Tuesday, June 28, 2011

jangan rasa rugi

sebenarnya sume perkara yang kita buat mesti ada balasan, kecik besar mana kau tipu ke apa, ingat lah Allah Maha Besar, dia nampak apa saja yang kau buat. lagu Raihan, ingat 5 perkara..
sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, . .

jangan lupa nikmat yang ada ni sementara, mungkin aku xkaya macam orang kat luar tu, tapi aku memang xkaya. haha. bye, selamat renung2an

thanks info JAIS,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."

ps- aku terhegeh-hegeh nak start balik assignment lepas

pss- alhamdulillah bateri laptop beli kat low yat tadi rm,180

Sunday, June 26, 2011

Kerana telur dan telur oh telur

Al-kisahnya hari ini saya berniat nak masak kuih caramel,
bila lihat bahan-bahan semuanya ada, kecuali lagi sebiji telur,
kerana sebiji telur lagi tak cukup, saya membatalkanla niat nak kukus kuih caramel,

Selesai masak tengahari cuma nasi, ikan goreng, lauk kari, saya pegi wedding jiran.
mama dan saya keluar makan dekat je majlis perkahwinan anak jiran kat lorong sebelah tu. kerana sibuk pilih juadah makanan yang menarik kat wedding tu, lastly aku diberikan sebiji telur. Tak elok tolak rezki kan kerana sebiji telur diberi, saya simpan dalam beg elok punya.

Lepas selesai makan, nak balik rumah, tapi mama kena tahan kawan, konon lamanya xjumpa. boraklah dengan kawan dia kejap, takkan la xnak amik khabar berita sikit, nanti di cop sombong eksen pulak.

kerana sebiji telur yang saya simpan tu, saya disoal seorang mak cik, "awak dapat xtelur", saya kata, "dapat", mak cik tetiba kata, "nak?", saya kata "amikla kat depan..", kerana sebiji telur, saya disuruh pulak jadi tukang bagi makanan lebih ka.

saya sendiri tak faham mak cik tu berani suruh saya amik telur lebih, padahal telur yang lebih dia nak tu untuk anak kawan mak cik yang xdapat datang pegi wedding jiran saya.

saya xreti lah nak kata, "MACIK XMALU KE..MINTAK LEBIH NI WEDDING JIRAN SAYA",
dalam hati je kita nak kata macam-macam kan, sila bersabar lahhh, haih.

tetiba, tengok




http://www.youtube.com/watch?v=R54EvuNXEbs&feature=related


video telur tiruan, jangan la makan, sebab xelok utk kesihatan.


Ps- Hormati orang tua, senyum sokmo. kalau orang bagi amik, alhamdulillah, kalau tak, terima kasih, buat dek la.

Pss- nanti buat caramel

Saturday, June 25, 2011

IM Hassan & IM Nazrul

Assalamualaikum!

cepat je tengok rancangan Imam Muda 2011 nak habis. Finalis ke peringkat Imam muda semuanya hebat-hebat belaka.Jangkaan aku IM Hassan dan IM Fakhrul ke final,

Rupanya salah. Tahniah pada final Imam muda 2011, kalau yang tak ke final pon mereka sememangnya bagus dan di mohon teruskan berjasa dapat berbakti kepada negara kita. jihad islam. Tahniah final sebenar ini: IM Hassan & IM Nazrul. MasyaAllah, kagumnya saya bila tengok ulangan kat astro oasis tadi, dilihat mereka berhujah menyampaikan pesanan dan nasihat. ada potongan ayat quran lagi dihafal, tenang je bila tengok.

Kesemua IM sangat berbakat dan hensem dan beriman dan ada pakej, yang penting tu ilmu dan kebijaksanaan yang berguna tu dapat dikongsi kepada semua masyarakat kan.

Masa mula episod IM tu tak la saya tengok sangat tapi, bila dah episod tajuk ( lelaki tu )orang tukar jantina, pengurusan jenazah, dan macam-macam lagi, memang tengok sebab minat pastu seronok belajar ilmu yang kita xtahu pastu jadi tahu. elok la tengok banyak kali pon takpe bila masa free. tapi jangan lalai la sudah..

Jangkaan saya harap-harap IM Hasan, dia lah pemenang Imam Muda 2011, single lagi tu, pensyarah UIA. Finalis pertama, pilihan saya ! comel kan pilihan saya, hehe. Moga yang terbaik dapat dilakukan minggu terakhir nanti. kalau tak menang pon dia tetap pilihan IM terbaik :)

Info Finalis pertama : IM Hasan Adli Yahya, (26) BUJANG ! bestnya kalau dapat kawan macam IM Hasan, orang beriman dan soleh, bolehla calon lelaki idaman-ku, hik3 :)

IM Hasan,

Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.(info fb)

sejuk mata memandang tengok muka-muka peserta IM

kalau bertemu IM saya nak mintak sign please,

dan boleh la cuba bercakap sikit sebanyak pasal agama.

sebenarnya ada info kalau ada masalah agama boleh gak berbincang dengan peserta IM,

kita boleh dapatkan daripada talian salamfone


Finalis 2: IM Nazrul Izwan Zolkiflee

IM Nazrul asalnya orang Segamat, Johor, seorang guru besar, dah KAHWIN, google la info IM peserta imam muda, :) sudah berkeluarga bersama 2 orang anak, seorang isteri nama nya hidayah jugakkkk, tapi bukan saya la. Semoga yang terbaik berjaya jadi suami IM idaman-ku eh, silap.

semoga berjaya dinobatkan IM Imam Muda 2011

Ps1- rasanya nak susun link sebelah kanan biar kemas, buang yang xpatut, tolong

Ps- TERapdet entry, sbb malas pastu bateri laptop baru belum beli..eh malas jugak adoyai, minta maaf blog !

Monday, June 13, 2011

saya suka tengok pengacara tv

hobi saya sebenarnya tengok pengacara berita,
nak kongsi berita bahagia. aku sebagai peminat Ahmad Fedtri Yahya, mengumumkan beliau sudah berkahwin. Pengacara kegemaran saya dah kahwin, suka tengok pengacara ni.
Tahniah pada pengacara Ahmad Fedtri yahya, beliau sudah berkahwin pada 29 mei, 2011.
pastu bersanding baru baru ni 11 jun, 2011 kat kelantan.

sudah la sama date masa sepupu-sepupu aku kahwin, time tu aku kat pontian, tolong masak. potong sengkuang, potong gula, masak-masak, jalan-jalan.
semoga sepupu saya berbahgia sebab sudah berumah tangga juga.

antara sebab saya suka tengok sume pengacara tv:
-
bijak dan dorang berani bercakap
- berkeyakinan tinggi dan hebat belaka.

saya suka cara pengacara kegemaran saya yang bercakap sopan, bijak akalnya, dan beriman :)
tahniah Encik Fedtri ahmad yahya, semoga berbahgia selalu, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. kepada isteri beliau, Nurul Anati ismail umur 26 seorang guru fizik, kuat ilmu agama orang tahfiz, yang aku ada terbaca info kat sumber google, dorang bercinta daripada Facebook tapi sebelum tu dorang berkenalan lepas fedtri yahya jadi pengacara masjid ke masjid. Jodoh orang..

Fedtri yahya kata :D
“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.


Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.









so sweeeet. gambar sume dari sumber google. thanks.

Ps- nak jadi pengacara dengan bercakap lancar dan baik dengan bakatnya begitu bukannya senang, aku salute mereka yang bercakap guna akal dan pemikiran :)

Wednesday, June 8, 2011

Makanan arab



kedai yang kami pegi ni namanya Al rawsha restaurant Malaysia, kg pandan, kl.
asal pemilik kedai daripada Lebanon, beirut Arab. dekat sini info klik SINI
makanan Arab memang mahal lah, tapi sekali sekala nak makan pe salah nya kan,
kedai ni bukak 24 hours, siap ada delivery lagi, try la

aku sebenarnya dah lama nak post entry ni bab makan-makan, tapi macam xde mode je cite makan punya makan.
berat aku sendiri sudah bertambah hampir 3 kilo dari berat asal. xmahu lah letak berat sebenar, malu.
ayoyoyo, di sbbkan makan banyak punya pasal, cuti makan di tambahla lagi tidur, study kurang.. assignment dalam porcess al maklum lah cuti sangat', macam mana la nak produktif ni ye -_-

oke kali ini aku nak tunjukkan makanan arab first time yang aku jejak pastu makan,
arab serve, kena pulak cakap bahasa arab, bapak aku la aa yang order,
cakap bapak aku pon macam dah betul-betul bahasa arab, sampaikan aku tak faham.
ok surrender nampak makanan sedap, makan aja,
order


lamb mandy- rm 25
chicken mandy- rm 20

makanan arab ni kering, aku ingatkan ada la kuah sup, tapi dorang makan camtu je.
makan kering-kering.
kalau nak pegi restoran ada kat sini, klik SINI

sedap, sujud syukur terima kasih Allah kerana memberikan aku peluang utk merasa sume nikmat, alhamdulillah

pastu makan lagi next time aku cite la . .

Ps- happy wedding to sepupu sepupu ku, semoga dapat anak soleh solehah.. aku dok sibuk tgk orang kawen, mana nak carik calon ni


Sunday, June 5, 2011

kenapaaaaa ni, xtahu nak letak tajuk entry sebenar apa



kenapa bila aku rasa nak beli barang, mesti nanti tak beli.
kenapa bila aku rasa xpergi, nt aku mesti pergi.

aku keluar rumah ahad tadi pegi wedding kawan kat segamat, Johor.
ye masalah pertama ke sana transport perlu ada, tayar empat dgn minyak yang cukup dkt kereta, dgn gprs kononnya nanti tak sesat.

masa pergi bertolak wedding dibah dlm pukul 8 pagi, pastu sampai senyum, minum makan jumpa pengantin pastu baru balik sampai rumah dkt pukul 8.30 mlm camtu,
time aku nak pegi naik train pastu tumpang kawan yang ada kereta tu viva kaler putih,
rajin dgn semangat nya aku ni.. sbb nak pegi tgk wedding, dari ampang ke masjid jamik pastu nek putra trun last tren kelana jaya.

yang aku nak cite xpuas hati ni masa balik, bila dah penat, malam cam xnmpak pagilaa, gelap... takut dgr cite kes simbah asid tu.. takut kena ragut ke.. kena culik ke, dunia skang xaman -_-

aku turun masjid jamik, aku tanya guard stesen masjid jamik, laluan ampang mana, dia tunjuk
jari tunjuuuuk kat kiri, aku ikut la rupanya salah... nasib bek dia panggil ckp tapi mcm muka taik,
marahkan aku sebb aku yg silap,
aku ni dah penat risau balik memalam sensorang,
mmg mulanya aku ingat aku xnak tanya, pastu tanya pulak,
nak kepastian, kang kalau xtanya, kau sendiri rugi,

masalahnya, aku tanya elok kat pak cik guard masjid jamek ni, lps je aku tanya,
pak cik tu tunjuk la direction belah kiri, aku lalu terus kiri faham,
pastu nasib baik ada orang ni perasan aku tnya apa, dia faham apa yg aku tak faham,

grr pak cik.. kalau nak tolong bagi direction kat orang tolong lah bercakap dengan elok dan terang, mmg tu kan kerja pak cik

nasib baik aku tak sesat lah, dah penat dari pagi ke malam kua ruma, nak balik trus kat tren ampang ni aku blur skit, mana satu laluan nak lalu, sampai je ampang,
aku kena jalan kat tren ampang amik moto bawah jambatan tu,
sblum tu aku nampak ada orang bangla la, indon la,
aku dah risau, xnak la benda benda tak baik berlaku,

ramai yang xdtg wedding kawan aku kawen secara mengejut ni,
dia sebaya aku, sekelas ngan aku, macam xsangka jugak bila kawan kita dah kawen,
nanti naik sem, kecoh kat kelas, dibah dah jadi isteri orang... bila nak ada baby plak,
eh xnak tnya dah..

entry ni dah ke laut terpesong.. sbb, emotional ari ni dgn pak guard tu,
aku buat aduan rakyat karang..

teori aku la..
kenapa rasa nak tanya tapi Tapi TAPI, tapi xnak tanya:
- berlagak sombong
- pandai
- pemalu
- gedik
- xkisah

yang aku tahu aku ni pemalu. tapi tadi aku tanya jugak pak cik guard stesen masjid jamik, sedikit rasa serba salah kat pak cik tu, minta maaf dan terima kasih tunjukkn sy perkhidmatan layanan pak cik yg bessssssssssssssssst' sgt, (kita belajar daripd kesalahan)

Ps- famili and saya pegi pinang 3 hari lps subuh besok pagi, nt kite cite gi ye.. bye, oh pic wedding kawan saya

kenapaaaaa ni ada tol time kawen ni, adat kot

Pages