Recent Posts

Like This Blog ?

Jumaat, 29 April 2011

Apa Itu Program PTC ?


sumber : Sekilas

PTC (Paid To Click) merupakan suatu program yang akan membayar kita hanya dengan mengklik iklan dan membiarkan iklan itu muncul dilayar selama sekitar 10 s/d 30 detik. Jumlah iklan yang ditampilkan tergantung situs penyedia program PTC. Selain itu dengan mereferensikan orang lain untuk bergabung dan menjadi referral (downliner) kita akan mendapatkan komisi/bonus untuk setiap klik yang dilakukan oleh referral kita yang bisanya berkisar antara 25% s/d 50% tergantung dari situs penyedia program.

Program PTC sangat mudah untuk diikuti karena tidak membutuhkan ketrampilan atau keahlian khusus bahkan biaya pendaftaran gratis. Untuk mengikutinya dan menjadi member atau clickers yang dibutuhkan hanya jaringan internet, email account dan rekening digital seperti Paypal atau Alertpay.

Berapa banyak penghasilan yang bisa didapatkan ?
Misalkan jumlah iklan yang ditayangkan adalah 10 dengan nilai klik untuk setiap iklan $.0.01 dan referral klik per iklan $.0.005 serta jumlah referral yang aktif 10 orang, maka penghasilan yang didapatkan :
Klik 10 iklan per hari = 10 x $.0.01 = $.0.10
10 referral klik 10 iklan per hari = 10 x 10 x $.0.005 = $.0.50
Penghasilan harian = $.0.10 + $.0.50 = $.0.60
Penghasilan mingguan = $.0.60 x 7 hari = $.4.20
Penghasilan bulanan = $.0.60 x 30 hari = $.18

Bila mengikuti 10 program PTC, maka penghasilan per-bulan sekitar 10 x $.18 = $.180

Batasan dan Aturan dalam PTC


  • Hanya satu keanggotaan (username) untuk setiap penyedia situs PTC. Situs penyedia program PTC biasanya mencatat username dan IP Address, sehingga dengan IP address yang sama tidak bisa didaftarkan dua kali dan bila ketahuan keanggotaan akan dihapus.
  • Satu jenis iklan biasanya hanya bisa diklik sekali dalam sehari dan bila masih tersedia maka dapat diklik pada hari berikutnya.
  • Dan untuk lebih detail lagi dapat dilihat di TOS (Terms of Service)

Kita Tidak Mampu Memilih Rupa Bentuk Kita :)


Lelaki atau perempuan, berhidung mancung ataupon pesek .. berkulit cerah ataupon gelap,
itulah ciptaan ALLAH buat kita .Kite sendiri tidk berkuasa penuh pd tubuh bdn kite . kdg2,byk perkare yg tidk kite inginkn ttp ade pada diri kite .

Ada orang cuba menukar jantina kerana tidak berpuas hati dengan jantina mereka. Ada org menggunakan pelbagai ubatan bagi memutihkan kulit mereka. Ada yang melakukn pembedahan kerana mereka tidak puas hati dengan bentuk mata dan hidung mereka. Ada juga org melakukan pembedahan berulang kali apabila usia semakin tua bagi membaiki kedut-kedut yang muncul pd kulit .

Walaupun usaha dilakukn, mengubah rupa bentuk asal tidak kekal , malah mengundang bahaya . Kita tidak dapat menambah tangan yang sudah ada ataupun menambah lagi mata supaya menjadi empat . Kita tidak akan mampu melawan tua . Mahu ataupon tidak , hmpir semua org mesti melalui tempoh tua sebelum meninngal dunia .

Dlm surah AL-QASAS , ayt 68 Allh sendiri bagitau kita die menjadikan apa yg dia inginkan dan menentukn pilihan sendiri . Semua makhluk ciptaan Allah tidak mampu memilih bentuk kejadian merek.


Apabila kita sendiri tidak mampu memilih perkara yang ada pada diri kita sendiri , tentu ada kuasa yang mencipta dan menentukn rupa bentuk kita . Dialah yg membentuk rupa kita semasa kecil, die juga yang membentuk rupa kite selepas kita dewasa. Kuasa itu adalah TUHAN kita iaitu ALLAH yang mencipta manusia dan seluruh alam ini ..

sumber : Adik Fyqa

Jumaat, 22 April 2011

Celcom Kolony ! Thanks Nuffnang ! BE ke-4 baru !


Alhamdulillah... huhu ~ Celcom Kolony kini menjadi BE ke-4 .. BE aku tak lah banyak macam orang lain tapi ade laa... Celcom Kolony tu baru lagi , semalam kot , Tenx kepada sume yang BW kat sini , komen2 , dan yang sudi follow aku...

so , sapa-sapa yang nampak iklan berkenaan terpapar , rajin-rajin la tangan untuk klik , hehe ~ Tak pee , aku klik korang balik , juz shout kt shoutmix , jgn komen yaa.. hahahaha .. Rajin-rajin la korg BW supaya dapat BE yang UMPH !! haha .. anyway , tenx Nuffnang !

Cara Nak Lajukan Broadband Bagi Yang Dah Habis Limit


huhu .. Posting ni juz nak share camne nak lajukan broadband yang dah habis bandwidth , aku try la guna , tapi taktau camne hasilnye .. same je .. Klau nak tahu lebih , jom ke blog BudakBotak . Hehe .. juz sharing ~  Salam ~ :)

Khamis, 21 April 2011

CARA MENGELAK DARIPADA SIHIR Dan KEJAHATAN LAIN


ASSALAMMUALAIKUM.....

Antara langkah penting yang boleh menyelamatkan seseorang daripada disihir adalah membentengi diri dengan zikir syar'ie dan membaca doa matsur. iaitu....


1. Membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai mengerjakan solat fardu selepas membaca zikir zikir....


2. Membacakan ayat al-Kursi menjelang tidur,kerana ia merupakan ayat yang paling mulia di dalam Al-Quran Al-Karim.....


3. Membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq dan surah Al-Nas setiap kali mengerjakan solat fardu....


4. Membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah pada awal malam,iaitu firman ALLAH TAALA ayat 205 dan 206.


Rasulullah S.A.W bersabda...

"sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi pada waktu solat malam,Allah S.W.T mengutuskan kepadanya malaikat sebagai penjaga dan sayitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.

Rasulullah S.A.W bersabda....

"sesiapa yang membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah pada suatu malam,kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya. (dari segala kejahatan)

5. Memperbanyakkan membaca doa.

pada waktu malam siang hari,ketika berada di suatu tempat laut atau hutan.

Rasulullah S.A.W bersabda...

"sesiapa yang mendiami sesuatu tempat penginapan,lalu ia berdoa "
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah kalimah yang sempurna daripada segala kejahatan dan daripada apa sahaja yang diciptakan olehnya"
" Amalkan ia Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dilindungi dari segala kejahatan "

7 Tips Membeli Laptop


1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.


3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.


4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.


5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.





6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.


7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Blog Aku Hilang ? Bagaimana untuk dapatkan blog yang hilang ?

Huh ! Hari ni hari paling menakutkan bagi aku.. Ayah aku dah bagitahu yang blog aku hilang time dia surf kat pejabat , ha ? hilang ?! hmm... aku buat xkesah je coz ingtkan dia tersalah.. aku pun rilek2 jee.. lalalala... last pagi khamis aku xpegi skolah , aku buka la blog aku , ha ? dia ckp "The Blog syok-blogger.blogspot.com was remove and cannot create same domain" ape hal ni ??? adoy !! n slalu tunjuk camni...


huh ! bila nk login asyik minx verify code , aku pun try3 n try , smpai la code tu kat nset , baru aku boleh akses blog aku... syukur Alhamdulillah..~~ hehe ~~ emoga sukses selalu ~~ Salam ~~ mood : happy :)

Jumaat, 15 April 2011

Kalau Tuhan tu Baik , Kenapa Buat Neraka ?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak...

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami......

hehe... buffered earning semakin meningkat walaupun agak slow ..

  
Tenx la lat Nuffnang yang sudi bagi BE kat Syok-Blog ni. Dah lama daa... Pic atas menunjjukkan angka yang sedang meningkat. Walaupun sikit je tapi aku juz nak naikkan semangat blogger lain yang sedang berlumba-lumba tu. Huhu.. Klau kurang jelas , klik la pada gambar tu.. nampak kan ? Semua ni dari sumbangan ads Nuffnang yang ni >

Biar Betul
 dan yang ni >


Semoga terus berkekalan...hu3.. Teruskan membaca .:Syok-Blogger:.

Rabu, 13 April 2011

Buku Lucah ? Ape tu ?

haha... tadi aku cari kat google tentang buku lucah sebab kat keyword nuffnang aku ade terkena kat blog aku.. Tapi bila aku search xde pape pun... ntah.. :)


haha.. tapi hikayat merong mahawangsa la tiap-tiap hari ade kat blog aku.. tenx google ! hehe.. :)

Celcom Bil Tinggi ? Gila ?!


haha.. saje2 bosan... tgok la gila punya celcom... ade ke patot x guna pun bil dah mencecah Rm100 lebih ?


ape la celcom ni... sim x guna langsung kne caj jgk.. x cabut lg dari kad.. sentuh pun x..


ape la celcom ni...~~ Salam ~~

30 Tips / Cara Menjimatkan Air di Dalam dan Sekitar Rumah


Tandas

1 . Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
4. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Bilik Mandi

5. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
6. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas aray menyiram taman.
7. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Sinki

8. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, mengosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
9. Baiki Sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

Taman

10. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
11. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
12. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
13. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
14. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
15. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
16. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada untuk membersihkan kawasan luar rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

 Dapur

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Garaj

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Cara-cara menjimatkan air lain

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Sabtu, 9 April 2011

Bufered Earning 1 !! horey !

Salam... Ni entry paling bez laa.. gler2.. pagi td lpas aku bangun solat sbuh, trus buka komputer, nk berblog la.. last-last buka nuffnang skali, huhu ! ape aku nampak ? Pendapatan Trumpuk !! maklum la aku buat dlm bhasa melayu, Buffered Earning la... heehe...

 Nampak tak ? walaupun sikit tapi lebih baik dari tak der langsung.. alaa.. lama-lama meningkat la tuh.. hu3.. okeyh... pada yang belum dapat tu usahalah banyak2...he2.. Salam..

Jumaat, 8 April 2011

Swiflets Sound Free Download l Download Suara Walit Percuma


Semakin hari semakin bertambah rumah-rumah walit. Tanpa disedari, di sekeliling kita sudah penuh dengan bunyi-bunyian pangilan walit pelbagai jenis. Adakah anda sedar ? Perusahaan walit kini kini semakin maju, harga yang tinggi menyebabkan mata setiap yang ingin bergelar usahawan menjadi bertambah taksub. Haha... Artikal alu kali ni ingin menyentuh tentang suara burung walit. Pengusaha burung walit kini sibuk mencari suara walit yang berkualiti. Silap hari bulan kena tipu ! hua3...


Macam-macam bentuk jualan suara walit seperti kaset, cd, pendrive... aku guna pendrive.. lagi senang... aku pun ada koleksi suara. Cuma belum sedia untuk dijual... he3... okeyh..juz sharing info..  jom sertai burung walit ? PENDAPATAN MENGUNTUNGKAN !! & BOLEH DIWARISI !! ~~

Jumaat, 1 April 2011

Sambutan April Fool's Day - Kejatuhan Kerajaan Islam di Granada


Terdetik hati aku untuk publish tentang April Fool's Day ni sebab kat masjid tadi ade 1 kuthbah tentang ni. Jadi, bace laa... >

Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...amin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Sponsor Post !