TEASER 1
“Mas,
berikan saya kesemua gambar peserta yang dah dipilih tu,” arah Alif Hazriq.
Pemilihan
gambar-gambar itu telah dijalankan oleh juri yang telah dilantik oleh Dato’
Farah sendiri yang terdiri dari rakan-rakan perniagaannya. Dia mahukan
ketelusan.
Maslina
masuk ke dalam bilik pejabat Alif Hazriq dengan membawa satu fail yang
mengandungi gambar-gambar peserta yang menyertai pertandingan itu.
“Ini dia,
Encik Alif.” Maslina menghulurkan fail tersebut. Alif Hazriq menyambutnya.
“Ini
sepuluh yang terbaik, kan?” Maslina mengangguk.
“Kena buat
pemilihan lagi untuk tiga yang terbaik. Dato’ Farah beritahu, minggu ni akan
dibuat pemilihan.”
“Okey…
kalau boleh buat secepat mungkinlah sebelum pelancaran produk terbaru kita,
kologen tu. Kita nak buat pelancaran minggu depan, nanti tak sempat nak pilih
yang betul-betul terbaik. Kalau boleh hubungi dato’, tanya dia betul-betul.”
“Baik,
Encik Alif. Ada apa-apa lagi, Encik Alif?”
“Okey, awak
boleh keluar. Saya nak belek awek-awek ni dulu,” kata Alif Hazriq sambil
tersenyum-senyum.
“Amboi
macam nak pilih calon isteri pula,” giat Maslina pula. Makin galak Alif Hazriq
ketawa. Maslina keluar dari bilik itu.
Perlahan
Alif Hazriq belek satu persatu wajah-wajah yang ada dalam fail itu. Dari yang
gemuk menjadi kurus. Yang berjerawat batu, ke muka yang lebih licin dari
sebelumnya. Dia tersenyum-senyum.
“Perempuan
ni kalau nak cantik, sanggup berabis duit,” katanya sendiri.
Namun dia kagum
juga dengan semangat yang ada pada mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh,
untuk mendapat apa yang mereka idamkan. Sekurang-kurangnya dia bangga kerana
mereka inilah yang melariskan produk-produk keluaran syarikatnya.
Matanya
bagaikan tidak percaya apabila melihat testimoni yang dihantar oleh seseorang.
Dia merenung lama. Memang sah! Dia tidak salah orang. Melihat nama sahaja dia
sudah tahu siapa. Apa lagi bila melihat wajah yang terpapar dalam fail itu. Berat
badan dari 42 kilogram telah naik sehingga 52 kilogram! Penambahan berat badan
yang agak ketara juga sepuluh kilo!
Dia juga
seakan tidak percaya bila melihat wajah gadis itu selepas menggunakan produk
Farra Kosmetik. Dia menggosok matanya. Nampak seperti orang lain!
“Cantik!”
itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutnya.
Dia
mengeluarkan gambar itu. Perlahan dia menyorokkan gambar itu di dalam lacinya.
Dia tidak mahu gadis itu masuk dalam pertandingan itu. Dia sudah jatuh cinta
pada gadis itu!
P/S :
Buat yang merindui Mira Maira dengan Alif Hazriq.... jeng jeng jeng.... pling! pling! saya cuba hilangkan rasa rindu anda..... doakan ia muncul sebagai sebuah novel.... sayang korang semua...