Tuesday, June 22, 2010

Sedih???ntah lah...

Tundukku Malu Didepanmu
Kernaku Insan Berdosa
Kuadukan Sesalanku
Apakah Kan Kau Terima

Kesunyian ini Sedarkan Diriku Yang Lena
Tinggalkan Semalam Yang Nanah
Lantas Meratap Hina Kan ku Pada Sempurnamu
Terpaut aku Tak Berpaling

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Temukan Laluan Bermula
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara Yang Melepaskan Dahaga

Suburkan Cahaya Menerangi Langkahku
Semaikan Segala Hiasan Indah Cintamu

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara Yang Melepaskan Dahaga

ku Mohon Kau Tenangkan Gusar Hatiku Yang Rawan
Bimbang Kau Singkirkan Taubatku
Kurayu Kau Hulurkan Keampunanmu Padaku
Kelakku Zalimi Diriku

Janjiku Padamu Abdikan Seluruh Jiwa
Sehingga Masanya Kau Seru Hujung Nyawakux2

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara Yang Melepaskan Dahaga

Tak Jemu Dimanakah Hentinya Rayuan Taubatku Padamu

Lagu : Jalan Pulangku
Artis : UNIC


Monday, June 14, 2010

Opppsss..TERbersin pula...

"acchhummmmm...."

"eh2..Ray bersin...hehe"..Ray,satu-satunya kucing keluargaku...lebih kurang 3 bulan dalam peliharaan kami..Seekor kucing jantan yang dibeli ayahandaku di Kedah..kiranya anak kelahiran Kedah jugak lah nih...huhu...
Gembira hatiku melihat setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh Ray... mungkin perkara biasa bagi mereka yang kurang gemarkan kucing...
tetapi bagiku...owh...satu perkara yang menggembirakan...
Bila saya terlihat Ray bersin..lengkap..dengan mata yang tertutup ketika bersin...tanda kebesaran Allah...Subhanallah...

Mungkin sahabat2 ada yang dah tau fakta mengenai 'bersin'...=p
Kelajuan udara yang keluar sewaktu kita bersin boleh mencapai 70 m/detik (250 km/jam).Sebab itu lah mata kita automatik tertutup masa kita bersin..takut2 tersembul biji mata kita...uiihhh..menakutkan....

Nih lah Ray..anak jati Kedah...=p




Bersin..sesuatu yang akan berlaku dalam kehidupan..perkara yang simple...

Menyentuh tentang kehidupan, dua aspek yang turut dicakupi oleh Islam ialah adab ketika menguap dan bersin.Dua perkara yang lazim berlaku kepada kita, tanpa disedari telah digariskan oleh Islam adab-adabnya.

Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]

Adab Bersin

Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis yang pertama di atas. Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.

Mengingatkan banyak kebaikan bersin, ditambahi dengan faktor bahawa ia adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, seeorang itu dituntut untuk memuji Allah ketika bersin. Bacaan pujian tersebut ialah “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” yang bermaksud
“Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu”

Pernah seorang lelaki bersin ketika berada di tepi Abdullah bin ‘Umar al-Khattab. Lalu lelaki tersebut berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” Berkata Abdullah bin ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., (sebaliknya) baginda mengajar kami berdoa: Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).”
[Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738].

Seterusnya, apabila kita mendengar saudara kita yang bersin memuji Allah, hendaklah kita mendoakannya dengan berkata: “YarhamukalLah” yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian bagi yang bersin, dia mendoakan kembali orang yang mendoakannya tadi dengan berkata: “YaghfirulLahu lana wa Lakum” yang bermaksud: “Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian”.
[Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 686]

Hikmah di sebalik semua ini ialah terjalinnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam. Apabila kita mendoakan saudara kita yang bersin, dia akan merasa senang dengan kita. Seterusnya apabila dia mendoakan kita pula, kita pula akan merasa senang kepadanya. Hingga akhirnya terjalinlah ikatan ukhuwah dan kasih sayang semata-mata kerana bersin.

Seandainya orang yang bersin tidak memuji Allah, kita tidak dituntut mendoakannya. Pernah dua orang bersin berdekatan Rasulullah s.a.w., lalu baginda mendoakan seorang dan membiarkan seorang yang lain. Orang yang dibiarkan itu bertanya, mengapa baginda tidak mendoakannya? Baginda menjawab: “Orang itu memuji Allah (setelah bersin) manakala kamu tidak memuji Allah (setelah bersin).”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6225]

Adab terakhir ketika bersin ialah menutup mulut dan hidung dengan tangan atau kain. Pada waktu yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara. Jangan bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 5029]

Adab Menguap

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan. Jika hendak dibandingkan dengan bersin, menguap adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t.. Sebabnya, menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur. Oleh kerana itulah, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) dalam kitabnya Fath al-Bari (jld. 10, ms. 628) mengemukakan sebuah riwayat dari para sahabat yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menguap sama sekali.

Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka adab yang pertama ialah jangan mengeluarkan sebarang bunyi. Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap.

Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah:

“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]

Adab kedua jika terpaksa menguap ialah menutup mulut dengan tangan. Jangan membiarkan mulut ternganga sehingga jelas ternampak “intan dan berlian” yang melekat di celah-celah gigi. Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]

Thursday, June 10, 2010

HADIRMU Dinantikan atau Ditakuti???

Sebak hati saya melihat adik saya,Syafiq...menangis sambil menatap gambar sahabatnya yang telah kembali ke rahmatullah...
"rasa cam baru ja syafiq jumpa dia..."teresak2 adikku sambil meluahkan kesedihannya...
saya sekadar memujuk memberinya sedikit semangat...
Hmmmm..."KEMATIAN"...
juz one word...
tetapi penuh misteri...hadirmu tak siapa yang tahu...
hanya Dia yang mengetahui segala-galanya...
Buat mereka yang beriman...hadirmu disambut dengan senyuman...
tanda berakhirnya penat lelah memperjuangkan hakNya...
Buat mereka yang GAGAL di dunia...namamu sentiasa ditakuti..
kerana terlalu sayangkan dunia...
cintakan dunia melebihi Penciptanya...
Bersedialah...setiap insan akan 'menyambut' kedatangannya....
bezanya...dengan senyuman atau ketakutan....

Remaja mati lemas dipukul ombak

LUMUT 5 Jun - Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun mati lemas, manakala dua adik perempuannya tenat apabila dipukul ombak besar semasa bermandi-manda di pantai peranginan Teluk Senangin, Segari, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, kejadian itu berlaku semasa ketiga-tiga mereka sedang berkelah bersama ahli keluarga di pantai berkenaan pada kira-kira 2.20 petang.

"Ketika mereka sedang asyik mandi manda, satu ombak besar secara tiba-tiba memukul pantai. Kejadian itu disedari ayah mereka Kamaruddin Marbawi yang berada berhampiran, tetapi beliau hanya sempat menyelamatkan dua anak perempuannya," kata Mohd. Jamil kepada pemberita di sini.

Mangsa, Khairul Afizi Kamaruddin, yang merupakan anak sulung, hilang dibawa ombak, dan dijumpai terdampar tidak jauh dari tempat kejadian oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba ke tempat kejadian setengah jam selepas kejadian, katanya.

Mohd. Jamil berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung dekat sini meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM).

Dua adik mangsa, Saidatul, 15, dan Dalilah, 14, dimasukkan ke unit rawatan rapi HSM dan dilaporkan masih kritikal, katanya.

Mayat Khairul Afizi dituntut ayahnya pada pukul 6 petang selepas dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Imran Ahmad berkata, sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada apabila mandi di kawasan pantai berikutan musim hujan yang menyebabkan ombak besar sering melanda pantai. - Bernama

Sedikit pesanan dari saya...mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Afizi..

Thursday, June 3, 2010

7 golongan insan contoh

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”


Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...