Jun 17, 2011

ADAB BERNIAGA

Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.


Jun 2, 2011

KUNGFU PRODIGY IZATI

The English version of Hikayat Kungfu Izati. Translation is no easy task, but I tried my best.

May 25, 2011

Cerpen : Pondok Di Pinggir Istana


Hembusan angin petang Kota Bejia, memasuki perlahan-lahan ke celah-celah pondok usang , milik seorang janda, Kartini ataupun lebih popular dengan panggilan. Wanita yang telah lima tahun kematian suami,dan juga ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata yang pelbagai perangainya.

"Allah. Habis pula beras hari ini."

"Fatonah. Pergi belikan beras di kedai Uncle Tong." Jerit umi pada Fatonah, anak umi yang kelima.

"Ok! Umi."laung Fatonah.

"Makin kayalah kau Tong. Kedai kau pun dah, makin besar, memang bussiness minded betul." Teringat kata-kata Cik Teh.

May 22, 2011

Sembang-sembang fB : Menguasai atau dikuasai?


“ Pasal Facebook lagi?,”
“ Tiada isu lain ka?,”
“ Lagi-lagi muka buku?,”

Mungkin ini yang tergetus dihati anda apabila membaca perkongsian saya kali ini. Sabar dulu, saya sekadar ini berkongsi sesuatu berkaitannya. Sembang-sembang saya bersama isteri saya baru-baru ini.

“ Kekadang kita kena uji dan test, adakah kita ini menguasai atau dikuasai oleh FB,” Teringat akan salah satu bicara isteri saya.

“ Bagaimana?,” Tanya saya.

May 16, 2011

HIKAYAT KUNGFU: IZATI

Kamu nilai sendiri lah. Saya lukis komik ni sekali harung je, tanpa draf. Kemudian saya buat macam open tender untuk kawan-kawan buat dialog dan naratif cerita. Tapi lama sangat tunggu. Saya buat sendiri dengan idea yang segera (cincai?). Sebarang pembaikan saya alu-alukan.

Apr 19, 2011

Solat Hajat Imtihan @ E Sem 2 2010/2011

Program akan bermula pada malam rabu (20 April 2011).
Muslimin di Surau A3 dan Muslimat di Surau B1.
Terdapat pelbagai aktiviti yg bakal dijlnkan.
Biar sibuk dgn study tapi jgn ditinggalkan ibadah yg sudah sebati dgn diri kita.
JOM!!

Program akan diteruskan lagi pada mlm Khamis (21 April 2011) yang bertempat di Anjung Perdana.
Tajuk Ceramah : Adakah Kau Lupa..?
Penceramah : Ustaz Mohd Murtadha bin Mansor

JOM!! datang beramai2.ini merupakan aktiviti terakhir tuk sesi 2010/2011.

ILMU MEMPERKASA MATLAMAT PEMANGKIN KEGEMILANGAN UMMAH.
May Allah bless. :)

Pemuda pemudi kekuatan Islam atau Agen Bathil?


Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan di Darun Nadwah, Mekah, sekumpulan manusia berkumpul dan berfikir apa yang patut mereka lakukan untuk menjatuhkan Muhammad. Pelbagai idea dan pandangan telah diutarakan, namun semuanya dirasakan tidak efektif, kecuali ada satu pandangan yang menarik perhatian mereka:

“Aku punya satu cadangan. Kita pilih tiga puluh pemuda yang kuat-kuat dari seluruh kabilah suku Quraisy. Kita berikan mereka setiap seorang sebilah pedang yang tajam. Kemudian suruh mereka menebas Muhammad serentak. Dengan begitu, darah Muhammad tumpah di tangan kabilah-kabilah ini.” 

Apr 10, 2011

Apabila kita malas beribadah..




Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau sholat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal jam sudah di set untuk menejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?


Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.


Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala futur dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita mutabaah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?