"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, October 5, 2016

Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series.

Assalamualaikum
hye semua :D

Setiap kali nak travel atau pergi camping ke mesti korang ada masalah nak bawa set mandian kan? Nak bawa yang besar and letak dalam bag rumit sebab ruang bag limited sangat. Tambah kalau student macam Syira ni, ada program jauh-jauh atau camping mesti nak cuba bawa barang sekecil yang boleh. Alaa..asalkan ada. Sebab kalau tak bawa nanti rasa tak lengkap pula.
Dulu pun Syira selalu fikir tentang ni tapi sekarang Syira dah ada penyelesaiannya :D Tak perlu dah bawa sabun, shampoo yang besar. So apa kata korang dapatkan Ecowell 's Bath Series travel set yang comel macam Syira ni...hehee!


Ecowell Organic Bath and Body Care Series ni didatangkan dengan empat jenis iaitu hair conditioner, shower gel, shampoo dan body lotion. Semuanya Syira dah review di entry sebelum ini.
Produk ni Syira suka sebab ia menggunakan bahan-bahan organik :D memang elok sangat la. Bahan organik ni tiada kesan sampingan yang akan menjejaskan kita dan sekarang ni memang kita digalakkan menggunakan produk yang diperbuat dari bahan organik sebab lebih selamat.
Bila korang pakai produk ni, akan ada bau vanilla dan tesksturnya tidak melekit. Set ni didatangkan sekali dengan sponge mandian tau :D lengkap dah. Kalau nak bawa set mandian ni kemana-mana pun mudah, tak guna ruang yang banyak.


sesiapa yang ada produk dari Ecowell ni kita geng ! hehe..yang lain kalau nak geng macam Syira juga, boleh beli melalui link di bawah. Boleh scroll entry Syira sebelum ini untuk ketahui apa yang best sangat set mandian ni :D



SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series


Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html


Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/


11street 
http://store.11street.my/nestore


FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset #bathset #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection #ICEACertifiedOrganic #Dermatologicallytested #NormaltoOilySkin #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack #bestseller #ecowell #naturalelixirs #organicingredients

Monday, October 3, 2016

Program Bicara Buku MENTALITI JAMBAM di Universiti Malaya.

Assalamualaikum
hye semua !!

PROGRAM BICARA BUKU MENTALITI JAMBAM - Khairul M Abdullah

Tarikh : 5 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 10.30am -12.30pm
Tempat : Ruang Pameran Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
Anjuran : Perpustakaan Universiti Malaya dan Komrad Buku.


Buku ini menyentuh tentang keseluruhan aspek kehidupan, sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia yang sesetengahnya dilihat telahpun menjadi seperti budaya yang diamalkan dan sukar untuk diubah. Contohnya dari segi sikap dalam pergaulan sosial, pemanduan di jalan raya, penjagaan kebersihan, adab makan dan minum dan sebagainya. Buku ini akan membuka minda pembaca tentang sikap, adab dan mentaliti yang sepatutnya ada pada diri setiap rakyat Malaysia apatah lagi Malaysia dikenali sebagai negara yang agama rasminya adalah agama Islam, dan membandingkannya dengan sikap-sikap positif dikalangan masyarakat negara-negara maju.
Malaysia sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Namun apa gunanya jika negara maju tetapi sikap dan mentaliti rakyatnya masih di kelas ke tiga. Penulisan buku ini adalah untuk memberi teguran dan membuka mata rakyat Malaysia tentang cara hidup, adab dan tatsusila yang sepatutnya ada pada setiap rakyat seperti di negara maju yang lain.
Sesekali perbandingan turut dibuat dengan negara maju yang lain seperti Jepun, Jerman, Sweden dan sebagainya tentang bagaimana mereka menjalani hidup yang baik dan penuh berkualiti samada dalam kehidupan personal mereka ataupun dalam kehidupan bermasyarakat. Buku ini juga mengupas bagaimana sebuah negara bukan Islam yang masyarakatnya boleh mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri, berbanding dengan masyarakat Malaysia. Jom ramai-ramai dan dengarkan apa yang akan diperkatakan.

Dijemput semua untuk menghadiri majlis bicara buku ini yang akan mengetengahkan beberapa isu semasa masyarakat masakini. 
Buku-buku terbitan Komrad Buku dan Must Read Sdn Bhd juga akan dijual pada hari tersebut. Ada PROMOSI tau !! :D Dapatkan juga buku #serenitysyiralokman ^_^ 
Mana tau kot jumpa Syira juga masa tu..eh? :p



Jom sahabat-sahabat Universiti Malaya dan sesiapa sahaja yang berkelapangan pada hari tersebut, support Bicara Buku Mentaliti Jamban tulisan Khairul Abdullah rakan penulis Syira.
InsyaAllah kalau Syira free, Syira juga akan berada di sana. :) jom support buku-buku terbitan Komrad Buku dan Must Read ya ! ^_^

Wednesday, September 28, 2016

Body Lotion Ecowell Melembapkan Kulit Anda.

Assalamualaikum
hye semua :)

Kalau korang masih ingat set travel dari Ecowell ni ada 4 jenis barangan. apa lagi satu eh ? hehe..
Syira minta maaf sebab ambil masa nak review, mesti korang tertunggu-tunggu kan..hehe..biasalah Syira memerlukan mood yang baik untuk update blog :P


oke, jom kita sembang tentang Rich Moisturizing Body Lotion pula.

Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion mengandungi apricot oil dan shea butter yang kaya dengan pelembap. Losyen badan ini amat sesuai untuk semua jenis kulit walaupun mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Bila korang pakai je lotion ni, terasa kulit tu macam bayi sebab lembut je lepas sapu.

Kalau korang nak tahu, kandungan yang ada dalam body lotion ni boleh menyembuhkan, memperbaharui dan memberi kesimbangan pada kulit. Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion juga boleh melindungi kulit daripada penuaan dan menghilangkan kedutan agar kulit lebih sihat. Selalu yang tak syok bila pakai lotion ni, kalau lotion tu melekit, betul kan ?
haa..Ecowell Body Lotion ni tidak melekit dan ia menyerap dengan baik dalam kulit kita, so tak la rimas rasa berminyak bila sapu pada kulit nanti :D


Kelebihan Rich Moisturizing Body Lotion
  1. Melindungi dan menyihatkan kulit 
  2. Menghasilkan semula sel-sel kulit 
  3. Merangsang pembentukan kolagen 
  4. Memberi aktioksidan kepada kulit 

Cara Menggunakannya :
  1. Picitkan Rich Moisturizing Body Lotion pada tapak tangan.
  2. Sapukan di sekitar kulit pada waktu pagi dan petang. 
  3. Gunakan setiap hari untuk hasil yang terbaik. 

sesiapa yang ada produk dari Ecowell ni kita geng ! hehe..yang lain kalau nak geng macam Syira juga, boleh beli melalui link di bawah :


SiteGiant
http://www.nestore.biz/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-care-series


Lazada
http://www.lazada.com.my/rejuvenating-30-day-travel-essentials-organic-bath-and-body-careseries-12297593.html


Shopee
https://shopee.com.my/shop/7728479/


11street 
http://store.11street.my/nestore


FaceBook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/



#travelset, #bathset, #30-Day Application, #Organic Bath and Body Care Collection, #ICEACertifiedOrganic, #Dermatologicallytested, #NormaltoOilySkin, #Eco-Friendly, #Travel-FriendlyPack, #bestseller, #ecowell, #naturalelixirs, #organicingredients,

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah