Assalamualaikum....
Nampaknya Ramadhan hampir sampai ke penghujungnyaa....
Rata-rata anak-anak pun mulai esok dah start cuti sekolah.
Korang pun mesti dah siap berkemas balik kampung kann uhuhuh
Ahaa.. sambung entry pasal menu berbuka lagik kikikiki.
Bulan2 posa ni kan aku asyik dok teringat nak makan Jepun je.
Nak makan nasi memang agak tidak boleh di terima dek tekak aku ni
especially time sahurrr!
Ahaaaa... ni menu yang buat 3 hari lepas.
Tenzaru Soba (Tempura Zaru Soba)
Memang slurppp slurrrpp je masuk ke tekak ku! ahahahha
2 minggu lepas gi shoppink bahan2 wat Japanese Food
kat Jusco. Cenggini sempoi pun habes RM150 nko..!
Dah macam makan kat kedaiiii...
tapi terhingin punya pasall..layankan je laahhh
Ahaa... hari pertama lepas shoppink bahan2 tu aku buat Somen!
Masa tu cuaca waktu berbuka panasss je kann.. sedapnya kalau dapat
makan yang sejuk-sejukk!!
Somen ni kalau ikut cara tradisional kat Jepun
makan mee somen yang di alirkan dalam buluh yang mengalir air sejuk.
Lepas tu tangkap mee tu, celup kuah terus makan!
Memang slurppp slurppp je masuk tekak wehhh!!!
Sodapppppp!!
Ahaaaa.. untuk mengembalikan nostalgia makan Somen Nagashi,
iaitu somen yang di alirkan dalam buluh yang tersedia mengalir
air sejuk, maka aku gunakan alat moden SOMEN TARO yang
aku bawak balik dari Jepun 11 TAHUN yang lepas!! ahahahaha
Sebenarnya ni la FIRST TIME aku pakai benda ni lepas 11 tahun
bawak balik!!!! Akhirnyaa dapat gak seru!!! ekekekekekke
konsepnya sama je.. tekan button nanti air dalam Somen Taro tu
akan berpusing... kena guna air sejuk dari peti
dan kuahnya pun dari peti jugakk!!
Cara nak makan kena masukkan mee Somen tu dalam tu
lepas tu tangkap, celup kuah dan sluuurppppppppppp!!! uhuhuhu
Suker tengok Danish makan berselera..!!
Paling senang makan Danish..
selera bapaknya yg pedas2 pun layan..
selera omaknya yang pelik2 pun layann!!!
Caiyok caiyokk Danishhh!!!
Slurrrrrrpppppppp!!
Tu diaa.. sampai macam tu sekali!! ekekekekekek
Bibik pun layann je segala menu
yang aku masakkk.. pandai pulak makan.
Sedap sedappp komennye ekekekeke.
Kadang2 memang kena ajar la dia nak makan camne.
Merasa bibik makan menu2 ala2 internasionale gitew ekekekeke
Dalam aku sibuk2 nak wat Somen tu kan...
sampai2 rumah tengok En Hubby dah siap buat inti kentang nak wat
Samosa..!! .Walllaaa...!! terkezutt aku!! ekekekekek
Tapi dah jadi Popia kentang saiz XL sbb mula2 kulit popianya saiz kecik
tak dan wat Samosa.
Ada bab2 masak ni yang En Hubby lagi advance dari aku tauu..
dulu masa baru2 kawenn... Balik kerja lambat tengok
En. Hubby dah siap wat rendang daging!! Terkezut makcik sebab
makcik pun tak pernah lagi masak rendang masa tu akakakaka.
Caya laa En Hubby..!! Tabik spring Mama tauu!!
Ni Menu sahur aku... HOT SOBA.
orang lain makan nasi, aku layan mee sorang-sorang.
Tak leh telan nasi pepagi wehhh..
Al kisah di satu pagi, dah siap masak Kari Ikan, sayur tumis, sambal
belacan siap popadom.
Bila nak masuk tekak terkulat2 aku nak telan macam nak kena
telan batu.. dah la dah kul 5:20 pagii.. cari maggi kat umah,
hishhh habis stok la plakk.. aku cakap kat Papa nak gi beli Maggi
last2 Papa advise gi jelah terus kedai mamak takut tak dan
nak beli & balik masak uhuhuhu.
Apalagi terus capai tudung & kunci keta berdesupp
pergi kedai Mamak cari maggi sorang2 plak tu! ahahahahaha
Abang continue sahur kat umah sebab temankan Danish
bersahur. Sampai kedai terus order ngan brader Mamak,
Milo Ais + Maggi EXPRESS satuu!!!
Sengih2 brader Mamak tu tengok customer datang nak dekat
waktu imsak. Sambil hidang siap remind..
"Tak pe kakak.. makan slow-slow.. ada masa lagi.. 10 minit"
Ekekekekekeke.
Al kisah sebelum aku terjah Jusco.
Tak makan maggi ari2 macam tak sesuwei kan
kalo tak mo makan nasii.. so cari la Mee Jopun
yang senang & cepat di masakk.. gitewwwwwwww!!!
Ni Menu Sahur aku di hari yang lain.. HOT UDON!
Nasi + lauk tetap masak untuk Papa & Danish makan.
Aku je layan Mee sorang2 ekekkeek.
Last weekend gi buka posa kat umah adik ipar di Banting.
Sempat beli udang Harimau & Udang putih fresh dari Pulau Carey.
Apalagii.. terus dalam kepala datang idea nak wat Ebi tempuraa! ahahahaha
Berjaya jugak aku buat Ebi tempura ni supaya jadi lurus!
Udang rimau... aummm!!!
Jenuh mengaji kat cik Google & Youtube nak kasi udang lurus wehhhh.
Seb baik menjadi ekekekekek.
Set Ten Zaru Soba yang dah siap di hidangg.. aaahaaa.. ginilah rupanya.
Nak makan pecah telur puyuh dalam kuah yang sejuk dari peti, masuk wasabi skett,
celup Soba dan makan ngan tempura...perrghhh sedapppnyerrrrrrrr!!! ekekekekek
Sebenarnya hari yang sama berbuka ngan adik ipar dari Banting.
Derang datang bawak ketam fresh dari Pulau Carey.
Semalam kat umah derang makan Ketam masak lemak cili padi..
kat umah aku plak wat Ketam masak cili ;)
So aku masak Nasi Butter, Ketam Masak Cili, Udang putih masak
lemak cili padi ngan Acar sayur..
Tara...!
Last but not least...
kelmarin, Abang berbuka ngan Customer..
so aku ngan budak2 buka posa kat umah je.
Terus datang idea nak wat Carbonara Spagethi!!!
Ahaa.. menu ni kalo buat time Abang ada sure kena wat
2 versi.. versi pedas (bolognese) dan versi tak pedas (Carbonara) ehehehhe.
Tapi since aku & budak2 je ada.. so buat Carbonara je laa..
Ahaa.. yang ni nak cepat aku guna Sos Prego jek..
adjsut sket ngan black pepper and fresh milk... creamy and yummy.
Di hidang bersama ngan mushroom soup & garlic Bread stick.
Tetiba je macam suker betul makan bread stik aku ni ekkekeek
Danish plak siap angkat tangan macam orang sampai kat garisan penamatt sambil komen :
Danish : I'm feelin much better today !!
Mama : Kenapa ?
Danish : Sebab Makan sedapp!! akakakakakaka
Panjang lebor senyum Mama ehh.. pandai Abang amek ati Mama ehh kekekekee
Semalam buka kat KFC je.. ari ni & esok lum tau lagi nak masak apaa..
sekian la al kisahh..
selamat berkemas2 dan balik kampung semua ya...!!
NOTE : Kalo ada yang nak belek resepi cam biasa