background blog

Tuesday, January 31, 2012

Demi mencari rezeki......

Assalamualaikum....

Hai uolsss.. Tadi saya p pekan bersama kawan saya. Kawan saya p bank, saya duk dalam kete je, pastuh saya perhatikan seorang hamba Allah wanita ni, sangat lah lasak dan bersemangat duk bekerja. Saya pun ape lagi, snap la picture bertapa semangatnya wanita itu dengan DSLH (henpon cap ayam! muahahaha)




Penat.... rehat jap....


Yang ni wanita.. demi mencari rezeki, semua kerja sanggup..

Pekerja wanita ni mungkin bukan warganegara Malaysia, tapi semangatnya mencari rezeki patut la dihargai. =) jangan PATI (pendatang asing tanpa izin) sudahhhhh..

Jadi hargailah kerja yang kita lakukan sekarang ini, walaupun penat, kerja bertimbun, stress, itu semua dugaan yang kita perlu tempuhi, dan hasilnya pasti lumayan setiap hujung bulan! weeee~

Peace.........(^_^)


Monday, January 30, 2012

Sesi homesick bermula!

Assalamualaikum....

hai u olss.. Hari ni hari pertama saya lapor diri kt Maktab ni. Sangat berbeza suasana persekolahan berbanding dengan sekolah biasa. Itu tanggapan pertama saya bila mula-mula sampai pagi tadi. Tiba je kat maktab, terus parking kereta kat dewan ape ntah, terus p lapor diri dan settle apa yang patut.

Tapi bila dah settle semua, family pun da balik kelantan semua.. Pastuuuu rasaaaaaa.......



RINDU KAT MUMMY DAN RINDU NAK GADO-GADO DENGAN ABAH!!!!

RINDU KAT BILIK, TILAM, BANTAL BUSUK!!!!!


NAK BALIK RUMAH!!!!!



Adehhhhh, dah tua bangka da nak homesick lagi ke?? itu wajib setiap kali berada kat tempat baru! baru sehari kat tempat baru nih, tak sempat bermalam pun lagi! dalam interview kemain berlagak bagi skala mobiliti 5 sebab tak kisah di hantar ke mana-mana sebab fleksibel la kononnya..............................................

baru duk Mersing, belum lagi Johor Bharu, belum lagi Sabah dan Sarawak!



tapi syiokkkk gak! muahahahaha...



Saturday, January 28, 2012

Perjalanan ini memenatkan.....

Assalamualaikum...

Hari ni baru sempat nak membelogkan diri setelah beberapa hari yang sangat bizi dan memenatkan. Semalam baru je sampai dari Penang, dan hari ni lak gerak datang Mersing. Datang bukan sebarang datang, datang dengan hajat yang besar. Heh.

Sangat penat drive! itu sahaja perkataan yang sangat-sangat sesuai buat masa ini. dari Penang ke Kelantan dan dari Kelantan ke Mersing lak. Demi mencurah ilmu saya sanggup. Boleh muntah jika ayat sedikit poyo! kikikikiki.

Sekarang mau rehat secukupnya untuk sambung jalan-jalan esok pagi. Chow! heh.



Muke neves nak p interview cikgu MARA...
Lokasi : Kuaters staff KMPP
Sila abaikan lebihan lemak di muke! tudung tak sesuai kotttttt...hakhakhak


Sunday, January 22, 2012

Anda mengalami sindrom-sindrom seperti ini??

Assalamualaikum...

Wah! post ke-2 untuk hari ini! Motif? Opkos la ter'rajin la pulak kan, even kerja bertimbun-timbun mintak di setelkan. Ah biarin disitu dulu, mau rehat-rehat dulu sambil berbelog dan sambil jalan-jalan intai dan komen blog lain.



Okeh mau tanya anda semua, ada tak anda mengalami SINDROM-SINDROM macam nih???


  • kejenye asyik nak marah jeee.
  • Pastu pantang tengok orang, rasa nak p lempang sebijik!
  • Dan pantang jugak kalo orang tegur benda yang tak patut, rasa nak DUSHHH!!!


  • Anda rasa ropee anda macam nih?
  • Dengan kata lain anda blurr!


  • Rupa anda berubah macam nih.
  • Kalau ada family, jiran tetangga, rakan taulan dan seangkatan dengannya ada bertanya sesuatu pada anda, tiba-tiba lak rasa sebak, sedih dan mau nanges kok!


  • Dalam pada sedih, marah, blurr tadi dengan pantasnya anda happy!
  • Ini ajaib, tapi sememangnya benar!

Jika anda mengalami sindrom-sindrom seperti di atas, anda sebenarnya...


STRESS!!


itulah jawapan yang TEPAT..


Perlukan tips untuk hilangkan sindrom-sindrom di atas????

..SILA KLIK DI SINI..


Jika saya rasa stress, itulah yang saya akan amalkan.. Ianya ubat yang sangat mujarab dari segala ubat-ubat kat farmasi. heh. Anda semua boleh cuba OK!


Ok tingkatkan pahala, kurangkan dosa (tibe-tibe iklan di situ....)... (^_*)



Pssstttt >>>>> picture-picture cumil di atas credit to en.google~

Tips untuk hilangkan stress credit to masjidalmukarramah.org

Saturday, January 21, 2012

Kelam kabut sampai ribut!

Assalamualaikum....


pic credit to en.google~

korang tengok picture di atas, ape yang korang fikirkan???

kalo tukar picture baby tu kepada picture saya, comel x??? (boleh muntah sekarang! haha)

gitu la keadaan saya sekarang nih...



KELAM KABUT!

mana nak fikir interview lagi..

mana nak study lagi....

mana nak kemas barang lagi....

mana nak servis kete lagi... bengkel servis tak nak servis da, nak sambut CNY..adehhhhh~

mana nak settle semua hal dalam masa seminggu je!

boleh nyanyi lagi Aizat - Mana Oh Mana...........



BAYANGKAN....

25.01.2012 - 27.01.2012
bertolak ke Seberang Perai untuk interview MARA.

27.01.2012
gerak balik ke Kelantan.

28.01.2012
bertolak ke Mersing lak.

30.01.2012
lapor diri kat MRSM Mersing.. ho yeahhhhhh!!!!


KELAM KABUT SAMPAI RIBUT!


bila dah settle semua nanti.....


pic credit to en.google~

Muke terus jadi macam ni.... (^_*)


Thursday, January 19, 2012

Dapat Berita Gembira yeay!!!!

Assalamualaikum...

Hai u olsss.... wat pe je hari ni? biasa la soklan penganggur terhormat gituuu kan. orang lain sebok duk study la, keje lah, buat-buat sebok pun ade gak. tapi kite lak duk rilex jee. heh. dalam pada duk rilex + lepak-lepak kat rumah ni, alhamdulillah dapat 2 berita gumbira sekali gus! Thank you Allah...=)

U olsss nak taw ke ape berita nya???


Jengggg....


Jenggggg...


Jengggggg.....





FIRST.......





gembira ke????


YES opkos la kan..


mana la taw rezeki saya di sini...tapi jauh yang amat nun di sanaaa PENANG.. untukmu anak bangsa, aku sanggup. poyo eh? ah biarkan=)





NEXT......



pic credit to en.google~

Motif picture ini????

okeh, petang tadi dapat call dari HEA MRSM Mersing tuk jawatan Guru Sambilan Kemahiran Hidup.

mood : HAPPY!!!! Alhamdulillah..=)

thanks kepada sahabat sekolah rendah kite dulu (sekolah rendah okeh!) sebab buat iklan tak rasmi di facebooknya. heh



okeh nak mimpi indah....(^_*)


Sunday, January 15, 2012

Ketabahan seorang bergelar isteri....

Assalamualaikum.....

Sekadar berkongsi....(^_*)

Rita biasa sendiri

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


pix_middle

MEREKA yang sudah berkahwin pasti tahu, hidup berumahtangga penuh dengan dugaan dan cabaran. Ibarat meredah laut sentiasa bergelombang, namun sekiranya suami kuat sebagai nakhoda pasti segala rintangan mampu diatasi.

Bagi seorang isteri tiada apa yang dipinta selain suami sentiasa berada di sisi saat susah dan senang. Bersama membina kerukunan rumah tangga disamping membahagiakan anak-anak.

Semua itu bagaimanapun seakan samar buat dramatis jelita, Rita Rudaini Mokhtar atau Rita, apabila rumah tangganya bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Aidil), sekali lagi dilanda masalah.

Sewaktu temujanji fotografi khas bersama Selebriti, pelakon berusia 36 tahun itu tidak mampu menyembunyikan apa yang berlaku, apatah lagi suami tiada bersama. Mereka berkahwin pada Februari 2008 dan kini mempunyai dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Qiqi Arjuna, lapan bulan.

Jelas Rita, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari Kangar, Perlis kerana melawat kedua ibu bapanya, dia terkejut apabila mendapati Aidil sudah meninggal­kan rumah membawa bersama pakaian dan barangan peribadi.


“Saya tidak pasti punca sebenar kenapa dia mengambil tindakan sedemikian, sedangkan setahu saya segala apa kehendaknya selama ini saya patuhi. hendak kata saya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya, tidak juga. Perkara itu sudah diberitahu lebih awal.

“Sebelum ini ke mana saja saya pergi, pasti akan dimaklumkan kepadanya, waima membawa anak-anak untuk membeli barang keperluan rumah. Sebagai isteri, saya tahu tanggungjawab saya.

“Dia suami dan saya isteri. Tempat isteri di sisi suami dan begitulah sebaliknya, tetapi sekiranya suami sendiri mengambil tindakan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa memberitahu sebab dan puncanya, saya jadi keliru.
Tiada sebarang pesanan ditinggalkan membabitkan tindakannya,” katanya.

Rita kini masih menunggu penjelasan suami membabitkan tindakan dibuat dan apa juga perkara mahu diambil selepas ini. Katanya, apakah maknanya sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dia adalah pelindung dirinya dan juga anak-anak.

“Perkara sama berlaku sewaktu rumah tangga kami bergolak pertama kali sebelum ini. Namun atas nasihat ramai, dia mengambil keputusan untuk melupakan segala masalah berlaku. Apatah lagi hubungan saya dengan ibu bapa mentua semakin baik.

“Dulu dia merayu kepada saya agar memberikannya peluang. Namun apabila meninggalkan rumah sekali lagi tanpa memberitahu masalah dan puncanya dan tidak membincangkan perkara yang dianggap masalah bagi pihak­nya, ia tidak adil.

“Kalau pertama kali, saya faham tetapi sekarang kami sudah mempunyai dua anak.
Ada masalah bawalah berbincang dan bukannya lari dan tinggalkan saya dan anak-anak terpinga-pinga,” katanya.

Tegas Rita, dia sudah penat untuk berhadapan dengan masalah ini, apatah lagi sepanjang lapan bulan selepas berbaik, dia masih memikul tanggungjawab yang sama seperti sebelum ini termasuklah menguruskan sebahagian besar keperluan anak-anak. Katanya, dia bersedia mengikut apa saja tindakan yang mahu diambil Aidil.


Anak-Anak Tumpuan Rita

BERHADAPAN dugaan besar ini, kata Rita, Ryan dan Arjuna me­njadi tunjang kekuatan. malah tumpuannya kini adalah untuk dua cahaya mata comelnya itu. Rita bekerja dan berlakon siang malam untuk menyediakan keperluan anak-anak.

“Apabila bergelar ibu, diri saya sudah tidak penting sebaliknya kebahagiaan anak-anak keutamaan saya. Memang kerja penat tetapi apabila pulang dan lihat Ryan dan Arjuna tersenyum, saya rasa puas,” katanya.

Rita juga tidak bimbang dengan tindakan diambil Aidil kerana selama ini dia sudah biasa hidup berdikari dengan mencari pendapatan sendiri. Katanya, sejak berusia 18 tahun lagi, sewaktu datang ke Kuala Lumpur dan belajar di kolej, Rita hidup sendiri. Begitu juga apabila setiap kali Aidil tiada, Rita melakukan segalanya sendiri.

“Saya langsung tidak terasa jang­gal dan sudah terbiasa hingga sekarang. Bagi saya, apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mengajar saya menjadi lebih kuat terutama untuk anak-anak.

“Saya percaya Allah memberikan ujian ini untuk menjadikan kita manusia lebih tabah. Saya reda dengan apa yang bakal berlaku,” katanya.

Rita juga masih sibuk di lokasi tetapi akan memastikan apa juga yang dilakukan tidak mengganggu urusan rumahtangga. Akuinya, tawaran masih banyak tetapi Rita tetap membintangi satu drama dalam satu masa.

“Saya tidak mahu terlalu tamak kerana bimbang kualiti lakonan tidak dapat dijaga. Selain itu, saya juga akan pastikan berehat dalam masa dua minggu selepas habis penggambaran drama terutama drama bersiri yang memakan tempoh yang lama. Cuti panjang itu saya gunakan untuk memberikan tumpuan kepada suami dan anak-anak.

“Saya juga tidak boleh bekerja sama seperti zaman bujang dulu dengan berlakon tanpa henti kerana anak-anak juga memerlukan perhatian penuh. Minggu depan, saya akan kembali ke lokasi drama Dan Bila Esok bergandingan dengan Zamarul Hisham yang akan mengisi slot Azalia di TV3, sementara drama Jangan Bunuh Matahari juga sedang disiarkan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan menjalani penggambaran diterbitkan Global Station Sdn Bhd di Australia pada Mac nanti,” katanya.


Sumber : HARIAN METRO



Saturday, January 14, 2012

Saat-saat indah bersama..........

Assalamualaikum...

hai u olsssss.. rasa macam dah lame tak update belog. nak kata malas tu, tak jugak. bizi pun tak jugak. cume lemau sikit rasanya. banyak sangat duk berfikir benda yang memang kena fikir. demi masa depan. bila banyak berfikir, idea hilang entah ke mana, nak buat karangan pun macam tak tau ape-ape. heh.

hari ni 14 Januari 2012, banjir lagi untuk fasa ketiga.. fasa pertama saya ada update KAT SINI.. fasa kedua tak update sebab tarikh tahun baru 01.01.2012 (alasan, padahal malas nak update) dan hari ni fasa ketiga. air limpah sikit je hari ni. satu anak tangga je tenggelam. =)

dua tiga hari ni kan, sangat rindukan saat-saat bersama housemate kat Taman Bernam, Tanjung Malim. teman seangkatan menimba ilmu di bumi Tanjung Malim. housemate saya semua 7 orang. bukan rindukan ape, rindu time duk p jalan-jalan, lepak bersama, ke kelas bersama dan macam-macam bersama. time gadooo pun bersame jugakkk.....uhukss.

hari ni tak nak buat karangan panjang-panjang, nak tempek gambo saat-ssat indah bersama HOUSEMATE jewwww.. jom layan..


nak pegi sini lagiiii.... kat kolam ternakan ikan kat sabak bernam..heh.. yang syoknye dapat makan free~



Camping kat Kem Chilling, Kuala Kubu Baru~



jadi orang asli jup.. Kampung Pantos, Kuala Lipis, Pahang.



ni lak p melawat housemate kat pameran rekacipta diorang..



sesi Mikro Teaching~ Satu rumah, Satu kumpulan, Satu UPSI.. terbaekkkk~



housemate celebrate my birthday~ mishhh u olssss!!!



really Love this picture~ Alamanda Putrajaya...



krew Teater Alang Rentak Seribu.. Panggung Budaya UPSI



Lepaking @ Sogo Kuala Lumpur~


tengok jam pun dah taw kan~



Sunway Lagoon~ Really missed it!!!


ni baru 1/10 koleksi picture berjimba bersama housemate, kalo nak tempek semua, PENGSAN! ni pun pikiaq panjang nak tempek yang mana. adehh fening pilih gambo, mau layan MR.Labuci lak.. jom........(^_^)


Tuesday, January 10, 2012

Isu posting ISMP terus hangat...

Assalamualaikum....

hai u olsss.. apa khabar hari nih? hope semua sihat-sihat la yer. jaga kesihatan semua yer, tambah-tambah kat tempat saya nih cuaca tak menentu. kadang kala panas, lepas tu hujan di tengah hari. redha jer, itu semua ketentuanNYA. (^_^).

cuaca nih sama la macam mood saya nih, kadang kala ok, kadang kala moody je manjang. bukan apa, isu posting bagi graduan ISMP terus hangat di perkatakan. kat Facebook group Keluhan Hati Graduan Pendidikan hangat memperbincangkan isu posting nih. sekarang ni ada timbul isu Guru Interim yang akan berkhidmat selama 3 bulan. saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat tawaran guru interim ini. pada yang kurang bernasib baik macam saya ataupun yang belum dipanggil untuk jawatan guru interim ini, harap bersabar. semoga ada sinar untuk kita semua di masa akan datang okeh! tak mau stress lagi. (nasihat untuk diri sendiri).

saya hanya mampu berdoa semoga ada sedikit ruang untuk saya ditempatkan di mana-mana sekolah. kita tunggu dan lihat je nanti. kawan-kawan doakan saya yer~

Psssstttttt>>>>>>>>>>>>>>>>
kawan-kawan yang senasib dengan saya nih, jom ler kite carik kerja lain dulu sementara tunggu posting nih, kalau asyik fikir tentang posting nih, mau nye stressssss sangat-sangatkan. jadi, kurangkan stress dengan aktiviti yang sihat walafiat yer. saya berusaha minta guru ganti dan masih menunggu keputusan untuk jadi guru kafa. kalu ada rezeki, insyaAllah..=)



muka stress kadang-kadang tak ley blah! uhukssss



Saturday, January 7, 2012

Aktiviti mamasak di hujung minggu!

Assalamualaikum....

hai u olsss... esok kat negeri Pantai Timur nih semua dah mula bersekolah dan yang kerja akan menjalankan tanggungjawab masing-masing kecuali saya! heh. minggu nih tersangatlah meriah di kediaman saya ini dengan kehadiran makcik saya sekeluarga. pastuh saya pun sibuk la kat dapur kan, sebab makcik saya nih bila datang rumah saya, kejenya makan dan berjalan-jalan. anak-anak dia pun semua suka makan dan rasa tidak membazir masak semua makanan kat rumah sebab semuanya WAJIB habis. =)

okeh jom layan picture aktiviti masak memasak dihujung minggu ini. makanan nih tidak termasuk hidangan wajib iaitu NASI. ini hanya hidangan sampingan. kehkehkeh.



first masak Spaghetti Carbonara. sekali hadap, licin.



lepas tu buat pulak macaroni cheese. licin sehingga menjilat jari!



Macaroni Cheese selepas di potong.



last skali Sushi. Licin jugak even nasik sushi tu agak tawar. heh.


sangat seronok berhujung minggu bersama family makcik kite nih. sambil-sambil dapat makan, dapat juge berjalan-jalan menghabiskan fulus mania yang ade!

sekian.

Wednesday, January 4, 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Assalamualaikum....

hai u olsss... cmana kerja hari ni? sekolah hari ni? hope everything will be ok! saya lak tak berapa nak ok la sebab duk lepak je kat rumah kan. tapi dua tiga hari lepas saya ada menjalani ujian bertulis untuk jawatan guru kafa a.k.a ustajah. kehkehkeh. layak ke? kite tengok keputusan nanti dapat ke tak. kalau dapat mesti layak kan? tapi memang terbaekkk la soklan die. part kena salin semula perkataan Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab memang tak buat! yang bab buat ayat bahasa arab boleh lagi, (imbas kembali zaman sekolah dolu-dolu. heh). yang bab salin perkataan Bahasa Melayu kepada Tulisan Jawi boleh la buat. yang lain-lain redha.=)

hari ni saya nak kita sama-sama ingat tentang 5 perkara sebelum 5 perkara. kita semua dah sedia maklum tentang semua nih, cuma malam yang indah ini nak imbas kembali apa itu 5 perkara sebelum 5 perkara. (^_^)

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati


Jom kita buat check list!!

  1. Hari ini saya alhamdulillah sihat, rasa bersyukur telah diberi peluang untuk menghayati keindahan alam fana ini dan merasai nikmat hidup yang sempurna. bayangkan kalau diberi ujian dengan demam je, mesti dah tak lalu nak makan, semua makanan rasa tawarlah, pahit lah kan. pastu mula lah dalam hati (kan best kalau cepat sembuh).
  2. Time muda macam ni lah kita nak berusaha nak kejar cita-cita, pastu dapat kerja yang baik-baik dan menjadi manusia yang berjaya. tapiiii jangan lupa tanggungjawab kita sebagai umatNYA. berjaya biarlah berjaya dunia dan akhirat. baru seimbang.=)
  3. Bila kita dah berjaya, dah ada rumah besau, kereta mewah gituu, poket pun dah tebal, jangan lupa pada yang masih memerlukan. hulurkan bantuan seikhlas mungkin. ingat pepatah 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'.
  4. Waktu lapang macam saya nih duk lepak je kat rumah, bolehlah menghargai masa lapang yang diberikan olehNYA sebaik mungkin. perbanyakkan amalan untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. kang nanti duk sebok je manjang camana?? so, hargailah masa lapang anda.
  5. Setiap yang hidup di atas muka bumi ini, pasti akan menemuiNYA satu hari nanti. cuma kita tak tau bila, mana dan dimana. jadikanlah setiap amalan dan amal ibadat kita sebagai bekalan untuk menemuiNYA.


Peringatan ini untuk diri saya sendiri supaya tidak terus alpa pada duniawi semata-mata. kejarlah juga urusan akhirat juga untuk kesenangan di masa akan datang. berjaya biarlah DUNIA DAN AKHIRAT..


sesi tuju lagu~~~

RAIHAN -DEMI MASA




Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian...
Melainkan yang beramal soleh....



Monday, January 2, 2012

Tahun baru, berwajah baru!!

Assalamualaikum.....

Hai u olssss... macam ngengade lak kan, bila masuk je tahun baru nih, rasa semua benda nak buat perubahan. terutamanya perubahan dalam diri. al-maklumlah, makin lama usia main MUDA kan. berubahlah ke arah kebaikan, bukan berubah kepada keburukan lak yer.

Ini entri bukan nak cakap saya lak berwajah baru, wajah saya macam biasa la takkan berubah. nak berubah ape lagi kan. lain la kalo buat plustic surgery! kikikikiki..... berubah tu berubah jugak, bila usia bertambah mungkin la kot. kedut sana sini. (bajet kena minum collogen manyak-manyak untuk kekal awet muda).


ni lah wajah baru itu!!!!!



inilah rupa background blog tahun baru..gituuuuu.... ubah selera sket kepada kaler merah. tanda garang!! kehkehkeh..


Dah lama carik benda ni...jumpa jugak!

Assalamualaikum.....

Hari ni bertarikh 02.01.2012 iaitu hari kedua pada tahun baru. Apa yang menarik hari ini ialah apabila saya sudah lama mencari sejenis makanan nih, hari ni bila p pasar tadi ada lak! terus beli tanpa berfikir panjang. zaman kecik-kecik dulu selalu jugak makan. Bila dah besau nih jumpe makanan yang lagi best, terus lupa makanan zaman-zaman dolu. Mood hari ni mengembalikan nostalgia zaman dolu-dolu.



Nak taw saya beli ape???????





pernah tengok tak?



pernah makan tak?





ini namanya Nasi Tumpang. asal usul nama ni tak taw pulak, kalo ikut jawapan saya kenapa diberi nama nasi tumpang, mungkin sebab ade 2 lauk menumpang kat nasi ni kotttt...kikiki..ok bantai..




isi dalamnya macam nih..nasinya macam nasi impit. lapisan pertama ada gulai udang, lapisan kedua tu ada serunding ikan. rasa gulai udang sedap, serunding tu macam ok la. kenyang.. =)


bila dah kenyang, kena masuk dapur lak. bertukar menjadi tukang masak jup..
ok chow!!....