antum dapat memberikan pandangan, nasihat pd kawan ana. sengaja ana tinggalkan sekerat, nasihat ana pada dia taklah sehebat buah fikiran antum. moga mendapat kerjasama:)

Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:56 AM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Friday, December 26, 2008
dia yg dirindu
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:31 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
siapa nak masak?
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:32 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, December 25, 2008
10hari yg menyesakkan
peritnya perpisahan! ana pesan pd mereka dn diri, jangan tinggal solat..cukup 5 waktu, taat pada ibubapa, walau rasa susah..usah bersungut terhadap mereka. apapun, tanamkan Allah di hati. ana sebak, air mata hampir2 gugur di hadapan mereka. alhamdulillah, berjaya tahan. namun ana sedikit gembira, ana tak lagi berdepan dgn muslimin! takut juga,bila dah pergi pusat pengajian, ana akan hadapi perkara ini juga..moga hati ana tetap berpegang prinsip2 suci. insyaAllah, amiin.
alhamdulillah, ukhwah kami masih kekal. ada yg lost contact, tapi masih ada yg terus berhubung. ana pasti akan rindu saat2 itu! saat yg indah bersama kanak2 riang :)
*adikku, walaupun kamu di usia kanak2..wajibkn dirimu solat. solat kerana Allah, bukan akak. akak mohon maaf jika ada buat antunna terasa, ketahuilah adikku, k.nisah hanya ingin ilmu ini sampai dn bermanfaat buat kita semua. k.nisah takut amanah ini tak terlaksana. adikku sayang, k.nisah sayang antunna semua. rajin tuntut ilmu, ikhlaskan hati dan banyakkan sabar. doakan kejayaan k.nisah ya..uhibukunna fillah
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:35 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
cinta, tegarkan hatiku!
Apa khabar semua? Harap semua berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Sudah lama saya ingin berkongsi coretan disini, tetapi kerana kesuntukan masa dan tanggungjawab sebagai pelajar membuatkan saya terpaksa korbankan. Alhamdulillah, syukur pd Dia kerana memberi kekangan masa kepada saya untuk berkongsi anda semua.
Kadang-kadang saya tersenyum sendirian mebaca kisah cinta yg takkesampaian, saya pun macam mereka juga. Agak obsess terhadap cinta. Tapi itu dulu,InsyaAllah sekarang harap tak lagi.
Biasanya cinta di peringkat sekolah, tak sejati. Tak banyak yang kekal,banyak yang main-main. Namun saya tepis tanggapan itu dan akhirnya saya jatuh hati pada seseorang. Dari dulu saya dikenali sebagai girl yang tak berkaple,pendek kata kalau saya berkaple memang terkejut besarlah kawan-kawan saya. Tapi fitrah manusia,saya pulak perempuan. Dipendekkan cerita, saya berkenan pada seorang lelaki itu. Bagi saya, asas pegangan agama dia yang buat saya suka. Nasihat-nasihat yang dia berikan amat bermakna buat saya. Saya pegang betul-betul dan sematkan dalam hati. Setiap hari saya bersemangat meneruskan hidup yang baru,ingin menempa kejayaan sama seperti dia.
Awal perkenalan saya amat bahagia, namun disaat akhir kami terpisah begitu sahaja. Kami tak pernah declare,dan kami hanya kawan. Tak lebih. Tapi jauh disudut hati saya mengagumi dia. Akhirnya, dia akan menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi. Kami tak boleh berhubung seperti biasa,kerana dia akan sibuk disana nanti. Saya faham dan pasrah dengan apa yang berlaku. Tetapi ada satu ceritera terselit yang membuatkan saya betul-betul merana kerana dia. Tak payahlah saya tulis disini,let bygones be bygones. Sejak haritu,saya tersiksa. Merana,amat-amat merana. Setiap hari air mata saya pasti gugur disebabkan dia. Lagu-lagu yang jiwang sikit pun tak boleh dengar,mesti saya menangis. Pelajaran saya down,turun merudum sebab saya rasa sakit oleh semua ini. Tahun itu tahun yang paling perit untuk saya berdiri. Rasa tak sanggup nak berdiri,tetapi kenangkan mak dan ayah,saya tetap gagahkan. Hati saya hancur,remuk. Saya tawar hati dengan lelaki. Walaupun dia dah ada orang lain,saya tetap setia meletakkan dia di hati. Dia lelaki pertama yang berjaya menghuni hati saya. susah untuk saya biarkan kaum adam berada di hati,tetapi dia berjaya. Saya kalah! Kalah dengan emosi sendiri. Kalah dengan percaturan cinta yang langsung takda makna.
Bila tahun baru bermula, saya nekad. Tak mahu pandang ke belakang,mahu memulakan hidup baru. Buka buku baru,yang lepas tak perlu ditoleh. Azam baru,tekad baru bersama. Saya tak mahu mencari cinta lagi. Cukuplah yang lepas amat menyakitkan. Saya rela menanti asalkan tidak buat saya rebah kali kedua. Tetapi saya terlibat lagi buat kali kedua, yang kali ini banyak menyedarkan saya. Banyak mengajar saya hakikat sebenar. Kami bukan bercinta, tetapi berkawan. Sama juga seperti kisah pertama, saya kagum dengan dia. Prinsip yang dia jaga, sifat dia dan yang paling penting agamanya. Itu yang membuatkan saya agak senang dengan dia. Mak saya turut senang saya berkawan dengan dia. Sehingga di akhir persahabatan kami pun dia masih berhemah dalam berkata-kata. Dia buat semua ini untuk kebaikan saya, saya masih belajar. Perlu tumpu pada pelajaran demi masa depan. Saya terima apa yang dia cakap, dia tak pernah menyakitkan hati saya. Tetapi kami perlu noktahkan segera agar tidak terlajak jauh. Kami kawan, bukan kaple. Jadi keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama, dan kami tidak pernah bermusuh. Masih ok sampai sekarang.
Apa yang kita boleh lihat, kisah 1 dan 2 berbeda. Kisah pertama membuatkan saya betul-betul jadi hamba cinta. Bila saya ingat balik, Ya Allah bodohnya aku jadi begitu. Obses terhadap cinta. Membazirkan sisa hidup begini, andai kata Allah menjemput saya diwaktu itu..naudzubillah, tak dapat saya bayangkan. Betul-betul saya jauh dari Dia. Saya dibelenggu sedih yang amat sangat. Tak terkata. Tetapi daripada kisah kedua, walaupun sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya, tetapi saya lebih pasrah. Terima dengan hati yang agak terbuka walaupun susah. Dia sempurna bagi saya, walaupun ada kekurangan tetapi itu perkara biasa. Saya terima yang kedua ini tanpa syarat dan biarlah dia pergi tanpa sekat. Banyak yang saya belajar dari dia. Setiap bait kata dia mempunyai pengajaran. Air mata saya gugur kerana saya fikir saya takkan dapat sebaik dia selepas ini, tetapi itulah qadar Dia. Kita harus terima. Saya kena terima.
Saya decide taknak guna handphone kerana taknak jadi orang bodoh menunggu mesej dari dia setiap hari. Terasa bodoh tetapi saya tetap lakukan. Mujurlah saya ada kawan-kawan yang support saya. Saya tak berapa kecewa dengan yang kedua..saya boleh terima. Putri, kadang-kadang Allah mendatangkan kepada kita berbgai-bagai ragam manusia untuk diuji. Datang yang sempurna dimata kita, hati meyatakan dialah jodoh kita. Siang malam berdoa agar dia adalah jodohku, tetapi mana tahu bukan itu yang terbaik. Rahsia Allah kita tak tahu. Ini semua rahsia Dia, kita tak tahu. Tak semestinya orang yang kita suka adalah jodoh kita. Memang dia baik, sempurna tetapi mana tahu dia tak boleh membahagiakan kita esok hari. Positiflah dalam berfikir. Jangan menjadikan cinta sebagai tajuk utama dalam hidup. Kecewa memanglah..namun renungkanlah kembali asal kejadian kita. Allah sendiri sudah memberitahu didalam Al-Qur’an tujuan manusia dan jin dijadikan. Bukan untuk mencari cinta, tetapi beribadah pada Dia.
Pembaca sekalian, yakinlah pada Tuhan sekalian alam. Dia takkan mengkhianati kita..malah dia berikan yang terbaik buat hamba Dia. Dunia semakin tua, bermakna hidup kita tak panjang lagi. Mardhotillah yang dicari sepatutnya, bukan percintaan menjadi fokus utama. Mengapa perlu menyeksa diri, menagih cinta yang tidak tahu tulus atau tidak sedangkan kita tahu cinta Alah lebih baik dari segalanya. Sekalian umat Islam dan anda semua, jalan bahagia itu hanya satu. Iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari dari Dia semakin kusut dan serabut hidup. Oleh itu, kembalilah pada Dia...Allah menanti dengan kasih dan sayang lebih dari orang yang kita sayang. Tidakkah rasa bangga?
Petikan dari majalah Anis keluaran Mei, ”apabila hati ditadbir oleh akal berlandaskan iman, berbudilah dulu pada mereka yang sepatutnya. Keluarga, terutama ibu dan ayah merupakan golongan yang pastinya memerlukan perhatian dan toleransi daripada kita sebagai anak. Mereka tidak pernah menyebut, tapi kita akan memahami jika kita benar-benar anak mereka. Hati yang suci dan murni tidak berkira untuk berbudi. Tidak kira untuk siapa, hanya matlamat budi yang utama.
Ketika itu, cinta yang berputik tiada lagi menjadi keraguan. Kerana persediaan yang rapi menjadikan kita cukup matang untuk menghadapi sebarang situasi. Hubungan direstui, diredhai dan diberkati. Itulah yang kita cari. Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci.”
*jangan hanya mencari percintaan...salam mujahid memburu syahid
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:43 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Saturday, December 20, 2008
Allahu Akbar
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:26 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, December 18, 2008
dapur ku berasap
ibu ana demam. ana kena take over housework. everything ana kena buat. balik dari masjid(jadi fasi kem solat),ana kena urus semua. kesian mak,mak memang tak larat. satu hari ana betul2 tak larat. masa basuh kain,ana nangis. tak tahan. I want my mum..tu yang ana mahukan saat itu. ana tak kuat nak urus semua ni sorang. sungguh, ana rasa betul2 nak terduduk. ana nangis,nangis semahunya. kat dapur, takda siapa nampak. namun Allah Maha Mengetahui.
ana teruskan juga lakukan semua itu. jangan kata ana kuat, terkadang ana terduduk. tapi, pasrahlah dengan setiap ketentuan Allah. ana terima. dan ana dapat satu idea. biar penat macam mana sekalipun, ana tetap mahukan dapur yg bersih. bila bahan nak memasak takda, nak buat apa ya? bila dapur kotor,kna bersihkan..dan banyak lagi kita dapat belajar dari dapur..
HAKIKAT WA MAJAZNYA:
apabila diri dirundung masalah, kitaharus tahu apa yg perlu buat. macam dapur, bila nak masak kari,rempah kari xda..pergi beli(kalau kedai dekat). santan takda..ganti dengan evaporated milk. daun kari takda..takpe,rempah dah ada. macam nak sup, remaph sup takda..buat rempah sendiri. bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis..cekup sikit2..jadi sup.
bila diri dirundung masalah, kita kena bijak tangani(ana pun taklah macam tu sangat). apapun,balik pada jalan penyelesaian yg benar2 tepat. Allah!jangan bila ada masalah,baru ingat Tuhan. hati kena bersih, macam dapur kita. nak tengok sentiasa bersih,kemas dan rapi. masuk dapur pun suka. macam tengok orang sesetengah orang, tenang saja. ada yang terkurang pada diri, pandai2lah tambah. banyakkan muhasabah diri,buat post-moterm.
terkadang kita tak sedar, kita lari jauh dari Allah. terkadang kita tak sedar, nak masak kari jadi rendang. itulah. kuatkan hati dengan Allah, nescaya hatimu akan tenang. ada masalah pun, senyum lebar. apapun, yakin dengan Allah..bukan hambaNya. kalau takda rempah beriani, masak nasi minyak boleh. apa yg ada,cekau saja.
bila ada masalah, nak cekau sapa? baru nak ingat Allah. fitrah berTuhan tetap ada. jangan sampai satu saat Allah taknak dengar rintih kita. naudzubillah. jangan sampai satu saat, kat dapur takda apa2 nak masak. memanglah canti, tp kosong! kita nak dapur yg lengkap. nak masak apapun boleh,sebut saja. kita nak dapur yg cantik bersih, biar dapat memasak dengan baik. ia mempengaruhi mood juga. macam hati, kita nak hati yg lengkap dgn cinta Allah, baru hidup terasa bermakna. kita nak hati yg bersih, baru Allah suka..org pun suka.
oleh itu, lengkapkan hati anda sebagaiman anda lengkapkan dapur anda. berasapkn hati, sebagaimana anda berasapkan dapur dengan masakan yg hebat. hebatkan hati dengan cinta Allah, hebatkan hati dengan kasih kepada Allah, Rasul dn keluarga serta rakan..bukan kekasih ya. dan, mulakan sekarang! wallahu'alam
*DOAKAN IBU ANA CEPAT SEMBUH YA..
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:54 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Tuesday, December 16, 2008
smka naim lilbanat yg dirindui..
sebaik tamat SPM,maka berakhirlah perjuangan di sekolah. selepas ini akan menjejak ke alam yg lebih dewasa. mungkin! namun hiba menyelubungi diri ini, betapa banyak kenangan pahit dn manis du bmi barokah ini. di sini menemukan ana dengan kawan2 yg sentiasa menyokong dn membimbing walau susah dn senang. di sini juga menyaksikan kejatuhan ana dek kerana seorang lelaki! ahh,lelaki. pahit benar tragedi itu. di sini juga menyaksikan gelak tawa ana bersama rakan dn guru, juga sebaran fitnah dn sumpah-seranah. di sini juga ana mencari dewasa,meneliti erti hidup yg terlalu sukar utk diungkai..perit, tetapi Allah maniskan ia. ana tersenyum.
tepat jam 12.25 tengahari,paper ekonomi asas. tamatlah kisah siti hanisah di sini. ana tak banyak jasa di naim,namun punya kenangan yg takkan dilupa. ana rindu, terlalu rindu pd sekolah itu. menemukan ana dengan ust Abdullah Hussin, mengajar pendidikan syariah islamiah. ana minat pd subjek itu krn ust. bkn kerana ust hensem atau pandai berjenaka, ngertilah ust seorg yg thiqoh. dia tidak pandang semua itu. namun pengajarannya ana ingat sampai hr ini. alhamdulillah, dgn izin Dia.
ana rindu pd semua kenangn yg pernah dilakar di sana. menemukan ana dengan senior2 yg menyayangi ana seperti adik mereka. walau tidak pernah bersua sebelum ini, mereka mesra. ukhwah kami bertaut kerana Mu ya Allah.
sayangnya, ana tidak mengabadikan gambar2 naim..tak mengapalah, naim kekal di hati sanubari. sebolehnya, ana ingin di naim selamanya. anak2 buah persatuan, maafkan kak nisah sayang, kak nisah tak sempat nak adakan lawatan. namun sempat juga membelikan antunna cenderahati. harap antunna suka.
tanggal 3/12..ana lalu di naim. baru satu hari meninggalkan bumi itu, ana terasa rindu. sebak membuak di dada. ya Allah, moga bumi naim dilimpahi barokah dari Mu selamanya. di naim juga, ana berubah. alhamdulillah, syukur. peralihan umur remaja, membuatkan ana mencari hiburan. smaa sahaja spt remaja lain. ana lalai, ana leka. asyik dengan mesej, mesej dn mesej. astaghfirullah..ana teruk, teruk sangat. mengertilah antum, ana bukan manusia yg hebat.
namun, ana takut dengan semua ini apabila membuatkan seseorang terpaut. ana terpempan apabila dia berani menyatakan cinta. ahh, lelaki! itu yg ana katakan di hati. namun ana juga gembira. tetapi ana takut, taku ya amat. dari itu, ana mencari, mencari dn terus mencari kebenaran. ana mencari apa yg boleh membuat ana keluar dari dunia fatamorgana ini. alhamdulillah, ana jumpa! dengan belajar quran sunnah dn syariah..ana temukn cinta. syukran ya Rabb, syukrn ustzh wa ustaz.
ana meneliti lagi setiap inci ruangn di naim, rindunya. betul hati ini sayu. ana takkan lupa saat jatuh bangun disini. baru seketika terasa tahun 2004 di mana ana form1..tak terasa sudah form5. begitu sekejap waktu meninggalkan kita..ana sedih. ada air jernih menakung di tubir mata, menanti saat jatuh ke riba..mata masih tertancap pada bangunan2 usang naim
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 5:36 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Monday, December 15, 2008
mingguan malaysia 14 disember 2008
Assalamualaikum Putri dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian. Izinkan saya memperkenalkan diri sebagai Althafunnisa’. Terusik kalbu saya tatkala membaca luahan-luahan masalah yang pelbagai. Ada yang membuat saya tersenyum sendirian,tak ubah seperti rentetan hidup saya juga.
Izinkan saya juga untuk berkongsi rasa dan mungkin nasihat buat pembaca terutama diri saya. Suka saya pada artikel-artikel yang dipaparkan pada 7 Disember 2008. Terus kepada maudhu’,kepada Potpouri Girl,kisah saudari persis seperti saya. Alhamdulillah, sekarang saya boleh atasinya. Ya, mungkin kerana kita takut dan belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih sebagai seorang sahabat. Akhirnya apabila perkara yang amat bermakna terlepas, kita rasa hidup ini seperti tiada apa-apa. Saudari ukhtifillah, let bygones be bygones. Berkata amat mudah, dan ya! Proses untuk melupakan dia amat memeritkan. Saya telah lalui itu!. teruskan mujahadah saudari. Potpouri Girl, kembalilah mencari cinta yang sebenar. Mengapa menanti pada sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Saudari perlu tahu dan semua juga perlu ingat termasuk saya yang hina ini, kita milik Allah dan si dia juga milik Allah. Apa yang lebih pada si dia sehingga kita memilih jalan derita pada makhluk yang tiada apa-apa. Saya mengerti perasaan saudari, mendalamnya cinta kepada dia. Sama seperti saya dulu..sama sangat. Tapi renunglah cahaya yang indah dibalik semua ini. Allah masih sayangkan saudari, biar dia pergi dan Allah menanti cinta saudari untukNya. Saudari sayangfillah, percayalah cinta Allah tidak mengecewakan. Saya bukan berlagak alim, sedangkan saya masih dalam proses pembelajaran. Bukankah Islam itu bersaudara..dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Saudari, jalan bahagia itu cuma satu, iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari daripadaNya semakin kusut hati dan perasaan, oleh itu kembalilah mencari cinta Ilahi, Dia menunggu dengan kasih sayang dan harapan. Tingkatkan mujahadah untuk lupakan dia, dan carilah yang lebih beerti. Mujahadah memerlukan kesabaran dan keihklasan yang cukup tinggi. Sabarlah, jangan mengalah! Teruskan...Allah ada bersama.
Korean baby, hidup saudari amat bertuah. Amat bertuah dan sangat hebat. Percayalah pada apa yang saya katakan ini. Bertuahnya saudari kerana mempunyai ibu dan ayah serta arwah nenek yang amat menyayangi saudari. Bertuahnya saudari dapat ke sekolah dan menduduki pperiksaan dengan baik. Bertuahnya saudari kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang tabah menghadapi saat-saat antara hidup dan mati semasa melahirkan saudari. Bertuahnya saudari seorang yang cukup sempurna dan mempunyai kehidupan jauh lebih baik berbanding saudara kita di Darfur, Sudan , Palestin dan sebagainya. Dan banyak lagi ni’mat-ni’mat yang kita terlepas pandang. Bertuahnya saudari, teramat bertuah. Ketahuilah saudari, jauh di sudut hati ibu saudari saya yakin dan percaya dia amatmenyayangi saudari, cuma mungkin ada perkara yang kita tidak tahu mengapa dia begitu. Selamilah hatinya, rasailah segenap rasa oleh dia. Saudari, ada yang diuji Allah diambil ibu dan ayah mereka dan tinggal sendirian. Kerana itulah saya mengatakan saudari amat bertuah, sangat bertuah. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan. Saya juga hidup bukan mewah, cukup-cukup sahaja. Namun, renunglah saudara kita yang jauh, teramat jauh lebih susah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu. Kita juga setakat ini belum ada apa-apa penyakit yang kronik, Alhamdulillah dan mintak jauh semua itu. Ini ujian buat kita saudari, lihatlah Nabi Muhammad s.a.w..kekasih Allah, diuji jauh lebih hebat. Sedangkan Baginda siapa? Habibullah..kekasih yang paling Allah sayangi. Syukurlah setiap apa yang diberi, terlalu cukup buat kita. Saya tidak kata saudari tidak bersyukur, mungkin kita terlepas pandang sahaja, saya juga begitu. Biasalah, hamba-hamba yang Allah sayangi memang Dia uji, Dia tidak mahu kita jauh dari Dia kerana kasihNya yang Maha Hebat, sangat hebat saudari. Percayalah, yakinlah pada rahmah dan mahabbah Allah. Panjatkan doa dengan sabar dan ikhlas, kuatkan hubungn dengan Dia. Sungguh, saudari dapat merasai ketenangan yang abadi. Jangan pernah berhenti berhenti berharap padaNya. Sabarlah, ikhlaslah..juga untuk saya yang lemah tidak berdaya.
Senyuman masih tidak lekang apabila membaca kisah Pelajar sedih. Saya bukan tidak bersimpati, kerana saya faham apa yang dialami saya tersenyum. Bukankah menghadapi masalah dengan senyuman dan tenang lebih baik? Petua awet muda tu. Pelajar sedih, usah bersedih. La Tahzan, innallaha ma’ana. Allah itu bersama-sama. Kondisi saudari sekarang seperti saya. Pelikkan? Semua yang mereka alami saya pun turut merasa. Bukan menyibuk, tapi itulah hakikatnya. Memang berlaku. Saudari, saya ingin bercerita ringkas tentang sejarah hidup yang takkan saya lupa. Moga-moga boleh dijadikan panduan buat semua. Saya mempunyai 6 orang abang dan saya bongsu, satu-satunya perempuan. Alhamdulillah. Saya paling rapat dengan abang saya yang ke-3, bagi saya, dia nyawa saya dia segalanya buat saya. Budak kecil, mana ngerti erti susah. Ibu saya agak sibuk menjual kerana menampung gaji ayah yang tak seberapa, ayah juga sibuk. Abang-abang yang lain juga sibuk dengan belajar. Dan saya, terkapai-kapai seoarang diri. Mujurlah arwah abang saya yang ke-3 ada untuk melayan saya. Dia amat menyayangi saya, amat kasihkan saya. In my life, I just have him. Hanya dia. Dan saya bergantung sepenuhnya pada dia. Suatu hari, di pagi raya aidilfitri yang ke-3..pagi Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir. Saya terpisat-pisat bangun melihat abang saya yang sudah pergi menemui Ilahi. Semua diselubungi sedih kecuali saya. Ini kerana saya pegang pada janji arwah, dia takkan tinggalkan saya. Dia akan ada bersama saya, dia tetap akan menemani saya sampai bila-bila. Saya tidak menangis langsung, percayalah. Apabila tiba waktu untuk menatapnya kali terakhir dengan kafan, tiba-tiba saya tersentak. Saya menangis semahunya hingga tidak dapat menciumnya, air mata saya tidak boleh berhenti langsung. Dia mungkir janji. Ketahuilah saudari, hidup saya tidak tentu arah. Bayangkan kanak-kanak kecil 5 tahun perlu memahami erti kematian. Saya mengambil keputusan untul suicide, berdiri di tengah jalan. Tapi Allah sayangkan saya, tiada satu kereta pun di sana . Saya kecewa, saya ingin bersamanya. Hakikatnya saudari, amat payah untuk diterima. Tapi Allah mendatangkan hikmah yang tak ternilai, abang-abang saya yang lain lebih menyayangi saya. Walau kadangkala ada terasa dan perselisihan, mereka tiada pengganti. Walaubagaimanapun, sayangi mereka sepenuh hati. Mereka bukan tidak menyayangi saudari, tetapi mungkin belum dizahirkan. Sama seperti saya. Saudari sahabatku, jangan berputus harap pada Allah. Banyakkan berdoa, berdoa dan berdoa. Mintaklah apa sahaja dengan sabar dan ikhlas. Jangan lupa solat 5 waktu. Kuatkan jiwa dan hati dnegan tahajjud agar jiwa lebih tenang dan bersih. Apapun, apa jua yang berlaku Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..terlau sayang lebih dari segalanya.
Buat semua terutama saya, kembalilah mencari cita Allah. ALLAHUGHOYATUNA(Allah itu tujuan kita). Kita ada destinasi lain selepas ini, bagaimana mahu mengahadapNya..bagaimana mahu dijawab soalan-soalan dari pengawalNya. Ketahuilah, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kita..dan Dia takkan memberatkan kepada kita sesuatu yang tak sanggup kita tanggung. Buat ketiga-tiga mawar mujahidah, selamat maju jaya. Semoga dalam nanungan rahmah dari Allah..jika saudari-saudari ingin berkongsi rasa, saya tidak kisah. Selagi boleh bantu, saya bantu. Email saya ada pada Putri. InsyaAllah, dengan izinNya saya bantu. Saya manusia lemah, insyaAllah..Allah sentiasa bersama. La tahzan, Innallaha ma’ana. Cukuplah Allah bagiku. Terlalu cukup. Wallahu'alam. Wassalam.
_Althafunnisa'_
ini yg full version,putri tak dapat nak publishedkan semuanya. antum boleh baca.
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 1:22 PM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Friday, December 12, 2008
hikmah seorang ibu
kebiasaannya siapa yang muda perlu berkhidmat pada yng lebih tua. ana juga lah yang perlu berkhidmat untuk anak-anak buah ana yang comel dan nakal. my hero a.k.a daniel, dia yang jadi hero. daniel ni suka pada perkara yang cantik2 sj. maklumlah, jiwa lelaki tetap ada.
melayan kerenah anak-anak saudara semestinya memenatkan. mana tidaknya, belum habis nak layan yang sorang, yang sorang lagi dah menangis..merajuk. kadang-kala buat ana lelah terkejar sana-sini. kadang-kala menguji kesabaran, tetapi tatkala memandang wajah innocent mereka ana jadi tersenyum. dalam letih ada juga kemanisan yg Allah beri melalui senyuman mereka.
mereka pandai mengambil hati. bila lihat ana letih terduduk, datanglah si hero dan yang lain2 gembirakan hati ini. macam2 yang diorang buat. selalunya mereka meminta ana mengajar A,B,C...dan keluarlah segala perkara yang membuat ana lapang dada. subhanallah, Allah meringankan beban di dada dengan keletah mereka.
waktu makan, ada saja yang datang nak makan sekali. nak suaplah, dan macam2. kadang-kala mood kita terganggu, tetapi merenung wajah itu hilang rasa serabut. nak marah pun, rasa tak jadi. kadang2 terlepas jugak,hehe.
HAKIKAT WA MAJAZNYA:
ana belajar erti sabar dan ikhlas dalam melayani karenah mereka. juga terasa naluri seorang ibu tatkala melayan setiap patah kata yang keluar dari mulut mereka. walaupun belum bergelar ibu, tetapi fitrah itu tetap ada!
maksud ana, disini ana belajar betapa kita harus bersabar melayan mereka. ya! kerenah mereka bermacam-macam. ada yang nak ini, ada yang diminta buat itu. kadang-kala tak terjangkau dek fikiran kita dengan soalan-soalan dari mulut mereka. otak mereka sentiasa berfikir. dan kita perlu menunjukkan qudwah terbaik. walaupun bukan ibubapa mereka, namun kita juga dianggap role model.

ana berkata pada diri, "macam manalah anak2 aku esok, letih nak melayan ni,". tapi dari situ ana belajar bersabar. semestinya seorang ibu harus melayan kerenah anak2 dengan penuh berhikmah dan sabar. apabila menjadi ibu, sabar semulajadi ada. sanggupkah seorang ibu mencederakan anaknya? hanya yg tidak waras sahaja yg lakukan begitu.
konklusinya, apabila menjadi ibu kita akan lebih memahami dan belajar erti sabar. dan juga bagaimana melayan setiap ucapan mereka. tersilap,mereka ingat. apa yg kita ajar,mereka juga ingat. jadi, perlu untuk kita menggunakan 'akal sebaiknya untuk menjawab soalan mereka dgn baik. wallahu'alam
wassalam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 6:53 PM 5 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, December 11, 2008
masyghulatun jiddan
sebenarnya sewaktu menulis post pd kali ini ana betul-betul dalam keletihan,tapi dek kerana rindu akan beloved blog ini ana teruskan.
sejak akhir2 ini terrrlalu banyak perkara yang menghambat ana kesana kesini. lagi 2 hari ana diminta menjadi fasilitator kem penghayatan solat. ana perlu menemani ibu ke mana saja. walaupun letih, anggap itu sebagai pengorbanan! kerja di dapur memang 80% ana yang kena buat, mak dah tak larat.
anak2 saudara tercinta pulang,fatimah,aisyah,zainab. maafkan mak usu terpaksa bertegas dengan antunna. truely,ana tak larat sangat. pelbagai cabang ada dalam kepala ana sekarang. memikirkan bagaimana mahu membantu anak2 buah sukses dengan kem itu. berhadapan dengan muslimin,satu keberatan buat ana!
perancangan ana pun entah macamana. dalam kalut mengharungi hidup, sampai satu mesej dari nombor yang tidak dikenali,ruapanya sahabat baik ana,amalia. she asked me about darul quran,dapat tak?ana terkesima seketika. ana balas,dah ada yang dapat ke?. sahabat satu sekolah kami dah dapat comfirmation. terus air mata menitis laju, sepatutnya ana meraikan hari bahagia jiran ana. tetapi ana tak dapat tampung ia dari tumpah. dalam hati Allah saja yang tahu, kaciwanya ana. dari interview ana tau dah, from panel uia..ana dah tersangkut bab course.
letih dengan perjalanan! gundah dengan ujian!..itulah ana saat ini.
HAKIKAT WA MAJAZNYA:
belajarlah menerima apa yang Allah beri seadanya. Allah takkan beri pada kita perkara yang menyusahkan dan memudaratkan kita. ana teringat dialog didalam filem ayat2 cinta, "islam itu sabar dan ikhlas"(seingat ana). ya,sabar menerima ujian dr Allah. Ikhlas seadanya. menerima apa pun dengan senyuman..redho. ana pasrah, dan jalan di hadapan masih jauh.
ada yang sudah bertanya, "sudah berpunya?". soalan seperti itu takbiasa untuk ana jawab, jadi ana senyum saja. ana masih memikirkan himah disebalik "tidak dipilih" ke DQ. harapan ayah ana hancur. oleh itu hati ana sedang berkecai. ana tak sanggup melihat wajahnya,tapi ana pernah mengatakan pada ayahanda,"anis akan jadi hafizah suatu hari nanti walaupun tidak ke DQ".ayah cuma mengangguk.

tanggungjawab tergalas berat di bahu satu2nya ana perempuan. ana diasak dengan kesusahan belajar ilmu wahyu. ana tak kisah. yakinlah, Allah itu ada. selagi Allah ada, apapun percaya pada Dia. kita berjuang di jalan ilmu, Allah takkan susahkan melainkan untuk membersihkan hati kita, menambah iman dan meningkatkan taqwa. akhiiran, ittaqullaha rabbakum. aasif,ana terlalu letih.
tuntasnya, tanggungjawab kita sentiasa bertambah. jangan merungut, jangan gundah..Allah adalah yang terrrrrrrbaik. yakin dan ikhlas pada Dia. wallahu'alam.
wassalam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:53 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Tuesday, December 9, 2008
Tabah Terhadap Kesusahan untuk Agama
Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama
SahabatX
Editor: NuurZaffan
Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah.
Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.
Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.
Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi.
Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.
Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:
"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"
Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"
Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."
Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."
Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:
Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."
Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."
Iinilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.
sumber:iluvislam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:56 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Monday, December 8, 2008
happy belated birthday dear

Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 12:05 AM 0 comments
Sunday, December 7, 2008
pengajian islam vs profesional
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:22 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Friday, December 5, 2008
mein plan after SPM
Assalamualaikum...
waaa..udah lama nggak ketemu disini. Kangen bangat. Oklah,ana disini nak menjawab soalan-soalan lazim yang orang sekeliling akan bertanya apabila SPM dah habis. Nak buat apa lepas ni? Nak kerja ke? Nak kerja kat mana? Belajar keretalah..belajar kat mana? Taknak masuk kelas apa-apa ke?
Uishh, 8 hari 8 malam pun tak habis nak jawab. Jadi, ana tolong jawab pertanyaan semua tu kat sini. InsyaAllah, selagi terdaya ana jawab.
Q:nak buat apa lepas ni?
A:banyak perancangan, tapi tak taulah boleh buat semua ke tak. InsyaAllah,pertama sekali nak belajar kereta. Kedua, nak pergi kelas "apa-apa". Ketiga, nak belajar buat gelang,kait,sulam manik,macam sulamlah. Kira kelas menjahit la. Semua boleh. Keempat, update mein blog. Kelima, decorate bilik(dah macam kandang kambing dah..ish3). Keenam, melancong ke seluruh rumah abang-abang yang terdapat di Malaysia. Ade ke patut mein brothers suruh ana jadi maid,ish3..for Melly,Daniel(my hero),Dina..tunggu mak usu ya.nanti korang,mak jage. Sekarang ni ada kat Pahang, jaga Fatimah, Aisyah, Zainab..huhu. Abang pun dah sihat. Ketujuh, buat research sikit tentang apa-apalah. Kelapan, haaa,ni paling penting..nak qada' baca novel..like Syabab Musafir Kasih(Fatimah Syarha..my sis),Tunggu Teduh Dulu(Faisal Tehrani),Syahadat Cinta(Taufiqurrahman),Aku Terima Nikahnya(Hasrizal Abd Jamil..orang lain dah khatam 8juta kali dah), dan banyak lagi...sampai tak ingat. Kesembilan, jalan-jalan makan angin..bia kembong perut.huhu. Jalan pun kat KB Mall je..kat Kelantan ni nak jalan mana lagi. Orang-orang yang dah booking..Amalia,Syamila(kat KL),Kak Alynn(Shah Alam),Kak Fida(not sure,akak ni busy sangat),'Izzah(Hafizah yang thiqoh,alamak malu.Redah je la,mein bestfriend since sri aman), dan banyak lagi..tunggu pengesahan.ish3. Kesepuluh, jadi maid kat rumah sepenuh masa. Lepas ni tugas memasak ana akan ambik alih sepenuhnya. Waa,kalau kari cair jangan mengungut ya. Kemas rumah, cat rumah, cat bilik, beli sikit hiasan..haa,oklah. Kesebelas, InsyaAllah yang terakhir..beli kasut. Hari tu mak dah buang. Sedih bangat. Haa,tu perancangan ana. InsyaAllah, moga-moga Dia mudahkan segalanya.
Q:nakkerja ke?
A:Ishh, antum rase sempat ke ana nak kerja..dengan perancangan sebegini rupa. Tengoklah,kerja kat rumah sendiri pun da banyak.
Q:Nak kerja kat mana?
A:Stakat ni belum fikirkan lagi, tapi akalu boleh nak kat SecretRecipe,tapi tak rasenye. Ayah tak bagi.
Q:Belajar kereta kat mana?
A:InsyaAllah kat Yakin Pandu dengan kawan mak, Mak Cik Jah. Mudah2an.
Q:Taknak masuk kelas apa-apa ke?
A:Naaaak, nak sangat. Macam-macam nak masuk ni,tapi kena mintak permition ayah dulu. Ayah bagi beberapa kelas je. InsyaAllah, lancar semuanya.
Ok, ana dah peruntukkan beberapa juta saat untuk jawab soalan lazim ni. Hakikat wa majaznya, Allah yang tentukan. Ini hanya perancangan, tak semua terlaksana..mungkin. Ikut kesempatan yang ada. Kadang-kadang ada hal-hal yang tak jangka berlaku..macam sekarang ana dah ada kat Pahang, abang sulung ana suspect Denggi, Alhamdulillah lepas makan sup ketam, dah baik.
ok..jumpa di post yang lain...
wassalam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:17 AM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, December 4, 2008
susah la kak...
berderai ketawa kami,sama-sama saling meminati Fahri.Ahh berangan saja.
"yealah kak,apa-apa aje,"ujarnya sambil tersenyum manis. Manis senyuman itulah yang membuatkan banyak jejaka meminantinya. Kasihan dia,banyak dugaan datangdari muslimin
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:05 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Wednesday, December 3, 2008
Da new One..
assalamualaikum dan selamat cuti-cuti..
blog lama dah delete sebab tersilap update.lagipun pengisian ntah apa2..tapi kalau penulisan ukht anis ok saja.cuma apa yg anis tulis macam takda kesan.ok,no more about that.
ALHAMDULILLAH sangat2,SPM dah habis.bukan penyeksaan berakhir,tetapi kelelahan mengejar kelajuan cikgu2 untuk menghabiskn silibus2 pelajaran..juga menghabiskan latihan2 nak berperang(walaupun tak sempat habis).
akhirnya tepat 12.25tengahari,berakhirlah paper ekonomi asas yang membuatkan student aliran akaun menyampah gle dengan student science.sebab..diorang habis semalam.siap lambung2 kertas agik,aduuh,bebulu je kitorang tengok:)
saba aja dieh.akhiiran,habis jugak.alhamdulillah sangat2.tak rasa bebas sangat sebab berdebar untuk result pulak then destinasi selepas ini? Itu yg anis fikir2kan.ustaz Lah cakap,"enti buat istikharah la,".."alamak ustaz,bukan saya nak pilih jodoh,"(jahilnya jawapan).."laa,enti ingat nak cari jodoh jah ko wat istikharah,"..anis tersengih je.malu sendiri,gurau dengan ustaz je,lepas ni tak jumpa ustaz dah.takkan nak ngadap syariah lagi dengan ustaz.but I really2 miss ustaz dengan pengajian bout syariah..esp usul fiqh.tajuk yg paling susah but senang sangat.alhamdulillah
wabillahitaufiqwalhidayah..wassalam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 12:16 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'