Friday, July 20, 2012

IBU Collagen Asli


Salam Ramadhan...
Kejap je masa berlalu dh berpuasa kita semua yee.....
Tahun ni..alhamdulliah murah rezeki tuan umh...
Rasanye meriah plk tahun ni...mane x nyaa mcm2 bisness yg tuan umh nk cuba buat...
Sejak bermenjak ni dh pandai berbisnes...ade je ruangan rezeki utk kami sekeluarga w/p x sehebat mane pn..tp ttp bersyukur dgn apa yg di kurniakan..Amin!!!

Kali ni tuan umah nk berkongsi satu  jualan yg betul2  100% asli..yg patut di kongsi bersama...
Mungkin ramai yg dh tahu @ x tahu apa itu "Marine Collagen.".??

Mesti ramai  orang yang ambil collagen untuk kecantikan kulit..kat sini tuan umah nak kenalkan sejenis collagen yang 100% pure punya ...collagen mentah yang x ada campuran bahan2 sampingan yang berbahaya atau diragui..fresh from the sea..senang aja cara menggunakannya..hanya perlu rendam,rebus,tapis dan siap di gunakan ..boleh minum dan di buat masker @ conditioner rambut...nk gunakannya pun rasa confident sebab benda ni bebas chemical a gift from mother earth la katakan...hahahaha!!

 IBU Collagen yg kering ( bagi menjaga kualiti utk tahan lebih  lama )

IBU Collagen  yg sudah di basuh berkali2..dn di rendam 1 mlm..
KAEDAH PENYEDIAAN 




Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Kacau2 sesekali spy tidak berketul..dlm 15minit kelihatan cair spt agar2..angkat dan tapiskan ke dlm bekas utk di simpan dlm peti sejuk...Balance serdak rebusan jgn di buang ,simpan dlm bekas yg lain..simpan dlm peti sejuk jgk utk di buat masker @ conditioner rambut..
6. Stok boleh bertahan dlm 2~3  minggu..
Cara pengambilan utk minum


Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil 3~4 sudu jelly collagen bersama segelas air kosong @ berperisa  spt oren,sirap  @ madu dll . Sebelum minum  baca Bismillah & Selawat...

Cara Membuat Masker :

1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
 2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci..


                                                                PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..

Kebaikan Kolagen Asli

  • Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  • Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  • Memejalkan payudara
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • Mnecantikan kulit muka serta melicin dan menegangkan kulit .
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah kulit dan rambut
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya


*--*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yg amat positif, dalam masa 2 minggu anda sudah dpt melihat hasilnya...
Ianya menjadikan kulit keseluruhan badan licin,halus,lembut dan cerah.
Pori2 kulit wajah akan mengecil dan tampak segar dan bermaya...kalau masih tercari2 kolagen yg sebenar cubalah IBU Collagen yg asli ini...anda pasti teruja...
Boleh di gunakan tanpa ada rasa ragu2 kerana ianya selamat


Dah ramai yang mencuba dan terbukti berkesan..x perlu bayar mahal2 untuk dapatkan collagen..hanya dengan modal yang rendah RM30 kita dah mampu untuk kelihatan lebih cantik dan menarik serta mempunyai kulit yang glowing..dah banyak kajian tentang marine collagen ni..siap dah masuk rancangan nona pada 20 May 2012 lagi..



Bagi yg berminat membeli IBU Collagen ini..sila dapatkan dari saya
Harga RM30/100Gram ( 1 pack )
Post by POS LAJU + RM6

Jika ada yg mahu membeli lebih dari 1 pack ..harga murah akn di tawarkan...??

Berminat sila hubungi/SMS saya 012-3411 548
Atau inbox FB saya..

Segala penghantaran akn diuruskan secepat mungkin..!!!

Sunday, July 15, 2012

Blueberry Cheese Cake Non Bake

Salam bertemu kembali...
Setelah sekian lama tuan umh x masak2 ...hari ni dgn rajin nyee meng Up Load menu dessert semlm...
Yam..yammmmm..mmg best w/p x sehebat mana pn  Cheese Cake non bake daku ini....tp alhamdulilah sedap jgk..not bad laa...!!!!
Tuan umah ni baru 1st time mmbuatnya,ini di sebabkan tekak ni dh lama teringgin  nk menikmati  rasa cheese cake ala2 Secret Recipe ...so ini lah hasilnyee....walalala..!! 

Resepi asal dari : My Precious Life

Bahan Dasar:
1 1/2 cawan biskut digestive/oreo - hancurkan )
1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )
2/3 cawan gula kastor
2/3 cawan butter - cairkan

Caranya :
Gaul sebati serbuk biskut dgn gula kustor dan butter cair...Ratakan dan tekan2 dlm springfoam..biarkan padat..kemudian sejukkan dlm fridge...Siap bah lapisan bwh..

Bahan Filling:
250 gm cream cheese
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin + air
1/2 cawan air panas
500 ml whipping cream
2/3 cawan gula
topping - filling strawberry/blueberry

Caranya :
Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk.

Alhamdulilah..dpt gak menikmati sebelum nk pose ni...tertunai hajat ku...!!

Tuesday, July 03, 2012

Madu Asli Tualang

 Salam Kembali...
Rasanye lama sudah tuan umah x on9 kat blog ni....
Sorrylah sejak ber bisness2 ni tersibuk lah pulakkk....!!

Kali ni ade lg 1 product yg tuan umah nk syer pd semua...
Iaitu Madu Asli Tualang...

Madu ni pd asalnye hya utk mkn kami sekeluarga aje...tp lama kelamaan dgn keberkesana madu asli yg kami amalkan sekeluarga mendtgkan impak yg baik plk...akhirnyaa dgn usaha ini ,sy mahu berkongsi dgn rakan2 yg berminat @ pengamal mkn madu ttg kelebihan pemakanan madu asli ini...

Madu ini juga dapat bertindak seperti vaksinasi (vaccination) kepada badan manusia..ianya amat elok jika di amalkan sebagai mknan tambahan ( supliment ) antibodi dlm bdn kita , ianya amat baik bagi yg dewasa @ kanak2..maknanye semua peringkat boleh amalkan mkn madu cuma sukatan sudu ( plastik ) perlu mengikut usia...

Daripada Surah an-Nahl, Ayat 68-69, maksudnya Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir ."

Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang,sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.Rasa madu tualang manis dan sedikit masam, dan apabila anda menelannya,akan rasa sedikit perit di tekak. Inilah antara tanda-tanda madu lebah asli.Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman, dan warna ini akan semakin gelap semakin lama anda menyimpannya. Bagai...manapun, khasiatnya tidak berubah dan tiada tarikh luput. Warna coklat kehitaman ini adalah sekata, tanpa ada bahagianyang berwarna cerah dan hitam, kerana warna ini ialah warna asal madu Tualang,bukan warna daripada hasil campuran manusia.Madu Tualang yang segar mempunyai buih-buih di permukaan atas kerana memang sifat madu apabila dituang, akan terhasil buih-buih. Buih-buih ini akan naik ke permukaan dan diam di situ untuk masa yang lama.Madu Tualang ialah madu yang tertinggi khasiatnya dan paling sesuai untuk semua lapisan umur




Ini adalah hasil kajian dari Lab seorg pelajar Universiti tempatan yg saya dapat info dr pembekal
Di bawah ini ialah perbandingan kandungan bahan madu lebah Tualang  ini berbanding madu lain.  Madu Tualang yg saya ambil ini ialah item kelima dari atas, (Sumber dari Pahang).(Lihat tulisan warna biru)  InsyaAllah pada lain masa, saya akan bincangkan nilai-nilai nombor yang anda lihat di bawah.  Apapun, madu lebah Tualang yg saya jual ini telah disahkan asli.  Alhamdulillah, kebenaran telah dibuktikan.
Perbandingan kandungan madu lebah dari pelbagai sumber.  Madu Lebah Tualang ini  ialah item kelima (tulisan warna biru)

Sebagai rujukan, di bawah ini pula ialah nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz & Grosch
(Belitz, H.D. and Grosch, W. 1999. Honey and artificial honey. Food Chemistry, 2 : 821- 828.)
Perlu dimaklum, kajian Belitz & Grosch ini tidak berdasarkan madu Tualang dari Malaysia, jadi hasil ujian madu dari Malaysia mungkin tidak menepati hasil kajiannya, tetapi, nilai-nilainya masih boleh dijadikan rujukan.  Apa yang penting ialah bagaimana madu lebah Tualang yg saya ambil ini berada dalam 'range' jika dibandingkan dengan madu Tualang lain dari Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.

Nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz dan Grosch, 1999

Akhirkata, sekalipun Madu Lebah Asli Tualang ini telah disahkan asli daripada kajian...  Harga Madu Lebah Tualang  ini hya RM 75 sebotol besar, kira-kira 1 kg.  Saya bukan seperti sesetengah peniaga yang cepat-cepat naik harga bila boleh berbuat demikian.  Kena ada integriti, kata orang..hihihi..!!
Jika sesiapa yg berminat sila hubungi saya...012-3411 548

Madu yg saya jual ini tidak di hantar melalui khimat Pos/Courier Service ..sy hya membuat penghantaran sendiri di sekitar Lembah Klang ( delivery chg $$ berpandukan perjalanan ) ...Madu yg saya jual di packing mengunakan botol kaca...Harap Maklum..!!

SESUNGGUHNYA MADU ITU IBU SEGALA MAKANAN, IBU SEGALA MINUMAN,IBU SEGALA PENAWAR.

Bagi seseorang yang sudah mengamalkan madu, insyaAllah apabila dia sakit dan terus mengamalkan madu dengan lebih kerap (kerana sakitnya itu), maka keberhasilan madu sebagai ubat/penawar akan lebih cepat. InsyaAllah..Amin..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...