Stesen channel televisyen baru bercorak Islam di Malaysia , TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010 ini. Siaran ujian akan bermula mulai 1 November 2010.
Al Hijrah merupakan era baru evolusi maklumat hibur yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman dunia Islam. Ia merupakan satu keluarga besar yang komited di dalam berkongsi maklumat pendidikan, hiburan dan penyatuan penonton Islam di Malaysia serta di masa yang sama, mendekatkan kepercayaan yang menyatukan kita bersama.
Ia membawakan anda pertunjukan kreatif di seluruh dunia, program dan rancangan temu bual, siri filem dan drama yang memenangi anugerah, maklumat terbaru secara langsung dan komedi terbaik. Dengan teknologi penyiaran terkini, kualiti adalah keutamaan, sama ada dari segi visual atau kandungan.
Dengan berbesar hati mengalu-alukan anda ke dunia yang penuh keseronokan, inspirasi berwarna-warni, haluan, emosi, informasi, ekspresi visual dan muzik.
Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.