Thursday, May 3, 2012

MALAS itu menakutkan?

Assalamualaikum

readers and followers. kaifa halukum? 



sekian lame blog tak berupdate. sibuk ngan rutin harian bercampur malas. yeah. MALAS. tu point utama untuk ape yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni. 

"MALASnye nak gi kuliah + ngadap assignment"
"MALASnye nak turun makan kat cafe"
"MALASnye nak bangun time awal pagi"

and segala malas. tipu la kalau kata2 tu tak pernah terungkap dari mulut korang. kan? kan?

lepas seharian ade kuliah, aku bersantai di bilik sambil bace komik. salah satu tajuk komik tu
'permulaan sebuah penamat'

the story begin 

*****************



Ayumi rase ade yang tak kena bile ramai classmatenya yang datang lambat atas alasan malas nak bangun. macam dah berpakat. tapi dia tak layan perasaan tak sedap hati tu. abis je kelas, cikgu dia bagitau yang kawan baik dia, Minako, accident. so bila sampai kat hospital, nurse kat kaunter informasi tu pulak malas nak layan dia. siap suruh cari sendiri wad kawan dia. Ayumi fikir maybe sebab dia still budak, so nurse tu taknak layan dia.



sampai kat wad Minako, dia dikejutkan dengan alasan Minako lak. Minako tak bagitau dia pasal accident tu sebab dia malas nak call Ayumi. mak Minako pulak cerita kat Ayumi yang Minako accident sebab pemandu kereta tu bagi alasan, malas nak tekan brek. situasi kat hospital pun da rase lain sebab pesakit tekan butang banyak kali, tapi nurse tetap tak datang. pemalas punye nurse.



dalam sekelip mata hospital berubah jadi tempat yang kotor, tak terurus dan nampak menyeramkan. orang accident pun takde sape nak setelkan. dia pun terus blah dalam keadaan cuak. sampai je kat rumah, dia ceritakan apa yang berlaku kat mama dia. mama dia nasihatkan suruh tido and jangan fikir sangat. ape yang buat dia berdebar, dia dengar mama mengeluh malas.



esoknye situasi jadi makin pelik. mama dia malas nak bangun, orang malas nak jalan kaki pegi kerja, driver bas malas nak berhenti kat setiap stesen. sudahnya, dia terpaksa berjalan kaki pegi sekolah. paling takleh blah,  bile dia terserempak dengan bomba yang hanya duduk memerhatikan rumah terbakar. alasan yang sama, malas nak buat kerja. sampai la tahap dia jumpe orang yang dah malas nak bernafas. erk. 

aku tak pernah terfikir menjadi malas adalah perkara yang menakutkan

kononnya dia jumpa la punca yang menyebabkan semua orang kat bandar jadi malas. tapi bile nak musnahkan benda tu, dia tiba2 menjadi malas. so it end up with no solution. 

permulaan malas itu adalah penamat bagi mereka.

the end

*************

go. go. lawan malas tu. fight oh!

camtu la jugak dalam kehidupan kita. malas dah jadi sebati dalam hidup kita, tanpa disedari. even melalui kata2 or perbuatan kita. itu normal. bile dah malas, ape pun tak boleh. kerja jadi tak sempurna. kadang2 jadi tak ikhlas nak wat kerja tu. mengeluh dan merungut. salahkan orang lain. situasi jadi tegang. rase jeles bile tengok orang lain rilek je bersantai. possibility nak bertangguh2 tu tinggi. bile dah bertangguh, boleh jadi stress sebab kerja yang lain datang bertubi2. bile dah stress, macam2 boleh berlaku. hehh. dugaan! 

malas + tak ikhlas = kerja sambil lewa + penat je dapat = tak puas ati

so kawan2 sekalian. malas tu normal. tapi kalau tak kawal, heh. effect negative yang banyak datang. sendiri tanggung la. kadang2 malas tu sampai menyusahkan orang lain. grr. rase malas yang menggunung sekalipun,cube la ikhlaskan diri. sedar tanggungjawab kita. ahah. aku paham. bukan senang. ni tengah nasihat diri sendiri jugak la ni. haha. 

ikhlaskan diri dalam membuat sesuatu perkara. insyaAllah, perasaan malas tu akan berkurang.


malasnye nak update blog. boleh? boleh? hikhik. pangggg~

sampai sini je lah. aku nak menikmati minggu2 terakhir untuk submit assignment. haha.



*jangan malas untuk tunaikan kewajipan kita tau  =)


:baby
thanks for reading. syukran 'ala qiraatukum.


ma'as salaamah wa ilal liqa'



Syerah Meteora

Sunday, March 18, 2012

"BCR Kontest 2# | How I Met BCR"

Assalamualaikum

readers and followers...kaifa halukum?

 

well. setelah 3bulan berekspedisi jelajah Marikh, akhirnya aku selamat sampai kat Bumi. tau2 je la kan kat sane. mane ade masa nak update blog. alien asek kaco ajak main game. hehh. da jauh merepek.

:cuci
bak kate penganjur contest, dari biarkan blog berhabuk tak update, baik join contest kann. kot2 ade rezeki menang.


walaupun nampak sedap, tapi aku tetap taknakk. =.='

ape BCR tu? Bakso Campur Rehan? Bihunsup Cik Rainys? Bebola Cheese Red? erk. tetibe keluar list kedai makan. sedapnye lah kalau dorang ade kedai makan betul2. hari2 pergi boleh mintak diskaun. rase dunia ni macam ana yang punya. ouhh. heaven. weheee~
_________________________________________________________

:tembak2
ta ta ta ta ta bum bum

ahemm. back to the topic. kalau korang nak tau sangat ape itu BCR, ni ha. tengok logo pun dah tau. sudah jelas lagi bersuluh kilauan lampu mainan dingdang. Maka dengan gempaknye, aku perkenalkan korang satu tempat chatting yang tak asing lagi di kalangan bloggers, tadaaa!

*drum rolls....gedeng gedeng gedeng....ching!

Bloggers Chat Room


ni lencana kitorang. takde banner kat blog, jangan harap la pengawas BCR nak bagi korang join.


ouhh BCR. masihkah kau ingat saat2 kita bertemu?


gigi susu CL dijumpai dalam burger double cheese


time tu aku baru nak aktif berblogging lepas tamat tamhidi kat USIM. so aku pun pergi la walk walk eat air kat blog orang lain. cari idea la kunun. explore punye explore, akhirnya sampai la kat satu blog ni. kalau aku mention ni  kompem majoriti budak BCR kenal. sape lagi yang paling macho kat BCR heh? abam kawasan jugak yang tolong aku touch up blog ni. weee~


aku fire sape yang kate aku tak macho. bzzzzzt

then, aku ternampak ruangan chat ni kat sidebar blog. ewahh. kemain agi dorang berchatting. paling best, siap ade ikon agi untuk menggambarkan emosi dorang. siyes lawak tengok dorang berchatting. kejap terajang2, kejap berbaik2. so aku yang taktau pape ni pun taip la something, dengan harapan dapat join dorang. wakaka. rupenye kena daftar dulu. aku rase malas, so aku away dari blog tu tanpa ambik tau pun asal usul chatroom tu. 

sebulan kemudian rasenye

 
fufufu~

kali kedua, aku dah lupe kat blog mane aku jumpe BCR. rase macam ade chemistry je antara aku ngan BCR.  haha. so aku pun tergerak hati nak mendaftar. pheww. penantian aku berakhir. akhirnya diapprove oleh si admin comel SitiSafiyyah. thanks sayang. =)




hari first aku kat BCR, aku dapat sambutan meriah. tak terjawab aku dengan soalan yang diasak bertubi2. rase macam retis gitu. awww. aku terharu dengan layanan budak BCR. dorang sangatlah peramah. macam2 perangai ade. aku sebagai newbie, watlah perangai supan sket. belum masa agi nak tunjuk taring. kekeke.


antara yang ade time tu MrKerro. aku ingat sebab dulu aku pernah minat anime keroro. name macam nak dekat same je. sori. muahaha

___________________________________________________

kenangan semanis donut celup di Big Apple

sape kate perkenalan alam maya susah nak kekal? kadang2 aku rase aku lebih rapat dengan budak BCR berbanding dengan member2 yang ade kat sekeliling aku. dengan BCR jugak, kami berlima dipertemukan. here we come!


kami geng BCR USIM yang shomels

hidup aku kat kampus makin meriah dengan kehadiran dorang. ReYnn yang suka kebas biskut tin aku, CL yang maintain cool in every situation, Fya Pelangi yang aku selalu terserempak kat cafe and si ayu Puteri Shafieza yang sentiasa sabar layan kerenah aku. hihi

:geng
1, 2, tepuk, lentik kiri kanan

sememangnya geng BCR ade wath gath sesame sendiri  untuk memastikan persahabatan kitorang tak hanya di internet. aku sendiri berpeluang untuk berjumpe retis2 BCR. see? see? BCR membuktikan yang kami memang rapat even duduk berjauhan. jauh di mata, dekat di hati, tertusuk di jantung, tersangkut di perut, tersimpul di usus.

well, what more can i say

MIDVALLEY


akak BL - akak Lynn - akak GT - akak Diana - BigBro CeritaSekupang - BigBro TheCrow 


say cheeese! BigBro TheCrow yang tak jemu mempromote cheese  


 hoyeah. first time jejak midvalley semata2 nak jumpa dorang. even first time jumpa, tak rase janggal pun. macam dah lame sangat kenal. kitorang round satu Mid, makan2 minum2, main bowling, main game arcade, cari hamster cumil, and yang paling best, makan PizzaHut. asalnye nak kids meal tapi nampaknye hasrat aku tak tercapai. takpelah. nak beralih kat Dominos lak. sebab sebab menu pizza banyak yang cheese. well,setiap masa bersama dorang asek nak gelak je. ku bahagia!

aku tiru gaya bro cs main. then, terus dapat strike even first time main. hebakk tak? wakaka


mane satu saiz kasut sesuai untuk cinderella?


akak GT terliur tengok puding yang terpamer. slurp. aku pun

:coklat 
yang pasti, sangat banyak kenangan yang takkan aku lupakan. akak2 sekalian memang pencomels and bro2 sekalian memang pengkacak. cool! tetiba aku rase aku menjadi seorang adik yang comel dalam kalangan mereka. kekeke. 


TERMINAL ONE AND SEREMBAN PARADE

adek yUyU


adek yuyuyu datang dengan muka terharu sambil berkata "comelnye syerah". wakaka

:game
pertemuan kami bermula di game arcade seremban parade. ade ke tengah syok2 lawan lumba keta dengan ReYnn Lobak, dia kaco dengan pulas stereng keta aku. terbalik keta aku. aku still takleh terima kekalahan. wakaka. adek yuyu ni sangatlah penkiut. dia datang dengan beg yang besar gedabak, on the way nak lari dari umah. hahaha

:sorok
kitorang gerak ke terminal one. adek yuyu ngan abamnye jejaka perasan sibuk nak perabeskan baucer buku kat Popular. ReYnn pun same. aku je yang termenung, sebab baucer aku dah habes awal2. sobs. sobs.


so aku bawak diri gi tempat ni sementara tunggu dorang. weee~


 sebenarnye, crusher tu yang jadi fokus utama. larikkk.


:love
ehem. ade rezeki kita jumpe lagi. excited weh sebab kan, rasenye ramai yang nak belanje aku dominos. termasuk adek yuyuyu. drOp, kak BL, wAn, lagi sape ye. i'm waiting. hihi

yeyeay. mimpi domino free la aku malam neh. sayang adek yuyuyu. muahahaha~

:terharu
last but not least, syerah nak ucapkan terima kasih banyak kat geng BCR sebab sentiasa ambik berat pasal syerah and tolong syerah kalau ade pape masalah. terharu sangat2 and tak mampu nak gambarkan dengan kata2. nama2 yang tak disebut, tak bererti dilupakan. syerah sayang korang sume!

:berdua
kita ditakdir bersama
riang gelak ketawa tangan mengenggam mesra
melangkah ceria
indahnya suasana
terbayang di mata
senyummu seindah suria
hidup lebih bermakna
memori dikongsi bersama
ermm...jelas terasa

JT tau kan camne nak nyanyi? larikkk.




yeyeay. aku da join. hepi tak Red? hepi takkk? more game info please! hoho

:ragu
anda2 sekalian yang gorgeous. sila teruskan perjuangan walaupun dah last minit. caiyokk!

paan
wan
ana

:mengapa
ma'as salaamah wa ilal liqa'



Syerah Meteora

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday #4

Assalamualaikum

readers and followers...kaifa halukum?




:takut
what goes around...come around!

the first mock trial in usim.

tak sabar nak tengok. wee~

:lari

ma'as salaamah wa ilal liqa'

Syerah Meteora

Friday, November 25, 2011

tak payah susah2 nak jadi cantik

assalamualaikum


readers and followers. kaifa halukum?

hamboih. sejak masuk belajar ni makin ketara kan kemalasan aku nak update blog. erghh!

agak2 ade agi tak orang yang sudi masuk blog ni?


ok tamat.
back to the tittle above.



perempuan memang sinonim ngan kecantikan kan? kalau tak ngadap cermin sehari memang tak sah la kann. takut sangat klu tudung tu berkelepet. takut sangat klu mekap dah cair. haha.

cantik dan kelihatan cantik tu benda yang sama ke? nope. bagi aku lain lah. kenape? meh sini aku nak gitau. untuk ape sebenarnya kita nak jadi cantik? untuk tatapan mata lelaki? tak payahlah. buang masa. bina keyakinan diri? urm. jaga penampilan pun boleh bina keyakinan diri.

semua manusia tu diciptakan cantik. ade rupa yang tersendiri. ikut genetik family masing2 lah. tapi setiap manusia yang diciptakan tu mestilah ade kelebihan yang tersendiri kan. kire bonus la klu ade raut wajah yang menawan. raut wajah ayu. tak perlu kot nak describe camne cantik tu sebab cantik tu kan subjektif? bak kate orang, memang tak sah klu dipandang sekali je. pergi mane2 pun jadi perhatian. ramai yang nak berkenalan. senang dapat kawan.



"perghh. awek tu cun siot."

"untuglaa sape yang dapat awek tu. senyuman dia...mak aihh..."



ade gurls yang rase diri dia tak cantik. oh pleas lahh. janganlah risau. believe me. kita dah diciptakan cantik. belajar untuk terima diri seadanya. bersyukur at least korang ada muka yang perfect. so tak payah main compare2 ni. tak payah nak mekap2 sangat. jadi je diri yang sebenar. tapi janganlah sampai nampak selekeh! kita ni perempuan. so kekemasan tu sangat penting. asalkan sedap mata memandang dah la kan?

kenape nak mekap tebal2 sampai 14 inci? kenape nak pakai tudung lilit2 bagai macam nak terjerut leher? untuk ape? untuk kelihatan cantik? peh. aku tengok bese je. nothing special. tak salah nak pakai mekap. tak salah nak pakai lilit2 pun. but pleas lah. ada batasnye kan. ikutlahh garis panduan syariat. tak susah pun lah!


"perempuan tu bukan cantik sangat pun. tapi ramai lak yang duk usha dia. grr "

"muka dia bese2 je kan. tapi klu senyum, manis je. sejuk mata memandang."

"dia simple je tapi ade something yang special pasal dia"

"tau lah cantik tapi tak payahlahh nak menggedik2!"

kecantikan tu boleh jadi satu bonus. boleh jugak jadi satu musibah kalau disalahgunakan. depends kat kita lahh. tanya iman kita. =)

oh ye. aku ade satu cite. ade sorang budak tu. dia tu seorang yang sangat simple. tak pandai pun nak bergaya macam perempuan lain. tapi dia bukan tomboy. tak mainlahh pakai high heel. tak pandai nak buat muka comel time ambik gambar. haha. tapi kan. ade jugak  seorang lelaki yang berkenan kat dia. nak tau ape laki tu buat? laki tu jumpa terus parent dia. alhamdulillah. tunggu masa je kot nak disambungkan ikatan. =D

see?



kecantikan tak semestinya menjamin yang jodoh tu sentiasa ada. setiap perempuan tu ade kecantikan yang tersendiri even dia tak termasuk dalam kategori cantik pada pandangan orang lain. tak cantik pada pandangan manusia pun takpe. usahalah untuk jadi cantik pada pandangan Allah. cantik dengan akhlak dan taqwa. yakin pada diri anda sendiri.

biarlah kita tak pandai bergaya pun. biarlah kita dikatakan tak up-to-date pun. biarlah kita dikatakan tak cantik pun.




KITA TETAP CANTIK
pada mereka yang memandang dengan mata hati
tak berlandaskan nafsu semata2
pada mereka yang halal untuk memandang kita
lagi cantik jika
kita touch-up kan iman dan peribadi kita
dengan memelihara syariat
=)

*good looking give u everything, but personality captured one heart.


ma'as salaamah wa ilal liqa'


Syerah Meteora
Copyright © 2012 Reserved To Syerah Meteora
Design By Budak Comel