Assalamualaikum..

Hari ni, 28th Feb 2011 genap usia ulangtahun kami yang ke-7.
Begitu pantasnya masa berlalu...!
Syukur Alhamdulillah ke hadrat yang Esa kerana sentiasa melimpahkan 
rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga..
Semoga mahligai yang di bina terus mekar dan dilimpahi nikmat kebahagian
sehingga ke akhir hayat... aminn.
Untuk para follower blog ku yang setia, aku ada buat lucky draw 
sempena anniversarry ni..tiket berdating tengok wayang untuk yang bertuah..!
Yang belum join KLIK SINI okehh..

Anyway sempena anniversarry tahun ni kami menghabiskan masa bersantai di pantai 
Bagan Lalang yang indahh...! Eceli ni kali ke-2 pergi Bagan Lalang. 1st time dulu datang makan je.
Kali ni datang bermalam dan nak bersantai pulak..
Jadi kami lepas zuhur kami bertolak dari rumah dah cek in di salah satu 
Chalet yang berhadapan dengan pantai Bagan Villa.

Lepas check in jalan-jalan tepi pantai layan Danish & Dania 
tiup belon buihh... udara memang menyamankan...



Jalan tepi pantai pakai topi koboi.. apa punya style. Benda dah 
ada kat umah.. beli masa gi A Famosa tahun lepass.. layan je lahh..ha ha.


Dalam kul 4:30 kitaorg dah sampai ke Restoran HM Sri Bagan.
Sampai-sampai rupanya pukul 6:00 pm baru mula beroperasi. Makanya terus buat
reservation.. since takde customer lain, tokey dengan murah hati nya bawak tag
dah tanya meja mana yang kitaorg nak.. huhu. So kul 6 nanti baru datang balik.



Terus gi jalan-jalan tempat lain plakk.. kat bahagian agak hujung pantai 
Bagan Lalang tu ada playground yang agak besar.. 2 beradik ni memang tak dok 
diam dah sibuk nak main taman.


Kejap je main playground.. bila nampak keta letrik ni dah tak dok diam dahhh..


RM 5 = 10 minitt.. terus keluar sign 'peace' dan senyum sampai telingaaa!


Mama sibuk nak interframe jugak he he


2 beradik yang riang gembira .. ngenggg ngenngggg!!


Senang hatii.. lalalalala


Suka gambar ni.. Dania dah habis 10 minitt.. pastu Abang nyer plak siap boncengkan
Dania kat belakangg he he


Okeh.. korang je bergambarr.. mama papa pun nak gakk he he. 
Sebenarnya taman ni stratergik sangat.. depan taman permainan ni betul-betul pantai.. tempat orang berkhemah dan piknik. sebelahnya ada toilet dan bilik mandi yang bersih, begitu juga surau 
dan kedai-kedai makan.


Kira-kira kul 6 kitaorang pergi semula restoran HM Sri Bagan Lalang.
Sampai-sampai terus pilih lauk apa nak order... pilih seafood yg fresh freshh..!


Sotong RM50/KG, udangn RM65/KG siap masak..


Air dah sampai.. lepak-lepak ambil udara laut sambil tunggu makanan sampai.
Hujung tu permandangan Sepang Gold Coast resortt.. 


Menu yang di order, sotong goreng tepung


Sup tulang


lala masak serai


Pepahat masak cili. Tapi pepahat ni kecik compare dgn yg pernah makan sebelum ni


Ketam masak cili RM 26


Udang Butter RM 25


Pari Bakar


Muka kekenyangan.. aku dan Abang je makan sebab budak2 ni dok ralit 
main kat tepi tu


Permandangan indah matahari terbenam sambil menikmati juadahh


Hari dah makin senjaa... perut pun dah kenyanggg.. balik chalet


Balik chalet mandi rehat.. tengok budak-budak ni. Baru sibuk nak makan..!
Makan twisties masak guna sand bucket set diaa.. sabor je la. 
Seb baik ada gak tapau kan nasi dari restoran tadi.


Malam tu jalan kaki gi kat kedai-kedai berhampiran. Meriah kedai nih..!


Macam-macam jenis layang-layang ada jual kat sini.. 
Pas tu lepak tepi pantai japp.. best je tengok orang2 yg berchamping ngan famili kat sini


Nak dekat kul 11 dah balik bilik.. kereta leh parking depan chalet. 
Siap bawak toto lagi utk budak2 nih huhu.

Okeh dalam malam.. esok sambung lagi aktivitii..
to be continue...!


Assalamualaikum..
Tengok berita kat bawah ni.. aduhaii.. nak makin cantik jadi yang bukan-bukan pulak. Dah la RM10K melayang. Apa pun kes kes macam ni boleh je report kat Tribunal Pengguna. Yuran cuma RM5, tuntutan tidak melebihi nilai RM25 000 dan jaminan penyelesaian kes dalam masa 45 hari. Kes-kes pusat kecantikan macam ni ada dalam senarai aduan yang di benarkan. Ada kan tengok iklan kat TV kan..?
Dan boleh juga layari website Tribunal Pengguna.


sumber : Harian Metro 

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.
“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.
“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

NOTE : Teringat masa pantangkan anak sulung, ikut petua emak kat kampung buh limau nipis dengan kapur kat perut sebelum pakai bengkung. Seminggu pertama memang boleh bertahan dan bersabar lagi.. masuk minggu kedua bila dah naik gatal cucuh lagi ngan limau nipis tu pas tu buh kapur lagii... fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... 'nikmat'nyaa...!! Pantang anak sulung punya pasal sanggup bertahan sampai habis pantanggg. Hasilnya memang MIRACLE..!! tapi masuk anak kedua tahap ketahanan mental tu dah kurang dahh... sapu krim leesa formula jee... tapi TETAP petua tradisional guna limau nipis + kapur tu yang lebih mujarabb..! Habis pantang kulit licin macam takde apa berlaku..! Cuma tahan tak tahan je laa.. ada berani..? he he
Assalamualaikum..

Aha nak update citer pasal makan plak he he.
Last month gi dating ngan ex-ofis mate masa kerja Nitto dulu.
Aleyn memang dah nak 2 tahun gak berhijrah ke Cyberjaya
dan alhamdulillah aku pun dah menyusull... dan dalam sebulan dua ni pun
dengarnya En Hubby Aleyn pun akan menyusul pindah Cyberjaya. 
Memang dream place tu work ha ha.

Anyway sebenarnya asal-asal plan nak gi makan kat SABA.Kitaorg pergi
hari Jumaat.. sampai-sampai SABA tu tutup rupanya hari Jumaat ha ha.
So jengah-jengahla kedai2 makan lain dekat situ.. TERmasuk la restoran ni,
Ariana, Iranian@Persian Food restaurant.


Ni sebenarnya memang aku yang nak belanja Aleyn sebab Aleyn jadi testimoni
masa mula-mula nak apply tempat kerja baru dulu huhuhu. Testimoni base on hubby dia
punya experience dan dia sebagai wife pada staff HP hu hu.


Antara menu yang di order


Lauk


Salad  


Kedai dia agak selasa dan cozy juga.. boleh order ikut menu atau pilih dari bar.
Nma menu lupa suda.. tak snap plakk huhuhu


Kitaorg amek fresh juice, dalm bowl kecik tu apa thah.. masam-masam 
macam yogurt


Okeh  dah kenyang.. lepas ni leh jumpa lagi.. bukan jauh jeee walaupun 
masa gi sini pun terpusing-pusing cari jalan sebab tak hafal lagii ha ha
Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang


KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.

"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.
Assalamualaikum....

Ahaaaa.. semalam ada buat entry Lucky Draw. Senang jee nak join..
korang dah join belum..? Yang belum leh KLIK sini okehh!!


Anyway nak udpate aktivity weekend lepas. Pergi ke Taman Tasik Cyberjaya. Baru aku tau ada taman rekreasi siap ngan playground ngan budak2 kat sini. Kalau tak kitaorang rajin pergi ke 
Taman Rekreasi Bukit Jalil nuu....!!!!


Danish yang terlebih excited

Bulan lepas bawak ex-ofis mate yg duk setaman dia kata ada taman rekreasi bertasik gak kat sini.. tu yang terus kitaorang terjah tuh. Anyway ni 2nd time datang. Tengahari tu Dania memang dah merengek2 ajak gi jalan. petang tu lepas asar kitaorg dah ready dah nak kuar rumah. 1st pergi tu dah lewatt tak puas diaorang main so kali ni pergi awal skett huhu. Kali ni pergi bawak beskal diaorang.


TAPI..!! Sebaik keluar, tak sempat lagi keluar taman tengok hujan rintik-rintik sudah..!!! Tak lama tu makin lebatt..!!ohohohoho.. sian tengok Dania pun ikut mendung cam awan. Tapi perjalanan di teruskan.. sampai TTC tunggu jap gerimis still tak berenti.. last-last Abang ajak gi kedai Mamak ..! HA HA



Apa tah Papa cakap kat Danish


Tengah tunggu order sampai.. teh tarik satuuu..!!


Danish.. kalau bab makan memang sengehhh laaaa...!


Danish makan roti telur sorang licinn!!


Aku & Abang share makan Nan Cheese 

So melepak la kat kedai mamak sambil tunggu hujan berenti. Nak balik tak mungkin la
sebab budak2 pun dah excited angkut basikal masuk keta huhu. So selepas pekena teh tarik & roti nan... hujan pun reda... nasib baik. Terus la kitaorang pergi balik TTC. 
Kali ni diaorg excited berbasikal pulak.



Dania peaceee...!!!
Ahaaaa.. seb baik hujan reda. Ada rezeki diaorang nak main kat taman hari ni.



Tak ramai sangat orang hari ni sebab hujan.. kalau tak kat belakang tu 
pun ada seat utk piknik



Nampak tak jambatan tu..? orang2 duk berkumpul kasi makan ikan


Kat side kiri plak ada playground yang besarr.. memang puas la budak-budak ni main!


Aku & Abang..? main badminton kat tepi.. 
sape menang..? mesti la aku...!!! He he he.. *dalam mimpi laaa*


Ni area untuk kids < 4 years. Rendah sket. Risau aku tengok Danish sibuk main beskal kat area tu.


Dania main taman

Mamanya pun nak interframe he he he


Jap lagi.... ada plak orang jual eskremmm.... aisehmennnn. Dah la baru lepas hujan sejuk2 ni..


Dania kalau dah dapat eskremm.. tak ingat benda lain dahhh


Aku beli 2, Danish & Dania.. bagi RM5 dia pulang RM4.
Aku tanya balik.. eh betul ke baki ni..? Betul kak katanya,
Berapa satu? 50 sen..! terkejut aku.. ada lagi eskrem 50 senn...huhu.
tapi penjual tu rasanya Indon kot.


Penyudahnya bukan main tamann.. riadah makan ! Tadi kedai mamak, ni eskrem plak! isk isk


Hari pun dah makin gelapp.. ajak budak2 balik.. otw tu ada tempat excersice plak


Masing-masing cuba skill masing-masing


Yah Danish yok yok o jugakk ha ha



OK .. dah petanggg jom balikkk.. BEST jugak tempat ni..
dekat je pun dengna rumah. Lain kali boleh datang lagii..!!