Jul 31, 2010

Asyraf muncul juara Imam Muda

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my

MUHAMMAD ASYRAF (kiri) dinobatkan sebagai juara Imam Muda oleh Hassan pada malam kemuncak program realiti dakwah di Kuala Lumpur malam tadi.

ImageHost.org

ImageHost.org

KUALA LUMPUR - Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.

Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.

dipetik dari KOSMO online

Rachel and Eri

ImageHost.org ImageHost.org

Rachel: Eri, sejak dua menjak ni Eri selalu datang ke kedai buku ni. Apa yang bestnya? Kan library lagi banyak buku kat sana?

Eri : Apa yang Rachel nak cakap ni?

Rachel: Kenapa kedai buku? Kenapa tak pusat sumber? Orang ramai datang ke kedai buku bukan untuk beli buku pun.

Eri : Siapalah saya untuk tafsir niat orang datang kedai buku. Tapi saya datang sini nak cari buku yang penulisnya saya kagum sangat. Bab library pula, saya rasa imej dia kena diubah. Tukarkan persepsi library jadi tempat yang sejuk sampai rasa ke tulang, pastu bukunya jangan macam koleksi buku abad ke-19.

Rachel: You are persistent. Masa main game pun macam tu juga. Kalau dah ramai orang datang kedai buku, apa pasal statistik rakyat Malaysia baca 2 muka surat setahun masih dalam highlight? Bias juga saya rasa.

Eri : First, saya rasa statistik tu dah obsolete atau dah lama. Kat Pesta Buku dulu, ramai yang datang beli buku. Masalahnya pada sikap masyarakat kita dan apa yang diorang baca. Pola pemikiran mereka tak juga berubah, pasal baca buku bukan-bukan. Yang ilmuwan sebut, bacaan picisan. Rachel tahu kan pasal bahan-bahan picisan tu?

Rachel: Hmm…bahan picisan ni biasanya ada 3 kandungan utama; mistik, tahyul dan seks. Betul tak macam tu Eri?

Eri : Rachel memang knowledgeable. Saya bila jadi guru nanti, kena tunjuk contoh kat murid-murid. Baca bukan setakat buku teks aje. Dan saya harap dijauhkanlah bacaan picisan tu dari budak-budak sekolah. Maklumlah orang sekarang cepat muda!

Rachel: Yang pasal Eri nak murid baca benda elok, saya boleh tangkap maksudnya. Yang ni, kenapa kata orang Malaysia cepat matang pula? What’s your reason?

Eri : Cuba tengok kat surat khabar hari ni, mesti ada kes jenayah punya. Kita selalu bincang pasal isu tapi tak pergi kepada punca. Lagi satu, bacaan picisan tu pun boleh semarakkan nafsu budak-budak sekolah. So, dalam perkara seks dan jenayah, orang kita cepat dewasa. Yang tu boleh cuba macam-macam benda pelik. Tapi dalam akademik dan politik, orang kita terlalu bodoh, dangkal dan jahil.

Rachel : In the end, it all goes back to what we read. Dalam kerajaan nak buat kempen membaca pun, kena saring betul bahan bacaan. Tapi kita takkan asyik harap kerajaan je.

Eri : Yeap, we are what we read. Eh, ada review game dalam majalah ni. Saya kena beli ni!

Rachel : Eri!!

Jul 24, 2010

WELCOME BACK, JEFFERY (BAHAGIAN 2)

Sambungan Bahagian 1….
Ketika itu Jeffery tidak berhasrat kepada agama. Namun dia membaca juga naskah Al-Quran, dengan prasangka dan prejudis yang kuat. “Anda tidak boleh membaca Quran dengan bermain-main, tidak jika anda serius dengannya. Sama ada anda menyerah kepadanya atau melawannya. Ia (Quran) menyerang dengan utuhnya, secara terus, menusuk kepada peribadi, serta mendebatkan, mengkritik, menjatuhkan ego

Jul 21, 2010

MENJELANG RAMADAN

Apa yang anda perlu buat? Senang sahaja....
DATANGLAH KE MASJID UMS!!
Majlis ilmu, tempat malaikat mendoakan kita...

Jul 20, 2010

WELCOME BACK, JEFFERY! (Bahagian 1)

“Ayah percaya tak pada syurga?”
Si kecil Jeffery melontar soalan pada ayahnya ketika berjalan dengan anjing mereka merentasi pantai, jelas kanak-kanak ini mempunyai minda inkuiri yang tinggi. Juga tanda dia mendasarkan perkara pada kelogikan dan penilaian secara rasional. Tidak mengejutkan, bahawa kemudiannya si kecil ini mendewasa sebagai profesor matematik, satu bidang yang hanya menjadi tempat bagi logik semata.
Pada tahun-tahun akhirnya di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffery membentuk penolakan rasional berkenaan kepercayaan pada kewujudan yang Maha Agung (The Supreme Being). Perbincangan dengan paderi, ibu bapanya dan rakan sekelas tidak dapat meyakinkan dia akan kewujudan Tuhan. Hasil muktamadnya, Jeffery bertukar menjadi ateis pada usia 18 tahun. Dia terus kekal ateis selama 10 tahun berikutnya, sepanjang pengajian sarjana muda, sarjana, dan PhD. Tidak lama sebelum atau selepas menjadi ateis dia bermimpi perkara berikut:
Saya berada di bilik kecil tanpa perabot dalamnya. Hanya karpet bercorak merah putih menghiasi lantainya. Dalam bilik itu juga ada jendela kecil, di posisi atas dan mendepani kami, memenuhi bilik dengan cahaya terang. Kami dalam beberapa barisan, dan saya di barisan ketiga.Di situ tiada wanita, hanya lelaki sahaja. Kami duduk atas betis kami, menghadap tingkap tadi.
Rasa asing.

Jul 8, 2010

BULL-SHARK

Bull shark, jika diterjemah langsung ke Bahasa Melayu, namanya jadi jerung lembu. Tanpa mahu mengelirukan sesiapa pun, maka lebih baik kita guna terma BULL SHARK. Untuk mengetengahkan satu komponen dalam sunnattullah ini, bull shark atau nama sainsnya Carcharhinus leucas (pembaca tak perlu ingat nama pelik ni) ditemui di serata dunia, selagi mana ada habitat air hangat, tepi pantai dan dalam sungai. YA, dalam sungai.

Jika jerung lain tidak mampu hidup dalam ekosistem air tawar, bull shark pula sebaliknya. Dari segi mekanisma tekanan osmosis, darah jerung mempunyai kemasinan yang tinggi seperti air laut. Namun bull shark berupaya mengurangkan tahap kemasinan sehingga 50 peratus, menjadikan jerung yang ini berenang di sungai dengan sesuka hati beliau.

Bull shark juga terkenal dengan sifat agresif dan sukar dijangka, menggolongkannya bersama jerung harimau dan jerung putih (great white) sebagai jerung yang pernah menyerang manusia. Jerung jenis ini mampu berenang jauh hingga 4 ribu km di Sungai Amazon, Illinois, dan Sungai Ganges di India.
 Saiz maksimum: 9 kaki (3 meter), rupa: besar dan gemuk, kelabu di atas, putih di bawah. Memandangkan bull shark adalah pemangsa apeks, bull shark jarang diancam oleh haiwan lain. Yalah, jika jerung ini berada di puncak dalam rantai makanan (top of the food chain), siapa yang boleh makan dia?

.Atas:bull shark
          bawah: great white













                                                         
Dibandingkan jerung dengan virus, hanya secubit sahaja manusia yang mati dibunuh jerung berbanding virus yang saiznya ultra mikro namun besar pengaruhnya hingga membawa kepada pandemik. Jika jerung menyerang manusia, kenapa salahkan makhluk ini yang hanya mengikut apa yang diprogramkan Allah berjuta tahun dahulu? Maka pada masa itu siapa yang menceroboh habitatnya? Dan siapa pula yang memutuskan bekalan makanannya?

Akhirnya semua kembali kepada keimanan. Dengan iman yang mantap, ketamakan, kikir hatta sifat rakus akan dihapus. Setakat yang kita nampak secara tersirat, saintis tidak mengaitkan sikap dengan usaha menjaga alam. Manusia bukan wujud di dunia untuk menjadi penakluk di dunia semata-mata, sedang kita juga sebahagian daripada alam. Keseimbangan adalah matlamatnya, dan kesederhanaan dalam penggunaan adalah kuncinya. Because one thing affect another. Dunia itu satu sistem, semuanya berkaitan dan penting. Satu komponen rosak, komponen lain boleh terjejas.

Jul 5, 2010

BELAJAR DARI ALAM

Ni copy paste dari genta-rasa.com. Alam itu sekolah yang besar, pengalaman itu guru yang berhikmah. Maka biarlah si Azizi ni menyampaikan kata nasihat orang lain, kerana ilmu agamanya bagaikan tidak cukup lagi, bagi berhikmah dalam menyampaikan. Itu kata dialah, maka mari kita baca tulisan Ketua Editor Majalah Solusi.

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.