It was somewhere in June 06. Pagi tu hujan gerimis.. pagi yang cukup syahdu. Aku macam biasa bersiap-siap untuk pergi kerja. Normally aku & hubby akan keluar rumah sama-sama sebab waktu masuk kerja ofis abang dan aku pun sama. Lagipun rumah kitaorang kat tengah-tengah antara tempat kerja abang & aku.
Aku menghala ke kiri, abang menghala ke kanan. So sebagai rutin harian, sebelum pergi kerja aku akan hantar Danish dulu ke rumah pengasuh yang terletak 1.5km dari rumah. Ni lah pengasuh Danish dari Danish berusia 2 bulan, bila aku naik kerja selepas cuti bersalin.. Sebenarnya jiran lama kitaorang kat rumah sewa lama dulu.
Depan rumah pengasuh Danish ni ada T-junction. By right dari arah rumah aku tu sepatutnya kena turn right kat T-junction ni dan buat satu pusingan U
ke kiri sebelum sampai rumah pengasuh. So lepas hantar Danish, aku start enjin dan terus keluar semula ke jalan masuk tadi so that time depan aku ni dah kira T-junction lah... disebabkan dari jalan tu aku terus boleh nampak kiri kanan condition so sambil aku drive nak sampai ke T-junction tu
terus la aku usha condition kereta kiri kanan jalan tanpa berentikan kereta... aku toleh kanan, clear. Aku toleh kiri ada sebuah kereta yang masih jauh lagi.. so aku toleh kanan balik dan terus jalan....
Bila saja aku belok kiri dan masuk ke jelan besar terus aku perasan kat side mirror sebelah kiri kereta aku ada kereta yang entah berapa milimeter je jaraknyer ngan kereta aku yang kalau tak kerana miracle aku
dah langgar kereta tu!!...!! Ya Allah..!! Macamana pulak
tiba2 muncul sebiji kereta betul2 kat sebelah aku ni????? Jantung aku berdegup kencang dan dalam masa yang amat pantas, pemandu kereta kancil tu terus berhenti di tepi jalan dan aku pun cepat2 berhenti di tepi jalan yang sama. Pemandu kereta, seorang lelaki berusia lingkungan awal 30-an keluar dari kereta
dan aku pun turut keluar kereta sambil terus memohon maaf.. lelaki tu memang sangatttt marahh..!! dan aku sedar kesalahan yang aku lakukan.. memang salahh!!!!! Sambil bercakap dengan nada yang agak tegas & tinggi
dia berkata "kalau jadi apa-apa tadi macamana..??! Kalau saya seorang tak apa, kalau jadi apa-apa pada isteri saya..?!" Aku terus meminta maaf berkali-kali
sambil berkata "Saya minta maaf bang, memang salah saya.. tapi saya tak nampak..! " Lelaki tu dengan air muka yang marah tak berkata apa2 dan aku terus pergi ke kereta tu berjumpa dengan seorang perempuan
yang dikatakan isterinyer sambil memintanya membuka tingkap,
aku terus memohon maaf.... "Saya betul2 minta maaf kak, kalau jadi apa2 tadi memang salah saya tapi memang saya betul2 tak nampak.."
Kakak tu dengan muka yang agak kecewa menjawab ".. tak nampak ke, tak apalah.."
Aku berkali2 minta maaf dengan brother tu dan akhirnya lelaki tu pun masuk ke kereta..
Dalam perjalanan ke ofis tu aku terus berfikir dan berfikir menyesali tindakan aku tadi.. tapi aku DAH tengok kiri & kanan jalan dari cermin kiri dan kanan kereta sebelum masuk ke jalan besar tadi. Memang BETUL aku tak nampak pun kelibat kereta yang dah dekat....! Tapi macamana kereta tu tiba2 boleh
ada depan kereta aku..?? Seolah-olah aku menunggu peluang untuk melanggar kereta tu bila saja dia lalu depan kereta aku di T-junction tuhh..! Aku terus berfikir dan berfikir.. apa yang membuatkan aku boleh tak nampak kereta tu tadi dan akhirnya aku membuat kesimpulan.. mungkin ketika aku sedang melihat kekiri kanan jalan, kereta tu betul2 berada disebalik side mirror kereta aku dan mengakibatkan aku nyaris2 melanggar kereta tu..!!
Ya Allah, syukurlah tak ada kemalangan harta dan nyawa ketika kejadian tu.. Tapi cuba perhatikan size side mirror kereta ni di campur pulak dengan area blind-spot disebelahnya. Tak ke terlalu besar sehingga boleh menghalang penglihatan aku? Adakah aku yang tak sesuai bawak kereta ni atau size side mirror ni yang mengundang bahaya kepada pemandu? Sepatutnya sebuah kereta boleh dipandu dan diselaraskan oleh sesiapa sahaja yang berlesen..! Pernah ke dengar sesebuah kereta yang ada description *Compatible user*..???!!
Balik kerja petang tu aku ceritakan pada hubby dan pesan hubby
" Lain kali berhenti dulu dan tengok kiri kanan betul-betul baru jalan...."
Dan kata2 itu aku pegang sampai sekaranggg....
Hari ni Mak Su Danish, Dirah & Qiha sampai dari Penang. Aku yang beriya2 ajak dia singgah rumah sebelum diaorang balik Johor. Malamnyer aku & Hubby bawak diorang gi Putrajaya.. makan mee sup yang best giller kat presint 11. Danish macam biasala, memang tak terhandle kalau dapat jejak bumi... lari macam ribut. Brother2 yg lepak meja sebelah pon leh sengih2 tengok Danish lari... wakakakkakak...!
Lepas makan, bawak diaorang pi Dataran depan masjid putrajaya tu. Malam minggu penuh oranggg! Nak parking pon siap tunggu orang keluar parking. Macam biasa la, masing2 bawak 'peralatan' sendiri, macam2 gelagat orang, yang main badminton, main helikopter remote, main bola, main basikal,
main kasut roda, siap yang bentang tikar piknik lagi..! heheheh..
bagus betul dataran ni, memang ni manfaatkan seratus peratus dek rakyat malaysia. Kitaorang pon bawak jugak 'peralatan'
dari rumah. Bukan aper, takut Danish kejar mainan orang lain pulak.. haru biru karang!
So hubby bawakkan Tolo car & Motor letrik Danish beserta sebiji bola.
Sampai kat sane, Danish dah tak keruan tengok dataran yang maha lapang *mengikut pandangan matanye*. Apalagi, Danish pon terus la jadi sprinter! Bila campak bola depan dia baru la dia kejar dan main tendang2 bola tu..
Malamnya tu memang meriah la Danish main ngan sepupu2nyerr.. yang aku & hubby tak laratnyer tuh, sungguhpun kitaorang dah bawakkan bola Danish,
ader ke patut dia pergi kejar bola orang! hahahhaha.. dah la orang ni macam arab2 skett, selamber je Danish pergi kejar & tendang bola budak tuu..
aku & hubby pulak yang terpaksa kejar dia bila dia kejar bola orangg.. Danish..! Danishh..!
Last2 aku & hubby bawak Danish jauh dari bola budak tadi tu... baru la Danish kusyuk main bola dia sendiri.. bola breeze kaler birunyer tuh! Wahhh.. boleh tahan jugak aku tengok Danish main bola... tendang kejar, tendang kejar, tendang kejarr.. aku pon ikut kejar jugak kalau dia tendang bola tu jauh sangat.. hubby pulak tukang pegang camera.
Kejap2 dia kacau orang nak main badminton pulak. Ader ke dia duduk tengah2 dok tengok bola badminton tu terbang ke kiri kanan..! kang kena smash sekali baru tau...isk iskk iskk.
Tapi kejap2 bila dia nampak bola dia sambung balik tendang bolanyer tu sampai la satu mase aku perasan, 'aikk, lain macam je bentuk diaper disebalik seluarnyer tu..!' aku kater dalam hati.
diaper dah penuh kot padahal baru tukar sebelum keluar rumah tadi. Lalu hubby suruh aku tukarkan diapernyer dulu. Aku pun ambil kunci kereta dan terus dukung Danish kedalam kereta. Masuk ke kereta, aku capai beg jalan Danish cari diaper baru. Alamak..?! Dah habis la... baru aku ingat, petang
tadi keluar ade tukar kan sekali rupanyer itulah last. Selalunya aku spare banyak dalam beg tu dan petang tadi aku ade la top up sekeping lagi, rupa2nyer semua aku dah abes pakai last weekend masa tidur rumah Along masa hubby kat
Slovakia..huhuhuhu! Hmm, tak pe kalau cam tu, aku betulkan balik je la diaper ni rasa macam tak berat sangat lagi... Demi aku bukak je seluar Danish nak cabut pelekat diapernyer tu, aku tengok pelekat kiri dah pendek.. 'aikk, apsal lain macam ni?' Rupa2nyer, pelekat kirinyer tu dah putus! wakakakakakka... suspen pon ade, kelakar pon aderr! mane tak nyer, Danish tak puas main lagi, diaper spare dah tak de...yang dipakai pulak dah putus! Hmmm....
Aku pun terus bawak Danish keluar ke dataran semula, Danish yang tak puas lagi nak main terus je meronta2 mintak diturunkan. Aku lepaskan Danish dan Danish terus kejar Tolo car nyerr.. baru la nak main kayuh ngan kaki..
masa tu hubby dah ajak balik dah, takut Danish bocor tengah jalan, haru biru karang! So aku tunggu Danish main kejap dengan Mak Usunyerr.. lepas agak-agak 5 minit terus aku pon dukung Danish nak balik ke kereta tapi aku rasa seluar dia nipis jekk.. tak tebal macam pakai diapers. Aku ala2 panik,
tanya Dayah(adik aku), "alamak mana diaper Danish ni?" kalau jatuh atas dataran tu malu seh! Dah la orang ramai...! Mata aku melilau cari atas dataran tak nampak pulak kot2 tercicir.
Lepas tu Dayah kater, "ade2..tu...!" sambil tunjuk kat tangan aku..! Demi ternampak diaper tu dah terkeluar kat tangan aku, aku punya tak tahan nak tergelakk..!! Ha ha ha ha ha ha ha...!!! Minta2 la tak ada orang perasann..!
Dalam hati, punya la dasat penangan Danish main bola, sampai putus pelekat diaper yang dipakai nyer!
Itulah kisah Danish, Gol Dan Diapernyer ....! Hehehehhehe
Balik tu Danish meraung2 menangis tak nak balik sebab belum puas main.
Janji hubby "Nanti kita datang lagi yerrr.."...

Hari ni dah masuk hari ke-8 sejak Hubby pergi oustation. Danish walaupun tak pernah
tanya mana Papa dia *sebab memang belum reti bertanya lagi*, tapi aku perasan sangat lah Danish ni sejak2 papa dia gi outstation sensitip semacam... tambah pulak kalau mama dia tak ada, nampak orang pakai tudung atau orang nak keluar jalan mesti meraung2 nak ikut dan kalau dapat peluk memang kuat giler la pelukan dia tu. Sepanjang papa outstation ni Mak Metua and adik2 ipar temankan aku & Danish kat rumah. Mujurlah ader diaorang,ilang la sket rase 'kehilangan' Danish... Pagi kalau Danish terjaga awal, terpaksa la aku nyorok2 nak pergi kerja. Kalau Danish nampak mama dia masuk kereta tak bawak dia sah2 la dia meraunggg..
Cian Danish, aku dapat rasakan Danish rasa ada sesuatu yang 'missing' and somehow he feel lonely... Then pantang kiter naik suara tinggi sikit nak marah, terus cemik muka & nangiss..!! Sensitip betul....
Tapi syukurlah, esok pagi papa dijadualkan tiba ke KLIA. Terubatlah rindu dendam aku & Danish pada papanyer....

Hari ni hari jadi hubby, tapi yang bestnya hubby tak ada disisi untuk meraikan nye dengan aku & Danish. Hubby pergi mana? Hubby pergi oustation ke Slovakia selama 9 hari bermula dari 5hb sampai 13hb ni. Masuk kali ni dah 4 kali hubby pergi Oustation.Track back history :
1. India : Sehari selepas balik honeymoon * kesian pengantin baru terpaksa duk menumpang rumah housemate lama*.
2. India : Sehari sebelum 1st Anniversarry kitaorang.
Masa tu aku dah sarat tunggu hari.
3. China :Minggu ke-2 Raya Aidilfitri 05* terbantut projek nak beraya hujung minggu*
4. Slovakia : PADA HARIJADI hubby..! Sabor je laaaa.
Yang aku herannyer kenapa la dalam 365 hari setahun organizer selalu pilih tarikh2 penting kitaorang ni suruh hubby pergi oustation... musykil betullll....nande? nande? nande? *why? why? why?* aku sungguh tak fahammm...

Posted by
*∽ IZAN ∽*
Tuesday, December 05, 2006
Labels: Aku dan Dia, Celebration, my family 1 sweet comments
Senario : Aku sedang memasak di dapur. Danish yang sedang asyik bermain dengan mainannyer tiba2 masuk ke dapur merengek mintak dukung.
Aku : Papa, mintak tolong Danish ni...
Hubby terus ke dapur & mendukung Danish sambil berdiri disebelah aku perati aku memasak
Aku : What is mama doing ?
Danish : .......
Aku : Mama is cooking
Danish : .......
Aku : Coo - king
Danish : .......
Aku : Coo - - king
Danish : Coo - key..!*sambil senget2 mulut mengayakan bunyi 'key' nyer tuh!
Aku & Hubby : ...pandaiii..!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)