My first hiking experience : Bukit Perahu Tamparuli

so today I would like to share my experience hiking untuk kali pertamanya.

plan untuk hiking sudah kena atur lama oleh my friend Zatul yang semangat mahu pergi hiking. Dari sebelum aku balik Malaysia lagi tengok dorang chat dalam group Whatsapp tu mahu pergi hiking, tapi tidak juga pandai pergi pergi. Nah sekali kena buat group Whatsapp #HikingKasiJadi barulah jadi plan hiking nya. Alhamdullillah.

so, bukit pertama yang kami tawan adalah Bukit Perahu Tamparuli ataupun dikenali sebagai Bukit Salib oleh segelintir penduduk setempat. But better known as BUKIT PERAHU la okay. Sejarahnya kenapa dipanggil sedemikian, boleh google and search ya, jangan malas malas mahu tambah ilmu pengetahuan kamu hehe

ekspidisi hiking ni berlangsung pada 1 Januari 2016 yang lalu, and this is our way of celebrating New Year this year hehe hiking!

Kalau dari Bandar Kota Kinabalu ke Bukit Perahu ni makan masa dalam 50min dengan menaiki kenderaan kalau jalan clear tiada jem.

bagi maps sikit untuk rujukan.


memandangkan kami 7 orang yang join hiking kali ni tinggal area berdekatan seja, and boleh fetch kawan kawan yang tinggal berdekatan, makan masa dalam 20-30 min jugalah untuk kesini.


gambar sebelum mulakan ekspidisi hiking
dari kiri, Adeq, me myself, Zatul, Hanis, Jazi, Daus dan AK.

perjalanan ke puncak Bukit Pearhu ni mengambil masa around 50min untuk orang tidak fit macam kami yang balik balik kena stop untuk catch a breath, bagi orang yang fit macam kawan kami sorang tu, around 30min sudah boleh sampai keatas.

fyi, setiap pagi akan ada orang yang akan jogging or hiking tempat ni naik turun naik turun beberapa kali. Ada pakcik tu dia naik around the same time with us, tapi dia duluan la pecut naik, sekali bila kami sampai dekat check point keberapa tu turun sudah dia, time tu rasanya baru dipertengahan kot #amazed with him, caya la uncle! fit habis bah.

paling best sepanjang hiking naik keatas tu kalau berselisih dengan hiker lain yang on their way turun, mesti kena wish "Goodmorning!" "Happy New Year!" , "sikit seja lagi tu!" nahhh membakar semangat bah begitu hehe lain lah macam kawan yang sorang lagi tu, balik balik dia menanya,"jauh lagikah ni? nanti turun kita pergi breakfast terus ar" hehe #jangankecamSis

bah penat sudah mau menaip ayat ni, mari lah layan gambar dulu =)






ni antara track yang bakal di lalui kalau korang plan untuk datang, ada yang landai macam dekat atas tu, ada yang korang kena panjat sikit, kalau rasa takut tergelincir kah apa, prepare urself dengan kasut yang ada tapak grip kuat tu, better kasut hiking la kan senang cakap. And better prepare urself juga dengan stick, any kind of stick untuk mudahkan korang berjalan dan mendaki.









this is why locals panggil bukit ni Bukit Salib juga, sebab memang banyak salib sini, setiap check point ditanda dengan salib, ada 14 check point, so ada 13 salib kecil dan 1 salib besar. If I'm not mistaken laa, Sooo bagi mereka yang berfikiran agak cetek tu a.k.a kuat sangat semangat racism dalam diri janganlah korang datang sini, takut nanti silap silap haribulan korang kecam pulaaaaa =p #jangankecamSis

after 50minit, kami pun sampai di puncak Bukit Perahu ni, yeahhh!!



yeahhh! kami berjaya menawan Bukit Perahu Tamparuli







girls power!



semangat bawa naik bendera Sabah keatas hehe


lets us take a welfie first! #jangancakapsistakpayung



dekat atas tu agak landai dan flat ja, angin pun sejuk dekat atas, korang boleh menghayati permandangan Pekan Tamparuli dan Pekan Tuaran. Boleh nampak Gunung Kinabalu juga!





lepas rehat dan kepuasan semua orang ambil gambar dekat puncak, kami pun mulakan perjalanan untuk turun. Alhamdullillah misi #hikingkasijadi kami berjaya.



ni antara track yang korang kena lalui,
that why suruh bawa stick kalau rasa rasa tak mampu mahu daki.




permulaan tahun 2016 yang sangat best! dan ini merupakan pengalaman pertama aku hiking. Lepas ni nanti, try bawa family pula hiking sama hehe slow slow seja ascend, asal sampai keatas bah.

then waktu tengah breakfast, bincang punya bincang, kami decide pula untuk hiking dekat Bukit Padang keesokan harinya, jenis hati kental ni semua orang yang pergi hiking ni, semangat habis. Biar sakit kaki, semangat hiking jangan hilang hehe

and post berkaitan hiking di Bukit Padang aku akan try update esok pula inshaALLAH.

sampai ketemu lagi, assalammualaikum.