Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Tips mudah bangun pagi dengan segar

Tips mudah bangun pagi dengan segar -

Ni mudah sahaja sebenarnya.  Selalunya kita susah bangun sebab badan masih penat, lenguh-lenguh, dan mata pula berat sebab ada syaitonnirrojim yang dok bergayut.

So, mari saya tunjukkan tips mudah untuk bangun pagi dengan segar.

  1. Tidurlah awal. Badan kita ni memerlukan rehat secukupnya setiap hari. Berapa jam tu depends pada setiap orang. Ada orang 3 jampun dah cukup. Tapi janganlah lebih 8 jam. Tu dah terlebih rehat namanya. Badan jadi letih juga bila tidur berlebihan ni.
  2. Tidur di tempat yang selesa.
  3. Tutup lampu supaya tidur lebih lena.
  4. Sebelum tidur tu telankah Ostematrix dulu. Ostematrix ni membantu kalau kita ni bila kita  bangun pagi badan selalu sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Haa..cubalah sendiri dulu, baru tahu betapa rasa 'ringan' sahaja badan bila bangun pagi.
  5. Lagi satu, sebelum tidur tu ambillah wudhuk, doa tidur dan niat minta pada Allah agar dikejutkan pada pukul berapa yang anda inginkan.
Rasanya macam dah cukup tips yang saya beri ini. Kalau berminat nk beli Ostematrix, hubungi saya yea. 


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Tuesday, April 8, 2014

Shaklee Ostematrix : Atasi Sembelit| Pengganti Susu

Salam..

Hari ni nak share pengalaman mengamalkn Ostematrix. Maklumlah bulan inikan bulan promosi Ostematrix. Alhamdulillah, sejak mengandung kali ini, saya memang langsung tak nak menelan susu. Tak teringin langsung nak menelannya. Hadoilah, masalah juga takut ada masalah kekurangan kalsium pula nanti. Kalau bukan anak, kesannya dapat pada si mamalah kan sebab janin akan menyerap kalsium daripada ibunya.

Nasib baiklah saya tahu pasal Ostematrix ni. Ostematrix ini ada sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu mengandung/ibu menyusu. So, saya amalkan Ostematrix ini setiap hari untuk menampung keperluan kalsium. Dalam masa yang sama saya akan berusaha juga untuk minum susu. Hari tu ada try susu kambing jenama baru di Tesco. Tapi masa tu tak terfikir pula nak membelinya. Rasanya enak dan kena dengan tekak saya yang macam-macam sekarang ni. Nampaknya kena ke Tesco lah baru boleh beli susu. Tak naklah beli yang mahal-mahal sebab saya dah letakkan budget tu untuk Ostematrix.

Kenapa Ostematrix?

Sebab, Ostematrix ini bukan sahaja bagus untuk tulang tapi ia juga bagus untuk ibu mengandung/berpantang/menyusu yang ada masalah sembelit. Masa berpantanglah yang paling sakit sekali kalau sembelit kan. Tak sure pula bahan apa dalam Ostematrix yang menjadi penyebab kepada penyelesaian masalah sembelit ni tapi memang ramai yang bagi feedback positif. Selain itu, bila bangun pagi badan rasa lebih ringan dan segar walaupun tidur tak lama. Hilanglah rasa-rasa sengal dan lenguh-lenguh badan bila consume Ostematrix ini.

Saya memang syorkan Ostematrix ini untuk semua orang. Tak kira tua muda lelaki perempuan. Sebab setiap peringkat umur mesti memerlukan bekalan kalsium kan. Kalau tak, tulang/ gigi akan mudah reput/rosak. Dan bukan semua orang yang suka nak minum susu kan. Betul tak?

Ok lah. Itu sahaja buat kali ini. Dapatkan Ostematrix anda sekarang. Beli je 7 botol terus dengan harga promo yang terlajak murah bulan ini. Boleh simpan stok untuk 7 bulan terus kan. Jimat-jimat.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Wednesday, February 19, 2014

Set Hamil : Untuk Ibu Mengandung yang Diabetes & HB Low

Salam semua..

Saya amat teruja untuk sharing pasal Set Hamil Shaklee hari ini. Sifu saya baru sahaja inform yang set ini juga amat membantu untuk ibu-ibu mengandung yang mudah terkena kencing manis atau diabetes semasa mengandung. Sebenarnya saya amat-amat risau sebab di awal-awal kehamilan, memang tak boleh nak telan air kosong/ air mineral/ plain water yang sepatutnya kita minum hari-hari. Sebaliknya tekak ini amat suka sekali dengan minuman berperisa lagi-lagi yang bergas. Pernah dapat minum air Sprite yang langsung tak ditambah ais. Pergghhh..memang lega sahaja masuk anak tekak ini. Langsung tak ada rasa mual/ nak keluar balik.

Risau juga kalau ia boleh menjadi penyebab kepada kencing manis pula. Setakat ini belum pernah check kandungan gula dalam darah lagi. Buku merahpun minggu depan baru boleh buat. Risau juga. Hari ini baru bersungguh-sungguh amalkan set hamil Shaklee sebab sebelum ini memang ON OFF sahaja amalkan. Tak lalu nak masuk tekak. Dan kesannya memang agak ketara berbanding hai-hari sebelum ini. Lebih bertenaga (sedikit sahajalah) dan mampu untuk buat kerja (pun sedikit sahaja). Membuat cubaan memakan Mee Bandung buatan kantin tapi apakan daya hanya suku sahaja yang mampu ditelan. Ok lah juga sebab makan tanpa membuangnya semula. Selalunya lepas makan mesti kena buang balik. huhu.

Ada seorang hamba Allah telah share testimonial dirinya sendiri selepas menggunakan Set Hamil Shaklee. Perbezaan sebelum amalkan (anak 1st) dan selepas amalkan (anak 2nd). Memang ketara sangat perbezaannya tu. Saya minta copy testimonial ini daripada blo sifu saya, mychibibox.

Testimoni : Bacaan BSP ibu hamil cantik berbanding anak pertama**



Bukan sahaja, bebas kencing manis. Bacaan HB dia pun cantik sahaja setiap kali check up. 12 ke atas. Dulu, masa mengandung anak first, HB saya tak pernah melebihi 11 sampai doktorpun redha sahaja. Alhamdulillah sebab saya tiada sebarang komplikasi semasa bersalin dulu.

Setiap 4 vitamin dalam Set Hamil ini punya fungsi yang tersendiri dalam membantu menstabilkan paras HB dan juga parasa gula dalam darah. Yang nipun saya pinjam daripada blog sifu saya juga.

Vitalea - mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darahdengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan. Mengandungi Iron yang penting untuk meningkatkan HB.

B-complex - Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga. 

Vitamin C - memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah. Mengoptimakan penyerapan Iron ke dalam badan. Jadi, membantu meningkatkan paras HB. 

Ostematrix - membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin. Ostematrix ini juga mengandungi kalsium yang penting menguatkan tulang ibu dan membentuk tulang janin. 

Dapatkan segera Set Hamil ini sebab anda tidak akan menyesal mengamalkannya. Demi kesihatan ibu dan anak juga kan.

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Wednesday, February 12, 2014

Set Hamil dan Set Berpantang

Salam semua..

Bulan Februari ini bulan istimewa untuk pengguna Shaklee sebab bulan ini Vita Lea boleh dibeli dengan harga cukup murah. sebab kalau beli 6 botol akan dapat percuma 1 botol tau. Pakat dengan kawan-kawan untuk beli secara pukal. Memang menguntungkan. Lepas ini kenalah tunggu tahun-tahun depan pula baru ada promosi.

Bagi yang sedang merancang untuk mengandung, sedang mengandung dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi memang inilah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan Set Hamil dan Set Berpantang Shaklee. Set Hamil dan Set Berpantang Shaklee ini beberapa produknya adalah sama iaitu Vita Lea, B Complex dan Vitamin C. Bezanya ialah;

Set Hamil Trimester 1 : Tambahan Ostematrix sahaja.
Set Hamil Trimester 2 & 3 : Tambahan Ostematrix, Omega Guard dan ESP.
Set Berpantang : Tambahan Zinc Complex sahaja.

Nampak tak bahawa sebelum mengandung, semasa mengandung 9 bulan dan semasa pantang kita memerlukan banyak stok Vita Lea. Sehari sebiji sahaja sudah mencukupi. Satu botol ada 120 biji. So, boleh tahan dalam 4 bulan macam tu. Cuba kira berapa botol diperlukan sepanjang proses mengandung dan berpantang.

Sebelum mengandung : tak boleh nak kira
Semasa mengandung : 9 bulan 10 hari @ 40 minggu = 40 x 7 = 280 hari
Semasa berpantang : 44 hari

Bila kira-kira hampir 3 botol Vita Lea diperlukan. Apa kata bulan ini terus beli 3 botol. In sha Allah pelaburn yang berbaloi sebab Vita lea ini boleh tahan lama. Selalunya 1-2 tahun sebelum tamat tempoh penggunaan. In sha Allah mana tahu pelaburan anda kali ini berbaloi. Tup tup lepas amalkan Set Hamil ini andapun mengandung sebab Set Hamil ini memang cukup untuk menyihatkan dan menyuburkan rahim kita.

Apa lagi di tunggu? Dapatkan sekarang dengan harga yang murah.

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Thursday, February 6, 2014

Set Hamil Shaklee: Promo Februari 2014

Salam korang,

Ramai yang tak tahu yang Shaklee ada gabungan produk untuk diamalkan ketika hamil. Set ini dibahagikan kepada 2 iaitu untuk Trimester 1 dan juga Trimester 2&3.  Tak banyakpun bezanya, hanya ada penambahan 2 produk bila kandungan memasuki Trimester 2 nanti.

Untuk Trimester 1, ada 4 gabungan mantap produk iaitu;

1. Vita lea Iron Formula
2. B Complex with Folic Acid
3. Vita C
4. Ostematrix

Vita lea Iron Formula

Selalunya bila kita buat pregnancy check up, doktor akan bekalkan kita dengan Iron pills kan. Yea, Iron pentung untuk mengawal masalah HB rendah. Orang mengandungkan sinonim dengan masalah ini. Selalunya doktor sarankan ambil Obimin atau Iberet Folate untuk meningkatkan HB. Tapi, semasa mengandung dahulu makanlah banyak mana Obimin atau Iberet, HB saya tetap rendah malah bertambah menurun. Mungkin kesannya berbeza pada setiap individu dan sayalah individu yang tak ada effect langsung bila telan Iberet.
Tapi, ada juga yang complain HB still low walaupun dah makan Vita lea.

Mari kita mengenalpasti puncanya. Punca HB rendah bukan hanya disebabkan kekurangan Iron tetapi juga disebabkan oleh;

1. Kekurangan nutrisi penting yang lain seperti Folic Acid, Vitamin B12 dan erythopiotein.
2. Kekurangan hormon : paras hormon tiriod yang rendah.
3. Gangguan pembentukan darah merah seperti Talesemia.

Jadi untuk menambahkan paras HB, ada satu lagi produk Shaklee saya sarankan iaitu.

B Complex with Folic Acid.

Selain daripada meningkatkan paras HB, B Complex ini juga bagus untuk anti stress, untuk kekal cergas sepanjang hari walaupun sedang sarat mengandung. Kandungan Folic Acid juga seperti yang kita maklum penting untuk perkembangan janin yang baik dan sihat.

Vitamin C.

Vitamin C ini bukan sekadar untuk cantikkan kulit sahaja ye. Ia berfungsi untuk membantu penyerapan Iron yang optimum ke dalam badan. So, tiada pembaziran Iron. Sebab itu kebiasaannya doktor turut membekalkan Vitamin C masa buat pregnancy check up. Betul tak?

Ostematrix.

Saya amat menggalakkan ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu menyusu mengamalkan Ostematrix sebagai pengganti susu. Melainkan kalau anda sanggup untuk minum susu fresh lembu or kambing 2 gelas sehari. Selain pembekalkan kalsium untuk menguatkan tulang ibu dan juga janin, Ostematrix ini dapat mengatasi masalah sembelit. Memang lawaslah hari-hari. Bangun tidurpun badan rasa lebih ringan dan segar.

Untuk Trimester ke 2 dan 3, digalakkan untuk menambah ESP dan Omega Guard. Di lain entry saya akan ceritakan apakah kepentingan 2 produk ini dalam set hamil. Ibu-ibu hamil sekalian. Apa lagi di tunggu. Dapatkan Set Hamil anda sekarang.
Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Saturday, January 18, 2014

Set Berpantang Shaklee

Salam korang..

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menaip sepatah dua perkataan dalam blog ni. Di hujung minggu yang indah ni saya nak share Set Berpantang Shaklee. Ramai yang tak tahu Shaklee juga ada gabungan set produk yang sesuai dijadikan Set Berpantang. Dulu sayapun tak tahu juga masa mengandungkan anak pertama. Jadi sekarang bila dah tahu pasal ini saya akan amalkan set ini bila tiba masa untuk dapat anak no. 2 pula.

Set Berpantang Basic Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk Shaklee iaitu Vitalea, B-Complex, Vita-C dan jugaZinc Complex. Setiap satu produk ini ada fungsi-fungsi tertentu yang membantu ibu-ibu berpantang untuk kembali pulih.

VITALEA : Untuk mengekalkan paras HB para ibu semasa mengandung (kalau makan masa mengandung) dan juga selepas bersalin kerana kebiasaaan ibu bersalin akan kehilangan banyak darah.

B-COMPLEX : Untuk mengekalkan tenaga (yang lemah selepas bertarung dalam labour room) serta mengawal emosi ketika berpantang. Ibu-ibu berpantangkan tak boleh solat. Jadi mudah stress yang boleh membawa kepada masalah gila meroyan. Jadi B-Complex membantu mengatasi masalah itu.

Vita C : Untuk pembaikan luka dalaman serta sebagai agen penyerap Iron yang lebih optimum ke dalam badan. Selain itu membantu meningkatkan antibodi badan juga.

ZINC COMPLEX : Bertindak seperti ikan haruan untuk menyembuh luka dalaman. Sangat sesuai untuk mereka yang tak suka makan ikan haruan. Malah dalam masa yang sama membantu mengatasi masalah keguguran rambut.

Ada 2 lagi additional dalam Set Berpantang ni iaitu Ostematrix dan ESP.

OSTEMATRIX : Membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, menggantikan sumber kalsium yang telah diambil oleh baby semasa menyusu. Serta sangat berkesan untuk masalah sembelit.

ESP : Membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Juga bagus untuk memudarkan parut czer. 

Korang digalakkan untuk menerukan pengambilan set perpantang ni sampai 3-4 bulan. Tapi, Kalau korang hanya nak pakai untuk 40 hari sahajapun boleh. PM saya untuk dapatkan Set Berpantang 40 hari dengan harga yang super jimat.





 Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.

Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

Saturday, January 11, 2014

Set Penyusuan Popular Shaklee - Mesti cuba Set 3M bila anak 18 bulan!

Salam korang.

Hari ni saya nak share coretan seorang ibu yang Berjaya meyusukan anaknya selama 3 tahun lebih . Saya rasa malu sebab nak capai 2 tahun inipun macam nak give up sebab sejak minggu lepas susu dah mula merudum kembali. Dan saya hanya dapat bekalkan Emir 3 botol susu sahaja sehari instead of 5 botol yang dia perlukan. Selebihnya terpaksa ditampung susu formula. Walaupun saya masih gigih berusaha tetapi rasa sedih sebab terpaksa juga bagi dia susu formula. 

So, ibu-ibu menyusu semua. Please don’t ever give up ye. Dia coretkan rahsia terbesar untuk banyakkan susu dalam nukilan INI .
Petua nak berjaya ialah ikut dan tiru cara orang yang dah berjaya itu buat. In Sha Allah.
Saya kongsikan di bawah ini jenis-jenis set menyusu dan manfaatnya kepada ibu menyusu.
Sebelum anda memilih set penyusuan yang selari dengan keperluan anda, saya sarankan anda maklumkan kepada pengedar Shaklee anda;


  1.    Jadual pemakanan harian anda
  2.   Berapa liter minum sehari.
  3.   Berapa kali anda membuat sesi perahan di pejabat atau jika tidak bekerja, bagaimana jasual penyusuan si manja anda.


Andai ada yang bertanya boleh ke saya beli satu –dua jenis sahaja?
Jawapan saya : berbalik kepada si ibu. Jika punya kemampuan bagus beli yang menyeluruh.

Antara set popular ialah:

1.       Set B (Vita Lea, B Complex, Vita C dan Alfalfa)

  1. Mengandungi Multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
  2. Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan.
  3. Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  4. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  5. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
  6. Bagi bayi yang mempunyai eczema, set ini dapat membantu.
  7. Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


2.       Set Eu Four Pack (Vita Lea, B Complex, Vita C dan Ostematrix)

  1. Mengandungi multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C dan Kalsium
  2. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  3. Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  4. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum sisi dan alah kepada lactose
  5. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap untuk penyerapan kalsium yang berkesan iaitu kalsium, magnesium dan Vitamin D.
  6. Selain itu, set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


3.       Set E (Vita Lea, B Complex, Vita C, Alfalfa dan Ostematrix)

  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsuim dan Alfalfa.
  2. Set ini member kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mengandungi khasiat protein di dalamnya.


4.       Set 3M (Vita Lea, B Complex, Vita C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP)

  1. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan Zat Besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsuim, Alfalfa dan ESP.
  2. Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  3. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah menghasilkan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.. maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  4. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak.
  5. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.
  6. Set paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/induce relactation – contohnya ibu telah berhenti menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang saya bagi, in sha Allah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
 Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama..

“Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkan kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”

Coretan daripada blog anakkuwiraku.com @ Kak N

Bila rasa nak give up sahaja mesti cari blog Kak N ni. Sekarang ni rasa bersemangat sikit nak buat stok susu kembali dengan Set 3M. Set yang terdiri daripada Vita C, Vita Lea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Sekarang ni yang saya amalkan Cuma Vita C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Nampaknya lepas ini saya kena tambah dengan B Complex dan Vita Lea. Chaiyok Afzan. 4 months to go. Nantikan hasilnya bulan depan. In sha Allah =)

Berminat nak menambah stok susu macam saya juga?
Hubungi saya untuk mendapatkan set menyusu pilihan anda sekarang.

Afzan
Call/Whatsapp/Viber :  012-372 8374
Email : supplement4urhealth@gmail.com
FB : NoorAfzanMuhamad
FB Fan Page : Supplement 4 ur health
COD area Selayang, Rawang, Sungai Choh dan Serendah

Kalau nak dapat dengan harga yang super jimat dengan mendapat diskaun sehingga 20% untuk setiap produk, jadilah ahli Shaklee. Hanya RM65 sahaja yuran pendaftaran untuk seumur hidup. Berbaloi-baloi. Keahlian anda akan kekal walaupun anda tak beli produk berapa lama tempohnya sekalipun. Akaun akan aktif semula sebaik sahaja anda membuat pembelian semula. Senang kan. Plus, sekarang ni lebih mudah sebab tak perlu nak ke branch untuk membeli. Boleh membuat belian secara online dengan postage RM10 flat rate.