Sunday, June 29, 2008

SeMinAr MemaHami CabaRan SauDarA BarU.....

THE LORD OF THE 'ALAMIN

"THE MIGHTY ALLAH SUBHANA WA TAALA"

Photobucket


Pada 29 jun lalu,saya telah menghadiri satu seminar di dewan MBSA Shah Alam....pagi itu,sebaik sahaja tiba di sana,saya telah berkenalan dengan seorang peserta yang mana..nak kata saudara baru..xderlah baru sangat....NorKhaleeda namanya..manis orangnya....dari rupanya dah boleh agak dia nih chinese...Tak lama tuh..terdetik juga hati saya nak tanya soalan....Dah berapa lama dalam Islam?Macam mana perasaan mula-mula peluk agama islam...Semuanya di jawab tenang...Dia pun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 org anak....Sempat juga dia nasihatkan saya...

"Kalu syuhada mau cari suami...cari yang ada agama ya...Yang ilmu agamanya bagus...."

Saya hanya tersenyum...memang itu lah impian seorang wanita..nak sehidup semati dengan seseorg yang sememangnya tinggi ilmu agamanya....

Tak lama tuh...baru lah penceramah yang pertama masuk ke dewan...dengan muka yang ceria...Dia perkenalkan diri sebagai Ustaz Redhuan Tee....Ustaz memang ceria orangnya..dan terlampau semangat setiap kali hendak menyampaikan sesuatu...Kadang-kadang suara kuat..kadang-kadang nada sayu...tapi kalu time suara dia kuat..adeh....dasyat gak...Ustaz memulakan ceramah dengan menceritakan tentang cara kita 'menjual' islam....Padanya..orang-orang Islam sekrang nih..suka 'mensensasikan' hal-hal negatif orang islam yang lain..kalau kiter buat macam tuh..macam mana kita nak tepis tanggapan yang negatif dari orang bukan islam...

Ustaz lebih banyak menceritakan perihal Buddha...orang cina...Ustaz ada sebut pasal cara nak tarik perhatian orang cina supaya datang ke masjid...kata dia...dekat Malaysia nih...tak ada lagi masjid cina...masjid india dah ada..kenapa taknak tubuhkan masjid cina...kalau bina masjid...bahagian bumbung masjid tuh cuba tambahkan binaan-binaan 'lentik'...kemudian dekat sign board masjid tuh..tambahkan tulisan cina ckit..mesti ada orang cina yang tertarik...yerlah...orang cina kan suka kalau benda-benda yang berkaitan mereka....kak khaleeda mengangguk2 tanda setuju...

lepas tuh ustaz mula bandingkan ajaran buddha dan agama Islam....topik yang ustaz sentuh mula-mula sekali tentang "integriti menurut buddha" iaitu 10 larangan dalam kehidupan...di sini saya senaraikan semua 10 larangan tuh...



  1. JANGAN BUNUH HIDUPAN BERNYAWA


  2. JANGAN MENCURI


  3. JANGAN BERZINA(ELAK PERGAULAN LUAR BATAS)


  4. JANGAN BERDUSTA


  5. JANGAN MINUM ARAK


  6. JANGAN GUNA SEBARANG WANGI-WANGIAN


  7. JANGAN MENONTON SEBARANG HIBURAN


  8. JANGAN TIDUR ATAS KATIL BESAR/LUAS


  9. JANGAN PAKAI EMAS PERAK


  10. JANGAN MAKAN LEPAS TENGAH HARI

semua nih larangan buddha...kemudian ustaz terangkan satu-satu setiap larangan tuh......"JANGAN BUNUH HIDUPAN BERNYAWA"....ini memang x sesuai la dalam agama kita..sebab kalau Allah larang kita bunuh hidupan bernyawa...mestilah kita tak boleh makan benda berdarah...so..maknanya..mesti lah Allah akan ciptakn struktur gigi kita lain...tak perlu nak ada 32 batang gigi untuk makan sayur-sayuran je..mungkin kita hanya memerlukan gigi central incisor dan lateral incisor....


Kalau orang yang betul-betul ikut ajaran buddha,dia takkan duduk serumah dengan lelaki sebelum dia berkahwin..


Buddha juga tentang sekeras-kerasnya perbuatan minum arak...Semua agama menentang tp still ada kilang arak yang besar-besar...terutama kat shah alam nih....


buddha pun x benarkan hiburan...sampai ustaz kata....entah-entah kalau buddha still hiup..dia pun x bagi dengan 'jom heboh'...satu dewan gelak....kak khaleeda siap kata..


"yalah....orang islam sekarang..cakap tak serupa bikin..."

yerlah...nak buat mcm mana...bukan senang nak suruh semua orang jadi baik....kita sendiri pun..bukan main susah nak jaga diri...ustaz pun ada kata..orang melayu nih suka buat benda yang dia sendiri tak paham..contoh pasal kisah satu stesen radio nih...time tuh ustaz tgh dengar berita yang stesen radio tuh sampaikan..tetba..tak lama pastuh...pasang lagu sepanyol....ustaz terus call dj radio tuh dan terus tanya dj tuh faham ke tak maksud lagu tuh..dj tuh kata tak..ustaz suruh tanya orang atasan yang setkan lagu tuh..orang tuh pun kata tak faham maksud lagu tuh...adeh...tol gak...

Ustaz Redhuan kata..dia x larang cina nak masuk kristian...tapi...aper kurangnya ISLAM?Ada satu kes yang ustaz cerita,ada seorang lelaki nih..dia dah peluk islam selama 25 thn....dah ader 3 orang anak yg masing2 sedang menuntut di ipt,tapi katanya..sepjg dia dlm islam..dia xtau langsung satu huruf arab pun!dan yg paling mengejutkan..dia langsung tak dapat rasakan kewujudan Allah swt...masa anak2 bawa dia ke masjid...dia ikut jugak and solat macam biasa...tp just ikut imam je...bacaan dlm solat pun langsung dia xtau sampailah ada satu hari tuh..seorag wanita bawa dia ke gereja...time tuh baru dia rasa kewujudan tuhan..... At the end,lelaki tuh nak convert to kristian plak....

Ustaz kelihatan sebak sangat masa ceritakan kisah nih....

"kenapa boleh jadi macam nih!"....persoalan dituju kepada semua peserta...

"kenapa masjid tak boleh tunggu 24 jam utk org masuk islam tapi gereja boleh?!Cuba bayangkan...suatu hari..tgh2 mlm anda didatangi seorang sahabat yang ingin masuk islam..so anda suruh dia mengucap dulu...then anda kata kat dia yg daftar esok pagi waktu pejabat kat jabatan agama...mcm mana tetba..sejam pas dia mengucap...dia meninggal??dah tentu lah family dia ingat dia still dalam agama mereka...padahal...dia dah masuk islam...family dia confirm nk kebumikan dia cara agama mereka..mcm mana nih??"

saya pun terfikir juga pasal nih...Kegagalan kita....kita hanya tunggu orang datang..tapi kita tak pergi pada orang...kalu kristian...mereka pergi pada sasaran..bukan hanya menunggu!....

So..sahabat..ingat lah yer...apa2 pun....kita tak boleh buat dulu..baru kaji...tapi kena kaji dulu sebelum buat sesuatu...sempat juga ustaz bergurau...
"tgk mcm negara kita..naik minyak dulu..baru kaji.."

Tuesday, June 24, 2008

MeNjadiKan kULiaH SebAgai IbadAh....

Dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama serta mubaligh-mubaligh, sepertinya telah menjadi darah daging sebuah penyataan Iaitu: "Kejarlah akhirat, tapi kejar pula dunia. Fifty-fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat".
Pada mereka yang berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sembahyang, haji, puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat. Sedangkan bila bertani, berdagang, berkebun, berternak, kerja di pejabat, memimpin masyarakat dianggap sebagai amalan dunia.
Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat sendiri.Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat.
Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenar satu persatu.
Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat atau tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Apa itu akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALAH SWT.

Amalan atau pekerjaan akan menjadi amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:
1. Niatnya betul.
2. Perkara yang hendak dilakukan tidak melangar syariat
3. Pelaksanaan mengikuti syariat
4. Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat
5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Solat, Puasa, Zakat).

Sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi. Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Ertinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan adakalanya amalan tersebut boleh membawa kepada dosa.


Photobucket

Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani boleh menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.
1.Niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar kerana menginginkan gaji, nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Jika menuntut ilmu hanya ingin mendapatkankerja dan mendapat gaji sahaja, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya akan jadi amalan dunia dan tidak akan bererti apa-apa di akhirat.
2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak melanggar syariat.
Contohnya: ilmu usuluddin, fiqh,perubatan, engineering, dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti ilmu sihir.
3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam. Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki Perempuan, tidak membuka aurat.
4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat. Masyarakat jadi cerdik dan tidak jahil dengan adanya mereka. Baik dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran seperti engineer, jururawat,doktor, guru, dan berbagai pekerjaan yang lain. Dengan demikian, semua ini dapat membantu membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggungjawab.
5. Ketika menuntut ilmu, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, sembahyang, dan puasa. Kadang-kadang, kerana sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas, solat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan jadi amalan dunia saja.

Wallahualam....

Sunday, June 22, 2008

PoHon SyuHaDa

Jagalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah walaupun dengan separuh biji kurma dan kalau tidak dapat, maka dengan kata-kata yang baik.
(Muttafaqun 'alaih)


Ahad, 5 Ogos 2007
Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:“Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah”(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada.

Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel .

Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut."Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat.

Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.“Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi,” komen daripada penduduk yang lain, “Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!Isnin, 6 Ogos 2007Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...

Photobucket
Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah

Photobucket
Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...

Photobucket
Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...
Wallahua'lam

Saturday, June 21, 2008

MaDah waNitA soleHaH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
wanita melayu terakhir
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
wanita solehah

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...