Di suatu petang dalam keadaan angin bertiup sepoi-sepoi language, dua orang sahabat sedang duduk bersembang santai di tepi tasik shah alam yang cantik....
"mira,kalau mira nak suami..nak suami macam mana??" wawa bertanya dengan wajah yang penuh tanda soal dan penuh minat...
"hmmmm...kalau mira...mira nakkan calon suami yang tinggi..."mira menjawab dengan tersangatlah penuh pengharapan jugak...
"la...kenapa tuh je kriteria yang mira letakkan??kenapa mesti 'tinggi'??" wawa seakan2 masih kurang berpuas hati dengan jawapan mira...
"errmmm...sebab...mira suka orang tinggi la...ala,yang nak kahwin tuh,mira..wawa cari lah ikut yang wawa minat..." mira menjawab dengan slumber.
"mira,jangan terlalu memilih...cukup la kalau calon suami tuh ada agamanya,kuat hubungannya dengan Allah..abis,kalau datang seorang lelaki meminang mira,lelaki tuh baik dari agamanya,tapi cuma kurang ketinggian,mira nak tolak macam tuh je?" wawa cuba menyedarkan sahabatnya kembali...tapi mira sekadar senyum menadah telinga...
"wawa...maksud mira tadi..mira nak lelaki yang tinggi...tinggi ilmunya,tinggi ketaatannya pd Allah...tinggi semangat juangnya dalam medan dakwah,tinggi tanggungjawab sebagai imam pada mira,tinggi tanggungjwbnya pd keluarga...tuh la mira cuba nak sampaikan..." mira tersenyum lebar...ditambah kerana berjaya menyakat sahabat kesayangannya itu....wawa tersenyum sambil menyekeh2 sahabatnya...
----------------------------------------------------------------------
Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan
Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)
Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.
Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.
-----------------------------------------------------------------------------------
Mudah-mudahan,dengan sikap 'berhati-hati' kita dalam memilih calon imam, akan terbina baitul muslim yang berjaya,penuh sakinah mawaddah warahmah... =)
Sumber : http://ibnusulaiman.wordpress.com
Diedit sikit2 oleh : imtiyaz
Pengalaman beli rumah (Siri 4)
5 months ago