Assalamualaikum wbt...
Post ttg my ttc journey nanti I sambung balik.Ada info yg perlu di confirmkan balik.
Tapi ada satu isu yang sering ditanya oleh orang keliling kepada kami setelah usia perkahwinan kami lebih 5 tahun. Baru genap 5 tahun pd May haritu.
"Kenapa tak ambil anak angkat?"
"Tak berminat ke ambil anak angkat atau anak susuan?"
"Dah 5 tahun ni, ambillah anak angkat"
Disusuli dengan,
"Kawan akak macam korang lagi lama tak kahwin. Ambil anak angkat.Terus lekat anak sendiri."
"Tu hah Si.X rezeki murah selepas ambil anak angkat"
"Ambil anak angkatlah.Anak ni pembawa rezeki dan tuah blablabal. Adik aku blablabla"
Sejujurnya, I dan suami pernah buat keputusan sekiranya perkahwinan kami mencecah 5 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat,maka kami cadang untuk ambil anak angkat dan di jdikan anak susuan.
Idea anak angkat/susuan kami dah fikir dulu dari orang yang mencadangkan. Akan tetapi, setelah berbincang kembali,kami putuskan utk hold dlu atas beberapa sebab;
1)Kami pjj secara tidak tetap.Kadang2 dua mggu sebulan, kadang2 sminggu sebulan kerana tuntutan belajar.
Kadang2 I ada urgent matter di Kuantan yg memerlukan I rush to Kuantan. Samada dengan husband or not.
2) Mampu. Jika mampu itu dikira atas soal duit sahaja maka kami secara kasarnya mampu tapi sekiranya mampu itu dilihat 360 darjah, kami tidak sebenarnya. Dari segi emosi, masa, kesihatan dsb.
3) Kami baru shj memulakan rawatan secara intensive di klinik kerajaan yg mana I akan cerita kemudian dan I sangat positif tentang rawatan ini. Walau apa pun, kami percaya...KUN FAYAKUN.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment