ZULAIKHA TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA....
rumah baru untuk Arwah Zulaikha...
Seperti yang sedia maklum... adik aku IJAH baru saja kehilangan puteri sulungnya...pada 21 Oktober 2008 (Selasa) pada jam 11.00 pg.. Arwah Zulaikha baru berusai 7 bulan.. dan baru saja boleh bangun untuk berjalan...
pada hari kejadian..Arwah mmg sihat ... tak da langsung menunjukkan sakit... apa yang diceritakan oleh ijah ialah... pada pagi kejadian Arwah bangun seperti biasa, dalam pukul 6.00 pg.. selalunya apabila IJAH solat subuh Arwah akan duduk dalam katil baby. tp pagi tu Arwah menangis nak turun dan Ijah amik letakkan di bawah. tp waktu ijah solat sikit pun Arwah tak kacau. Arwah hanya pegang kaki ijah saja.. selepas selesai solat, Ijah baca Al-Quran dan Arwah hanya memerhati saja. kalau tidak ijah kata, Arwah mesti akan kacau, tp pagi itu Arwah seperti sedang leka mendengar Ijah membaca AL-QURAN.
Selepas selesai, Ijah tergerak hati nak pakaikan Arwah baju kurung yang sama warna dengannya, dan masa Ijah nak ambik gambar Arwah memusingkan ke lain. tak nak ambil gambar. mungkin itu pun dah ada petanda. masa ijah hantar ke Pengasuh Arwah masih senyum lagi dan bercakap bahasa baby...
Masa berlalu dengan pantas, dalam pukul 10.12 pg Pengasuh Arwah menelefon ijah dengan ucapannya begini...
"Deeja, balik cepat, akak takut engkau tak sempat tengok anak engkau..sbb dah biru" tp pada masa yang sama Ijah terdengar Zulaikha menangis kuat sangat di belakang..menangis macam org sakit sangat..
apalagi Ijah terus balik rumah... masa on the way nak ke Damai Hospital, Taman Melawati ijah masih sempat buat CPR ke Arwah... masa tu Ijah kata masih lagi dengar Arwah bernafas seperti tersekat2... nak jadi cerita Pengasuh tersalah jalan.. terus ijah suruh berenti kereta.. dan Ijah dukung Arwah berlari (kasut pun tak pakai) sambil menjerit meminta tolong... tp sapa pun xda nak berenti kereta dan tetiba ada mamat rempit ni berenti dan bawa ijah dan Arwah ke Damai hospital. Tp Ijah kata masa atas moto tu dia dah rasa Arwah dah tak de coz kepala dan tangan pun dah terkulai...tp bila sampai ja kat Damai... Arwah memang dah takde... tp doktor ttp usahakan jugak... tepat jam 11.00 pg Arwah pergi untuk selamanya.....
ijah tenang bersama Arwah...
Kebetulan pada hari kejadian... semua kakak dan abang Zubed balik kampung KEDAH... dan zubed pula berkerja di PUTRAJAYA... so masa zubed sampai pun Arwah dah takde...
Arwah yg sedang tersenyum dengan baju raya baru..(mlm raya)
masa ijah call aku kat opis..menangis " kak era tolong...tolong... zulaikha dah lembik" mai la sini... org takda sapa ni..." terus panggilan terputus... aku apa lagi call balik dan terus tipon ADEQ (CIK TIPAH tanya dimana Damai hospital....
Masa aku on the way.. dah nak sampai... ijah call..."kak era Zulaikha dah takde... aku rasa tergamam dan terus menggigil... terus tipon cik tipah...coz aku dah takleh nak bawa keta... nak tekan brek ngan minyak pun dah tak tahu...
Masa aku sampai kat Damai... ijah dah terkulai layu....dalam 2 minit lepas tu baru Zubed sampai...disebabkan doktor kat Damai tak tahu punca kematian so kenalah buat p.mortem untuk keluarkan sijil kematian... dan ini pun dah jadi kes polis coz meninggal bukan di tangan ibu bapa sendiri...
Rupanya...bila doktor dan polis siasat pengasuh tu... dia ckp dia bagi Arwah makan nasi... tp bila doktor dah buat p.mortem sebutir nasi pun takde...susu pun langsung takde...yg ada hanya air masak... maknanya dia tak bagi Arwah makan dr Ijah hantar masa jam 6.45pg lagi... tp Pengasuh ni sampai sudah xmau mengaku....ttp berkeras ckp dia bagi makan.... bila disoal siasat lagi... rupa2nya Arwah dah start biru pada jam 9.00 pg tp dia call ijah pada jam 10.12 pg... begitu lama baru nak bagi tahu... bila polis tanya apa yg dia buat bila nampak Arwah dah biru, dia cakap dia angkat dari buai dan letak atas katil plak... bila tanya kenapa tak telefon ijah, dia cakap ingatkan Arwah tido je... memang BENGONG...aku mcm nak teranjang je...
so bila dah selesai p.mtrm... doktor keluarkan sebab ada jangkitan kat paru2 tp itu pun belum confirm coz result darah 10 hari baru dapat tahu.. dan sebab kedua kepala sebelah kanan terkenan hentakan kuat atau jatuh dari tempat tinggi....bila dah dengar mcm tu bleh plak Pengasuh tu ckp kat org kat situ..."kat rumah akak tak pernah jatuh..tp kat rumah mak dia selalu jatuh"... eee aku mmg mcm nak sepak je pengasuh tu... tapi menurut doktor kesan dikepala tu adalah kesan baru... bukannya dah lama...so kitarang rasa mungkin ada sesuatu yang terjadi...
Tp semasa memandikan Arwah...muka Arwah tersenyum je...lembut je... Ijah, Zubed dan aku yang memandikan jenazah...Uztazah JAWI turut membantu....Arwah dikebumikan selepas solat maqrib..di Perkuburan Kelang Gate Baru...
Arwah sedang disembahyangkan...
Lepas selesai semuanya... ijah seperti orang mati...yang hanya duduk menangis...tak mahu bercakap..makan pun tak... apa yang paling sedih kerana selama ini Arwah hanya menyusu badan mmg tidak minum susu formula... dan yang paling sedih bila air susu membasahi baju ijah... sehingga semalam air susu masih banyak lagi... memang akan basah baju ijah... dan ijah akan terus menangis bila melihat air susu itu...
3 hari selepas dilahirkan...
Hari Kedua...tepat jam 6.00 pagi, Ijah terus ke kubur Arwah hingga jam 12.00 tgh... apa yang paling sedih... bila saja terpadang ada semut di tanah kubur Arwah...Ijah kutip satu persatu..kerana takut nanti Arwah sakit... mmg ijah tak bleh terima lagi kenyataan bahawa Zulaikha dah takde.... sampaikan Ijah nak tuangkan air susu yang diperah ke kubur Arwah kerana takut Arwah tak minum apa2... menangis2 ijah minta nak pergi bagi susu ke Arwah... kami di rumah semuanya buntu... dah tak tahu nak cakap apa lagi... Ijah setiap masa menangis je...
Sampai semalam masa aku nak balik... ijah masih lagi menangis mengenangkan Arwah.... setiap masa ijah tengok Video arwah sehari sebelum meninggal....
Cuma permintaan Ijah sekarang ni yang dia minta doa agar ALLAh ketemukan dia dgn Arwah di dalam mimpi dan dpt memeluk cium buat kali terakhir....
aku berharap sangat agar permintaan dia termakbul.... AMIN.....
kenangan di Hari Raya yg lepas...
Aku bagi pihak keluarga berterima kasih kepada semua yang telah sudi memberi semangat... kepada kakak2 sepupu aku yg sanggup datang tinggalkan kerja tuk bagi semangat kat ijah dan tunggu sehingga selesai Arwah dimandikan dan dikafankan, kekawan opis aku yang sanggup datang ke Damai...tak lupa buat kawan2 baik aku...adeq, ayong, achu dan ateh... yang menelefon dan bersms... pada kekawan blog yang telah memberi ucapan dan doa untuk Arwah...dan aku rasa terharu kerana adeq (CIK TIPAH) sanggup meredah hujan datang ke HKL utk bagi semangat kat aku dan ijah.... dan ayong sanggup datang ditanah perkuburan walaupun hujan dan dengan keadaan dia yg berbadan dua... TERIMA KASIH SEMUA....SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK KORANG SEMUA,....
Cuma aku memohon agar korang suma tolong berdoa untuk Ijah agar Allah pulihkan semangat Ijah untuk teruskan hidup ini... dan ketemukan Ijah dengan Arwah hanya sekali saja....marilah kita sama2 berdoa....