Nuffnang Adds

Tuesday, December 31, 2013

New Year 2014 & London Trip #2

Assalamualaikum..!

As today is our very last day in 2013, I would like to wish everyone :



2013 was a joyful year as I enjoy every single day in it. I'd like to end this year with Syukur, Alhamdulilah to Allah swt. 

Good bye 2013 and welcome 2014!

Rasa macam laaaaaju je masa berlalu. Macam tak percaya dah habis setahun!
Tapi..tapi..tapi..korang tolong lah percaya bahawa entry trip to London & Paris tetap akan diteruskan waloponnn dah bertukar tahun. Hihihi. 

Untuk entry kali ni I nak share pasal Bicester Village kat London. Tempat ni mmg jadi bualan orang Malaysia kalau pergi ke London. Ramai gak la org melayu yg kitorang jumpa kat Bicester Village tu. Tapi takde lah tegur2 borak bagai nak rak kan. Masing2 sebok shopping sambil kesejukan. Ktorang amik train dari Marylebone + Shuttle bus. Perjalanan amik masa dalam 1 jam lebih dari Marylebone.

Lets la the photos do the talking. Penat nak taip pjg2. 


Before tu, kite pekena kopi O dulu ye dekat apartment.

Ini stesen Marylebone. Dari St. James Park then find out how get to Marylebone ni then beli tiket train+shuttle bas utk ke Bicester Village.

Oh I mmg sukaaaa bunga! tgk bunga2 kat sana gewaaamm. Takyah simpan dalam chiller. Segar manjang.

Ini tiket ke Bicester village yg ktorang beli di Stesen Marylbone. Harga 22 pound sorang. Convert duit kita dalam RM120. Boleh laaa. Dah sampai London kan. Kene lah pergi. Gambar gegar2. Ampunnn!

I candid gambar En. Husben, dia candid I. Hehe. Suka nye pokok2 kuning2 kat belakang tu.. niceeeee!

Yeahhh..I cannot tahan my self to buy that Kate Spade! beza harga from KLCC RM1020 lepas dah tolak VAT! zassssss! i rembat satu. Tips: kalau nak beli barang, kat sana pergi survey harga kat shopping mall kat malaysia before bertolak ke sana. Kalau berbaloi sgt2 mcm yg I beli ni, go for it! :))

Haha En. Husben dah terlentok dah menunggu. Padahal sejuk gile. I lagi rela tggu org lain yg tgh shopping kat dalam outlet. Ada heater.

Kat sini jugak kite leh terus claim VAT. Takyah tggu kat airport.  Dapat claim lagi cepat lagi bagus kan. Kang tak pahal2 kat airport ade problem..melopong la uolssss!

Mak n abah kesejukan tggu shuttle bas kat sini utk ke train station n balik semula ke Marylebone.

Time ni act dah nk mghrib. Bayangkan ktorang spend whole day kat Bicester Village sahaja!

St. Marylebone n the train. Ok jom kite balik.

Ok, till then..be good ya..!

Tata!

Monday, December 16, 2013

Projek Melty Hershey

Assalamualaikum!

Hello darlingssss...! :-)


Before I sambung entry pasal London & Paris trip yg I janji tu..meh i cite dulu pasal projek 15 minit utk buat Melty Hershey last Saturday. Since blog ini blog i Sdn Bhd, so tak kesah la I update entry caca merba kan. Suka hati nak taip apa. Jump sana jump sini. Topik terabur2. Hehe.

En. Husben actually saaaaangat suka dgn melty hershey ni. Selalu order dgn kakak I. Tp sbb dah agak lama tak dpt stok sbb En. Husben bz dgn kelas dia, dgn travel lagi..kitorang tak dpt balik Johor utk re-stock melty hershey ni. Jadi i surrender utk buat sendiri. En. Husben mmg suka dessert. Kalau lepas makan mesti dia bukak fridge cari something sweet utk makan. Segala mende base chocolate mmg favorite! Sama dgn my MIL :-)  I pulak lebih suka something like popia, pisang goreng, karipap, etc. Savoury gitu. Eheh. I buat melty hershey ni folo my sister's recipe. Kalau google ade banyak versi. Tapi of course la I pilih yg paling kacang kan. I tak snap pulak bahan2 dia. Tapi uolls boleh google la so boleh imagine kan kalau carik kat supermarket. Mmg senang sgt!

Bile I post kat fb Melty Hershey yg I buat tu, ramai pulak nk resepi. So I decided utk tepek sekali resepi nye kat blog ni. 

Bahan2 nye :

  • 1 Kotak UHT Whipping Cream - I beli jenama Anchor for a better taste n..beli yg extra whip. Kunun nk gebu lebih la kan.
  • 1 botol Chocolate syrup jenama Hershey - I terpaksa beli botol besar sbb yg kecik dah abis. Malas nk carik tempat lain. Beli yg kecik pun dah cukup. Pakai tak banyak mana pun.
  • 2-3 senduk susu pekat manis - Boleh tambah lagi kalau nk lebih manis.
  • Biskut Marie yg dipecah2 kan - Boleh jugak kalau nk pakai oreo. Kat rumah mmg ade biskut marie. So hentam je la..
  • 1 Kotak Cheddar Cheese - Ini pun boleh pakai lain kali kalau buat lagi. Sbb banyak lebih.
  • Choc chip/ colorful sprinkle utk hiasan - Ikut suka kalau nk pecah2 kan kitkat ke tabur MnM ikut suka. I ade MnM je kat rumah. Belasah je. Tapi color MnM lama2 akan pudar sbb dia melt..utk kesan jangka panjang tak seswai k.


Ini antara bahan2 penting. Gambar ehsan En. Google.
  • Mula2 taburkan biskut yg dah dipecah2 kan dalam bekas. Ini utk lapisan pertama.
  • Dalam satu bekas lain campurkan whipping cream dgn susu pekat. Gaulkan pakai senduk je. Takyah kuarkan mixer. 
  • Then tuangkan adunan whipping ke atas biskut tadi. Senduk agak2 tebal mana yg kite nak utk setiap layer.
  • Kemudian letak kan choc syrup Hershey
  • Ulang2 teknik tadi sampai bekas penuh/tinggi.  Boleh buat 2-3 layer dalam satu bekas. (1st letak biskut diikuti whipping cream then choc syrup)
  • Last sekali parutkan cheddar cheese n taburkan choc chip / colorful sprinkle / MnM sebagai hiasan.
Dah siap!

Inilah hasilnye. I mmg folo resepi kakak I, tapi dia punye cantik lagi lah than mine. Janji rasa sama!and En. Husben suka! :D

Kalau nk buat dalam satu bekas yg besar terus pun okay..I saje buat dalam mcm2 saiz. Recycle bekas2 yg ade kat rumah. Plus, senang nk bawak pi rumah my SIL as buah tangan. Simpan dalam peti sejuk sampai dia keras sikit. Makan sejuk2. Mabeles! - kata En. Husben.

Ok sapa2 yg nk mencuba, sila cuba k..goodluck!

Kbai!

Friday, December 13, 2013

London Trip #1

Assalamualaikum..!

As promised, I nk update entry pasal trip we'olls ke London n Paris tu kan. Hehe. Seperti yang telah diberitakan kitorang transit kat Doha, Qatar before ni. Kalau nk tau cerita lanjut pasal transit di Doha tu klik sini.

Gambar2 ade banyak lagi kat dalam camera En. Husben. tunggu punye tunggu dia transfer gambar tah bile. Tapi I sendiri pun malas nk transfer gambar sbb tu suruh dia. hihihi. Okeh ni ade la gambar sikit2 from phone. Janji ade!Sebab takut lupa jalan cite so update je cepat2. Kitorang naik Qatar Airways Arrival di Paris, sbb lebih murah berbanding arrival di Heathrow. Dari Paris airport tu baru kitorang gerak ke London dgn train. Stay kat London dulu then baru patah balik ke Paris kemudian utk sightseeing kat Paris seterusnya balik Malaysia flight pun dari CDG airport, Paris.

Ok, 10 minit nk touch down, suara pilot berkumandang dalam cabin. Speaking french. Mmg sepatah haram tak paham lah kan. Nasib baik pilot tu translate English.  Hehe. Time dia ckp pasal weather kt paris je..riuh kejap cabin. 3 degree! Encik Husben terus kuarkan longjohn dia n pergi washroom. I dah siap2 pakai dah kat Doha. Nasib baik. Kitorang standby coat dalam hand luggage. Sebelum kuar dari cabin omputih tu semua sebok pakai coat/jacket. Termasuk la kitorang. Imigresen kat Charles de Gaulle saaaangat lah senang. Tak mcm cite2 kat Heathrow yg I dgr ttg betapa strict nye imigresen kat sana. Syukur alhamdulilah. Paling lega adalah bile semua bekalan selamat! hihi. Ini antara bekalannye :)


Ini di antara stock yg awal2 I pack. Ade lagi serunding daging, sambal ikan bilis, asam keping, garam, gula, megi, sardin semualah. Syukur selamat! hehehe

Sampai dalam terminal, cop2 passport terus je kitorang bergerak ke Terminal 3 utk catch train ke Gare Du Nord utk naik eurostar ke King Cross, St Pancras, London.  Dalam Terminal 1 CDG airport..berselirat escalator dia..dah rasa dah angin2 sejuk kat luar tu masuk dlm bangunan airport. Huhu.

Train dari Paris ke London dalam 2 jam je. Layan2 perasaan, dahhh sampai.  Gare Du Nord or Paris Nord dan King Cross di London tu kalau kat KL mcm KL sentral la..tapi lagi sebok. Kitorang nk pandang org pun dah tak sempat. Semua berkejar2 nk cepat. Maybe sebab sejukkkkkkk!
Ini tiket train dari CDG ke Gare Du Nord utk naik Eurostar ke London. 7.6 euro seorang, lebih kurang RM32. Dari airport ke Gare Du Nord dalam 25 -30 minit je. 

Us dah sampai Gare du Nord. Pic Last tu En. Husben bukan tdo tau. Mata dia mmg seksay. hehe.
Kemain bergurau senda Pak Razak dgn Cikgu Salbiah dalam eurostar Paris-London.


King Cross Stn, St. Pancras, London. Muka semua dah kepenatan. Sampai sini dalam kul 8pm waktu London.

Sesampai kat King Cross tu, semua dah penat dah. So decided amik cab je utk ke apartment. Jimat la jugak sbb ramai2 kan. 1 teksi dapat lah muat 5 org. Termasuk luggage yg beso2 bagak tu. Teksi london nampak mcm kontot. Tak sangka muat jugak.  Dalam teksi dpt la tgk malam kat London. Hectic. 

Apartment ktorang kat area Westminster-Victoria. Dekat jugak dgn Talfagar Square, Big Ben n Westminster Abbey..Masa dalam teksi tu cuba ingat2 jalan yg I dah google n hafal bangunan2 dekat2 area apartment. Hah jgn tak tau I dah travel dulu b4 semua org tau..hehehe. So senang la nk jmp apartmentnye. I yg bagi direction kat driver teksi tu. hihihi.  Semua deal booking apartment buat dgn owner online. 1 week b4 arrival kite bagi tau owner agak2 kite sampai kul bape. Then dia akan emailkan kod number dalam 4 digit utk masuk apartment. Its key-less apartment! Mmg takkan jumpa tuan rumah. I suruh semua org hafal kod tu then senang nk kuar masuk or sape nk balik dulu ke takyah susah2 nk tunggu2 kat luar..dah la musim sejuk kan.

Kitorang book apartment ni through http://lovingapartments.com/United-Kingdom/London. Mmg berbaloi! Yang penting boleh masak2. I dah siap2 beli online sabun Taharah utk samak then boleh pakai semua cooking utensil yang ada kat apartment tu tanpa was2. Insyaallah. Lepas cuci semua pinggan mangkuk I pun kuarkan la semua stock. Tapi simpan sikit lah utk di Paris nanti. 

Ini la apartment nye, Chadwick St apartment. Kalau ckp dgn drebar teksi, sebut Hosfrey Road. Semua tau sbb dkt dgn stesen tv dorang, channel 4. Nmpk mcm beso kan. Tp kecik je. Omputih kedekut space weh. hehe. Tapi mmg complete. Siap washing machine semua. We'olls cuci baju ari2. Then Sidai kat heater. kejap je kering :)
Ini tingkap bilik I. Kat bawah tingkap tu heater. Mcm aircond, tp nipis sikit n versi panas. Mmg on 24hours!


The next morning kitorang amik gambar dpn apartment. En. Husben tukang amik gambar..so dia takde dlm gambar ni. Sejukkkk wehh.
Morning walk in London. Dekat2 je dgn apartment.

Singgah jap ke Tesco express. Kat sana ade banyak..Suka makcik sebelah kiri tu jadi cashier. Hehe. Senang je pakai mesin ni beli barang. Takde la masalah dgn cashier lembab kan. Pekerja tesco ni muslim. Dia ade la pesan barang2 yg kite boleh beli or tak. Basically roti susu telur tu takde masalah. Vege lagi la kan..kecuali mcm coklat2 tu..kene hati2.

2nd day kat London kitorang ke Bicester Village. Before tu ke Tesco express jap blakang apartment utk beli barang2 for breakfast. Mesti lah barang yg takleh bawak naik flight kan.. Lepas breakfast tu baru gerak ke underground berdekatan untuk pergi ke destinasi yg dihajati. Nak cite lagi tapi tgn I dah kejung pulak. Takpe lah nanti kite cite lagi :)

Till then, tata!

Kbai!

Wednesday, December 11, 2013

Russel Weds Madeleine @ KLGCC

Assalamualaikum!

Nk mula type new entry punye la susah. Ha tgk, nk pikir 1 perkataan pun adoiyai..

Sebab tu tak muncul2 tibe entry pasal Paris n London. Dah seminggu lebih dah balik. Tapiiiii malas nye Masyaallah..! Nak kumpul gambar dari 3 camera dah satu hal. Haha.

Btw, sebelum tu nk update dulu entry pasal wedding yg kitorang attend on last October. Mmg meriah sgt. Tetamu ramai cina!Hehe.

Actually Russel and his brother Rusydi both are my friends. Kitorang dah kenal almost 6 years since i buat part-time kat Zen dulu. Time tu mula2 datang KL. Dorang berdua mmg baik. Ummi dorang pun baik dengan I. Sooo i nak la jugak abadikan gambar dorang dalam blog ni kannnn. Dua2 ni staf Secret Recipe. Russel ni chef kat HQ SR. Banyak menu SR tu dia yg buat. Rusydi pula manager one of SR branch kat KL. Kek kawen Russel aritu SR sponsor. Each guest dapat rasa. En. Husben suka laa..Chocolate cake!

Dorang ni melayu sabah, Russel punye wife ni Chinese from Sabah jugak.  Dia convert to Islam 1 month before wedding if I tak silap. Tapiii..wedding tetap chinese style uolls.   I suka sbb I dapat makan chinese food! My fav!



Sebelum gambar perantin, kite tepek dulu gambar makanan. Ini 1st course. Yummss!

Ni la perantin nye. Ni time mula2 datang. Time ni dah ramai jgk dtg. Cepat2 kite amik gambar dgn perantin dulu okeh.

No pelamin at all. Cuma meja makan perantin je. Simple but nice. Left Gambar view from our table. Dorang nak buat ala2 yam seng. But no yam seng tau. Dorang tukar dgn sebutan 'aramaiti' (since both family from sabah kan) n pakai air sirap je. hihi.


Ha yg tinggi pakai spek tu Rusydi adik Russel bersama umi dorang. They all sgt baik i tell u. Time ni dah nak balik. Perut pun dah kenyang yang amat. Alhamdulilah.
Setiap guest mmg kene naik buggy dari parking ke ballroom nye. Jauh okeh nk menapak pakai heels. Nasib baik ade shuttle. So ini dah nak balik. Dapat la kitorang fefeeling mengimbau kenangan time kawen dulu naik buggy. Sama je feeling nye. Yang lain nye cuma perut masing2 je dah makin maju ke hadapan. Hehe.

Nanti i mesti update pasal trip aritu k..Pomis!

Kbai!

Friday, December 6, 2013

Bersilaturahim di Doha, Qatar

Bismilahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wahai pembaca budiman!


Finally! Datang jugak mood nk ber blogging. Tamo dah pospon2 entry. Tak sanggup nk update secara pukal nanti. hihi. 

Syukur alhamdulillah my family and I dah selamat sampai kat Malaysia. I as usual sambung hidup kat KL ni with my husben and in laws.  My family, abah mak abg n lil sista, straight away balik Johor. Especially abah I yg dah homesick sgt2. Dek kesejukan kat Paris n London aritu, tak sabar2 dia nak balik Malaysia tanah air terchenta. Memang pure jawa kan!

Btw, untuk trip ke Paris n London ni kitorang beli tiket Qatar Airways. Murah 1k dari tiket MAS. Service pun not bad. Makan sedap aje. Makan tu penting ye dlm flight. Bile bosan je makan. Bile bosan makan kite layan movie. Cukup 3 kali cite hindustan sampai la ke destinasi. Kihkih. 


Ini breakfast dalam Qatar Airways. Kenyang gile.

Dah nama Qatar Airways kan haruslah transit di Doha, Qatar. Kitorang mmg sengaja amik masa transit yang lama di Doha around 17 hours kot time transit nye sbb berhajat nak visit a family friend yang dah 7 tahun duduk Qatar. Dapat lah bersilaturahim kan. 

Tu diaaa..layan hindustan wajib ye utk long flight. Nasib baik ade shahrukhkhan. hihihi.


Selfie jap. Time kebosanan dalam fligt. Makan dah tido dah layan movie dah. Pic last sekali tu suka sgt tgk budak tu usung luggage dia. Mak nye pulak dukung baby. Cute..!! terus snap.




Setiba di Airport Doha and sightseeing Doha. Cuaca Doha dah mula sejuk dalam 19 degree. Best sgt weather nye. Chilly. 

us at the International Airport of Doha & a unique building yg membazir space bak kate our fren yg keje kat sana. hihihi.

 Housing Estate dorang memang menarik. Cantik n rumah besar2. Tapiiiii..kalau nk tau, sewa rumah dorang sebulan 16k qatar riyal. Lebih kurang dalam RM15,000.00 ye. Ko mampu?? haha.

Actually, kat Doha tu sebelah malamnye kitorang ada singgah ke Qatara, salah satu attraction di Qatar. Tempat pak2 arab anak beranak berekreasi. Pusing2 naik buggy. Kat Qatar ni banyak pekerja Philippines. So senang sikit la nk borak2 in english kan. Kalau ckp dgn pak arab, mau tergeliat2 lah lidah jawabnyeee. 



Jadilahhh kan. Janji dapat jugak pengalaman berharga di Qatar ni. Barulah I tau yg Qatar ni actually sebuah negara yang berdiri di atas kaki sendiri, kaya dengan hasil minyaknye. Qatar tak termasuk dalam Arab Saudi. Orang depa banyak tak keje. Sebab negara kaya sgt gamaknye. 1 liter minyak kete dia cuma 1 QR bersamaan dgn RM0.90 duit kite. Minyak tak habis kot. Semua pakai kete beso2.  Hehehe.

The next day after breakfast. Tuan rumah hantar kitorang ke airport untuk catch flight ke Paris kul 6.55 am. Here some of the picture..


Waiting for our next flight to Charles de Gaulle, Paris. 7 hours to goooooo!

Ok, nanti I sambung untuk entry trip ke Paris n London ye. Insyaallah.

Till then, Wassalam.

p/s : Jangan lupa click gambar untuk tumbesaran yg lebih sihat :-) 

Daisypath Anniversary tickers