Dec 30, 2008

K.e.l.u.a.r.g.a

Adek aku, Rauf dah belajar komen dalam blog ni. kakak2 dan abang2 dia yg ajar. Boleh baca komen entri lepas. Adus~

Hasanah pun dah buat blog. Klik sini. Moga istiqomah dalam melaporkan berita-berita famili dari Malaysia.

Anas pulak tgh busy isi borang Universiti. UK ok!! Senang nak berjalan nnt!
Kak Long mesti tgh preper nak balik India semula. Selamat berkemas-kemas (skrg mesti makan pun dah tak lalu kan?)

Alawi pon dah buat Frenster Akaun.

Mak mesti tgh sebuk buat preparation adek-adek nak start sekolah semula.

Moga tahun baru nanti Baba dapat tawaran jadik Pengetua. Amin..

Aku pulak semakin sebuk dengan kelas dan tugasan Unit Data Maklumat dan Unit Akademik.
Exam tengah bulan Januari depan.

Moga ikatan hati keluarga kami semakin utuh dan erat di tahun baru ini.

Doakan kami kat sini.

Dec 28, 2008

1430H

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah
Moga tahun yang mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga segala kesalahan dan dosa tahun-tahun lepas diampunkan oleh Allah.
Doakan saudara-saudara kita di Palestin terutamanya di Gaza..

Nota: Ada batasan hidup ak yg sudah dilanggar ..

Dec 18, 2008

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Allahyarham Abg Aminudin (sepupu) yg meninggal pagi semalam. Moga Allah mencucuri Rahmat kpd rohnya dan digolongkan bersama golongan para solihin. Moga isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi ujian ini.

Semalam ulangtahun besday Ajut. Selamat Hari Lahir ke 21. Moga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Takde mood. Sekian

Dec 16, 2008

Celcom

Pagi ni ada lawatan ke kampung Arab di Met Mazzah. Kerja lapangan untuk Community Medicine. Tak tahu apa yang akan menanti harini. Harap dapat pengalaman baru.

Semalam dapat mesej dr kaklong. Beria-ia benar nak buat esei pasal percutian di Sarawak. Mesti best dan puas la tu. Semalam juga dapat attach gambar dari Nana. Gambar raya haji di Malaysia. Tahun ni famili sebelah mak buat korban. 2 ekor lembu. InshaAllah akan masukkan dalam photoblog.

Berita menarik hari ini:
-Demam Cikugunya kembali di sesetengah tempat di Msia
-Bush kena baling dengan kasut sewaktu melawat Iraq

Minggu ni banyak kerja perlu disetelkan. Harap Allah permudahkan.

Nota: Adakah Muhd Sheikh akan menjadi guru Romad ku?? Semalam die dah call. Nanti jumpe kat masjid n sembang balik.
[Sape yg ada sim Celcom dan nak msj free ke mana-mana talian dan call talian Celcom Malaysia dengan kadar biasa PM me k.]

Dec 12, 2008

SafeJourney!

Harini famili akan pergi bercuti ke Sarawak. Didoakan agar selamat pergi dan pulang. Enjoy your holiday..Safe journey.


Nota: Sgt jeles dan sedeh. asek takde je time dorg bercuti sekali.

Dec 11, 2008

Reunion.Korban

Baru pulang dari majlis sambutan hari raya haji. Malam tadi dah type utk update ttg raya haji. Mybe pasni baru pos sebab malas nak ambil copy dr desktop. Malam tadi kami buat perjumpaan bekas student sekolah lama. Kebetulan ramai junior datang dari Kaherah. Lepas Isyak, beli roti dan makan dengan sup tulang yang dimasak petang semalam. Habis 2 periuk! Lepas tu ada sikit sesi taaruf. Part yang paling menarik dalam aktiviti malam tadi. Mula-mula tanya soalan sikit-sikit. Nama, asal, bilangan adik-beradik..blal..blal.. Lama-lama makin dalam dan terus ke soalan-soalan berbentuk peribadi. Berpeluh jugak nak menjawabnya. Apa-apa pun, syukur sebab dapat berkenalan dengan mereka semua (kat sekolah dulu mungkin tak pernah bertegur sapa). Riuh rendah betul malam tadi. Hampir tengah malam, tiba satu lg team dari Kaherah.5 orang. Taaruf-makan-sembang2-bersurai.

*****

Jr sekolah yg baru kenal aku (selama ni dgr nama ja):
Owh..ni ka abang Sy*p*
Yang pakai braces dulu
Mana pi braces abang?
Entah..bangun2 tidoq tgk2 dah hilang..tertelan kot..
[Baru aku ingat. Masa sekolah dulu rasanya aku sorg je bdk SC yg pakai braces.Dorg cam aku dgn braces aku je. Cis]

Waktu baru smpai di dewan tadi. Disambut seorang jr perempuan:
Baru sampai ke?
Haah saya baru sampai..
[Hulur kertas tentatif]
Erkk.. kat mane tempat makan student lelaki ek?
Owh..adik jalan terus then, belok kanan. Adik akan jumpa tangga kat tengah. Naik tangga tu. Adik ambik makanan dalam plastik hitam ok?
Ok kak. Terima kaseh..[gelak dlm hati]
[Muke aku mude sgt ke smpai nampak macam junior thn 1? [hati tergelak smpai skrg] Aku harap beliau kesal dgn tindakan beliau tadi ]

Nota: Tergelak baca komen Rauf dari entri Kerja.Stop

BusanBesday



Selamat Hari Lahir ke 18
Sanah Helwah Ya Gameelah
Hasanah@Busan@Busanna
11/12/2008


Dec 7, 2008

Kerja.Stop

Blogging akan disambung selepas raya haji.
Banyak kirja mahu dibuat. Doakan moga dipermudahkan segala urusan.
Selamat menyambut Eid Adha. Kullu a'm wa antum bikhair.

Nota: Sape2 yg buat open house boleh ajak ktorg. Kalu tak nak ajak, bg dalam tupperware pon ktorg tak kesah.

Dec 4, 2008

Zulhijjah

Raya haji tahun ni 2 orang bebudak batch aku takde. Sorang balik Msia terkejut tergempak. Sorang lagi beraya kat Sudan. Aku doakan dorg selamat pergi dan balik semula ke Mesir.
Minggu ni kami baru start round baru. Round Community Medicine. Bagi aku round ni agak best sebab tak tertumpu pada kuliah semata-mata, tetapi akan ada aktiviti-aktiviti luar@ ziarah. Katanya lepas raya haji akan ada lawatan ke Bank Darah, Sekolah Az-Zahra, rumah orang-orang tua, lawatan ke Meit Mahzah (kg Adel) dan lain-lain yang akan diberitahu kemudian. Harapnya dapat menimba banyak pengalaman melalui ziarah dan aktiviti tersebut.
Malam ni ada meeting untuk buat panduan pelajar. Entah macam mana tahun ni aku kembali mengaktifkan diri dengan kerja-kerja persatuan balik. Tapi taklah seaktif dulu kot. Dah tue-tue ni, buat kerja cara org tue2 la kan. Slow n steady. Juga bos Ekonomi hantar YM malam Selasa lepas suruh buat design utk sweater dan t-shirt. Walaupun aku dah tolak awal-awal sebab aku memang tak reti buat design, beliau tetap suruh tolong juga. Tadi jumpa lg beliau kat kuliah dan sekali lagi beliau mintak tolong. Nak tolak tak sampai hati. Nak buat design memang aku tak reti. Aku tolong jela yang mana boleh utk Adek Ubai ni.. :)
Ok. Sikit update untuk harini. Esok pas Jumaat ade makan-makan!

Nota: Jangan lupe, kite dalam bulan Zulhijjah. Amik kesempatan dan peluang untuk meningkatkan amalan

Dec 3, 2008

MAT PERUBATAN

Jumaat (28/11)lepas pergi ke MAT PERUBATAN. Berikut sedikit gambar-gambar yang sempat ditangkap. Mesyuarat tahun ini agak hambar bagi aku memandangkan Pres dan Timb beliau tidak dapat hadir. Juga kelibat beberapa Super Senpai yang tidak kelihatan memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan akhir Thn 6. Marilah kita doakan mereka semua berjaya dlm exam.

Ngantuk+dah malas nak dengar usul (tengah meeting)

Muka baru

Makan-makan

MC yang akhir menjadi AJK

Ni part dalam Tibbians Baru. Gambar dalam page ni menyebabkan ramai org jeles.


Hari Sabtu malam pula, ada Program Palestin presented by Dr Zainurrashid Bin Zainuddin. Sedikit profile beliau. Sudah berkahwin. Merupakan dr Pakar Sakit Puan (O&G) di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Pernah memegang jawatan sebagai Presiden PPIM Negeri Sembilan. Juga Ketua Department O&G di Hosp Tunku Jaafar. Bertanggungjawab sebagai Perunding Aman Palestin Berhad dan memegang beberapa pos penting dalam NGO lain.
Perkenalan dengan Dr Zain bermula semasa beliau datang ke Mesir pada musim panas tahun 2007. Ketika itu aku menyertai program ke Arish. Kemudian, pulang ke Malaysia masa cuti lepas, aku sempat 3 kali bertemu dengan beliau. Pertama kali ketika menyertai seminar ke-2 ToT Aman Palestin di UNITEN. Kali kedua ketika ke Seremban sewaktu bersama Qama. Sempat makan-makan dengan beliau sebelum bertolak ke JB. Ketiga sewaktu menganjurkan program untuk pelajar yang akan ke fly di Masjid Hidayah Seksyen 18 SA. Yang pastinya aku sangat kagum dengan beliau dan berharap dapat menurut jejak serta menjadi sehebat beliau. [O&G?? Erm..]

Dr Zain di Beyt 87

Dan di sini aku nak ambil kesempatan utk mengucapkan selamat berangkat ke Darfur, Sudan kepada Hakim yang akan bertolak esok malam. Juga kepada Azrul yg bertolak balik ke Malaysia pagi nanti. Dan kepada KakLong yang akan balik Malaysia esok@lusa. SLR aku juge pulang ke Malaysia utk beraya!

Nota: Tadi ade spotcheck paspot. Aku tgh tidur kena bangun bg paspot kat dorg. Kepada kawan-kawan semua, pastikan anda membawa paspot ke mana-mana dan yang paling penting, visa masih hidup lg.

Dec 2, 2008

Tag Shafiq

1.List these rules on your blog.

2.Share 7 facts about yourself on your blog.

3.Tell 7 unspectacular quirks on yours.

4.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs.

5.Link the person who tagged you.

6.Leave a comment for each blogger


7 facts about me:

-Anak kepada 2 orang cikgu, Abang kepada 4 org adek dan adek kepada seorang kakak. (aku tak mendapat kasih sayang seorang abang)
-Paling gelap antara adik-beradik aku
Suka outdoor aktiviti (camping,mountain climbing, jungle trekking, kayaking,snorkelling dll)
-Sangat teruja dengan KELAJUAN
-Selalu mempunyai IDEA SONGSANG
-Once aku dah ada satu PENDIRIAN, aku takkan berganjak selagi aku tak jumpa sebab utk aku berbuat demikian
-Aku tak pernah pakai CELAK melainkan masa zaman kanak-kanak. Tu pun sebab kakak aku yg ajak main celak. (aku penat dah jwb soalan yg tanya aku pakai celak ke tak? Setakat ni dah 209 org tanya soalan yang sama)


7 unspectacular quirks about me :
(apetah maksud nye)

-Aku suka makan minyak bekas goreng daging
-Suka membebelkan angsa aku yang tak paham bahasa
-Susah menyampaikan maklumat dengan cara MENULIS. Selalunya kalau YM@msj dll, aku akan mati akal untuk membalas ttg sesuatu perkara sebab aku tatau camne nak buat ayat. Lalu akan keluarlah ayat tergantung@penerima tak paham maksud kata-kata aku@ si penerima terus permanently invisible kepada aku.haha
-Orang kata aku SERIUS, tetapi sebaliknya….(org yg rapat dan kenal aku je tau jwpnnya. Adekah aku hipokrit? Atau aku ade multiple personality spt kate kakak aku??)
-Aku pernah bercita-cita utk menjadi PENOREH GETAH dan PILOT selepas tamat tahun 6 Fakulti Perubatan
-Tak pernah pegi Piramid, Qalaah Salahuddin dll tempat walaupun dah masuk 4 tahun tinggal kat Mesir (InshaAllah plan thn depan aku gi)
-Aku tak GEMUK kan?

Aku nak tag beliau2 ini:
Farihin-Ili- Akem-Baem-Budak2 yg selalu komen dlm blog aku ni

Silalah berbuat demikian dengan gembiranya.

Sudahlah Syafiq. Jangan kau hantui hidup aku lagi. Hutang ko dah setel.

Jangan lupa selalu-selalulah masuk Assubhubada walaupun tak selalu update.
Di situlah tempat aku bermula..


Nov 29, 2008

HUTANG

Hutang tag Syafiq
Edit gambar MAT PERUBATAN
Update dalam proses..
Internet selalu takde. Maklum

Nov 25, 2008

Kanak-kanak

Syukur. Ingat kisah hard disk aku yg filenya corrupted? Alhamdulillah. Dah dapat restore semua maklumat dalam tu. Dan yang paling penting, SEMUA 14G gambar yang hilang haritu dapat direstore jugak. Tengah belek-belek untuk susun semula semua file gambar, terjumpa gambar-gambar masa zaman kami kecik-kecik dulu. Kalau Kaklong, aku, Anas dan Sanah tengok semua gambar-gambar ni, mesti kami gelak. Macam-macam kenangan masa zaman dulu-dulu. Naik basikal roda 3, bergaduh dalam kereta masa nak balik kampong, belajar mengaji dengan baba, main masak-masak dll. Zaman kanak-kanak zaman paling best. Tapi zaman tu dah berlalu. Hidup ada putarannyakan?
Ni gambar kat hentian sebelum masuk terowong [Ipoh Arah Utara]


Ni kat Cameron Highland. Kaklong dgn jubah besar die :)

Tok ajar mengaji

Exam dah dekat. Hari Khamis ni. Doakan aku dan kawan-kawan kat sini. Sekian.

Nov 19, 2008

ENT Presentation

Alhamdulillah. Selesai sudah presentation untuk kelas ENT harini. Seronok. Gembira. Kat bawah ada gambar-gambar yang sempat disnap masa dalam kelas tadi.

2 gambar pertama: Yue tgh present tajuk Achalasia+ lukisan 'Barrot Beak' beliau sungguh comel
2 gambar bawah: Unit Dokumentasi Team Biru (kiri) + hidung Salman sedang dipatuk oleh 'Barrot Beak' Yue
(kanan)

K.A.M.I.


Last: Hidup tak bermakna andai kita hanya berfikir dalam ruang diri sendiri sahaja..

Tahniah kepada semua kawan-kawan! Good Luck dan berusaha untuk exam round minggu depan pula~

Nota: Malam tadi mendengar luahan hati Salman. hehe~ Moga Allah berikan lebih banyak ruang dan peluang untuk akuberkenalan dan mengenali hati budi manusia di sekelilingku...

Nov 18, 2008

Si Leman.

Good luck juga untuk team student Malaysia yg kena buat presentation terutamanya kepada Pesal yang kena present esok. [aku tau ko tgh tak sedap hati skrg.haha~nak jadik ahli bersekutu grup aku tak?]

Kepada Salman@Leman, good luck juge buat kamu. Ko la sorang-sorangnya Arab yang tak gelakkan aku bila aku sebut pasal presentation tadi.

Moga segalanya berjalan lancar esok.

Nota: Aku plan nak bwk SLR esok. Snap gambar bebdk yg kena present.

Nov 17, 2008

Laut

AWAS! Jangan tertipu dengan gambar ini.

Nov 13, 2008

OUT

Not physically fit
Not mentally rest
Need time for myself
Keluar mencari ketenangan..

Nota: Td tak g kelas. Tido. Malam td tido kul 4. Minggu ni aku susah tido malam.

Nov 12, 2008

:)

2 mesej yg aku maksudkan di sini. Faham?

Stok baru tahun 4

Nov 10, 2008

Sejuk

Perlahankan kipas itu..
Saya sejuk
Kata si hati..
Tidak! Bukan kamu sahaja
Aku juga sejuk..
Kata hati lain..

Perlahankan kipas itu..
Kami semua sejuk!
Wahai kamu ditepi
Tidak dengarkah suara hati mereka?
Perlahankan kipas itu..

Harini start belajar nose. Menarik jugak. Dr pun sporting. Siap duduk dengan student kat bench belakang. Sembang-sembang ape tah. Aku tak dengar sangat.
Kelas harini agak gelap. Lampu tak dipasang. Kipas belakang ligat berputar sambil mengeluarkan bunyi yg agak menakutkan. Kalau lah tercabut kipas tu, naya kami semua. Angin dari luar semakin sejuk. Tahun ni lambat benar sejuknya..

Dan kamu juga
Buka tingkap itu!
Bilik ini kurang cahayanya
Tapi..
Angin di luar sejuk amat!
Bukankah sudah dikatakan?
Kami semua sejuk!


Nov 9, 2008

Balik awal

Yalla! yalla!

Duktur gai?

Duktur lessa magash..

La! Duktur magash kholis..

Nurawwah?

Aiwah! Yalla! Um! Um! Rawwah baah!

Mari pulang cepat! nanti duktur datang!

Hei kamu! jangan cakap begitu!

Balik semua! jangan tinggal seorang pun!

Ye! Mari semua pulang..

KAMI PUN PULANG

Hari ini takde kelas..hehe

Nov 7, 2008

Terakhir

Baru pulang dari mesyuarat tahunan PMC. Penat yang maha dahsyat. Semalam ke Cairo. Pagi tadi bertolak dari Cairo ke Mansurah untuk menghadiri mesyuarat. Waktu break solat jumaat, aku balik ke rumah sebab ada tetamu dari Alex datang. Sudah tu bergegas semula untuk meeting. Mula-mula duduk macam patung kat depan ramai-ramai orang tu. Kalau ada orang mintak nasihat, barulah bagi. Tetibe ada pulak part protokol-protokol ni. Aku bukannya reti sangat bab-bab ni. Dan aku paling tak suka protokol. Protokol banyak menyusahkan urusan-urusan yang simple dan mudah sebenarnya. Mujur ada orang membantu. kalau tak aku pun tatau apa yang jadi dengan meeting tu. Ok. Penat nak tulis. Tadi balik jadi mushrif pukul 1010. dapat aiskrim dan air tin free. hilang lapar dan dahaga. Esok ada test Com Med. Doakan aku dan kawan-kawan berjaya~

Nota: takziah kepada yg baru dilantik. pastikan persatuan kita terus relevan.

Nov 2, 2008

November

Dah masuk bulan 11. Bilangan pos semakin berkurangan. Bukan sebab takde idea nak menulis. Tapi idea datang bila mula nak tidur. Dapat-dapat idea terus tidur. Bangun dari tidur terus lupa nak tulis apa. Mungkin lepas ni aku banyakkan gambar sahaja. Penulisan dan kekereatifan aku sudah semakin menumpul. Tak macam dulu lagi.

Minggu lepas Hard disk aku punya file corrupted. Sedih yang amat sebab dalam tu ada gambar sebanyak 14G. Gambar aku kat Malaysia dengan kawan-kawan, keluarga, aktiviti-aktiviti, raya dan lain-lain. Dah hantar HD tersebut kepada seorang kawan ni. Suruh dia tolong repair. Harap-harap dapat restore semua gambar yang ada dalam tu. Kalau tak boleh juga, takde rezeki lah nampak gayanya. Ujian. Kena snap lagi banyak gambar lepas ni dan terus burn dalam CD.

Dalam kelas minggu lepas, aku perasan; setiap hari ada jenazah yang disorong keluar dari Mustashfa Auram (Kanser). Diiringi seorang doktor dengan pakaian bedah dan saudara-mara. Aku jeling dari celahan tingkap sambil sedekahkan Al-Fatihah. Itu je yang mampu. Hidup kita tak lama kan?

Nota: Perkara paling besar dalam hidup aku dah berlalu pergi. Tak mungkin aku akan terfikir kembali. Cukuplah sekali.

Oct 22, 2008

ENT Round

Salam. Dah lama tak update. Sekarang agak busy dengan urusan-urusan hidup. Tak sempat nak menjenguk ke laman blog ni. Nak balas komen-komen pun agak susah. Alhamdulillah, dah sampai Mansurah 2 minggu lepas. Keadaan tak banyak berubah. cuma hli beyt sahaja yang bertukar. Lah dan Hakim dah pindah rumah. Masuk dua orang ahli baru, Sapit & Pah.Makin gamat la keadaan rumah ni. Meriahnya tiap-tiap malam, Allah saja yang tahu.
Sekarang dah mula masuk hospital. 1st experience.Mula dengan round ENT (Ear, Nose& Throat). Hari pertama ke kuliah dah sesat. Ikut seorang kawan Arab ni. Beliau macam confident je. Sekali sesat jugak. Siap silap masuk kelas lagi tu. Selamat tak kena marah dgn lecturer. Alhamdulillah kuliah pun dah semakin rancak sekarang. Sekarang batch kami tinggal 14orang. 3 lelaki dan 11 perempuan. Kenalah saling tolong menolong lepas ni. Harap baki yang ada ni terus lancar sampai tahun 6.
Yang tertinggal tahun bukan bermaksud anda telah gagal, tetapi sebaliknya Tuhan mahu menjadikan anda yang doktor terbaik di masa hadapan. Aku maksudkan juga; KITA SEMUA. Teruskan usaha dengan gigih kerana jalan yang kita pilih tidak mudah. Dalam masa yang sama kutip segala bekalan yang ada di Mesir. Baki lagi 3 tahun setengah. Dah tak lama tu. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Allahua'lam.

Oct 2, 2008

.....:.....

Untuk pos ini sila rujuk pos lepas yg bertajuk : HADIAH HARI LAHIR

Apa sebenarnya yg aku maksudkan dengan hadiah hari jadi tu? Ok. 28 Sept (Ahad) haritu, adalah hari keputeraan aku yang ke-21 secara rasminya. Alhamdulillah Syukur Allah bagi juga peluang hidup sampai ke umur ini. Aku harap umur aku dipanjangkan dan hidup aku lebih diberkati. Terima kasih kepada kwan-kawan yang wish kat Friendster, SMS atau yg terlintas dalam hati. Doakan yang terbaik untuk diriku ini.

Perancangan keluarga aku, hari Ahad yang sama nak balik ke kg di Kedah sebab tahun ni turn raya kat sana. Lepas siap2 segala barang, kami bertolak ke Kedah pukul 530 petang lebih kurang. Kebetulan pula, nenek sedara dari Kedah tumpang tidur kat rumah aku. Jadinya, rumah aku tu pun ada la orang yang menunggunya. [Kire rumah aku ada penunggu la.Tak la risau sangat nak tinggalkan rumah aku tu.]

Kampungku Indah Nun Jauh di Sana

Dalam perjalanan waktu tiba kat Taiping, nenek sedara aku ni pun call no ayahku. Aku curi-curi dengar la sikit-sikit. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya rumah aku kena masuk dek pencuri. Nenek & atok sedara aku yang baru balik dari semayang Tarawikh terkejut bila tengok barang-barang dalam rumah habis bersepah. Sampul surat berterabur. Almari baju habis kena kumbah. Buku-buku berserakan. Laci almari terbuka. Siling rumah pecah. Atap genting kena buka. Lepas je dapat call tu, kami pun dah tak sedap hati. Ayahku bawak kereta pun macam dah nak taknak je sebab sebuk call sana sini nak minta details pasal rumah aku tu. Bila dah jadi macam tu, aku pun take-over jadi supir dan terus drive dari Taiping sampai ke Pendang. Nak patah balik, perjalanan kami dah hampir 3/4. Jadi, terus balik ke Kedah.

Sampai kampung pukul 1 pagi. Esoknya, pagi-pagi pukul 9, kami bertolak semula balik ke Melaka. Kesian tengok Tok aku. Dahla 1st time aku balik Kedah sejak cuti haritu, dah tu sempat jumpa dia lebih kurang 8 jam je. Nak sembang pon tak sempat.

Alhamdulillah, masa malam kejadian takde sesiapa kat rumah. Lepas nenek sedara aku tu call polis, polis datang dan buat kerja mereka. Dapat cap jari kat tangga yang digunakan untuk panjat siling rumah aku. Barang elektrik dan elektronik tak hilang. Cuma ada sikit duet yang dikebas. Mybe pencuri merupakan penagih dadah@ remaja yang terdesak untuk dapatkan duit tunai. Allahua'lam.

Kesimpulannya, hadiah dari pencuri untuk aku: Dapat balik Kedah hanya 8 jam. Sampai rumah kena kemas barang-barang yang die geledah pulak. Haih~

Moga kejadian di bulan Ramadhan tersebut semakin menambahkan keimanan kami dan menyuburkan rasa sabar dalam hati-hati kami.
P/s:Ucapan untuk pencuri: Kami tak simpan duit kat rumah la. Sudah-sudah la tu. Bawak-bawak bertaubat.

Bumbung tempat beliau masuk

Nasib baik kuih raya tak kena kebas sekali. [Abang oi~ mana ada org

simpan duet dalam almari dapor..alahai]

Dah macam tongkang pecah

Bawah: Almari bajuku yg telah dikumbah

Galeri Raya 1

Ceq n Bunas

Adek


Sedara-mara

RiangRaya

Merenung wawasan yg jauh

The Shooter

Sep 30, 2008

Hadiah Hari Lahir


Kejadian pada 28 Sept 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429.

Ahad.

Sep 26, 2008

Galeri Gambar n Ucapan Raya

Salam. Ni ada masukkan sikit gambar-gambar yg menarik yg sempat ditangkap.
A' Famosa [Jelas]

A' Famosa [kabur]

Haq Si Penangkap Ikan



Gaya yg tak sepadan Jumlah Jatuhan Pin :p


Supir


Lepas tangkap gambar, dorg hantar borang..


Dan Aku, Hitam dan Putih
-Nak wish juga SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
kepada pembaca blog ini samada yg memang dtg dgn pilihan hati @ yg tersesat ke sini.
Juga kepada semua kawan-kawan blogger, Batch 05 Mansurah University, junior-junior, senior-senior, kawan-kawan sekolah lama, kwn2 tadika, sedara-mara dan sesiapa yg mengenali diri ini.
-Jemput dtg ke rumah Hari Raya nnt(pas 1st Raya iA baru ada rumah)
-Ku Susun 10 Jari Memohon Ampun Maaf andai Telah Membuat Salah Silap sepanjang Perkenalan Kita.
-Kullu A'm Wa Antum Bikhair~ Eid Sa3d
Sekian.

Sep 8, 2008

Kawad

Ke kanan kita bergerak

Ke kiri juga

Keluar barisan. Bersurai.


Namun, ada satu perkara yang tak mampu kita buat setelah penat berkawad. Kita tetap kena terima hakikat, bahawa kita tetap angsa yang tak mampu untuk terbang bebas di awanan seperti burung-burung.
Dalam hidup, kita takkan sentiasa dapat apa yang kita idamkan dan mimpikan. Kita perlu ingat bahawa kita tetap perlu meneruskan kehidupan hidup ini . Pilihan untuk 'menghidupkan' kehidupan kita ada dalam diri kita sendiri. Anda mampu mengubah kesuraman dan kekecewaan itu kepada keceriaan dan kebahagiaan andai anda berani untuk berubah!

Bah

Banyak-banyak murid, murid sekolah manakah yg tak bawak beg pergi sekolah?
Siapakah murid itu?
Adeklah, murid SKT

Saje aku tanye soalan yg konon-kononnya teka teki ni sewaktu adek aku balik dari sekolah. Hari Jumaat lepas, sedang aku syok melayan mimpi di pagi hari, mak kejutkan aku. Suruh hantar beg adek yg tertinggal. Aku yg mengalami kemamaian sebab tidur lewat malamnya sbb siapkan kerja, terus berwuduk dan solat Subuh. Selesai solat, terus aku capai kunci kereta dan drive ke sekolah. Sebelum tu, ayah aku dah pesan kat mak aku supaya aku bawak motor je sebab ada ‘air besar’ kat sempang berdekatan masjid. Tapi disebabkan masa tu aku separa sedar, aku telah membuat perkara sebaliknya. Kereta pulak yg aku bawak. Tiba kat sempang tu, sekali ada air bah. Laju pulak tu. Malam tadi hujan turun selebat-lebatnya. Aku yang tiba-tiba berasa cuak tak tau nak buat apa, terus berhentikan kereta sambil usha-usha keadaan sekeliling. Ada 2-3 org anggota RELA sebuk menangkap gambar 2 buah rumah yg tenggelam dalam air tu. Boleh pulak diorg menangkap gambar walhal kereta dah terkandas beratus meter jauhnya. Kan bagus kalau dorg tolong jaga trafik sebab semua orang terkandas dek air bah yg besar tu. Aku yg sememangnya tak pernah mengalami situasi ini, terus meredah banjir tersebut demi untuk menguji kecekapan aku memandu di dalam banjir. Alhamdulillah, berjaya aku redah banjir tersebut.. [gambar ade tapi malas nak upload]

Sampai sekolah, aku pun pass beg adek aku. Ku tengok mukanya yg sudah cuak dan pucat lesi itu menyebabkan aku berasa amat kasihan. Mula-mula aku terasa nak marah juga. Tapi, tak jadi. Baliknya, aku terpaksa melalui jalan yang agak jauh. Kalau jalan biasa jarak sekolah-rumah hanyalah 5 km, balik ni aku melalui jarak 30 km lebih.[ Kg terentang-Chinchin-Chohong-Chabau-Rim-Jasin-rumah] Dah tak pasal-pasal pagi tu aku kena pusing satu Jasin.
Ok lah. Aku tak tahu camna nak buat penutup cerita ni.
Selamat berpuasa semua. Aku berhenti jap dari menulis dalam blog ni sebab sekarang aku sedang cuba mengasah penulisan bahasa Melayu aku dalam bentuk penulisan yang lebih sistematik. Sekian.

Nota: Sekarang ni dah 8 hari berpuasa. Ada baki lagi 22 hari lagi. Itu pun kalau hidup lagi. Kalau esok kita mati maksudnya ada lg 24 jam lg nak beribadat. Tapi kalau hari ni kita mati camna?jadi, tunggu apa lagi. Hidup untuk mati. Sediakan bekalan untuk mati dari sekarang.

Aug 31, 2008

101- Merdeka 51

Isnin (18/8)
Ptg- Emak jemput Anas n da geng di Melaka Sentral.
Sapu n bakar daun2 kering kat bawah pokok2 yg ada kat sekeliling rumah. Pastu ktorg main bola tepi rumah sbg warm up utk futsal malam
Sebelum masuk mandi, sempat main ngan arnab
Malam- Main futsal di tangkak. Drive ke sana. 2kereta dgn 12 org .Balik kul 12 malam lepas minum2. Malam tu jugak dapat berita sedih, arnab mati kena langgar kereta kat jalan besar. Entah kenapa malam tu arnab pi main2 kat jalan besar pulak. Mybe sbb pintu gate tak tutup@ arnab tu nak panaskan badan kat atas jalan..

Selasa (19/8)-
Pagi2 lagi dah ke Bandar Melaka untuk beli laptop Hasanah n External HD. Sepatotnya ktorg ke Plaza Loyat tp last2 minit, tukar plan. Sebelum tu ktorg ke Melaka Sentral hantar kawan2 Anas yg akan balik melata kat atas mukabumi Msia sbb dorg cuti
Lepas survey laptop di beberapa buah kedai, ktorg round2 sekejap (sesat sebenarnya). Sempat ktorg bertiga pi main boling kat Mahkota Parade. 2nd time aku main boling dalam hidup. 1st time masa lepas amik result PMR. Balik ke rumah petang.
Tetibe, malam ni, Baba balik Kedah naik bas. Sepatutnya ktorg balik hari Khamis. Plan cuti berubah serta-merta. Back-up plan ialah untuk berjalan sekitar Melaka sahaja tanpa baba. Ku Keciwa.
Rabu (20/8)-
pepagi lg dah kena basuh kereta emak.Cadangnya nak basuh van Serena sekali, tp pospon ke esok hari. Tghhari aku masak daging goreng. Tgh hari hantar Alawi ke sekolah agama. Tetibe cikgu2 jadik rajin pulak nak buat kelas tambahan time cuti2 ni. Exam UPKK dah dekat~
Petang kuar berjalan. Lepas Alawi balik, ktorg ziarah Mak Tum di Melaka. Aku jadik driver ke sana. Dalam kereta sangat2 kecoh. Semua org mula cuak bile aku pegang stereng kereta. Haha~
Malamnya lepas makan kat sana, ktorg bergerak ke Sg Melaka ( Melaka River Cruise) untuk naik bot di pesisir Sg Melaka. Ni harga untuk naik bot tersebut: Dewasa (RM5), Kanak2 (RM3). Sangat ramai org nak naik bot ni sbb cuti sekolah. Btw, aku tak galakkan org naik bot ni di waktu malam atas sebab2 tertentu yg tak dapat disebutkan di sini (kang kalu bgtau bankrupt lak syrkt bot tu)

Khamis (21/8)
Harini ialah Hari Al-Quds sedunia. Sepatutnya aku siapkan satu artikel untuk blog, tp terpaksa pospon. Pagi, aku sambung basuh kereta+kemas rumah dll. Harini aku masak nasi beriyani ayam sbb mak sebok kemas halaman rumah. So, lepas basuh kereta aku ngan Rauf ke pasar di tgh2 hujan lebat carik ayam dan bahan2 lain. Petang ktorg satu famili melawat Zoo Melaka. Minggu ni aku banyakkan masa utk famili sbb dorg tgh cuti sekolah. Kalau time dah sekolah nnt, susah nak jumpe.. Lepas tu, terus ke Masjid Al-A’lami Ayer Keroh utk solat Asar dan Maghrib. Lepas Maghrib, makan di warung sebelum balik rumah.

Jumaat (22/8)
Petang, ktorg pergi Tangkak sebab nak beli mesin rumput baru. Sampai rumah, aku terus test mesin rumput. Ada lagi sikit tak habis mesin. Nanti2 la sambung. Malamnya, aku n emak amik baba yg bru tiba dari Kedah di Melaka Sentral
Sabtu (23/8)
Harini gi mandi-manda di Air Terjun Sg Bantang, Bekok Johor. Perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang 2 jam. Tiba sana pukul 10. Bertolak balik pkul 3 ptg. Sangat best sbb dah lama tak mandi air terjun.. Sempat snap gambar2 pokok dalam hutan.





Ahad (24/8)
Harini aku kena ke Shah Alam. Outstation 2 hari. Pagi bergerak ke KMB hantar Anas. Pastu bergerak ke Kolej Alamanda hntar Hasanah. Aku turun di Kolej Alamanda dan redah naik bas ke Midvalley sorg diri di tgh2 hujan lebat pulak tu~Lately, aku suka travel seorg diri sebab aku mudah ntuk bergerak dan boleh ikut kepala sendiri. Cuma, aku kurg suka dgn ketepatan masa kenderaan2 awam spt komuter dan bas yg tak pernah tepati jadual. So, setiap kali aku plan utk outstation, aku mesti spare masa up to 1 hour lebih awal supaya aku sampai destinasi yg dituju on-time.
Di Mid, aku g MPH carik buku dan ke Sony Centre. Then, ke KL Sentral jumpa Zul dan sorg lg kawan lama. Dari KLS-Shah Alam by KOMUTER. Sedikit geram dgn jadual komuter yg asyik ditunda+ org bersesak2 di waktu puncak. Sambil tu sempat jugak aku perhatikan perangai rakyat Malaysia yg agak kurg peramah berbanding arab Mesir. Kalau di Mesir, sambil2 tunggu metro tu mesti ade org yg akan tegur kite. Tapi kat Msia ni, budayanya lain sangat. Masing2 senyap membisu sementara nak tunggu komuter tu sampai. Toleh kiri pon tidak. Toleh kanan pon tidak. Semua sanggup tgk rel landasan tu berjam-jam walaupun dah tau tren komuter tu akan datang lambat…
Sampai di Shah Alam maghrib+solat Maghrib n Isyak+ terus ke Seksyen 15 utk main futsal. Pastu makan di Taman Tasik SA sebelum bergerak beramai-ramai ke pej SAK.

Isnin (25/8)
Bangun sebelum Subuh dan melakukan perkara yg sepatutnya seorg Muslim buat. Selepas Subuh, mendengar tazkirah dr Ust Rusydi. Banyak perkara yg beliau berikan termasuk mencabar student2 yg belajar di Mesir dgn pelbagai cabaran. Semua org rasa tercabar… Harap kita semua dapat menyahut cabaran ust tersebut…
Pukul 10, bertolak ke Kalumpang. Aku drive van Aman Palestin haritu dr Shah Alam-Kalumpang. Perjalanan lebih kurg 2 jam lebih sbb ktorg berkonvoi 5 kereta. Alhamdulillah co-pilot aku memang bagus. Sambil drive, penumpang2 terutamaynya Sheikh Qama mengusik2 aku habis-habisan. Macam biasa, style aku bile kena usik: aku signal ke kiri. Buat2 nak berhenti kat bahu jalan+buat muke serius+ sambil cakap ayat ni “ana nak enta turun dari van ni skrg…” . Hah, kompem dorg senyap sekejap. Pastu dorg gelakkan aku balik bile aku stat senyum dan meneruskan perjalanan+ dorg sebenarnya dah tau perangai sebenar aku… Dalam trip ni aku dapat tau dari sheikh Qama, aku dilabel oleh sstgh ikh sbg “budak nakal yg baik”. Haha~ sekali lagi satu van gelakkan aku….
Sesat+silap masuk jalan, akhirnya sampai Kalumpang. Pastu ada aktiviti air. Yg tak terlibat kena masak. Menu: Ayam bakar + kerang bakar. Bertolak balik ke Shah Alam pukul 3 ptg. Ada yg terus ke KLIA. Aku ke Shah Alam+beli tiket bas dan balik ke Melaka..

Abdullah anak akh Isfahmi

Nak sambung lagi ni..Tapi penat. Nanti2 la ye..
Jaga iman, jaga hati. Salam
Nota: ini entri ke 101. Alhamdulillah~Terima kasih kepada pembaca yg masih sudi membaca blog ini.

Aug 26, 2008

Bitbit Mati

Ni gambar arwah arnab aku..seekor lagi kaler putih..

"Bgh! aku rase2 2 ekor arnab ko tu dah mati la kena langgar..betol2 mase aku nak balik tadi kena langgar..kat jalan besar.."

Ni SMS yg aku dapat masa balik dari main Futsal hari Isnin minggu lepas..Msj dari Pali. Kwn baik aku kat kg ni..
Kebetulan pulak malam tu ktorg balik sekali dr main futsal. Bile die nak balik ke rumah die lepas amik motor yg die parking kat umah aku, beliau nampak la kejadian langgar lari tersebut.. Habis 2 ekor arnab aku.. Dah la baru 2 minggu dorg duduk kat rumah aku. Masa tu dah pukul 12 tgh malam. So, aku tak berani nak keluar tgk arnab yg dilanggar tu.

Esok paginye barulah aku pi tgk arnab tu.. Dah jadik lempeng atas jalan..tinggal bulu je..dah tak rupe arnab dah.. Sedih btl.

Skrg aku kat cc. Aku dah taip untuk entri terbaru, tapi HD aku tak leh detect lak.Mujur aku bawak thumb drive. Boleh la update gambar2 yg ade dalam TD ni je. Nanti ada masa aku update lg. Ok semua. Salam

Nota: Arnab tu adek aku pnggil Bitbit. Lagi sekor takde name. Baru nak bg nama, dah mati dulu.

Aug 18, 2008

Double Update

Pakcik konduktor: Uish dik! Ko ni tak bace ke notis tu? DI LARANG MEROKOK
Beliau itu: Arghh! Kacau jela pakcik ni!

Ni ayat seorg budak yg duduk sebelah aku masa naik bas Sabtu lepas. Kebetulan aku balik dari Melaka Sentral-Jasin naik bas. Tgh2 jalan, bas tu pun amik la mamat ni. Naik je terus die duduk sebelah aku. Tak sampai seminit, die pon kuarkn rokok dari poket dan terus hisap. Sebelum tu, aku sempat bersembang ngan pakcik konduktor bas tu. Bile Nampak budak ni merokok pakcik tu pon tegur la sebab bas ni kenderaan awam. Bukannya bas abah beliau( mamat tersebut). Bila die sebut ayat kat atas tu, aku teringat balik ayat yg Ustzh Suhana sebutkan masa jumpa die tempoh hari. “ Manusia sekarang dah semakin jauh dari nilai-nilai murni… Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat ini..” Memang betullah apa yg terjadi. Bukan nak salahkan atau hukum beliau dari segi lahiriahnya, tapi mungkin remaja sekarang ini sudah lari dan hilang satu nilai penting dalam diri iaitu BERADAB DAN MENGHORMATI ORG LAIN. Apa-apa pon mari kita semua doakan agar generasi yg sedang ada ini dan yg bakal lahir terjaga adabnya dari semua aspek. Org Melayu Muslim memang terkenal dengan adab dan santunnya. Jangan sampai nanti bila kita tua nanti, GENERASI MUSLIM MELAYU BERADAB ini hilang dan pupus di telan masa..

REKOD OLIMPIK vs REKOD DUNIA ISLAM


Ok. Ni lagi satu perkara yg tergerak aku nak tulis masa dengar khutbah Jumaat tempoh hari. Sekarang ni, satu dunia tengah demam Olimpik. Tambah-tambah lagi rakyat kat Negara China sbb olimpik buat kat situ. Masa tengah2 khutbah tu, pak imam t upon kata: “harini kite sebok merakamkan rekod-rekod dunia dalam acara sukan dan sebagainya, tetapi kita lupa bahawa suatu masa dahulu ISLAM PERNAH MEMECAHKAN REKOD DUNIA TERLEBIH DAHULU”. Waktu dengar tu aku pon tertanye2 jugak rekod ape yg pernah Islam pecahkan?. Pastu imam tu sambung lagi: “ Kite jgn lupe bahawa dahulu ISLAM merekodkan satu rekod yg tak pernah dirakamkan oleh bangsa2 lain dalam dunia. Atas dasar kesamaan akidah dan kcintaan kepada Islam itu sendiri, kaum Muhajirin telah berjaya dipersaudarakan dengan gol Ansar. Ini adalah rekod yg tidak pernah dibuat oleh mana2 bangsa dalam dunia ini. Jadi saya menyeru siding Jumaat agar jgn kita melupakan rekod yg pernah kita lakarkan ini..”
Betul jugak kata imam ni. Kita dok bangga atlet2 negara pech rekod dunia, rekod Olimpik dll, tapi kita lupe rekod dunia umat Islam itu sendiri. Kalau nak diceritakan, mungkin banyak lagi rekod yg pernah Islam pecahkan. Cuma bergantung atas diri kita untuk mencari dan minailnya dari kacamata seorang Muslim.

Aktiviti

Khamis (14/8). Pergi ke Tangkak bawak nenek beli beg. Beli baju n survey harga kain untuk buat baju Melayu.

Jumaat.(15/8) Ptg: Drive to Jasin- Seremban-Jasin amik Anas kat Terminal One, Seremban. Petangnya Hasanah balik jugak coz dorg tgh cuti sekarang.

Sabtu (16hb): Pepagi lagi dah naik bas ke Melaka. Berempat (Sanah, Alawi, Anas, aku). Tujuannnya nak ke KL beli barang computer. Sampai Melaka Sentral, tiket ke KL habis. Patah balik ke Jasin.


Konduktor td: Eh! Sekejap nau ko gi jalan-jalan kat Melaka
A: Hehe~ ktorg saje buat lawatan ke Melaka Sentral ni pakcik
Konduktor td: Heh! Ini satu PEMBAZIRAN ni…
[pakcik konduktor ni adalah pakcik yg sama masa ktorg dr Jasin-Melaka Sentral]

Petang Sabtu tu, kami adek-beradek lelaki keluar ke Ayer Keroh jalan-jalan.
Tempat: Taman Rama-rama dan Reptilia + Dataran Sejarah + Berkayak kat Tasik Ayer Keroh


Ahad(17hb): Pagi.Keluar hantar bebdk ke Melaka. Anas to Melaka Sentral. Hasanah to Jabatan Pendaftaran Melaka.
Petang, Keluar tempah padang Futsal. Pastu keluar bawak budak2 memancing ngan Pak Khalid n Acik. Tempat pertama yg kitorg gi Kg Seri Maamor, Tangkak. Kebetulan Pak Khalid ke kebun die kat situ. So, die ajak memancing kat situ. Tunggu punya tunggu takde ikan pon. Terus cabut ke destinasi ke-2, tebat Chinchin. Dapatlah 2 ekor ikan. Itu pun sempat memancing sekejap je sbb dah nak Maghrib.


Isnin(18hb): Keluar ke Pekan Jasin. Hantar Sanah ke Balai Polis utk amik repot KP hilang. Then, ke pasar beli barang dapur.

InshaALLAH malam ni aku buat futsal utk geng2 kat sini.
Sekian dahulu.
Jaga Iman, Jaga Hati.