nnf
Tentang AKU

- EraNaZeErA..
- Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
UJIAN PERTAMA
Alhamdullillah.... result dak Orked tu exam pertama di Tahun 1...
amat memuaskan... walaupun takder paper yg dpt full markah..(100)..
tp aku amat berpuas hati.. coz... keseluruhan paper... semuanya 90 ke atas..
BM - 98 (salah ejaan minggu... tertinggal 1 g je.. )
BI - 92 ( salah ejaan.. dan dak orked conpius.. antara 'she' dgn 'he'... pastu... y kecil.. mmg ditulis kecil.. tp y ditulis diatas garisan.. so cikgu... kata Y besar.. jadi lah salah...)
MATH - 96 ( pun sama konsep... salah eja 2.. patutnya two.. tp dibulatnya tow.. bila tanya.. dak orked jawab... kakak mmg nak bulat two tu. tp kakak tak tahu mcm mana kak terbulat yg bawah tu... hehee..)
SAINS - 98 (salah satu ja.. ejaan betul.. tulisan yg tak ok... contohnya.. neck dah betul dak orked eja.. tp disebabkan tulisannya amat buruk... 'c' termasuk celah 'e'.. so cikgu kira salah gak)
AGAMA - 98 (salah satu je..)
yang bestnya... masa amik dak orked dari sekolah... dari jauh nampak dia dah nangis... aku pun cam cuak gak.. ingatkan kena buli... rupa2nya... dak Orked nangis sebab tak dapat 100 markah... gelak aku.... tp lepas dah aku puji n ckp yg baik2... "BAGUSNYA KAKAK.. PANDAI ANAK UMI"... TAKPER... NANTI UJIAN KE 2... KAKAK BAGI DPT 100 MARKAH YERK"...
dan yang bestnya... dak Orked ni...takut aku marah.. sbb tak dpt 100...
"umi marah tak kakak tak dpt 100.... sbb kawan2 kakak ada yg dpt 100..."
so bg nak menyedapkan hati dak Orked... aku siap offer belanja makan McD malam tu... umpama meraikan keputusan exam dia.. yg amat bagus .. bagi aku...
"taklah... oklah tu.. kakak dpt 90 ke atas.. pandai tu... malam ni umi belanja kakak makan McD yerk... hadiah tuk kakak sbb exam dpt bagus... "
terus dak Orked nampak happy... kalu tak monyok ja...
suka sgt gambar ni.. masa ni..tembam lagi.. tp skrg sejak dah sekola dah kurus...
nota AKU : permulaan yang bagus... hope... dak Orked dpt meneruskan kecemerlangan sampai bila2..
BERPURA2LAH baik SELAGI BOLEH... ANDA SEORANG PELAKON YG BEGITU HEBAT... TAHNIAH!!!!!
Nota AKU :.............. Dunia itu bulat.... sekejap kita di atas... dan mungkin kita juga akan di bawah... dan yang pasti ALLAH SWT penentu segalanya...........
Saturday, March 27, 2010
RAPI….
KEKALKAN KULIT MUDA REMAJA………
kejadian.. masa pesta buku kat pwtc… dah penat2 menawaf, membelek, membeli buku2… sampai kat bhgn karangkraf… telah terjebak.. dengan ini…
kiranya…. boleh amik gambar berseorangan, reramai..or gambar anak pun bleh…. dan pilihlah nak jadi cover majalah mana….
disebabkan… aku n the geng… adalah wanita gitu… so kitarang pilih… cover RAPI…
tajuk utama… KEKALKAN KULIT USIA MUDA REMAJA… hehehe…
ok tak.. kebetulan.. dalam berlima.. aku ja yg pakai blaus n seluar.. yg lain ayu gitu… berbaju kurung.. so… mcm sedang elok ja..aku ditengah2… dan tudung pun kaler itam… mcm sesuai je..kan..kan.. kan….
nota AKU : kenangan…. mana tau.. nnti ada yg kena transfer… dan mmg enjoy…. bila sekepala….
Wednesday, March 24, 2010
KONGKERRRR.. grrrrrrrrrrrr
dak Orked skrg ni.. sejak ada sofa merah ni… dia asyik lending situ ja… org lain xde peluang langsung.. dulu masa sofa lama.. sampai kena aku suh baring situ…. baru nak… tu pun susah….
tp bila yg ini.. huhhhhhhhhhhhhhh…. tak payah suruh… dia dulu…. hehee… maybe selesa kot…. sbb besar…. takpun sbb masih baru.. ciwi skit… :p
nota AKU :………….. :D…………………………….
BILA DAH TAKDER KERJA..!!!
Tuesday, March 23, 2010
NOTA AKU... TP BUKAN NOTA KAMU...!!!
NOTA AKU : BOCOR !!! BOCOR !!! BOCOR !!!!!! ADA ORG GUNA JALAN BELAKANG... :P
Monday, March 22, 2010
Saturday, March 20, 2010
KERJA BUDAK BERTUAH!!!!
tak terkata… apa2 dah…
mmg terkezut tahap gaban ….
aku pun tak tau waktu bila dak syasya angkut semua benda masuk dalam bilik air ni….
senduk, sudip, sudu, cawan……… dan yang paling tak bleh tahan…
lesung batu pun diangkut sekali..
dan yang paling paling paling…. terkezut tu….
susu pekat dalam peti sejuk pun diamiknya….
tuk main masak2 dalam bilik air…
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. kenapalah sekretif ni… wahai anak ku…
nampak tak… lesung batu pun ada… siap bacuh air susu lagi….
susu pekat aku yg masih banyak lagi… boleh diambilnya…
tgk muka yg very the selamberrrrrrrrrrrrrrrr..
nota AKU : dak Syasya ni membesar dengan macam2 benda yang kuar dari otaknya… tuk main…. noty kakaknya masa kecil2… tp noty lagi dak Syasya ni… tp takper…. janji…kat rumah aku.. jgn kat rumah org… sbb tak semua org suka budak2 kan….kan… kan….
Thursday, March 18, 2010
OK tak???????
adiah… dari…. siapa lagi…………………………
buah hati aku………. toche very 4 yerk….
nota AKU : pedas dah hilanggggggggggggggg kerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr???????????????
Wednesday, March 17, 2010
Friday, March 12, 2010
REJEKI KAWAN AKU… tp bukan aku…
isshhhh…makcik ni sorang…mmg murah rezeki…
patutnya bulan ni.. aku n makcik ni dan geng yg lelain booking nak gi Jakarta…Bandung… tp disebabkan… ari2 tetiba ada tanah runtuh kat bandung.. terus cancel… tak berani nak amik tanggung risiko… yelah kan.. kekadang org pegi ok.. tiba2 time kita pegi tak ok..so..maybe next time..walaupun sedih… huhuhhhh…
tp…. lepas dah cancel trip ni… kawan aku sorang… ni dapat rezeki BESAR PUNYA….
fully seponserrrrrr… sepenuhnya….. waaaaaaaaaaaaaa… bestnya…. yg paling bestnya…bercuti…. ke LONDON….wahhhhhhhhh…. mmg rezeki makcik ni… (eh… makcik ke)… hehehee
family yg memberi rejeki itu..adalah… makcik ni… punya kawan di alam maya…. dan menjadi nyata…
itulah…kan..kalau kita ramai kawan..dan pandai menjaganya… ada ja rezeki yg baik… datang… itulah balasan bagi sebuah keikhlasan….
jgn hanya…. kawan ja yg ramai kat alam maya…tp… hanya tipu semata2… hanya nak memeriahkan kotak komen ja.. tp yg benarnya… lu pikirlah sendiri….
SBB APA?????????????…
SBB KEIKHLASAN KITA PUNCA SEGALANYA…
wah… tetiba melalut plak..hehehe…
apa2… aku mendoakan moga selamat perjalanan pergi dan balik member aku sorang ni… dan tak lupa … SUBINIAR……………. hehehehe… :)
nota AKU : biarlah dia bahagia dengan cara dia.. janji dia tak kacau orang… dan tak menyendir2 sesapa pun.. mahupun dari kata2 yg halus or kesat…. noktah!!!!!!!!!!!!!!
Sunday, March 7, 2010
2 TAHUN…
AL-FATIHAH… BUAT ARWAH ZULAIQHA…
7 MAC 2008 – HARI NI GENAP USIA ARWAH 2 TAHUN… KALAU ARWAH MASIH ADA DI DUNIA INI…
SEKEJAP JA MASA BERLALU.. BAGAIKAN MIMPI JA DENGAN SEKELIP MATA ARWAH DAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA…
DAN YANG PASTI… ARWAH TELAH TENANG DISANA…
AL-FATIHAH BUAT BIDADARI SYURGA… ZULAIKQA…
NOTA AKU : rindu serindu-rindunya…
Friday, March 5, 2010
MENCORAK...
PESAN IMAM GHAZALI RAHMATULLAH ALAIH
· Jika Kita Ingin Anak Kita Menjadi Soleh, Bijaksana Dan Berguna, Berikanlah Ia Makanan Daripada Rezeki Yang Halal Sejak Ia Lahir.
· Makanan Yang Halal Selain Menjadikan Anak Kita Berguna, Boleh Menjadikan Mental Mereka Pintar Dan Cerdas.
· Sebaliknya Anak Akan Menjadi Derhaka Terhadap Kita Jika Ia Diberikan Makanan Yang Haram Dan Kotor.
Wednesday, March 3, 2010
LENA DIULIT MIMPI….
UBAH POSISI…
see…. very the lasak dedua org ni… lari dari kedudukan awal…
kakak… tido atas perut adik…
NOTA AKU : tak terkata…
DEMI ANAK-ANAK KITA....
Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
BAGAIMANA PROGRAM SCORE A DAPAT MEMBANTU?
· Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan.
· Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia.
· Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran.
· Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar.
· Menjimatkan masa.
· Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms.
KENAPA SCORE A PILIHAN TERBAIK?
· Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR.
· Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
· Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
· Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
· Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!
Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi
Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
Kesusasteraan:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Sains:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi
Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
Markah lulus 80% iaitu A;
Penandaan adalah serta-merta; juga
Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.

eAssessment™
Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya; enandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

ePast Year Exam™
Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
eTopic™ & eAssessment™
Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

eProgress™
Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
Nota ringkas tetapi padat
Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
Berkonsepkan peta minda

eDictionary™
Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.


Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.
sebab dak ORKED dah ada program SCORE A.... dan mmg memberi impak yang positif kepada dak Orked... dah jarang mengadap tv tengok astro ceria... lebih berminat buat Score A ni... sampai aku plak yg susah hati nengok dia mengadap lappy buat Score A ni... non stop...
so kita sebagai parents boleh memantau pembelajaran anak kita dengan lebih efisyen lagi... apa latihan yang dah dorang buat... kita boleh tahu berapa markah yg dorang dpt... dan boleh check melalui handphone gak... memang bagus sekali...
untuk makluman sekarang ada promosi.... beli untuk 3 bulan percuma 3 bulan... dan beli untuk 6 bulan percuma 6 bulan... 3 bulan RM298 dan 6 bulan RM598..
NOTA AKU : dari berhabis benda yang ntah apa2... baik kita berhabis ke program SCORE A ini untuk anak-anak kita.... ye dak???????????
Tuesday, March 2, 2010
McDONALD oh McD...
CHECK DULU SEBELUM MAKAN..
Monday, March 1, 2010
KISAH SEDIH ARWAH ADIK SHAFIAH HUMAIRAH
Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan
COPY DARI BERITA HARIAN ONLINE...
SEDIHNYA BILA BACA.... MMG DASAR MANUSIA BERHATIKAN SYAITAN... BINATANG PUN TAHU SAYANGKAN ANAKNYA...
KESIAN ARWAH... MENDERITA SEBITU TERUK SEBELUM MENEMUI AJAL...
___________________________________________________________

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa. Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan. "Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. "Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan. "Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah. Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja. "Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah
_________________________________________________________
dan bagi aku lah... tak logik plak si ibu tak tahu arwah didera...mustahil... dah lah hidup mcm suami isteri... padahal baru jadi boyfriend.... kalu tengok muka SYAITAN ni mmg dah nampak jahat giler....
nota AKU : manusia sudah hilang pertimbangan... dan sudah tidak ada belas kasihan....