Assalammualaikum
Alangkah cepatnya masa berlalu... sedar tak sedar esok dah masuk tahun 2013.. esok jugak usia nad akan menginjak 1 tahun.. haish.. 1 tahun kedepan bukan 1 tahun ke belakang eh.. kah2.. macam-macam yang berlaku dalam hidup nad tahun nie.. ada duka ada suka.. lebih banyak duka dan lebih banyak suka.. eh yang mana 1 nie eh.. haha.. Nad macam tak percaya yang esok dah tahun 2013... banyak lagi impian nad yang masih belum tercapai.. sangat sedih oke.. Apapun nad akan pastikan yang tahun 2013 akan menjadi tahun yang impian nad akan tercapai nanti... tahun 2012 pun banyak kenangan yang bemakna dalam hidup nad..
Cerita 1
Tahun 2012 nad menjadi salah seorang peserta dalam model Fareeda Nyata Jelita 2012.. nad berjaya melangkah sehingga ke semi final sahaja apapun pengalaman yang nad alami tu tak boleh dilupakan...walaupun kalah di semi final.. apapun nad hepi sangat.. sebab ramai yang masih sokong nad sama ada di fesbuk ataupun di luar.. masa dekat shah alam tu.. ramai jek yang mintak nak snap pic dengan nad.. terharu oke.. walaupun kalah ada je yang sudi ajak nad bergambar dengan dorang.. duka pulak bila ada yang kutuk nad dekat fesbuk.. macam2 yang dorang cakap.. bayangkan nad sedih sampai tak sanggup nak buka fesbuk.. yang kutuk tu perempuan pulak kan.. lepas tu adik nad back up la pertahankan nad sebab nad tak nak bukak fesbuk sebab sedih dengan kata2 kutukan tu.. tapi kejap je.. lepas tu nad bangkit dari kesedihan dan teruskan semangat nad.. biasala kena kutuk dan hina tu.. tak semua manusia sempurna.. termasuk diri nad.. artis lagi macam-macam dorang kena hadap.. inikan pulak nad kan.. so nad bayangkn macam diri nad retis.. ada yang suka dan ada yang tak suka.. bahaha..
cuba carik mana nad.. haha
Cerita 2
Tahun nie nad dah ada blog.. kalau dulu ada je cerita yang menarik nad akan kongsikan dekat fesbuk.. tak pon nad akan call kekawan nad nak share dan nad akan mula cerita dari A-Z seorang demi seorang.. penat cik kak oi... tapi kali nie.. nad share je dekat blog nad.. dan dorang semua sekali boleh tengok.. boleh komen dan boleh baca berulang kali tanpa nad perlu ceritakan berulang kali.,. untung kan.. terima kasih la semua yang sudi bagi nad sokongan.. sangat terharu okeh.. sobs .. macam-macam lagi yang perlu nad belajar dalam dunia blogger nie.. dan nad sangat berminat untuk terus belajar..
Cerita 3
Akhirnya nad dan ada bisnes online sendiri.. selain daripada bisnes make up dan andaman.. nad kini ada bisnes menjual pelbagai jenis tudung secara online.. bekerja sambil berbisnes sambil berblogging dan sambil berfesbuk.. kelasss ko nad... bahaha.. okeh nad memang sangat busy sampai kekadang nad tak ada masa nak reply message kekawan nad.. tapi kalau message dari customer nad laju je la kan nad reply.. hehe.. nad jugak sampai takde masa nak keluar hepi dengan kekawan... dan takde masa nak cari boipren *sedih =)
Korang bole klik nama Zada Hijab untuk ke page nad di fesbuk yah..
Cerita 4
Tahun nie cik azie dah bekerja dengan nad.. tahun nie setiap hari kami berjumpa kecuali hari ahad.. bayangkan wei jumpa 6 hari seminggu.. kekadang 7 hari seminggu.. kekadang 7 hari berturut-turut selama 3minggu.. hahaha... oleh sebab kami bisnes partner maka kami sering habiskan masa bersama.. bersama-sama mencari barang yang nak dibeli,sama-sama shoot dan sama-sama mencari cinta.. wakaka
Cerita 5
Selain semua tu tahun nie jugak nad asyik gado dengan mama nad.. muahaha... maap ye buk.. bukan nak cite yang tu.. tahun nie jugak tahun air mata bagi nad.. macam-macam jugak yang terjadi.. nad menangis banyak kot.. so nad harap tahun depan tahun gelak ketawa.. tahun nad akan sentiasa gembira.. tahun di mana nad menjadi seorang wanita.. wanita yang berhak untuk membuat keputusan sendiri.. bukan di tangan orang lain.. tahun di mana nad akan diberi kepercayaan untuk menjadi seorang yang berguna..
Cerita 6
Tahun nie ramai cakap muka nad macam wawa zainal.. tahun lepas tak pernah pon ada yang cakap camtu.. maybe sebab tahun lepas wawa zainal tak pemes lagi kot.. muahaha.. nad pegi mana jek semua cakap macam wawa.. sampai nad pegi beli kepci (kfc) pon pekerja yang jual tu cakap eh eh macam wawa la awak.. dan macam biasa la nad tak mengaku dah tu tuduh wawa yang tiruk nad bukan nad tiruk wawa.. muahaha... nad lahir dulu kot... dia la tiruk nad.. sobs :(
Tahun 2012 jugak di mana ramai yang makin mengenali nad dalam dunia solekan.. ramai yang dah mula nampak wujudnya nad dalam bidang nie.. ramai yang dah mula gunakan khidmat dari nad.. ramai yang dah mula percayakan bakat nad.. ya.. bidang kecantikan adalah apa yang nad minat dan nad tak akan berhenti sehingga nad menjadi seseorang yang berjaya kelak.. cewahh emosi lak.. hehe.. macam-macam lagi kalau nad nak ceritakan pun.. tapi yang nie jela nad mampu nak cerita sebab yang lain-lain tu biarla tersemat dalam hati nie.. he.. apapun...
Good Bye 2012... Welcome 2013 ^^
Muka 2012
wakaka
macam la 2013 sok tuko muka len
kbai